Yati yang berumur sekitar 40 an adalah seorang yang kurang bercampur dengan masyarakat. Kehidupan rutinnya setiap hari, hanya melakukan perkara yang sama iaitu mengambil upah katering, membawa grab dan menjahit pakaian. Yati yang inginkan kemajuan dalam hidupnya telah cuba menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan masuk dalam rangkaian (WHATSAPP) kelompok pelabur-pelabur tersebut. Dia mula bergaul mesra bersama pelabur yang lain. Kata-katanya seperti perihatin penuh senyuman dan selalu menggunakan nama Allah. Hari bersilih ganti sehingga bersilih tahun. Pelaburan belum tempoh masak untuk Yati merasa imbuhan pelaburannya itu. Yati mulai memberontak dan dia bersikap keanak-anakan memburuk-burukkan pengasas, melaga-lagakan semua ahli, menarik perhatian pelabur-pelabur dan berlagak seperti ketua tanpa menghiraukan pengasasnya. Pengasasnya telah menyedari niat jahat Yati untuk mengganggu urusannya akhir yang Yati di singkirkan dari pelaburan tersebut.
BERSAMBUNG
Share this novel