BAB 5:Berterus Terang

Romance Completed 3839

Aku menatap gambar ku bersama si dia di dalam galeri telefon ku. Sungguh aku amat merindui nya. Aku teringat kejadian tengah hari tadi di Cafe. Benarkah apa yang aku lihat tadi benar dia? Ataupun itu hanyalah imaginasi ku, kerana aku terlalu merinduinya. Jika benar itu dia..apa yang dia buat dekat Australia ni. Dan Perth, area yang sama dengan aku? Dan yang paling aku geram sekali siapa perempuan tadi tu hah?. Banyaknya persoalan yang bermain diminda ku.

"Adam Mishka. Saya rindu sangat dekat awak. Bila lah kita dapat bertemu kembali. Saya harap sangat kita dapat berjumpa suatu hari nanti." gumam hati Salju Farisya, jari telunjuknya menggosok kearah skrin telefon yang terpapar gambar Adam Mishka dengan aku.

"Mungkin juga awak dah lupakan saya. Dah 5 tahun berlalu..mana tak nya. Tapi..saya tak akan pernah lupakan awak. Adam Mishka, i love you..i miss you.. Very much.." bunyi ketukan pintu dari luar membuat aku terkejut..dengan keluar kata kata " Mak Kau Hijau " latah la latah..nanti jadi benor benor baru tau. Balik KL nanti mak aku berubah warna hijau. Mati aku. I'm hope not real.

Tuk..Tuk..Tukk..

"Ye..kejap." kata aku.

"Cepat lah..saya takut duduk dekat luar lama lama ni." kata orang kat luar.

"Aik..Lia ke tu? Apa dia buat kat sini malam malam ni." kata aku, pelik juga dengan kehadiran kawan ku malam malam ni.

Krekk..pintu bilik dibuka.

"Lia? Awak buat apa kat sini malam malam ni?tanya aku pelik jugak akan kehadiran dia .

" Risya.. Boleh tak saya nak tidur sini, malam ni je..Please.. "

"Tidur sini.. Kenapa?ada apa dekat bilik awak tu?" tanya aku pelik.

"Tak ade apa apa..saja je..boleh tak?"

"Boleh boleh..masuk lah dulu.." pelawa aku .

"Okay..thank you Risya.." ucap Erma Aulia. Aku hanya menganguk.

"Awak ada lagi bagus. " kata aku sambil tersenyum.

"Awak takut eh.." Erma Aulia mengusik aku.

"Tak de makna lah nak takut wei.. Yang awak duk cakap saya takut tu apasal. Ni kan bilik saya, awak yang datang sini, bukan saya pergi bilik awak. Apo lah." bagitahu aku .

"Ha'arr..jugak eh.. Hahaha.." jawab Erma Aulia sambil tergelak.

"Kenapa nak tido sini tiba tiba je. Actually ada apa dekat bilik awak tu? Ke.. Lampu terpadam. Ataupun..hemm awak nampak hantu. " kata aku sambil meneka .

"Tak ade apa apa lah . saya saja je nak tido sini..sebab ..hemm..entah lah, tak tahu nak buat apa lepas tu terus tido. Sebab tu lah saya nak tido sini, buleh jugak berbual dengan awak. Baru lah tak ngantuk. " Erma Aulia menjelaskan segala masalah dia kepada aku.

"Ohh..macam tu ke. Kalau macam tu..tak apelah. Awak ada sini lagi best. Tapi kan..kalau awak tinggal macam tu je bilik awak nanti rugilah awak kena bayar , tapi..tak duduk pun kat dalam bilik." kata aku.

"Hehe..actually,"

"Actually apa?" aku memotong percakapan kawanku.

"Actually , saya dah bagitahu staff hotel supaya stop dulu pembayaran sewa hotel.. So, saya tak kena bayar lah and then..i'm not loss lah..hehe..Because malam ni saya bermalam dekat my baby room." terang Erma Aulia. Di akhir ayat dia membuat suara teruja.

"Ouh..patutlah..nak jimatkan duit dia rupanya. But..i don't care for this. Lagi jimat , lagi bagus kan. Bilik ni pun boleh tahan luas kan. " kata aku , menyampah pun ada jugak lah.

"Jadi , awak tak marah lah saya bermalam dekat bilik awak, walaupun saya dah menyemak kat bilik awak." Buat apa nak marah nya, lagi suka adalah." jawab aku .

*************

"Risya , mamat tadi kan hensem lah. Kali pertama aku tengok dia dah terkeluar air liur aku ni.. Kalaulah suatu hari nanti dia jadi husband ku..err... tak tahu dah terkeluar apa pulak." Aku buat muka menyampah.

"Terkeluar tahik." entah tiba tiba sahaja terkeluar perkataan itu dari mulut ku, mungkin disebabkan rasa geram sangat.

"Hahaha..pengotor lah Risya ni. " kata Erma Aulia sambil ketawa. Tak amik hati langsung apa yang aku katakan tadi. Dia ingat aku gurau ke benda.

"Hemm.." balas aku ringkas.

"Bosan lah.. Risya awak nak dengar tak cerita saya, cerita kenapa saya datang kat Australia ni. Nak dengar tak." kata Erma Aulia ingin menceritakan apa sebenarnya yang menyebabkan dia datang ke Australia ni.

"Nak nak.. Cerita lah , hurry up Lia." excited sangat nak dengar story kawan ku.

"Patient lah babe. " kata Erma Aulia, "nak start macam mana dulu erh. Herm... Seminit kemudian..

" Lama nye.. Bila nak cerita ni? Sampai tak sudah rasa hermm dia.." aku mengeluh dengan sikap Erma Aulia yang ingin bercerita tapi tak tahu nak mulakan macam mana dulu.

"Okay..okay.. Tapi kamu jangan gelak ye..

" Ye saya tak kan gelak punya, kalau cerita tu lawak saya terpaksa gelak lah.

" okay..Mula mula macam ni. Bla....Bla....Bla.."mula sampai habis Erma Aulia cerita kan.. Barulah aku faham kenapa dia datang ke sini.

"Ooo...kamu lari rumah ni semata mata tak nak kahwin.. Jauh jugak kamu lari ye , sampai Australia bagai.." Perli aku sambil ketawa terbahak bahak mendengar kes Erma Aulia itu.

"Ermm...dah cakap dah. Gelak ketawa, gelak ketawa , tu je dia tahu. Tak pe lah macam tu gak , merajuk." salju Farisya masih tidak berhenti ketawa.. " eii..geramnya..takpelah gelak lah lagi, jangan sampai besok tak boleh bersuara. Nak tido lah kalau macam ni. " erma Aulia membaringkan badannya di katil yang bersebelahan dengan katil salju Farisya.

"Merajuk pulak..baiklah baiklah..saya mintak maaf okey. Stop lah rajuk dengan saya. Lia..sorry.." pujuk Salju Farisya, sambil mengoncangkan perlahan tubuh Erma Aulia.

"Okey kalau macam tu..awak nak tak dengar cerita saya pula." mungkin dengan idea ini Erma Aulia termakan dengan pujukan aku.

Sepantas kilat..bangun semula daripada baringnya.

"Nak nak..what story about? Ceritalah..ceritalah.." ternganga aku di buat nya. Laju pulak kalau dengar cerita dia ni. Tadi..bukan lagi main merajuk dia Ni ..ermm..

"Tapi.. Kalau saya cerita dekat awak ni, awak jangan marah ataupun benci saya pulak eh." kata aku.

"Marah, Benci? Awak nak cerita pasal apa ni sebenarnya? " kata Erma Aulia.

"Se..sebenarnya.

" sebenarnya?? " Erma Aulia memotong percakapan aku.

"Sebenarnya mamat yang dekat Cafe tu adalah buah hati saya." straight on the point aku menghabiskan kata kata aku. Tanpa titik .

"Hah, what? Mamat yang saya kata hensem tu ke?" terkejut Erma Aulia.

"Ha'ah..sambil menganguk, lelaki tu lah boyfriend saya ." kata aku dengan serba salah, bukan apa , takut Erma Aulia marah dekat aku ke..ataupun benci aku ke..

"Tapi...kamu tak marah kan?" tanya aku ingin kepastian. serba salah nak cakap.

"Angry? Even not. Sebab ..tu kan buah hati kawan saya. " Betul ke ni..Lia. Awak tak marah dekat saya.. Ataupun cemburu?

"Jelous? Kenapa saya nak jelous pulak? Dia tu kan bukan nya milik saya pun, nak jelous buat apa." Tapi..kenapa masa lelaki tu duduk berduaan dengan perempuan kat cafe tu, awak kata jelous."kata aku.

"Sebab ..masa tu saya tak tahu lagi tu boyfriend awak. Sebab tu saya jelous. But now, saya dah tahu perkara sebenar..buat apa saya nak jelous dengan buah hati kawan saya ni kan. Saya tak akan sakiti hati kawan saya yang sorang ni sambil mengukirkan senyuman dibibir." jelas Erma Aulia.

"Oh...jadi kalau tu bukan boyfriend saya and tu boyfriend orang lain , kamu jelous lah?hah." tanya aku ingin tahu .

"Yup! Tepat sekali. Pintar anak mama, sambil menggosok lembut kepala aku." perli Erma Aulia. Hahaha..

Jam sudah bergerak ke angka 1 pagi.

"Risya. Aku nak tido dulu lah. Very ngantuk..and very happy malam ni, sebab boleh dengar cerita daripada awak." kata Erma Aulia sambil membaringkan badannya yang agak ramping di sisi kanan Salju Farisya.

"Okay saya pun dah ngantuk dah ni.. Good night." ucap aku.

"Night too.." ucapan dibalas ucapan.

??????

Diorang ni baru je jumpa. Tapi.. Dah macam bestfriend forever. Semoga tidur tu dapat mimpi yang indah indah okay.

#SaljuFarisya
#ErmaAulia
#BestfriendForever

Korang Suka Tak Bab ni. Kalau suka tlg vote okay. Nanti kalau korang vote bebanyak , saya nak buat yang terbaik lagi untuk bab yang seterusnya. And tlg komen okay , jika bab saya yang ni tak memuaskan hati korang. Bab yang seterusnya nak buat cam mana pulak erh..Tak Payah lah duk cakap. Saya dah ada idea saya tersendiri. Hahaha..i'm sorry reader, jika saya buat tak pernah nak best.

#ideaooideadimanakau

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience