TIGA

Family Completed 113856

Jam kini menunjukkan ke angka 9 malam. Suria sedang membasuh pinggan didapur rumah Ustazah Salina ketika telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Cepat-cepat dia menghentikan kerja lantas mengelap tangan yang basah secara spontan dengan hujung baju kurungnya yang sudah hampir lusuh.

"Hello, Suria kenapa tak balik lagi?! Abang sampai rumah tengok mak sorang-sorang aje ni? Abang pesan tadi balik awal, kan?" Tanpa salam atau sapaan mesra terus saja telinga Suria diterjah suara nyaring Fahrin. Dia gugup seketika.

"Su tengah basuh pinggan, dah habis dah ni. Kejap lagi Su balik. Abang dah makan? Tadi.."

"Dah,balik cepat! Tak malu ke duduk rumah orang lama-lama? Nak jadi bibik pulak kat situ?! Dah, abang tak nak dengar alasan lain. Balik sekarang!" Arah Fahrin tegas dan terus menamatkan panggilan tanpa pamitan. Suria terkesima. Bukan sekali Fahrin menjawab hambar, tegas dan angkuh begitu namun entah kenapa Suria masih belum biasa. Dadanya dilanda sebak.

"Sudahlah tu, Su. Nanti Kak Sal sambung basuh, dah tak banyak pun tu. Baliklah cepat, kesian Fahrin tunggu tu." Suara Ustazah Salina memecah kesunyian di dapur itu. Dia tahu dari segi riak wajah Suria yang suram dan muram itu tentu saja dia dimarahi oleh Fahrin.

Kata-katanya tadi juga lebih kepada berbaur pujukan. Suria lambat-lambat berpaling memandang Ustazah Salina risau kelihatan matanya berkaca menahan rasa. Wanita itu yang sedang mendukung salah seorang anak kembarnya, Sufi, dipandang dengan sebuah pandangan yang sukar dia jelaskan. Perasaan bercampur baur, sedih, malu, rendah diri, rasa terhina dan sekelumit amarah.

"Err.. Tak apa.."

"Dah, dah pergi balik. Tak baik berlengah-lengah, suami dah panggil balik. Tak apa, Sufi ni ok je. Dia pun dah biasa teman Kak Sal kat dapur ni, kan sayang ibu?" Gesa Ustazah Salina sambil mengagah anaknya yang berusia setahun itu.

Suria senyum pahit. Dia juga tidak mahu berdebat panjang. Perasaannya yang berkocak ketika itu bila-bila masa boleh terlepas diluah. Risau jika tanpa sedar dia membuka aib pekung sendiri. Suria segera berpamitan pulang dengan hati yang berbolak-balik.

Kawasan kampung dengan kejiranan serta jarak yang dekat, kereta milik Suria kini telah masuk ke kawasan rumah mertuanya dan terus diparkir bersebelahan kereta milik Fahrin. Kereta yang dia pandu kini adalah dari belian hasil simpanan serta sedikit wang hasil persaraan pekerjaan arwah ibunya. Meskipun tidak besar sekadar kereta kompak Perodua Viva tetapi itulah satu-satunya harta dan kenderaan untuknya bergerak sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Lampu di ruang tamu masih terang benderang. Selalunya hanya malap lampu dari ruang tengah sahaja. Tentu tiga beranak itu sedang bersantai diruang tamu atau lebih tepat sangkaannya mereka sedang menunggu kepulangannya.

Cepat-cepat Suria memanjat tangga dan melangkah masuk ke dalam rumah. Benar tekaannya bahawa Fahrin, ayah dan ibu mertuanya sedang bersembang sambil menonton televisyen disitu. Suasana hening seketika sebaik dia melangkah masuk tadi.

"Ramai budak-budak datang makan tadi, Su?" Sapa ayah mertuanya, Pak Dali. Sapaan yang jelas menyambut kepulangan Suria. Ayah mertuanya itu kemudian membuat isyarat menggamit agar Suria duduk bersama di ruang itu. Suria tunduk sopan dan hormat sambil melabuhkan punggung di sebelah Fahrin. Suaminya tidak berespon sekadar membatu. Protes barangkali.

"Tak ramai sangat, yah. Cukup-cukup lauk yang mak masak tu, budak-budak tu makan bertambah. Sedap agaknya," jawab Suria sengaja dia selitkan pujian buat ibu mertuanya. Sekadar syarat mahu mengambil hati tua itu.

"Alhamdulillah. Ada tadi tu si Saleh jemput ayah tadi tapi itulah, ayah dah biasa sangat makan yang mak kamu masak," seloroh Pak Dali sengaja mengusik isterinya. Suria sahut dengan tawa kecil,sempat juga dia mengerling ke arah ibu mertuanya kemudian melirik pada Fahrin. Mak Cah menjuih bibir tanda menyampah namun tetap ada segaris senyuman dihujung bibirnya.

"Haa, mak. Ni duit upah lauk tadi. Ustazah bagi lebih, dia kata sedekah untuk mak." Teringat wang yang diberikan oleh Ustazah Salina sebelum dia pamit pulang tadi. Cepat-cepat dia hulurkan ke tangan ibu mertuanya.

Mak Cah menyambut seraya mengukir senyuman lebah memperlihatan gigi penuh orang tua itu. Bersinar matanya sebaik melihat not wang didalam sampul pemberian Suria dari Ustazah Salina. Dikira not yang ada didalam sampul itu sebelum mengangguk berpuas hati dengan jumlahnya.

"Alhamdulillah, ada juga rezeki mak hari ni. Kerap-keraplah kau balik lambat, Rin. Mak masak ada hasil, tengok ni. Semoga semakin murah rezeki kita." Entahkan ibu mertuanya itu bergurau atau ada maksud tertentu, Suria kurang pasti namun entah kenapa hatinya terjentik, dia berasa hati. Pandangannya kini dilemparkan pada suaminya yang masih membisu sejak dari tadi. Langsung tidak berespon ibarat patung tidak bernyawa, ibarat jasadnya tiada disitu.

"Ehemm.. Lusa kau jadi cuti ke, Rin? Farina nak balik katanya,Fazira pun kata nak balik jugak." tiba-tiba juga Pak Dali berdehem dan mengalih topik perbualan. Sudah tentu jelas secara keterlaluan sikap tidak endah Fahrin pada Suria dihadapan mereka. Terangan jelas bersuluh. Tetapi secara tak sengaja juga Suria seakan terlihat dihujung matanya dengan riak wajah ibu mertuanya. Ada riak yang tidak senang dizahirkan namun dia kurang mengerti situasi dan suasana saat itu.

"Insyaallah, yah. Rin dah isi borang cuti tapi tadi HR tolak bagi dua hari je, boleh la dari tak dapat langsung. Fahmi balik jugak ke? Banyak bulan jugak dia tak balik," barulah terdengar suara suaminya itu. Suria tidak lepas menatap wajah Fahrin. Terbit secebis rasa rindu. Dia rindukan suaminya. Yang dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience