BAB 3 - ALIM TAPI TAMAK

True Story Series 4142

Duit mampu merubah seseorang walapun hakikat duit hanyalah kertas. Begitulah yang terjadi kepada Mat. Mat memiliki keperibadian yang pendiam dan kurang bermasalah di dalam keluarga. Ibarat harimau yang menyorokkan kukunya. Dia seorang yang berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya dan setiap kata-kata diucapkan. Mat tidak suka melihat orang lain lebih dia akan kata ada rezeki orang lain pada orang yang berjaya itu. Contoh orang lain itu adalah dirinya. Mat tak mungkin akan berjaya seperti mereka yang berjaya kerana Mat seorang pemalas dan makan duit gaji isteri. Mat suka jatuhkan adik beradik dari belakang apabila dihadapan Mat akan tazkirah adik beradiknya supaya maafkan diantara satu sama lain. Mat kerap gunakan nama Allah setiap kali mahukan simpati supaya orang berikan dia duit. Mat nampak beriman dalam keimanan Mat terpendam dendam kesumat terhadap arwah bapanya yang tidak meninggalkan sedikit harta pun untuknya. Dendam itu membuatkan Mat tidak mahu memandikan jenazah bapanya. Mat tetap kelihatan seperti orang yang warak sehingga kini supaya dapat raih wang yang banyak daripada orang yang simpati dengannya.Mat seharusnya bersyukur isterinya tidak secantik ratu cantik. Jika isterinya secantik ratu cantik sudah pasti Mat ini tukang kebunnya dan bukan suaminya.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience