BAB 3:Masihkah ada Cinta?

Romance Completed 3839

>??•??•??<

Aku duduk di birai katil. Rindu yang dulu datang kembali. Masih ingatkah dia kepada aku? Masih cinta kah dia kepada aku ataupun..dia dah ada orang lain di hatinya. Ya Allah...kenapa aku tak boleh lupakan dia..Betapa kuatnya cinta aku kepadanya .

Aku bangun dari tempat duduk ku lalu mencapai tuala yang tersidai di tempat penyangkut. Aku pun menuju ke kamar mandi untuk memanaskan tubuh badan ku yang dari tadi lagi kedinginan .

Selesai mandi..aku pun memakai baju t-shirt warna oren. Dan seluar parazel warna putih..sekadar biasa biasa sahaja pemakaian ku. Dah malam kan..buat apa nak pakai cantik cantik..lepas ni nak tido jugak.

Aku duduk di depan meja solek dan berhadapan dengan cermin. Terpapar wajah ku yang jelita di dalam cermin itu. Aku melihat satu persatu ciptaan Tuhan yang sungguh cantik di dalam cermin itu. Muka ku putih kemerahan.. mataku, sesiapa sahaja yang melihat pasti terpukau . Seterusnya Hidung , hidung ku mancung dan terletak . Bibir ku cantik warna nya bak bunga rose..Bila tersenyum lebih menggoda..ala..stop lah perasan.

**********

Aku berdiri di balkoni , aku pandang ke arah langit, sungguh indah ciptaan Tuhan bila waktu malam. Ada bintang-bintang berkelipan..Dan aku pandang pula ke arah bulan..lama aku memandang sampai terimbas kembali kenangan manis yang masih tersisa dahulu.

(FLASHBACK)
*************

"Risya..bila awak rindukan seseorang, awak tengok lah bulan ,tentu orang yang awak rindu akan melihat bulan tu sama." kata Adam Mishka tanpa memandang kearah Salju Farisya kerana asyik sangat tengok bulan.

"Yeke?" kata aku kurang yakin.

"Ye, betul..kenapa ? Tak percaya." kata Adam Mishka.

"Okey, Jadi..awak tengok bulan tu..awak tengah rindu someone eh..?" tanya Aku pula.

"Ha'arr...saya tengah rindukan seseorang." jawab Adam Mishka.

"Siapa?" tanya aku ingin tahu.

"Orang yang saya rindu, ada disebelah saya." kata Adam Mishka sambil tersenyum memandang kearah aku.

"Awak ni..kan saya ada disebelah awak , takkan lah rindu pulak.. Nanti kalau saya pergi jauh tak tahu macam mana lah jadi dengan awak ni. " kata aku.

"Awak ni.. Tak nak lah cakap macam tu. " kata Adam Mishka , mula lah duk buat muka merajuk. Kedua dua belah tangannya memeluk dada bidang milik nya.

"Alah..tak nak lah merajuk macam ni. Tengok tu muka dah tak hensem dah. Okey ..kalau macam tu..saya merajuk jugak lah." aku pandang ke arah tasik didepan ku.

"Aik..merajuk jugak. Ingat kan, nak pujuk orang ,ni..dia pulak yang merajuk. " kata Adam Mishka.

Adam Mishka pun menggeletek aku. Kedua -dua turut ketawa.Sampai lah tak ingat dunia.

*******
Automatik bibir ku terukir senyuman setelah mengingati kenangan manis dahulu. Tapi..masihkah ada cinta diantara aku dan dia. Masihkah dia mengingati aku, atau masihkah dia mencintai aku seperti dahulu.

Aku pun pergi ke arah katil pulak. Aku duduk bersandar di katil lalu kaki ku terlentang dan aku meletakkan bantal di atas paha ku. Aku mencapai telefon ku yang berada di meja sebelah katil . Lalu aku membuka aplikasi whatsapp.

??~ whatsapp: Salju Farisya: Assalamualaikum Lia. Esok kita pergi Shopping nak tak.

Sementara menunggu Erma Aulia membaca mesej aku. Boleh lah aku minum air kopi panas ku yang dibuat sebentar tadi. Sejuk sejuk ni kena minum air panas baru lega sikit tekak. Aku pun melihat Erma Aulia sedang menaip.

Menaip....

Tik..Tok..

??~ whatsapp: Erma Aulia: Wa'alaikummusalam. Boleh jugak. Esok awak tunggu dekat depan pintu bilik saya okey.

??~ whatsapp:Salju Farisya: Okay, babe. Bhai..Assalamualaikum.

??~ whatsapp:Erma Aulia: K. Bye too..Wa'alaikummusalam.

"Yes. Shopping Tomorrow with Erma Aulia haahh..." aku menutup mulut ku dengan tangan kanan kerana asyik menguap je dari tadi. Mengantuk lah , mana tak nya dah jam berapa ni.

Aku melihat jam di telefon ku. Tertera jam tepat pukul 12 am. "Patutlah mengantuk..dah lewat malam dah ni.. Tapi kenapa macam sebentar je .. Maybe, kat tempat orang kut. Not Malaysia , But Australia. " aku bercakap sorang sorang ditengah malam.. Seperti orang gila..

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience