Rate

Nasihat

Family Series 1339

Aku menarik bagasiku dan mencampakkan beg sandangku keatas katil. Punggung aku labuhkan di sisi katil. Kemunculan Mak Cik Adda di depan pintu mematikan lamunanku.

"Boleh Mak Cik Adda masuk?"

"Eh... masuklah." balasku dengan senyuman.

"Asya harap bersabarlah. Jangan mudah patah semangat." Bahuku diusap Mak Cik Adda. Aku sekadar mengangguk. Nampaknya wanita tua itu mengerti akan perasaanku tika ini.

"Tak apalah mak cik. Asya yakin Asya boleh hadapinya." Kataku yakin untuk menaikkan semangatku sendiri.

"Panggil Umi saja, Asya. Orang dalam rumah ni dah biasa panggil mak cik dengan panggilan Umi. Dari abang kamu kecil mereka dah diajar oleh ayah kamu dengan panggil mak cik ummi." terang Mak Cik Adda panjang lebar.

"Baik, Umi." aku akur sahaja.

"Apapun tindakan abang kamu, Umi harap kamu bersabar. Selagi boleh hormati mereka, hormatlah. Ingat pesan Umi?" Kepalaku diusap lembut oleh Umi.

"Umi, Asya tak jamin semua tu. Tapi inshaallah Asya akan cuba lakukannya."

"Umi bukan apa... Umi cuma tak nak tercipta pula bunga-bunga pergaduhan antara kamu adik-beradik. Nanti timbul pula perasaan tak selesa nanti." Terangnya lagi.

Aku hanya mengangguk lemah. Betullah apa yang dikatakan umi itu. Baiklah Umi... Asya akan ikut nasihat Umi!

"Em... Umi. Bila abah balik sini?" aku mengalih topik perbualan.

"Inshaallah malam ni sampailah tu. Dah tiga hari abah kamu diluar negeri. Sabarlah ya... Nanti jumpalah ayah kamu puas-puas."

Aku tanpa sedar menguap kerana keletihan. Umi tersenyum tipis dan menyuruhku berehat. Aku tersenyum bahagia. Terima kasih Ya Allah, sekurangnya ada seorang insan yang sudi menjadi temanku ketika ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience