Azmi mengingat kembali kisah yang dilaluinya.Setelah setahun kami kembali ke Malaysia,kami tetap berkawan hingga saat ini.
Cuma mungkin menjaga batas sedikit.Ini kerana masing masing sudah ada pasangan sendiri.Aku masih ingat lagi 5 bulan lalu.
Amir mengesahkan dirinya sebagai suami sah kepada Aisyah.Kami semua hadir memberi semangat.Sungguh tercabar melihat sahabat kami di sambut.Entah apa yang berlaku di Korea tidak kami ambil tahu.
Lain pula cerita Zamri.Zamri kini sudah bertunang dengan buah hatinya..Nurin.Hari yang sangat seram bagi Zamri.Kami juga memberi semangat kepada Zamri dan Nurin.
Adam juga tak lupa bertunang dengan Aina.Adam yang dulu kami ingatkan sombong,suka dengar lagu kini sudah mempunyai calon isteri sendiri.Sungguh tak sangka.
Zaff dan Sarah pula akhirnya nikah dan mudah disetujui 2 belah pihak.Ini kerana mereka memang rapat dari dulu.
Semoga korang semua bahagia dunia akhirat.Aku pula masih sendiri.Single.Merenung kerusi di Perpustakaan ini.
Aku bangun dan mencari buku.Tiba tiba aku terlanggar seseorang.Seorang gadis.
"Maaf..Maaf" aku mengucapkan kata maaf."Takpe salah saya jugak.." Gadis itu berdiri dan aku mengambil bukunya yang jatuh.Aku menyerahkan buku itu ke gadis tersebut.
Gadis itu tersenyum.Aku diam.Ini kali pertama aku lihat wajah seorang gadis yang sangat menarik hatiku.
Mungkin allah telah mempertemukan 2 insan yang sedang mencari pasangan hidup ini.Semoga hidup mereka akan bahagia hingga akhir ke jannah.
Aamin..aamin Ya Rabbal Alamin...
-TAMAT-
Share this novel