Bab 4~

Romance Series 4486

Zahra memandu kereta audi pemberian arwah atuknya. semasa sedang memandu zahra terlihat kedai hadiah yang terletak di antara kadai seven eleven dan butik terus menuju ke sana untuk membeli hadiah kepada kekasihnya yang telah mencuri hatinya iaitu Aqil. zahra teringat masa waktu kolej , dimana mulanya kisah percintaan mereka berdua. hari khamis, zahra mengangkat buku latihan biologi yang di suruh oleh sir aswad untuk di letakkkan di dalam pejabatnya. Di tangga , zahra tidak dapat turun dengan baik dan menyebabkan buku yang di pegangnya jatuh manakala zahra terasa lengan bajunya di pegang oleh seseorang daripada belakang supaya zahra tidak jatuh.
" awak ok?" tanya aqil
" saya ok...thanks sebab bantu saya.." balas zahra sambil mengukirkan senyuman yang manis buat aqil.
aqil yang perasan dengan senyuman itu terus pandang ke tempat lain supaya zahra x nampak ke gembiraan aqil pada masa itu. Sebulan selepas mereka berkawan, aqil meluahkan rasa cintanya kepada zahra dan sejak daripada itu cinta mereka tidak di ganggu oleh orang ketiga. ramai lelaki cemburu dengan aqil kerana berjaya memikat hati wanita idaman mereka manakala ramai wanita cemburu dengan zahra kerana telah merampas lelaki pujaan hati mereka.
selepas sahaja habis belajar, aqil mendapat tawaran sambung belajar di luar negara. zahra hanya mampu membalas chat yang di sampaikan oleh aqil. ibu kepada aqil iaitu datin syahidah sudah lama tidak merestui hubungan mereka kerana datin syahidah mahu memperjodohkan aqil dengan anak kawannya iaitu Laily . Aqil tidak pernah berjumpa dengan laily sebab itu aqil tidak menerima tawaran mamanya untuk memperjodohkan mereka berdua. Pada masa yang sama , aqil dan laily akan menuntut di universiti yang sama. zahra tidak tahu bahawa aqil sedang di lamun cinta dengan laily di London.
zahra : awak..
zahra : awak sihat?
zahra : kalau awak busy.. saya x kacau awak lagi..
zahra : assalamualaikum..
mesej yang dihantar oleh zahra tidak dihiraukan oleh aqil tetapi paling yang menyakitkan nombor yang zahra save tidak ade dalam peti simpanan. zahra boleh terima kalau aqil tidak membalas mesej dia tetapi sampai tukar nombor telefon tanpa memberi tahunya. zahra sangat kecewa dengan aqil kerana mempermainkan cinta dia selama ini. Dia mendapat berita daripada ibunya bahawa aqil akan berkahwin pada ulang tahun kelahirannya. Lagi membuatkan hati zahra dirobek macam bantal yang terkoyak. Adrian yang tahu pasal itu berasa marah dengan aqil kerana mempermainkan perasan wanita yang dia suka.
" aku akan buat ko merana macam mana ko buat zahra merana!" jerit adrian dalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience