Cerita seram sebelas ayat yang menakutkan

Horror & Thriller Completed 1985

1. Seorang gadis mendengar ibunya menjerit namanya dari tingkat bawah, lantas dia bangun dan mula menuju ke bawah. Ketika dia di tangga, ibunya menarik beliau ke dalam bilik dan berkata, "Saya pun dengar juga." 

2. Anak perempuan saya tidak berhenti menangis dan menjerit2 di tengah2 malam. Saya melawat kuburnya dan memintanya untuk berhenti, tetapi ia tidak membantu.

3. "Saya tidak boleh tidur," dia berbisik, merangkak ke tempat tidur saya. Saya terjaga kedinginan, memegang erat baju yang dia pakai ketika meninggal dunia.

4. Ketika saya sedang menyelimutkan dia di atas katil, dia memberitahu saya, "Ayah, tolong periksa di bawah katil kalau2 ada raksasa." Untuk tidak menghampakannya, saya melihat ke bawah dan melihat dia, seorang lagi dia, di bawah katil, dengan matanya merenung tepat ke mata saya dengan begitu gementar dan berbisik, "Ayah, ada seseorang di atas katil saya."

5. Selepas seharian bekerja keras, saya pulang ke rumah dan terlihat isteri saya sedang memangku anak kami. Saya tidak tahu yang mana lebih menakutkan, melihat isteri dan anak yang sudah mati, atau mengetahui ada seseorang memecah masuk ke apartmen saya untuk meletakkan mereka di sana.

6. Perkara terakhir yang saya nampak adalah jam dinding menunjukkan jam 12:07 malam sebelum dia menikam dada saya dengan kukunya yang reput. Saya terduduk tegak, lega yang ianya hanya mimpi, tetapi ketika saya melihat jam dinding tepat jam 12:06 malam, saya terdengar bunyi pintu almari saya dibuka.

7. Saya terjaga kerana terdengar bunyi ketukan kaca. Pada mulanya, saya sangka ia datang dari tingkap rumah sehinggalah saya terdengar sekali lagi bunyi tersebut datang dari cermin muka.

8. Adik saya memberitahu bahawa ibu telah membunuhnya. Ibu mengatakan bahawa saya tidak mempunyai adik perempuan.

9. Saya masuk ke dalam tandas untuk membasuh muka sebelum tidur. Saya baru ternampak pantulan diri saya di cermin mengelipkan mata.

10. Isteri saya tanyakan kepada saya kenapa saya bernafas dengan kuat. Saya tidak bernafas dengan kuat.

11. Saya pulang ke rumah, kepenatan dan mahu rehat sepuas2nya. Ketika saya hendak menekan suis lampu, sudah ada tangan lain di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience