Bab 62

Romance Completed 1280357

Bab 62
Mereka berehat satu jam untuk solat Zohor dan Asar. Untuk pertama kali, Eusoff meminta Nurlisa untuk solat bersamanya di bilik persalinan itu.
Eusoff berpendapat dia tidak boleh meninggalkan Nurlisa keseorangan, dia perlu pastikan Nurlisa tidak berfikir sendiri, Nurlisa perlu dijaga setiap saat.
“Thanks Andy, I tahu you nak pastikan I tak fikir yang bukan bukan, you nak pastikan I tak menangis. Don’t worries, I ok, kita habiskan kerja kita dan jumpa mommy you. Tapi I tak nak makan kat restaurant tu, I nak balik rumah terus. Nanti inform mommy ya, kita balik rumah you terus,” Nurlisa masih bertelekung apabila dia berupaya bercakap secara berdepan dengan Eusoff.
“Alhamdulilah, nanti I call mommy, you tahu kan I care about you, so jangan ingat you alone, kita semua sayang kat you,” Eusoff bangun dan melipat sejadah dan meletak di rak baju itu.
Dia memandang Nurlisa dengan senyuman penuh pengharapan, berharap Nurlisa akan tetap positive dengan semua ujian Allah yang berikan kepadanya.
“Ameena, call MUA, Lisa dah ready untuk makeup,” suara Eusoff sedikit kuat apabila melihat Syed Arman sedang berkata sesuatu kepada Ameena. Kedudukan Sharifah Sakinah masih sama, bertempel dekat dengan Syed Arman. Seolah olah Sharifah Sakinah ingin parking di dalam baju Syed Arman.
Ameena memberi bahasa isyarat yang menandakan tunggu sekejap, dia perlu habiskan percakapan dengan ketuanya. Kelihatan perbincangan mereka sangat serius.
Memandangkan Ameena masih disitu, Eusoff memanggil sendiri MUA itu untuk mula make up Nurlisa. Dia perlu cepatkan untuk menyelamatkan Nurlisa daripada Syed Arman. Melihat keadaan Nurlisa, dia perlukan masa untuk sendiri, yang membolehkan dia berfikir dengan tenang.
“Princess, I ada luar if you need anything,” Eusoff menepuk bahu Nurlisa, untuk mengembalikan daripada khayalannya.
Nurlisa mengangguk lemah, dia cuba untuk tersenyum dengan Eusoff. Dia cuba menarik nafas, cuba untuk bertenang. Dia perlu bertenang.
“Cik Lisa, on monday Boss nak buat meeting early morning dengan you. I dah cakap dengan dia you cuti and CEO already approved it, but he insists jugak. How Cik Lisa?,” Tiba tiba Ameena muncul di depannya, dengan penuh kekalutan.
Nurlisa memandang Ameena sepi, dia tidak tahu bagaimana harus dia memberi respon kepada persoalan itu.
“I dah buat appointment, I ada hal need to settle that day. Please help me to explain to him,” Nurlisa berkata perlahan, dia pasti Ameena mendengar butir bicaranya.
“or later I cakap sendiri dengan dia, after habis photoshoot dulu. I need to attend the appointment. Tak boleh cancel dah, sebab today dah sabtu,” Nurlisa berkata perlahan, dia tidak memandang Ameena, bimbang airmata jatuh.
“It’s ok Cik Lisa, I explain kat dia nanti, you just concentrate dengan kerja you dulu. By the way, I dah upload all the picture and after 3 hours, like dah 100k for your picture and ig story pun dah reach 70k orang tengok. Follower you pun dah bertambah to 25k. Maybe like tu came from Encik Eusoff follower kot,” Ameena tahu dia perlu membawa lari kesedihan Nurlisa, dia perlu alihkan focus Nurlisa untuk seketika.
Nurlisa cuma tersenyum apabila mendengar update daripada Ameena. Dia perlu cuti pada Isnin kerana sudah berjanji dengan ibu dan Ammar untuk bertanya tentang status perkahwinan mereka di Pejabat Agama di Bentong.
Sudah hampir sebulan Puan Embun menolongnya bertanyakan ustaz di pejabat agama itu. Ustaz perlu melihat semua bukti untuk membantunya menyelesaikan permasalah perkahwinannya.
Di luar bilik persalinanan itu, Eusoff menelefon mommynya. Dia harus menyampaikan permintaan Nurlisa. Nurlisa mahu pulang terus ke rumah, tiada lagi restaurant atau jalan jalan.
“Assalamualaikum Mommy, buat apa tu?,”
“Menantu to be Mommy ni minta I sampaikan kat Mommy, dia nak makan masakan mommy instead of makan kat luar, jadi kami balik rumah terus. Mommy tunggu kat rumah lah, nanti Mommy masak sedap ya, kalau umi perlukan apa apa, let me know,”
Menantu to be tu Eusoff tekankan agar Syed Arman yang berada di sebelahnya dapat mendengar perbualannya. Dia harus berbuat begitu agar Syed Arman berhenti memijak maruah Nurlisa
“Aah mommy, Lisa macam penat, dia nak rehat tu, shooting today for 10pcs kurung and sambung with blouse and jacket. I pun penat sangat ni,”
“See you at home mommy,” Eusoff menekan button merah dah mula berjalan ke bilik persalinan itu. Dia pasti Syed Arman mendengar perbualannya. Dia pasti 100%.
“Princess ok ke tu?,” Eusoff memandang wajah Nurlisa yang di makeup nipis dengan bentukkan bibir yang sedikit tebal. Sungguh dia terpesona dengan kecantikan Nurlisa.
“Wowww, cantiknya my princess, ini lah make up nipis yang I kata tadi. Nipis dan jelita, I nak ambik gambar sat, nak post kat my ig story. Dorang kat ig I tengah meroyan sebab I post gambar Nurlisa banyak sangat today. Suka I baca semua komen, terhibur,” Syed Arman mengambil gambar Nurlisa apabila Nurlisa membetulkan tudungnya, menutup lehernya.
“lama lagi ke? I tunggu sinilah, rasa mengantuk pulak,” Eusoff menarik bantal sofa di bilik persalinan itu dan mula meletak kepala, sangat hampir dengan peha Nurlisa.
Nurlisa hanya diam, selagi tidak tidur di atas peha, should be no problem, dia tidak mahu menggangu Eusoff yang kelihatan sangat letih.
“Princess, I try pejam mata lah, if I tertidur, nanti kalau dah sudah kejutkan i. Jangan lepas you siap semua, tapi lepas you siap make up, nanti kita tukar baju sama sama ya, tapi dressing room yang lain lah..,” Eusoff ketawa nakal sambil memusing badannya ke depan, dan menutup kepalanya dengan jacketnya.
“Take your time Andy, nanti I kejutkan,” Nurlisa bersuara apabila melihat kemanjaan Eusoff yang di buat buat. Dia tahu Eusoff cuba sedaya untuk menyelamatkan dia daripada kecundang kepada jiwanya.
Dia nampak kesungguhan Eusoff, dia nampak sangat sangat..
Selepas selesai make up, Nurlisa terus bangun dan mencapai baju untuk sessi kedua, dalam masa yang sama, dia perlu mengejutkan Eusoff yang sudah ketiduran. Terdengar dengkuran harus menyapa lembut di telinganya.
Dia tahu Eusoff sangat senang tidur. Semasa mereka menonton Neflix bersama dengan family, belum habis movie, Eusoff dan berdengkur, siap dengan package air liur basi lagi.
Nurlisa ketawa apabila melihat Eusoff mengeliat dan mengerakkan badannya untuk mencari keselesaan.
Didalam senyuman melihat gelagat Eusoff, telefonnya berbunyi dan tertera nama Mommy. Nurlisa memandang jamnya, waktu menunjukkan jam 5 petang.
Dia pantas menjawab telepon Eusoff apabila Eusoff tidak bergerak lagi daripada tidurnya. Nurlisa berjalan keluar daripada bilik persalinan itu, dia tidak mahu percakapannya di dengari oleh orang sekeliling.
“Mommy, Eusoff tidur ni, kami tengah shoot lagi, Lisa target dalam pukul 6 baru siap,”
“Aah mommy, kami balik terus, tak singgah mana mana,”
“Thanks Mommy, kek tu simpan tauuu, Lisa nak makan semua, jangan kasi Daddy,” Nurlisa ketawa apabila Puan Norlia mengusiknya yang kalau lambat balik, kek akan habis di makan oleh ayah Eusoff.
“ok, sekejap lagi Lisa minta Ameena share gambar tu, kalau mommy nak print, kena gambar from photographer, nanti Lisa minta dengan Teha,”
“Love you too Mommy, see you later,”
Nurlisa perasan Syed Arman melintas di belakangnya semasa dia bercakap dengan Mommy Eusoff, dia tidak berani untuk menggangkat mukanya, tetapi bau Syed Arman menusuk hidungnya.
Badan dan jiwanya kembalik tidak keruan. Dia berganjak ke dinding itu mencapai tempat untuk bersandar. Dia perlu udara dan tempat yang selasa, untuk melepaskan lelahnya.
Selepas nafasnya tenang, Nurlisa menapak ke sofa untuk mengejutkan Eusoff. Ketika menghampiri Eusoff, dia menyedari Syed Arman sudah berada di bilik persalinan itu.
Dia tidak tahu kenapa Syed Arman boleh masuk ke sana, tetapi dia berusaha sedaya upaya untuk memisahkan Syed Arman daripada pandangan matanya, untuk seketika, untuk dia selesaikan kerja.
“Andy, wake up, kita kena bersiap, shoot dah nak start, I dah sudah makeup,” Nurlisa menepuk bahu Eusoff perlahan, suaranya juga perlahan.
Kelihatan Eusoff membuka mata dan tersenyum penuh mesra kepada Nurlisa. Matanya membulat apabila melihat Syed Arman berada berada di dalam bilik persalinan itu.
“Mommy called, kita kena balik cepat, by 6pm kena settle semua, hurry up, kita shoot warna putih dulu, nanti you betulkan tudung I, takut ada kedut kat belakang,” Dan Nurlisa terus berlalu apabila salah seorang crew produksi menghulurkan jacket putih kepadanya bersama seluar palazzo.
Nurlisa berjaya melawan jiwanya daripada merintih, dia berjaya melemahkan jiwanya, dia jua berjaya bercakap, tidak kedengaran suaranya yang mengigilnya. Dia melihat Eudoff kehairanan dengan tingkah lakunya. Dia pasti Eusoff berbunga bunga di dalam hatinya kerana melihat jiwa Nurlisa yang kental.
“Bro, kau cari siapa kat bilik persalinan ni, Teha takde kat sini, dia kat bilik dia kot,” Eusoff menegur Syed Arman yang terdiri seperti patung sambil ralit melihat teleponnya.
Syed Arman memandang Eusoff sambil tersenyum, dia menunjukkan kepada Sharifah Teha yang berjalan laju ke arahnya.
“Kenapa abang tak bersiap lagi? Baju Melayu abang dah siap iron dah tu, abang pergi bilik persalinan yang hujung, baju Lisa tengah iron. Abang siap dulu, after Lisa habis session 2, kita continue with shoot dengan abang,” Sharifah Teha bercakap sambil melihat baju yang disangkut di di belakang sofa itu.
Eusoff terkejut mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Sharifah Teha.
Shoot with Nurlisa?
Sampai mana pulak kegilaan Syed Arman dan Sharifah Teha ini?
Eusoff menarik Sharifah Teha ke tepi, dia perlu lakukan sesuatu.
“Teha, what are you doing, you tahu kan Kinah akan serang Arman kalau dekat dengan Lisa. Lepas tu you tak inform Lisa pun, at least dia boleh bersiap mental dan physical,” Eusoff melihat Syed Arman yang tersenyum, seolah olah dia akan menang.
“The actual agreement, Abang and Lisa will be in one page, but after incident happened, abang asked me to transfer the deal to you. Abang kata dia tak tahu bila boleh balik. And bila abang ada today, we have 3 series baju with limited Edition, that why abang request jugak shoot dengan baju tu with earlier plan. So, the story will be 2 editions of baju melayu and one edition with kurung. Sorry Eusoff…,” Sharifah Teha menepuk Eusoff, memberi jaminan semua akan baik baik sahaja.
“Lisa will be ok, I knew you will jaga her. I dah pesan tadi kat abang, Sakinah akan tengok all the movement, so please ask Sakinah not to create drama here,” Sharifah Teha membetulkan rambutnya yang terjurai di dahinya.
“I akan explain to Lisa, you don’t worry, everything will be smooth, I promise you that,” Sharifah Teha berlalu dan memberi ruang kepada Eusoff untuk bersiap.
Sharifah Teha sendiri tidak tahu kenapa Syed Arman memintanya untuk turut sama photoshoot bersama Nurlisa. Apa yang dia tahu, Syed Arman sudah move on, sudah nekad dengan pilihan yang dia buat.
Sharifah Teha menarik tangan Nurlisa apabila Nurlisa keluar daripada bilik persalinan itu. Dia perlu memberitahu Nurlisa supaya gadis baik itu dapat menenangkan jiwanya.
“Lisa, I ada something nak inform you, jangan terkejut, but we need to do this, and I promise shoot will be end by 6pm,” Sharifah Teha meramas tangan Nurlisa kejap. Dia perlu berkongsi rasa dengan Nurlisa, dia tahu Nurlisa pasti terkejut
“ I minta maaf, lepas you habis session dengan Eusoff, ada 3 lagi kurung kena shoot, and shoot with Syed Arman. I faham you, but please faham me jugak, I’m sorry Lisa, kalau buat you tak selesa, after 2 months, you kena jumpa dengan Abang dengan cara gini. Please do it for professional, I ada dengan you kat sini,” Sharifah Teha memeluk Nurlisa yang kelihatan sangat terkejut dan kebingungan.
“Teha, why you do this to me? You should inform me earlier, at least I boleh prepare jiwa I, you tahu kan situasi I,” Nurlisa mendongakkan wajahnya, menghalang air matanya daripada keluar, dadanya sebak.
Tangannya kembali mengigil, dia rasa seperti ingin pitam. Bersungguh dia menarik nafas, memberi ruang kembali kepada jiwanya.
Sharifah Teha memeluk lengannya, meramas jari Nurlisa yang mengigil, dia kasihankan gadis ini. Sungguh dia sangat kasihan
“I tahu I takde pilihan kan? Just proceed Teha, make it fast, I nak balik by 6pm,” Nurlisa berkata sambil melangkah ke arah Eusoff yang bersedia menunggunya di depan camera.
Nurlisa menghampiri Ameena yang sangat busy dengan tab di tangannya.
“Ameena, jangan post apa apa picture I dengan Syed Arman. semua story and feed only with Andy. Remember that,” dia terus beredar setelah memastikan Ameena mendengar butir bicaranya.
Ameena pantas mengiakan, dia tahu apa yang akan terjadi selepas ini, Sharifah Teha sudah memberitahu kejadian yang akan berlaku. Sebagai staff, pendapatnya tidak akan didengari oleh sesiapa pun, tetapi dia berharap Nurlisa akan bertabah.
“Lisa, you kena bertenang, jangan tunjuk you lemah depan orang lain. Buat tak tahu, buat bodoh, buat selamba, dia kena pisahkan jiwa sakit you dengan jiwa tenang you. I tahu you sakit hati dengan apa yang Arman buat kat you, tapi biarlah dia, kalau you tunjuk lemah you, dia lagi suka,” suara Eusoff kedengaran tegang, terserlah kebencian dia kepada apa yang berlaku di depan matanya.
“Please Lisa, I nak you kuat, let it be, tegapkan badan you, focus mata dan akal you, remember apa yang I cakap. Lemah jiwa akan membuatkan kita lemah akal, bila akal lemah, akan beri banyak negative vibes pada badan kita. You kena kuat,” Suara Eusoff masih tegang, mereka bercakap sambil mereka mengayakan bersama di depan camera itu.
Nurlisa hanya terdiam, melihat anak mata Eusoff yang begitu tulus dengannya. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Eusoff, dia perlu kuat dan berlagak kuat itu sudah sebati dengan gadis yang bersama Nurlisa.
“Macehhh Andy, you cute bila mata you membulat gitu, you tahu kan Ameena kata kisah kita dah keluar kat mstar, konon you dengan I tengah dating. You tak risau ke sat gi crush you semua lari,” Nurlisa memaksa dirinya ketawa, dan dia juga memaksa matanya memandang Eusoff, walapun pandangan itu tidak pernah memberi debaran.
Nurlisa melihat Syed Arman memandang tepat melihat gelagatnya bersama Eusoff. Entah apa di dalam fikiran Arman, dia tidak tahu. Mungkin dia tak kisah pun, sebab jiwanya sudah terisi dengan Sharifah Sakinah.
Mana ada lelaki yang tidak suka dengan perempuan seksi. Samalah dengan Syed Arman. Semasa mereka bersama dulu 6 tahun dulu, kerap kali Syed Arman memintanya memakai pakaian seksi, dia juga pernah memakai pakaian mandi.
Walaupun dia malu, tetapi dia tetap berdebar apabila melihat Syed Arman menikmati pandangan matanya, memuji tentang keseksiannya, menyentuhnya dengan nafsu yang menggila.
Ahhhhh, Nurlisa memaksa jiwanya kembali, janganlah pergi..
BERSAMBUNG

Share this novel

Ida Mdnoor
2021-03-25 13:19:18 

bila sambungan dia

YAZNI-ERNIE
2021-02-03 21:42:16 

hi. dear. tqvm. miss u, as usual.


NovelPlus Premium

The best ads free experience