Rate

4

Short Story Completed 1622

kesokkan harinya arif dan kawan2ny datang ke pondok gadis itu.
" Asalamualaikum," arif memberi salam.
tetapi tiada sesiapa pun yang menyahut salam itu.
arif memberikan salam sekali lagi tetapi tiada orang menyahut salamnya.
"wei,ada lubang dekat situ,jom tengok ada orang ke tak?" kata ikmal menujuk pada lubang sebesar bola tenis yang terdapat di penjuru pondok.
Arif mengintai di sebalik lubang itu alangkah terkejut melihat gadis itu yang terbaring kaku di dalam pondoknya.tanpa membuang masa arif memecahkan pintu pondok itu mereka semua segera pergi ke jasad gadis itu.arif memegang pegelangan tangan gadis itu mencari nadinya tetapi sudah terlambat gadis itu telah meninggal dunia.
entah kenapa timbul perasaan kesal dalam hatinya apabila pernah berniat buruk pada gadis yang telah menyelamatkannya itu ketika hampir lemas.
jenazah gadis itu di semadikan oleh orang2 di desa.ketika semua orang sudah pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.arif memegang dadanya terasa ada debaran yang dahsyat di dadanya dan debaran itu datang dari gadis yang telah meninggal dunia. tidak pernah dia rasakan debaran sedahsyat itu dari mana2 perempuan yang pernah di kenalinya melainkan dari gadis itu.

"Crush itu bermaksud kita menyukai seseorang dalam diam.Allah tak akan menghukum kita berdasarkan perasaan suka kita pada seseorang yang kita minati kerana cinta tu fitrah walaupun kita dah cuba untuk tak suka pada si dia kita tetap akan jatuh hati pada dia sebab kita tak mampu nak kawal hati kita.yang allah akan hukum adalah perbuatan kita. contohlah kita suka dekat seseorang jadi kita pun usyalah si dia couple dengan dia.berkhalwat dan akhirnya berzina.tapi kalau kita tersuka dekat seseorang kita jauhkan diri daripada dia tak follow fb atau insta dia jaga pandangan dari melihat si dia. Allah tak akan hukum kita.jika kita taat perintah allah dan turuti segala perintahnya insyallah Allah akan hadirkan pasangan hidup yang soleh dan solehah buat diri kita.bergantung haraplah hanya pada Allah hanya pada dialah kita akan selamat di dunia dan akhirat"

Arif tekun mendengar ceramah yang di sampaikan seorang ustad . kini arif gemar datang ke surau.dia mula mempelajari fardhu ain di surau itu.dia berusaha memperbaiki dirinya menjadi seorang hamba yang taat pada penciptanya.kerana gadis itu arif mulai tekun beribadah dia tidak lagi senakal dulu.walaupun singkat pertemuannya dengan gadis itu telah membuatkannya kagum dengan akhlak gadis itu yang sangat menjaga kehormatannya.dia berharap dapat bersama dengan gadis yang tidak di ketahui namanya itu di syurga nanti.cinta yang ikhlas mulai bercambah buat gadis itu walaupun gadis itu sudah kembali pada penciptanya.
"jika kami tidak pernah di takdirkan berjodoh di dunia ku mohon ya Allah jodohkanlah kami di syurga" doa arif sambil memandang ke langit.


SESUNGGUHNYA WANITA YANG SOLEHAH ITU HANYA BUAT LELAKI SOLEH JIKA TIDAK BERTEMU JODOH DI DUNIA KITA PASTI AKAN BERTEMU JODOH DI SYURGA SELAGI KITA MEMATUHI PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHKAN DIRI DARI LARANGANYA.OLEH ITU TIDAK PERLU RISAU JIKA TIDAK BERTEMU JODOH DI DUNIA TETAPI RISAULAH ANDAI KITA MATI TIADA BEKAL AMALAN YANG KITA BAWA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience