KISAH 8

Horror & Thriller Completed 3912

Nama saya ruhaizat.. Saya berumur 27 tahun. Saya sudah berkahwin dan kini menetap di sebuah bandar di selangor. Saya dan isteri saya mempunyai bisnes sendiri dan kami hanya bekerja berdua. Kami mempunyai ofis sendiri di sebuah bangunan yang agak lama di selangor.

Bangunan tu mempunyai banyak lot-lot kecil untuk disewa, namun tempat itu tidak mendapat sambutan. Hanya di tingkat bawah sahaja yang ada lah beberapa lot kedai telah disewa. Namun, tetap tidak penuh. Dan bangunan itu memang tak meriah kerana tak ramai orang ke sana.

Saya menyewa ofis di tingkat yang paling atas sekali kerana harga sewanya tersangat murah. Di pejabat, saya langsung tidak memakai pekerja, saya hanya mencari ejen yang hanya kerja dari rumah (promoter online).

Di ofis selalunya hanya saya dengan isteri saya sahaja, kadang-kadang ada kawan-kawan datang, kadang-kadang saya bawa anak-anak bersama datang ofis. Kerana kami selalu buat kerja di ofis kadang-kadang sampai lewat malam.

Ok..saya akan ceritakan beberapa pengalaman seram yang kami lalui di bangunan ini..

Pada mula-mula sekali saya menyewa di sini, segala kerja renovate, wiring electric semuanya saya buat sendiri. Siap pasang aircond lagi. Lain-lain, just buat simple-simple je.

Janji selesa bekerja. Lagipun yang duk di ofis tu hanyalah saya dan isteri saya sahaja. Saya ambil masa seminggu untuk saya siap sepenuhnya renovate ofis tersebut.

Sepanjang proses renovation selama seminggu tu, isteri saya memang sangat jarang datang tengok saya buat kerja renovation, sebab biasanya dia hanya duduk di rumah dan buat kerja di rumah.

Kerana waktu tu kami masih belum lagi ada office. Lagipun kat rumah saya ada dua orang anak kecil yang masing-masing berumur 3 tahun dan 5 tahun.

Pengalaman #1

Pada hari terakhir selepas proses renovation siap, saya hanya duduk santai-santai di ofis, tengok movie, kadang-kadang surf internet. So agak lama juga la saya duk rilek-rilek di ofis tu. Lebih kurang dalam pukul 5, saya duduk la sekejap di sofa, baring-baringkan kepala dan rehat-rehat. Tiba-tiba saya terlena pula. Tidur mati. Memang lama saya tidur.

Tengah-tengah syok tidur, tiba-tiba saya terdengar dentuman berkali-kali yang sangat kuat (dummm dumm dumm dumm dummm). Saya terjaga. Saya tengok pintu saya seakan-akan ada orang tendang dengan kaki sekuat mungkin. Sehinggakan macam nak tercabut pintu office saya. Waktu tu memang agak ketakutan jugak la. Namun saya beranikan diri saya bersuara

“siapa tu???"..

Sejurus sahaja selapas saya bersuara, tiba-tiba bunyi dentuman tu dah tiada lagi. Cepat-cepat saya pergi ke arah pintu dan buka pintu tersebut. Saya tengok di luar, langsung tak ada apa-apa.

Saya hairan, selepas bunyi dentuman tu hilang, tak sampai beberapa saat, saya terus buka pintu, sepatutnya orang yang menendang pintu ofis saya tu masih ada di sekeliling kawasan tersebut. Puas saya cari atas bawah, kiri kanan, memang tak nampak sesiapa pun. Sunyi sepi. Langsung takde orang. Gelap gelita.

Saya gapai phone saya dalam poket, dan saya on phone. Alamak! Dah pukul 11 malam rupanya. Patut la gelap je. Lagipun tempat tu memang sunyi. Saya pun terus ambil kunci kereta, kunci office dan terus pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, perkara seram tadi terus bermain di fikiran. Kerana saya hairan, kalau ada orang yang sengaja mengusik saya, tak mungkin dia boleh lari dengan begitu pantas. Kerana di kawasan office tersebut, langsung tiada sudut-sudut yang boleh bersembunyi.

Lif dan tangga pula agak jauh. Kalau yang mengusik itu juga adalah penyewa di bangunan tersebut, kenapa langsung tak dengar pintu terbuka dan tertutup. Kenapa langsung tak dengar apa-apa. Saya tersangat hairan. Pelbagai soalan terus bermain di minda saya.

Keesokan hari, saya beli dua buah cctv dan juga satu set magnetic access door. Dan untuk menguatkan lagi security, saya upah pula orang untuk memasang pintu grill besi di office saya.

Dipendekkan cerita, semua tu selesai dipasang. Saya letak sebuah cctv di luar yang menampakkan depan office saya (pintu masuk), satu lagi saya letak di dalam office sendiri in-case ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Magnetic access door saya letak di pintu office. So, hanya orang yang mempunyai access-card sahaja yang boleh masuk office. Selepas siap kesemuanya, saya terus pulang ke rumah.

Dipendekkan cerita, hari-hari berikutnya saya dan isteri saya mula bekerja di office tersebut. Anak-anak di rumah biasanya kakak ipar saya yang jaga. Sebab kakak ipar hanya tiinggal di sebelah rumah. Kebetulan kakak ipar adalah suri-rumah sepenuh masa.

Pengalaman #2

Sudah satu tahun lebih kami bekerja di office tersebut. Dan sepanjang kami bekerja di sana, sebenarnya tersangat banyak gangguan yang kami lalui. So, di seksyen pengalaman no 2 ini, saya hanya ceritakan gangguan-gangguan kecil yang kami lalui.

Kami ni sebenarnya selalu jugak la pulang lewat malam. Takde la lewat sangat, biasanya paling lewat, pukul 10 malam.

Pada satu malam tu, kami pernah kena ganggu ketika tengah menunggu lif. Waktu tu kami pulang pukul 10 malam, ketika kami sedang tunggu lif sampai, saya terdengar seakan-akan ada seseorang di belakang saya sedang berlari sangat laju.

Kedengaran seperti dia berlari dari jauh dan menuju ke arah belakang saya. Sangat laju, apabila bunyi larian itu sampai di belakang saya, saya terkejut dan terus berpaling ke belakang. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya lihat langsung tak ada apa-apa di belakang saya. Isteri saya pun tegur saya

“kenapa ni bang?"...

Saya balas

“awak tak dengar ke tadi ada orang berlari?"..

Isteri balas,

“ishh mengarutlah awak, saya tak dengar pun"...

Memang sah saya dah terkena gangguan...

Ok...gangguan seterusnya berlaku kepada isteri saya.... Office saya ni sebenarnya tiada tandas. So, kalau nak lepas hajat, terpaksa guna tandas awam di luar di tingkat yang sama. Setiap tingkat ada satu tandas. So, tandas ni agak jauh la. Kadang-kadang kalau waktu malam, seram juga nak pi tandas sorang-sorang. Tapi al-maklum perempuan, sesetengah pompuan kuat pergi tandas. Bini saya pun sama. Kuat pergi tandas.

Dipendekkan cerita, pada satu malam tu, isteri saya tak tahan nak berak. Dia pun terus pergi tandas. Sampai je kat tandas, terus dia lepaskan hajat tanpa pikir panjang. Tengah-tengah berak tu, dia tengok la sekeliling tandas tu, ya allah, buruk gila tandas. Al-maklum dah lama orang tak guna.

Tapi oleh kerana tak tahan, isteri saya tetap lepaskan hajat. Beberapa minit kemudian, isteri saya selesai berak, dia pun buka la paip air untuk basuh duburnya... Malangnya!!! Air takde !!! Dia pun mengeluh dengan agak kuat la dalam tandas tu

“aduuh!!! Air pulak takde!“....

Sejurus sahaja selepas dia mengeluh, tiba-tiba dia terdengar ada orang bersuara dalam tandas tu.. "awak kat sebelah?.... Awak kat sebelah nak tisu ke?"..cara suara tu bercakap teramat slow dan ayu. Dan bunyi suara tu juga teramat lah perlahan. Agak susah untuk menangkap apa yang dikatakan. Tapi mungkin oleh kerana suasana di sana sunyi, isteri saya tetap dapat dengar apa yang suara tu kata kan... So isteri saya balas

“ya cik, saya perlu tisu"... Dan orang tadi tanpa bersuara, terus menghulurkan tisu dari bawah dinding kubik itu. Isteri saya ambil tisu tersebut dan ucap

“terima kasih" namun tak berbalas. Isteri saya terus lap-lap duburnya hingga bersih. Selepas selesai sahaja, isteri saya bangun, belum sempat isteri saya buka pintu kubik tandas tu, tiba-tiba terdengar lagi bunyi suara yang sama tadi

“awak dah ok ke?"....isteri saya dengan pantas membuka pintu sambil jawab

“ya saye ok"...semasa isteri saya sedang keluar, alangkah terkejutnya bini saya apabila dia melihat pintu kubikal tandas di sebelah terbuka luas dan kelihatan langsung tiada orang!!! Habis tu, siapa yang bercakap tadi?! Isteri saya dengan pantas berlari menuju ke office. Sampai je di office, isteri saya ceritakan segalanya pada saya dan kami terus pulang ke rumah.

Keesokan hari, kami terus berfikir untuk buat tandas dalam office. So saya pun upah la orang utk buat tandas di dalam office kami. Hari-hari seterusnya memang kami tak guna dah tandas kat luar tu. Kami just guna tandas di office sahaja.

Sebenarnya banyak lagi gangguan-gangguan kecil yang kami lalui, tapi kami just buat tak tahu. Ok,cerita seterusnya adalah pengalaman seram yang saya takkan dapat lupa.

Pengalaman #3

Pada suatu hari, saya bawak dua anak saya di office. Waktu tu saya dah ada tv dalam office, so budak2 tu boleh layan cerita kartun di tv sambil duduk atas sofa. Isteri saya dan saya macam biasa buat kerja. Dipendekkan cerita, pada kali ini juga kami pulang lewat malam. Kali ni agak lewat, sampai pukul 12 malam macam tu lah.

So, waktu tu kami dah nak pulang dah. Kami siap-siap kemas barang. Saya bukak pintu dan pintu grill. Depan pintu tu (bahgian dlm office) saya letak satu kotak produk bisnes kami untuk siap2 diangkat masuk dalam kereta. So, sambil-sambil tu saya dan isteri pi kemas barang-barang lain. Sedang kami mengemas, tiba-tiba ada orang muncul di pintu office saya, kebetulan waktu tu pintu office terbuka. Dia pun tanya

“bang, ada tandas tak? Saya tak tahan sangat ni nak berak.. Tandas kat hujung sana takde air la.. Tingkat bawah pun takde air"... Saya agak terkejut jugak la tiba-tiba je muncul mamat ni. Entah macam mana hari tu saya benarkan aje mamat tu guna tandas office

“ada,,,guna lah..kat hujung sana"....dia pun masuk tandas...dalam beberapa minit, saya terdengar seakan ada orang berlari di luar office... Saya pun berpaling ke pintu, saya tengok takde orang.. Dan alangkah terkejutnya saya apabila saya perasan kotak yang saya letak di pintu tu dah hilang.

So saya terus bergegas keluar mencari orang yang mengambil kotak saya tu. Sebab kotak tu penting. Itu adalah produk yang nak dihantar pada client. Saya dapat dengar bunyi tapak kaki orang tersebut.

Saya ikut je bunyi tapak kaki tu. Isteri saya juga ikut sekali di belakang saya. Saya dan isteri saya memang bergerak pantas la cari orang tu. Dan tak lama lepas tu, di lif, saya nampak la orang itu memegang kotak tersebut. Dengan kelam-kabut saya tanya bini saya

“pintu office tadi tutup tak?".. Dengan pantas dia jawab

“tak"...

Saya pun apa lagi, dengan pantas berlari menuju office dan saya biarkan isteri saya berurusan dengan orang tadi. Saya bukan apa. Saya bimbang dengan anak-anak saya kat office tu. Sampai je di office, saya tengok sorang anak saya hilang. Saya tanya la anak yang sorang yang ada dalam office tu

“amir, kat mana adik kamu laila?"...amir yang berumur 5 tahun tu pun jawab

“ade luar, orang tadi ambik, pa"....

Hati saya terus gelisah.

“astaghfirullah"..... Tak sampai beberapa saat saya terdengar bunyi tangisan anak saya si laila tadi... Saya pun terus tutup pintu office.

Dan automatik magnet pintu tu akan kunci pintu. Dan saya terus berlari ke arah tangisan tadi. Dipendekkan cerita, alhamdulillah saya dapat jumpa laila sorang-sorang berada di suatu sudut. Saya bawak masuk office. Saya tutup pintu office dan kunci pintu grill juga.. Saya pun terus cari bini saya pula.

Saya pergi ke arah lif tadi. Sebaik sahaja sampai di lif, kelihatan isteri saya dah tak ada. Saya tekan butang lif. Sambil menunggu, saya tengok di tangga kot2 isteri saya turun ikut tangga, tapi takde. Langsung tak ada dengar orang turun tangga.

Lif masih lagi belum sampai, saya pun keluar dari ruangan menunggu lif, dan saya tengok kiri kanan. Dari jauh, kelihatan seperti seakan-akan seorang perempuan sedang berjalan. Saya pun dengan perlahan mendekatinya. Makin dekat, penglihatan makin jelas. Perlahan je dia jalan. Saya tegur la

“hello"... Tapi tak terjawab. Perempuan itu seakan-akan pekak ataupun seakan-akan dirasuk. Kerana tangannya straight ke bawah. Kepalanya straight memandang ke depan tanpa toleh ke mana-mana pun. Langkahnya perlahan menuju ke depan.

Makin lama saya mendekatinya, saya yakin perempuan tu sebenarnya adalah isteri saya. Saya pun melajukan pergerakan saya. Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat isteri saya sedang membuka dan memanjat tingkap besar di hujung sekali dan kelihatan dia cuba untuk terjun.

Saya pun apa lagi, terus berlari sepantas yang mungkin untuk menghalang isteri saya dari berbuat demikian. Malangnya saya tak sempat! .. Isteri saya terjun dari tingkap tersebut.. Alangkah pedihnya saya.

Waktu tu saya menangis sekuat hati, saya menjerit sekuat hati. Tanpa berfikir panjang saya terus buat panggilan kecemasan. Saya ceritakan segalanya.

Dipendekkan cerita, isteri saya dibawak masuk ke wad hospital. Nasib baik nyawa isteri saya masih lagi dapat diselamatkan. Itu pun kerana isteri saya bernasib baik. Isteri saya sebenarnya terjatuh atas pokok dan semak-semak yang tebal di bawah tu, so, impak jatuh tu tak kuat. Cuma isteri saya cedera teruk.

Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu, isteri saya sihat walafiat seperti biasa.

Kami bekerja macam biasa di office yang sama.

Tapi kami dah tak pulang lewat malam. Sebab siang hari kami langsung tak kena ganggu. Sebelum maghrib, wajib pulang ke rumah.

Saya ada tengok rakaman cctv kejadian pada malam isteri saya dirasuk tu... Saya lihat...orang yang guna tandas office saya pada malam tu, tak kelihatan di rakaman cctv !! Begitu juga orang yang mengambil kotak itu.. Pergerakan kotak tu pun saya tak nampak. Hairan!! Macam mana kotak tu tiba-tiba boleh berada di ruangan lif. Si laila pula kelihatan seakan-akan terapung dan menuju keluar dari office.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience