BAB 2

Romance Completed 1681

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua.”

Cikgu Norhana selaku guru kelas 4F masuk dengan wajah ceria. Satu persatu wajah anak muridnya dipandang.

“Cikgu kenalkan diri cikgu. Nama cikgu, Puan Norhana Binti Nordin. Cikgu akan ajar matapelajaran Matematik. Selain tu cikgu juga adalah guru kelas kamu pada tahun ni. Baik, cikgu juga nak kenal nama kamu masing-masing. Kita mula dari hujung sebelah kanan saya. Bagi tahu nama kamu ya.”

Sesi perkenalan bermula lebih kurang sepuluh minit. Cikgu Norhana cuba sedaya upaya untuk mengingati nama anak-anak muridnya.

“Boleh kita lantik Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas? Cikgu minta kamu cadangkan nama dan seorang lagi menyokong cadangan yang dibuat, boleh?” pinta Cikgu Norhana.

“Boleh cikgu,” jawab murid tingakatan 4F serentak.

“Cikgu,” Zuraidah mengangkat tangan lalu mencadangkan nama Norazlina. Cadangan tersebut disokong oleh Aida Mazlin.

Sesi penamaan calon akhirnya berakhir dengan Ketua Kelas disandang oleh Azhari Bin Harun dan dibantu oleh Norazlina Binti Amir.

“Azhari nanti datang Bilik Guru ambil jadual kelas kamu dan edarkan pada semua.”

“Baik cikgu.”

“Belum terlambat Cikgu ucapkan tahniah kepada kamu semua. Resul SRP kamu sangat baik. Cikgu harap kamu semua akan meneruskan kecemerlangan kamu pada tahun ini dan tahun hadapan ya. Cikgu tak mahu kamu anggap ni “honey moon” year sebab masa terlalu pantas bergerak. Tahun ini dah kena ambil serius dan fokus pada pelajaran,” ucap Cikgu Norhana sebelum mengakhiri kelas pada pagi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience