Rate

2

Short Story Completed 1622

"Arghhh, tolong"
suatu hari aku sedang mencari kayu api di dalam hutan untuk di gunakan di pondokku bagi memasak makanan.aku terdengar jeritan orang meminta tolong.aku segera mencari arah suara itu dan menemukan seorang lelaki berkulit cerah lemas di dalam sungai yang terdapat di dalam hutan itu.
Aku segera mencari kayu yang panjang apabila ketemu aku segera membalingnya ke arah lelaki itu supaya lelaki itu berpaut pada kayu itu.
lelaki itu berpaut pada kayu yang aku baling padanya kemudian aku segera menarik kayu itu sekuat tenagaku.

Akhirnya lelaki itu selamat sampai ke tebing sungai dan aku membantunya menarik dirinya ke atas.

" terima kasih sebab dah selamatkan saya" ucap lelaki itu berterima kasih kepadaku.

Aku segera memalingkan wajahku ke tepi apabila lelaki itu tersenyum manis padaku.terasa jantungku berdegup kencang apatah lagi wajah lelaki itu sangat kacak.

" tidak, aku tidak mahu jatuh hati pada sesiapa pun kecuali penciptaku" bisik aku sendirian di dalam hati.

tanpa menegurnya aku terus bangun dan cepat2 mahu berlalu pergi. aku tidak mahu syaitan mengambil kesempatan untuk mengodaku dengan lelaki itu ketika kami berdua-duaan.

" tunggu" awak mahu ke mana?" panggil lelaki itu apabila aku seperti tergesa-gesa mahu meninggalkannya setelah menyelamatkan nyawanya.

Aku tidak menghiraukan panggilannya. aku segera berlalu pergi tanpa menoleh lelaki itu. niat aku mahu mencari kayu api aku batalkan supaya aku dapat segera pergi jauh dari lelaki itu supaya tidak berbenih perasaan suka yang mahu tumbuh dalam hatiku.

ketika aku berjalan pulang ke pondokku. aku mendengar derap ranting patah seperti ada yang mengekoriku dari belakang.aku menoleh ke belakang dan terlihat lelaki itu mengekoriku dari belakang.

aku segera berlari.lelaki itu turut berlari seperti mahu mengejar aku.aku berlari sekuat tenagaku aku menoleh ke belakang lelaki itu masih berlari di belakangku.

tidak lama kemudian aku sampai ke pondokku dan segera meletakkan pasak pada pintu.

Aku mengintai di balik tingkap melihat lelaki itu mundar mandir di pondokku .

"Awak, sebenarnya saya tersesat di hutan saya terpisah dengan kumpulan saya semasa mencari kayu api.boleh tak saya bermalam di pondok awak ni sampai saya jumpa kembali dengan kawan2 saya. lagi pun hari mulai gelap" pinta lelaki itu.

Aku berasa berat hati mengizinkannya untuk menumpang teduh di pondokku.tempat aku beribadah tiap malam pada penciptaku.

" kamu berjalan terus ke kanan sehingga kamu berjumpa dengan desa yang tidak jauh dari hutan ini mintalah pertolongan dari penduduk di desa itu.saya tidak dapat membantu kamu kerana saya tinggal seorang diri di pondok ini"kataku akhirnya berbicara pada lelaki itu.

" err baiklah," kata lelaki itu kemudian berlalu pergi menuju tempat yang di beritahu oleh aku.

Aku menarik nafas lega apabila melihat lelaki itu telah berlalu pergi.aku menadah tanganku dan mengucapkan kesyukuranku pada penciptaku kerana penciptaku telah membantuku untuk menjauh dari lelaki itu memandangkan aku hanya bersendirian di pondokku ini.jika aku membenarkan lelaki itu menumpang teduh di pondokku aku takut imanku tidak kuat kerana baru pertama kali melihatnya hatiku mula berdebar jika dia menumpang di pondokku aku takut terjerumus dalam maksiat.syukur pada penciptaku yang telah menyelamatkan imanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience