BAB 25

Romance Completed 7117

Sikap yang ditunjukkan Amir sangat menghairankanku.Hari ni aku tidak jadi pergi kebiliknya untuk bertanya.Dengan sikapnya itu pun sudah membuat diriku takut.

Esoknya...

Seperti biasa kami akan bersolat di bilik Amir.Tapi kali ini aku takut hendak melangkah masuk.Aisyah mengetuk pintu.Pintu pun dibuka seperti biasa.

Anehnya,biliknya itu sudah bersih.Wajah pucatnya yang seperti Zombie kini kembali berseri seperti dulu.Aku tak memikirkan apa apa lagi selepas melihat tingkah Amir seperti biasa.

"Mungkin aku hanya mimpi.." Monologku menyimpulkan.Tapi aku yakin aku melihat Amir dengan perempuan itu bukanlah sebuah mimpi.Itu nyata.

Kami akan berkumpul semula jam 10 pagi untuk melihat sebuah game.Dikhabarkan Seoul ini akan didatangi bintang show terkenal "Running Man."

Kami semua sudah berkumpul diluar bangunan sewaan kami.Aku berpakaian simple dengan sedikit make up dan ber beg sandang.

Aisyah seperti biasa bertudung labuh berkaca mata dan baju yang disamakan dengan warna seluar.Tidak berubah sedikitpun penjagaan aurat yang dijaganya.

Amir pula paling pelik kali ni.Biasanya dia hanya berpakaian simple dan beg kecil yang dipakainya.Kini,dia memakai topi sambil menutup muka,beg sekolah seakan dia pelajar sekolah.Dan penampilan yang serupa stalker.

Aku malas menegur lebih.Sekitar 11 pagi kelihatan banyak kameraman dan aktor Lee Kwang Soo berlari untuk sebuah misi.Tak lama kemudian kelihatan bintang lain seperti Kim Jong Kook,Song Ji Hyo,Ji suk Jin,Ha dong Hoon,Jae suk dan beberapa aktor jemputan.

Kemeriahan dapat kami rasai.Bolehlah melegakan gelojak hati aku yang sedang dalam tahap berdebar.Sekitar 3 petang barulah game tersebut bertukar Venue.

Aisyah mencadangkan untuk kami makan ke restoran halal disana.Aku dan Amir hanya mengiyakan.


*****

Amir dan Sarah masih lagi dalam tahap moody.Tapi mungkin dalam tahap yang lebih teruk.Itulah yang dapat aku rasakan.

Ajakan aku untuk menonton game ini pun mungkin tidak memberi impak sangat untuk mereka kembali seperti awal awal kami di sini.

"Mungkin aku patut ajak diorang makan.." Aku memutuskan mengajak mereka mengisi perut mereka.Mungkin ini mampu menenangkan fikiran mereka sejenak.Aku hanya berdoa mereka kembali seperti semula sahaja.


******

Aku sebetulnya sudah sangat ingin balik.Hatiku sudah tak sedap dari tadi.Seperti ada yang mengikutiku.Tapi ajakan Aisyah tidak boleh ditolak.Takut dia terkecil hati.

Semalam merupakan hari yang sangat malang bagi aku mungkin.Selepas dapat mengesan suara yang aku dengar,semalam juga aku teringat kembali kisah aku dengan "DIA".

Bukan itu sahaja,entah kenapa gambar gambar aku dan dia ada didalam begku.Tidak ku sangka aku membawa gambar aku dan dia dibegku.Malam itu juga aku mengoyak dan membuang semua gambar "DIA".Boleh dikatakan aku hampir tidak tidur semalam.

Sepanjang aku makan aku merasa diperhatikan.Aku mencuba berlagak biasa.Tapi semakin lama semakin seram dan aku tak tahan menanggungnya.Aku menolehkan kepalaku ke kiri dan kekanan.

Aku mencari kelibat seseorang yang memerhatiku.Mataku terpaku pada sepasang tubuh wanita yang sedang berdiri ingin meninggalkan restoran.Wanita warga malaysia.

Sudah pasti itu dia yang memerhatikanku.Sama ada Nad atau tidak yang penting aku dapat tengok siapa dia.Aku mahu menjerit menyuruh pelayan menahan si wanita itu.Tapi wanita itu hilang begitu saja.

"Siapa dia sebenarnya??"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience