Rate

Terima Kasih

Family Series 1339

"Hariz... Apa kamu cakap macam tu. Tak eloklah." tegur Mak Cik Adda.

"Umi... Orang dah besar panjang kot. Macamlah dia ni patah kaki tangan." jawab Hariz.

Aku dah miang tangan nak bagi penampar kat mamat sorang ni! Bahasa dia tu kemain menembak aku ya!

"Tak apalah mak cik. Saya nak apa-apa saya boleh buat sendiri."

"Umi pergilah naik atas. Kak Dila cari." Suruh Hariz. Memang ganster budak ni. Dengan orang tua pun mengarah!

Umi membuat muka risau tidak mahu meninggalkan aku begitu sahaja. Tapi apakan daya, hidup bertuan perlulah akur! Aku memandang langkah longlai Mak Cik Adda naik ke tingkat atas.

"Kau datang sini sekadar nak jumpa bapak kau saja ada kaut hartanya sekali?" tembak Hariz.

Mukaku sudah membahang marah. Ingat aku ni pisau cukur ke? Mentang-mentanglah dia ni tua daripada aku. Tak bermakna dia boleh hina aku!

"Awak lagi bagus kalau cakap baik-baik. Saya datang sini nak jumpa abah saya. Tak ada niat lain..." balasku geram.

"Boleh percaya ke? Budak macam kau ni..."

"Awak tak perlu cakap banyak. Cukup satu je saya harapkan daripada keluarga ni. Perbuatan abah saya tu harapnya tak turun kat awak pulalah. Ayah saya ayah awak jugakan? Suka saya nasihatkan awak. Lagipun, kalau tak disebabkan ayah awak saya pun tak lahir di dunia ni. " Terasa sebak tiba-tiba di dada. Baru jumpa adik-beradik diri dah dilayan sebegini. Bagaimanalah agaknya kalau bertembung dengan si ibu tiri pula!

Hariz tercengang dan berasa terpukul. Aku merenung wajah lelaki itu dengan serius. Kata-kataku tadi bukanlah untuk menghina bapaku sendiri cuma segala yang diluahkan olehku adalah ikhlas. Tambahan pula ketika ini aku berseorangan bertambahlah rasa terasingku.

"Terima kasih atas nasihat kau tu. Tapi jangan nak salahkan ayah kami seorang saja atas apa yang berlaku." Sampuk satu suara. Hatiku tersentap. Kepala bagaikan berat mahu menoleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience