KISAH 6

Horror & Thriller Completed 3912

Kedengaran bunyi loceng jam yang sangat kuat berbunyi dan tidak henti-henti berbunyi. Syira terjaga dari tidur, tetapi masih lagi dalam keadaan mengantuk. Cuba membuka matanya namun agak sukar.

Dengan matanya yang sedikit terbuka, dapat lihat kilauan cahaya yang terang dari luar melalui jendela pintu biliknya. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah jam nya. Kelihatan jam tersebut menunjukkan sudah pukul 11 pagi.

Syira terkejut, lalu terus mengangkat tubuhnya ke posisi duduk. Dengan serta-merta mata syira yang agak susah nak dibuka terus menjadi senang dibuka apabila sedar yang dia sekarang sudah lewat untuk ke kerja.

Syira off alarm jam tersebut dan dia gapai telefon pintarnya untuk lihat jika ada mesej atau whatsapp atau emel dari siapa-siapa. Alangkah terkejut dan leganya syira apabila melihat di home page telefonnya yang menunjukkan hari ini adalah hari ahad iaitu hari cuti.

Mata syira terus layu kembali. Begitu juga badannya terus jatuh ke katil semula. Dan dalam beberapa ketika, pandangan matanya terus gelap....dan syira terlena.

Ok... Sebelum kisah seram ini diteruskan, apa kata kita kenal dulu serba sedikit mengenai syira dan kehidupannya.

Syira merupakan anak sulong dan mempunyai serorang adik lelaki. Syira berumur 23 tahun, adik lelakinya iaitu zarif berumur 18 tahun. Dan zarif ketika itu baru sahaja tamat spm dan sedang menunggu tawaran dari mana-mana universiti.

Ibu bapa syira pula kedua-duanya bekerja. Ibu bapa syira bekerja di syarikat yang sama dan biasanya mereka ke kerja pukul 9 pagi dan pulang lewat dalam pukul 9 malam hingga 12 malam.

Zarif selalunya ada di rumah sahaja bermain komputer dan playstation, kadang-kadang dia keluar ke rumah kawan-kawannya. Syira pula baru sahaja bekerja dalam hampir 1 tahun selepas tamat diploma.

Syira biasanya ke kerja pukul 8 pagi dan pulang pukul 5 petang. Biasanya otw pulang, syira akan singgah di satu kedai makan untuk bungkus nasi ayam. Sebab syira tahu ibu bapanya masih tak ada kat rumah dan memang takkan ada makanan kat rumah.

Ok... So sambung cerita tadi...

Syira terlelap....

Di dalam kegelapan tu, tiba-tiba pandangan syira seakan-akan menjadi semakin merah,, merah dan terus ke merah dan terang... Badannya semakin panas,,panas yang teramat... Syira nak menjerit, tapi tak mampu... Syira tak boleh bergerak... Syira hanya mampu menangis, namun tak berbunyi dan tak berairmata... Syira tak boleh buat apa-apa selain daripada terpaksa merasai kepanasan tu.

Dalam beberapa minit kemudian, syira akhirnya dapat bergerak dan syira terus bangun terduduk dan nafasnya laju menarik dan menghembus nafas..

Badannya sangat banyak berpeluh dan juga busuk...

Syira menggapai telefonnya, dan lihat masih hari yang sama iaitu hari ahad....pukul 11 pagi... Syira menghembus nafas lega.. Dalam kelegaan itu, tak sampai 5 saat, syira kembali menoleh pada telefonnya, dan menoleh juga pada jam di mejanya. Dan memang betol jam itu menunjukkan pukul 11 pagi.

Syira berasa hairan kenapa masih pukul 11 pagi? Sebelum tidur, syira bangun pukul 11 pagi...lepas kembali tidur, sekarang bangun, masih 11 pagi??? Sedangkan syira rasa syira tertidur agak lama... Perkara itu memang menghairankan syira, namun syira tidak mengendahkan hal itu.

Syira bangun dan ke ruang makan,,

Ibu dan adiknya berada di meja makan. Dan di atas meja makan, ada banyak makanan yang dimasak oleh ibunya.

Ibunya memandang syira dan senyum lalu berkata

“syira, jom makan.."..

Syira pun tarik kerusinya dan duduk

“mana ayah?", tanya syira...

Ibunya senyap.....

Kedengaran sayup2 bunyi air dari luar...syira pun bangun dan mengintai ke luar, kelihatan ayahnya sedang basuh kereta. Syira pun buka tingkap dan menjerit memanggil ayahnya, namun ayahnya tak mengendah panggilan syira atau mungkin ayahnya tak dengar.

Ibunya pun berbunyi dengan nada perlahan

“syira, abaikan ayah kamu, jom makan dulu"..

Muka ibunya nampak agak masam dan sedih.

Dalam 5 minit mereka makan, ayahnya mula masuk ke rumah, syira pun memanggil ayahnya

“ayah, jom makan"... Ayahnya tidak mempedulikan syira dan terus berlalu ke bilik air.

Ibunya juga senyap dan mukanya masih lagi masam dan sedih...

"ohhh mak dan ayah gaduh ea?", tanya syira.

Ibunya tak mempedulikan kata-kata syira dan berkata

“makan, syira...".....

Syira teruskan makan sampai habis..

Selepas selesai mereka makan, zarif macam biasa akan cepat-cepat ke bilik air dulu untuk mandi sebab zarif tahu syira mandi memang lama.. Sejam tu belom tentu lagi siap... Zarif selesai je mandi, terus zarif ke biliknya pakai baju dan bermain playstationnya tu.

Syira pula mandi dan sama juga syira akan ke biliknya. Biasanya hujung minggu syira lepak dalam bilik je, whatsapp dengan member2 kat group, kadang-kadang main wechat sembang dengan orang yang tak kenal, dan buka laptop tengok k-pop, tengok gosip artis dan sebagainya.

Dari dalam biliknya, kedengaran bunyi enjin pajero ayahnya berbunyi. Syira pandang ke luar, syira lihat ayahnya keluar seorang diri. Syira duduk di meja yang menghadap tingkap biliknya itu dan membuka laptop. So, sambil-sambil syira main laptop, syira boleh pandang ke luar. Rumah syira ni dalam kampung, so agak tenang la pemandangan di luar.

Lepak punya lepak dalam bilik tu, sedar sedar dah pukul 9 malam, kelihatan ayahnya masih belum pulang.

Syira hairan kenapa ayahnya belom pulang, biasanya hujung minggu ada kat rumah je. Iye lah, hari bekerja selalu balik lewat, so hujung minggu ayahnya biasanya luangkan masa dengan anak-anak kat rumah. Kadang-kadang ada je aktiviti yang seronok yang ayahnya buat. Contohnya, barbeque ayam depan rumah, atau ajak memancing ikan dan macam-macam lah. Tapi hari ini, perangai ayah syira agak pelik. Tak senyum, masam, dan tak pedulikan orang di rumah.

Syira ke katilnya, dan berbaring. Masih lagi berfikir tentang perangai ayahnya.

Lama-kelamaan, mata syira layu dan layu. Dan pandangan syira terus gelap....

Syira terlena...

Pandangannya yang gelap itu tiba-tiba bertukar ke arah merah.. Dan seperti sebelom ni, syira mendapat mimpi yang sama. Badan syira kepanasan, tidak mampu menjerit dan bergerak... Kali ini, mimpi syira agak berlainan....

Syira nampak dari jauh ada seorang lelaki yang sedang mencari-cari sesuatu di dalam api yang membara (seakan-akan dalam api neraka)... Lelaki itu tiba-tiba menoleh pada syira.. Rupa-rupanya lelaki itu adalah ayah syira.... Wajah ayah syira tiba-tiba berubah menjadi sedih.

Wajah ayahnya seakan-akan nak menangis... Dan akhirnya ayahnya menangis dan berlari ke arah syira.. Semakin ayahnya dekat, semakin membara api di sekeliling dan terus ayahnya hilang dari pandangan dek kerana dilindungi api yang membara... Dan selepas itu, serta merta syira terjaga dari tidur....

"fuhh", syira melepaskan nafas lega sambil berfikir apakah maksud mimpinya itu..sudah dua kali mimpi api yang membara... Hari ini juga sama badan syira panas berpeluh..

Syira mengalihkan pandangannya ke arah suatu sudut yang lain di dalam biliknya, dan terkejut syira apabila melihat ayahnya berada dalam biliknya. Tak pernah lagi sebelom ni ayahnya masuk dalam bilik syira senyap-senyap. Ayahnya seperti sedang memandang dinding bilik syira atas dan bawah.

Syira berbunyi,

“ayah, buat apa dalam bilik syira?"...

Ayahnya seakan-akan terkejut menyedari syira sudah bangun dari tidur.. Ayahnya berpaling ke arah syira, dan tanpa berkata apa-apa, dan dengan muka ayahnya yang tiada senyum itu, ayahnya terus berlalu keluar...syira hairan dan pada masa yang sama sedih dengan perangai ayahnya yang sudah tak lagi peduli pada keluarga. Syira hanya mampu memandang ayahnya keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja ayahnya sampai di pintu biliknya, tanpa membuka pintu, ayahnya terus keluar ...... Dan menembusi pintu bilik itu...

Syira tersangat-sangat terkejut lalu syira terjatuh terduduk di tepi katilnya.. Syira tahu ada sesuatu tak kena dengan ayahnya...

Kenapa ibunya senyap waktu syira panggil ayahnya makan? Kenapa dalam mimpi nampak ayahnya dalam neraka? Adakah ayahnya sudah mati? Adakah yang syira nampak itu adalah roh ayahnya?

Di dalam keadaan terkejut itu, pandangan syira tepat pada jam di atas mejanya.. Dan jam menunjukkan pukul 11 pagi.... Syira terkejut kerana sudah lewat untuk ke office.. Syira gapai telefonnya dan lihat, masih hari ahad!!! Tiga hari berturut-turut, semuanya hari ahad!!!

Alangkah terkejutnya syira....

Syira tahu ada sesuatu tak kena....

Muka syira berubah menjadi buntu dan bimbang yang teramat. Syira rasa bagai nak gila memikirkan benda aneh ini.

Syira bangun dan berlari keluar bilik mencari ibunya sambil menangis...

Kelihatan ibu dan adiknya berada di meja makan sedang menunggu syira... (sama seperti semalam).

Syira nampak je ibunya, tangisan syira menjadi makin kuat, dan syira terus ke arah ibunya dan terjatuh melutut di depan ibunya.. Syira memegang tangan ibunya, sambil menangis syira bertanya

“makkkk, mana ayah??? Mana ayah??? Mana ayah, mak???!!!!", syira bertanya banyak kali seakan-akan orang gila.

Syira perlahan-lahan mendongakkan kepalanya melihat wajah ibunya...

Ibunya masih senyap, dan kali ini ibunya mengalirkan air mata dan ibunya berkata dengan nada perlahan,

“syira, ayah kamu bukan lagi untuk kita.."..

Syira tidak puas hati dan bertanya lagi,

“kenapa mak cakap macam tu?! Mak dan ayah dah bercerai?"...

Ibunya hanya mendiamkan diri,, menundukkan kepala, menutup matanya dan mengalirkan air mata.....ibunya menangis secara perlahan...

Dalam beberapa saat selepas itu, ayah syira masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur dan mengambil air kosong untuk diminum...

Sedang ayahnya meneguk segelas air itu, syira yang tidak puas hati terus mendekati ayahnya dan menegur ayahnya..

“ayah!"..

Ayahnya terus berhenti minum dan terkejut dengan teguran syira itu.... Tapi ayahnya masih senyap dan tak pedulikan syira....

Syira tidak puas hati lagi syira terus menjerit

“ayah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"...

Ayahnya dengan pantas menoleh kepalanya ke arah syira dengan muka ayahnya yang seperti seorang yang terkejut, marah, sedih, takut dan sebagainya. Boleh lihat pada wajah ayahnya, perasaan ayahnya itu sekarang sedang bercampur baur.....

Ayahnya masih senyap, dan tiba-tiba ayahnya bergerak pantas keluar kembali dari rumah dan terus ke keretanya..

Syira dengan pantas ikut belakang ayahnya dan memanggil ayahnya banyak kali... Selagi ayahnya senyap, selagi itu lah syira tetap ikut dan panggil ayahnya.

Sebaik sahaja melalui ruang makan, kali ini maknya bernada agak tinggi berkata pada syira,

“syira! Jangan ikut ayah kamu. Abaikan dia!

“..

Syira tidak pedulikan kata-kata ibunya dan terus mengikut ayahnya sehingga ke dalam kereta...

Di dalam kereta, syira duduk di sebelah ayahnya...

Waktu tu syira senyap memikirkan masalah ni..

Begitu juga ayahnya yang sedang memandu itu..ayahnya senyap sahaja..

Syira pun berbunyi,

“ayah, kenapa ayah buat macam ni kat kitorang? Ayah kalau ada masalah, ayah boleh bagitau syira"....

Ayahnya menjerit

“argghhh!!"...sambil menggenggam tangannya...

Ayahnya kelihatan benci dengan kata-kata syira..ayahnya tak mahu syira berkata-kata...

Syira masih lagi tak puas hati, syira tanya lagi dengan nada yang lebih tinggi,

“ayah!! Kenape dengan ayah ni? Ayah dah benci dengan anak-anak ayah sendiri ke?! Ayah memang takde hati perut!!!!!!!", jerit syira pada ayahnya.. Walaupun duduk sebelah-sebelah, syira menjerit kerana geram dengan perangai ayahnya yang membisu.....

Ayahnya terus bertambah geram dan menjerit lagi kuat,

“argghhhhh!!!!! Senyapp!! Senyap!! Tolong la senyap!!!", tangannya menggenggam kuat stereng kereta....

Muka ayahnya tiba-tiba berubah menjadi sedih dan terus menangis macam orang gila...

Sebelum ni tak pernah syira tengok ayahnya menangis macam ni....

Tak sampai satu minit, tiba-tiba ayahnya menjerit lagi

“arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!"...

Kali ni ayahnya menjerit lagi panjang dan kuat... Kedua-dua tangannya melepaskan stering, genggam kuat, dan memukul-mukul stering keretanya dengan kuat tanpa henti....mulutnya berterusan menjerit....

Syira menjadi takut.....syira menangis sambil menunduk kepalanya, menutup matanya kerana takut dan tak mahu melihat perangai gila ayahnya itu...

Dan beberapa minit kemudian,,, boooommmm!!!!

Mereka berdua kemalangan...

Pandangan menjadi gelap untuk seketika...

Tidak lama selepas itu, syira membuka matanya....

Kelihatan keretanya tidak terbalik,,,bonet depan kereta kemik teruk.....

Ayahnya ditepi kelihatan tidak sedarkan diri.....kepala ayahnya berlumuran darah yang sangat banyak...

Dan dari jauh, syira nampak beberapa orang sedang berlari menuju ke arah syira dan ayahnya....

Sebaik sahaja mereka sampai,, mereka terus mengangkat ayah syira secara perlahan-lahan dan masukkan ke dalam kereta mereka...

Dan...

Mereka berlalu pergi meninggalkan syira seorang diri...

Syira berasa agak hairan....namun syira terpaku...tak mampu berkata apa-apa.. Lebih menghairankan, syira langsung tak rasa sakit....

Pandangan syira secara tidak sengaja teralih ke arah side mirror...

Alangkah terkejutnya syira melihat satu lembaga yang seakan-akan seluruh kulit badannya terbakar, hangus, dan melecur.....

Tak lama kemudian, syira dapati lembaga itu sebenarnya adalah dirinya sendiri!!!!..

Syira terus keluar dari kereta, dan berlari menuju ke rumahnya...

Sebaik sahaja hampir sampai, syira dapat lihat mak dan adiknya sedang menunggu di depan rumah... Di depan pintu kaca...

Syira mendekati mereka dan syira terus bertanya,

“mak, apa dah jadi sebenarnya?", sambil menangis...

Mak syira tidak berkata apa-apa dan menangis.....

Syira terpandang cermin di belakang emaknya,, dan syira lihat dirinya keseluruhan badannya terbakar...

Dan tiba-tiba dalam sekelip mata, tubuh badan mak dan adiknya juga berubah menjadi seperti seakan-akan dibakar sehingga hangus dan melecur seluruh badan...

Dan waktu tu , memori syira seakan-akan mengundur kembali membawa syira ke belakang dan menceritakan segalanya..

Rupa-rupanya pada hari ahad lepas, selepas syira kembali tertidur, maknya sedang memasak di dapur untuk sediakan makanan...ayahnya baru sahaja keluar rumah kerana berjumpa kawan lama. Adiknya duduk di meja makan menunggu makanan siap dimasak.. Sewaktu maknya menghidangkan makanan, tiba-tiba berlaku letupan di dapur...api itu sangat laju menjilat keseluruhan rumahnya.. Dan waktu itu, syira masih lagi tertidur... Tidak lama selepas itu, ayahnya pulang ke rumah, dan sebaik sahaja melihat rumah terbakar, ayahnya terus masuk ke rumah untuk selamatkan keluarganya.. Mak dan adiknya kelihatan rentung dan sudah tidak sedarkan diri. Ayahnya pergi pula mencari syira... Syira masih lagi dalam tidur di atas katil. Ayahnya cuba selamatkan syira, tapi.....malangnya tidak sempat, kerana api itu terlalu cepat membakar.. Ayahnya menangis, dan terjatuh..ayahnya tidak keluar rumah. Namun, ayahnya tetap diselamatkan oleh bomba .....

Keluarganya semua mati....

Kecuali ayahnya sahaja yang terselamat dari kebakaran itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience