BAB 3

Romance Completed 1681

Sebaik sahaja Cikgu Norhana keluar dari kelas 4F, mereka semua berbual kosong. Masing-masing bertukar-tukar kisah percutian mereka. Ada yang balik kampung ke rumah Datuk dan Nenek. Ada yang bercuti bersama keluarga.

Kelas belum bermula memandangkan jadual dan juga bantuan buku teks belum diedarkan lagi. Hari pertama persekolahan agak membosankan bagi Aisyah. Ramai rakan sekelasnya yang telah bertukar kelas. Namun dia gembira apabila melihat nama Suzana turut berada dalam senarai rakan sekelasnya.

“Maaf cikgu. Setakat ni saja penyertaan saya,” ucap Aisyah bernada sayu. Sukan hoki sangat disayanginya. Namun demi nasihat dan larangan ibu, Aisyah turutkan sahaja.

“Tapi Ice, awak antara pemain terbaik sekolah.”

Aisyah benar-benar tersepit antara ibu dan kesukaannya. Kedua-duanya ada nilai penting dalam hidupnya.

Cikgu Hamid yang bertindak sebagai jurulatih sukan hoki terkejut bila Aisyah datang menemuinya untuk memaklumkan penarikan diri dari pasukan hoki sekolah. Terasa sayang bila pemain sebaik Aisyah mengundur diri. Namun bila mendengar punca Aisyah berbuat begitu, dia tidak dapat menahan lagi. Baginya seorang ibu lebih berhak menentukan hala tuju anaknya.

“Ice jika awak berubah fikiran awak tahu kan di mana nak cari kami semua.”

“Baik cikgu. Terima kasih atas tunjuk ajar cikgu selama ini.”

“Oh by the way team tahu awak akan pergi,” Cikgu Hamid bertanya sebelum Aisyah berlalu pergi.

Wajah Aisyah yang tertunduk sayu sudah cukup menjelaskan jawapan yang ditanya oleh Cikgu Hamid. Guru muda pertengahan 30-an itu meraup wajahnya.

Aisyah leka di perpustakaan sekolah. Kerja-kerja sekolahnya diselesaikan dengan segera. Jam di pergelangan tangan kanan dilirik. ‘Mana Jad ni, kata nak study sama-sama.’

“Ice,” sapa Fairul Faizan dengan ceria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience