bab 2

Romance Series 27114

MUHAMMAD ARDAN NUH adalah anak angkat kepada Kamalia dan Razak.Ardan dibesarkan oleh Kamalia dan Razak dari umurnya 4 tahun.Ketika itu Kamalia dan Razak juga mempunyai anak kandung mereka iaitu Dhia Nur Liana yang masih berusia setahun.

Bagaimanakah Ardan boleh menjadi anak angkat Kamalia dan Razak?

ARDAN merupakan anak kandung kepada Siti Mariyam dan Abdullah Lee.Bapa Ardan,Abdullah Lee seorang lelaki berbangsa cina yang telah memeluk agama islam demi cintanya kepada Siti Mariam Manakala Siti Mariam pula anak melayu jati yang berasal dari Johor.Ardan adalah satu satunya anak tunggal pasangan campur itu.

Pada suatu hari Ibu dan bapa Ardan iaitu Siti Mariam dan Abdullah Lee telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari berniaga.Kejadian itu berlaku kerana Abdullah Lee terlalu letih ketika mengendalikan kenderaanya.Abdullah Lee telah hilang kawalan lalu kereta yang dipandu telah bertembung dengan sebuah trailer.Kemalangan itu sangat dasyat.Kereta mereka hancur.Manakala Abdullah Lee bersama isterinya cedera parah dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketika kejadian itu berlaku Ardan berumur 4 tahun.Ardan terselamat kerana hari itu dia tidak ikut bersama ibu bapanya.Dia dijaga oleh jiran mereka iaitu Kamalia.

Kamalia bukan hanya sekadar jiran tetapi dia adalah sahabat baik Siti Mariam sejak mereka hidup berjiran.

Berita kemalangan dan kematian Siti Mariam itu sangat mengejutkan Kamalia.Dia hampir pengsan.

"Ya Allahhh.. Siti.Betul ke bang apa yang Ma dengar ni.Allah hu akbar."

Kamalia rebah dimuka pintu sambil memeluk Ardan yang ketika itu tidak mengerti apa yang berlaku.

"Sabar Ma,sabar.."

Razak hanya mampu menenangkan Kamalia.Hatinya juga sebak,air mata ditahan.Mereka bertiga berpelukan.Sayu hati mereka memikirkan nasib Ardaan sekelip mata menjadi anak anak yatim piatu.

Hidup Ardan sebatang kara.Tiada saudara mara,ini kerana Siti Mariyam tidak mempunyai keluarga.Dia juga anak tunggal yang dibesarkan dirumah anak Yatim.Bapa Ardan pula Abdullah Lee sudah dibuang keluarga selepas memeluk agama Islam.Perkahwinan mereka tidak direstui.

Sungguh malang nasib Ardan ketika itu.Mujur ada Kamalia sahabat baik ibunya yang sudi menjaga Ardan.

Kerana bersimpati dengan nasib Ardan dan juga janji kamalia dengan Mariyam.Kamalia nekad untuk menjaga Ardan dengan keizinan suaminya.Razak juga bersetuju untuk menerima Ardan sebagai anak angkat mereka.Pasangan itu sangat sayang pada Ardan.Mereka menjaga Ardan dengan penuh kasih sayang dan Adil.

Sejak hari itu hubungan Ardan dan Liana sangat rapat seperti abang dan adik.Panggilan Along dan Angah digelar kepada Ardan dan Liana.Kehidupan mereka sangat bahagia dengan kehadiran dua orang lagi puteri Kamalia dan Razak iaitu Dhia Nur Rudaina dan Dhia Nur Farina.

Keluarga mereka cukup serba serbi walaupun pendapatan Kamalia dan Razak tidak mewah tetapi cukup untuk mereka membesarkan anak anak mereka. Kamalia berniaga nasi lemak di pagi hari dan Razak pula bekerja sebagai seorang pemandu lori.

Namun panas tidaklah sampai kepetang.Pada suatu hari Kamalia mendapat khabar duka.Khabar suaminya Razak telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan berada dalam keadaan tenat.Berita itu sangat sukar untuk Kamalia terima.

"Ya Allahh.. abang..."

Hanya raungan dan tangisan tanda hancurnya hati Kamalia.Namun wanita hebat itu perlu tabahkan hatinya menghadapi ujian ini.Kamalia terpaksa bekerja keras mencari dan menjemput rezeki.Dia kuat dia tabah dia rajin kerana ada insan yang masih memerlukannya.

UJIAN datang lagi.Setelah bertarung nyawa selama dua bulan razak akhirnya pergi jua menghadap sang penciptanya.

Kamalia dilanda kemurungan.Hatinya begitu hiba,hancur.Hidupnya kosong,tiada arah tuju.Namun kehidupannya perlu diteruskan demi anak anaknya.

Selepas kejadian itu Kamalia lah yang menjadi ketua keluarga.Dia lah ibu dia lah ayah. Bukan mudah seorang ibu tunggal untuk membesarkan empat orang anak anaknya yang masih bersekolah.Kamalia mula berniaga nasi lemak di waktu pagi dan petang untuk menambah pendapatan. Ardan dan Liana lah yang banyak membantu Kamalia berniaga dan menguruskan hal rumah tangga.Kehidupan mereka sangat naif apalagi tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

Pernah satu ketika mereka hampir dihalau kerana tidak dapat membayar sewa rumah.

"Nurul,aku serba salah la nak cakap.Aku faham keadaan kau tapi aku pun nak guna duit.Rumah sewa ni lah satu satunya pendapatan aku.Aku harap kau faham ya."

"Ya,aku faham.Aku minta maaf sangat sangat.Aku minta masa sikit ja lagi.Insyaallah bulan ni aku akan usahakan untuk bayar ya."

"Hurmm.. Baiklah,aku bagi kau sebulan lagi ya.Aku harap sangat kau bayar ya.Kalau kau tak boleh bayar juga aku terpaksa suruh kau keluar."

Siti pemilik rumah yang disewa Kamalia mula bertegas.Mana tidaknya sudah lima bulan Kamalia tidak bayar sewa rumah.Kamalia juga semakin buntu.Langkahnya lemah berjalan ke dapur.Fikirannya serabut.Bagaimana dia harus mencari wang sebanyak itu? Apa yang harus dia lakukan?

"Ibu."

Sayu suara Ardan memanggilnya.

"Ya Ardan."

Jawab Kamalia sambil mengalihkan tubuhnya.

"Nah.Ibu ambil lah duit ni buat bayar sewa rumah untuk sebulan dulu."

Ardan menghulurkan Rm200 kepada Kamalia.

"Eh,duit apa ni along." Kamalia terkejut.Duit ditangan tidak Ardan diambilnya.

"Duit along bu."

"Duit Along? Mana Along dapat duit ni." Soal Kamalia.Lalu sejumlah wang itu diambil dan dikira.

"Along minta maaf bu.Sebenarnya lepas balik sekolah Along buat kerja sambilan kat kedai makan sebab tu along balik lambat.A.. Along minta maaf bu sebab tipu ibu cakap ada kelas tambahan.Along minta maaf sebab tak jujur dengan ibu"

Suara Ardan mula bergetar jujur mengakui kesilapannya.

Titisan air mata Kamalia jatuh.Hatinya pilu sangat lalu tubuh Ardan dipeluknya.

"Ibu tak marah sayang.Ibu yang patut minta maaf pada Along.Ibu tak mampu bagi yang terbaik untuk anak anak ibu.Terima kasih along.Terima kasih along dah banyak tolong ibu.Terima kasih along sangat sangat.Ibu sayang Along." Dengan linangan air mata Kamalia memeluk Ardan seeratnya.

REZEKI datang tanpa diduga.Setelah berbagai ujian dilalui Kamalia dan anak anaknya tiba tiba Pihak syarikat Razak datang memberi wang insurans arwah Razak untuk Kamalia sebagai pewaris.

Bersujud Syukur Kamalia dengan rezeki yang Allah hadirkan untuknya dikala dia sangat memerlukan.Wang itu diguna dengan sebaiknya.
Dengan wang itu Kamalia menyelesaikan semua hutangnya dan dengan wang itu juga Kamalia menambah modal untuk berniaga.

Semakin hari kehidupan mereka semakin pulih.Ardan seorang yang bijak dan pandai dalam bidang memasak.Walaupon usianya masih muda Ardan bijak berniaga dan banyak memberi idea baru pada Kamalia.Berbeza pula dengan Dhia Nur Liana yang langsung tidak hal masak memasak.Namun dia seorang anak yang rajin dan bijak menguruskan rumah tangga.

Masa berlalu dengan pantas.Selepas beberapa tahun kehidupan Kamalia dan anak anaknya bahagia kini mereka diuji lagi. Entah kenapa Kamalia kerap tidak sihat.Boleh dikatakan hampir setiap minggu kamalia diserang demam panas.Disebabkan itu Ardan dan Liana sangat risau akan kesihatan ibu mereka.

"Ibu, jom la kita pergi hospital.Ibu ni kerap sangat tak sihat Angah risau lah bu."

Kata Liana,wajahnya kelihatan resah melihat keadaan Kamalia yang semakin lemah dan hanya terbaring diatas tilam.

"Tak apa lah angah,ibu demam sikit ja ni.Makan ubat nanti baiklah dia."

"Macam ni ibu kata sikit.Ibu... dah berapa hari ibu demam.Dah macam macam ubat ibu makan.Baik sekejap ja lepas tu demam balik.Setiap kali makan ibu muntah.Tengok ni badan ibu pun dah kurus.Jom lah ibu kita pergi hospital."

Liana terus memujuk Kamalia.Jari jemari Kamalia digengam erat.

"Angah ibu okey lah.Ubat pon ibu dah makan esok lusa baik lah ni."

"Ibu... tolonggg lah jangan degil.angah risau lah ibu."

Airmata Liana mula jatuh kepipi.Sebak hatinya melihat keadaan tubuh Kamalia yang semakin susut.

"Angah.. dah la jangan nangis.Ibu tak apa apa la sayang.Baiklah Ibu janji lepas habis semua ubat ni kalau ibu masih tak sihat ibu terus pergi hospital ya.Ibu janji."

Ujar Kamalia untuk menenangkan Liana yang mula menangis teresak esak dalam pelukannya.

"Betul ni,ibu janji."

"Ya ibu janji.Dah jangan nangis."

Liana mengukir senyuman gembira sambil air mata yang tersisa dikesat Kamalia.Perlahan Liana merebahkan tubuhnya disebelah Kamalia lalu tangannya memeluk erat Kamalia.

Hari demi hari masa berlalu.Sudah bermacam jenis ubat Kamalia makan namun kesihatannya masih ditahap yang sama.Akhirnya Kamalia membuat keputusan untuk pergi kehospital untuk membuat pemeriksaan.Perginya seorang diri tanpa pengetahuan Ardan dan Liana.

"Puan Kamlia."

"Ya saya."

"Puan.. saya harap puan bertenang ya."

"Kenapa doktor? saya sakit apa?"

"Keputusan pemeriksaan menunjukkan ada ketumbuhan dipangkal rahim puan ataupun cancer pangkal rahim.Cancer dipangkal rahim puan sangat aktif.Jadi puan perlu jalani rawatan selanjutnya."

"Allah...."

Hampir terhenti jantung Kamalia mendengar kata kata Doktor.

"Saya ada Cancer Doktor."

"Ya Puan.Cancer puan sangat aktif.Kita kena buat rawatan Kimor untuk matikan sel cancer tu."

"Kimor.Kalau kimor saya boleh sembuh ke doktor."

"InsyaAllah,kita berusaha dan berdoa ya."

Terdiam Kamalia mendengarnya.Hatinya betul betul luluh,sebak,hancur.Wajah Ardan,Liana dan dua orang lagi anaknya mula bermain di kotak fikiran.

KAMALIA pulang kerumah dengan senyuman lebar.Penyakitnya dirahsiakan dari pengetahuan anak anaknya.Kesedihan yang teramat sangat mula dirasai.Bagaimanakah anak anaknya mampu meguruskan kehidupan ini tanpa dirinya.Anak anaknya masih terlalu mentah untuk dia tinggalkan.

" Ya Allah.. bantu lah aku Ya Allah."

Kamalia mula menjalani rawatan Kimor tanpa pengetahuan Ardan dan Liana.Kehidupanya terus dilalui seperti biasa.

Semakin hari rambut Kamalia sudah mulai gugur akibat kesan daripada rawatan Kimor.Akhirnya Kamalia tidak kuat lagi untuk merahsiakan tentang penyakitnya dan dia ceritakan semuanya pada Ardan dan Liana.

Hanya raungan dan tangisan yang mampu Liana berikan selepas mengetahui apa yang ditanggung ibunya.Ardan lebih matang,walaupun pedih hatinya untuk menerima kenyataan ini namun kata kata semangat diberikan kepada Kamalia.

SUDAH hampir setahun Kamalia menanggung sakitnya.Ardan dan Liana lah yang menjadi tulang belakang keluarga mereka.Semakin hari kesihatan Kamalia semakin lemah.Rawatan Kimor terpaksa diberhentikan kerana berat Kamalia semakin susut.Namun ada perkara yang perlu Kamalia jelaskan kepada Ardan dan Liana iaitu tentang perjanjian Kamalia dan Siti Mariyam.

"Along,Angah mari sini dekat dengan ibu sayang."

Dengan penuh kelembutan Kamalia memanggil kedua orang anaknya itu.

"Ya ibu."

Ujar Liana sambil melabuhkan duduknya disebelah Kamalia yang terbaring diatas tilam lusuh.Begitu juga Ardan.

"Acik,Acu dah tidur."

"Dah bu." Jawab Ardan sambil ukir senyum.

"Hurm.. terima kasih Along,Angah tolong jaga adik."

"Ish.. ibu ni.Tak ada apalah.Diaorang tu tanggungjawab angah." jawab Liana sambil cuit hidung Kamalia.

"Angah,Along ibu sebenarnya ada pekara penting nak terangkan pada kamu berdua.Ibu rasa kamu berdua dah cukup matang untuk faham apa yang ibu nak sampaikan pada kamu berdua."

Seketika Ardan dan Liana berkerut wajah hairan.

"Perkara apa tu ibu? macam serius ja." soal Liana

"Ya,memang serius pun.Serius macam sakit ibu."
Seloroh Kamalia.

"Alaa ibu ni,jangan lah main main.Hah,apa dia berita yang ibu nak sampaikan." Ujar Liana yang banyak bercakap.Ardan pula hanya diam dan tersenyum melihat kemesraan dua beranak itu.

"Along,Angah.Ibu dulu pernah berjanji dengan ibu arwah ibu Along.Masa itu ibu Along ada lagi.Korang pula kecil lagi.Ibu rasa dah tiba masanya ibu kotakan janji itu sebelum ibu pergi."

Kamalia memulakan kata katanya.Bola matanya bergerak melihat Ardan dan Liana.

"Ibu.. jangan lah cakap macam ni.angah tak suka lah."

"Angah,jap.Diam jap.Dengar dulu apa yang ibu nak cakap.Insyaallah ibu mampu lagi nak bersama anak anak ibu.Tapi cuma perkara ni ibu kena bincangkan dengan Along dengan Angah."

"Perkara apa tu ibu."

Ardan mula mencelah sambil memicit micit kaki Kamalia.

Sambil tersenyum Kamalia merenung wajah Ardan. "Along,masa korang kecil lagi ibu dah janji dengan arwah ibu along untuk satukan Along dengan Angah."

"Satukan? maksud ibu?"

Liana terus mencelah,berkerut dahinya tidak memahami maksud Kamalia.

"Maksudnya Ibu nak Angah dengan Along bernikah dalam masa terdekat ni."

Kamalia terus menyatakan hasratnya tanpa basah basi.Walaupun ia sukar untuk Kamalia katakan namun Kamalia terpaksa kerana risau akan kesihatan dirinya yang entah berapa lama mampu bertahan.

"Apa? nikah? maksud ibu along dengan angah kena kawin! Biar betul ibu ni angah sekolah pon tak habis lagi. Dengan Along pulak tu.Ibu ni biar betul.Janji apa ni? merepek lah ibu." Liana yang terkejut mula meninggikan suaranya.

"Angah! kawal suara tu.Jangan biadap boleh tak."Pantas Ardan menegur Liana.

Liana menoleh kearah Ardan.

"Angah bukan nak biadap dengan ibu along.Tapi logik la sikit permintaan tu.Kawin kot along.Along ingat ni perkara remeh ka? tak tak tak!Angah tak nak!" Liana terus bangun melangkah kakinya beredar dari bilik dengan perasaan marah.

Kamalia terdiam seketika.Dia mengeluh sayu.Hatinya pilu airmata mula menitis.Perasaan bersalah mula menyelubungi hatinya.

"Ibu,Ibu jangan la nangis." Ardan cuba menenangkan Kamalia.

"Ibu minta maaf Along kalau permintaan ibu ni keterlaluan.Ibu cuma nak kotakan janji ibu dengan arwah ibu Along."

"Ya bu.Along faham.Tapi ibu betul betul ka dengan keputusan ni.Ada betulnya juga cakap angah tu.Ini soal kawin ibu.Ibu tahu kan kami dah macam
adik beradik."

"Ya ibu tahu tu.Tapi ibu betul betul nak along tolong kawin dengan Angah.Tolong ibu jaga Angah,Acik,Acu.Along saja lah harapan ibu,along tolong lah jaga anak anak ibu.Ibu cuma nak halalkan hubungan kamu dan kotakan janji ibu.Bila ibu dah tak ada nanti kamu masih boleh tinggal bersama."

Jelas Kamalia tetap dengan keputusannya.Tangan Ardan digengam dan Kamalia terus merayu.

Ardan merenung seketika wajah Kamalia.Serba salah Ardan untuk bersetuju dengan permintaan Kamalia.

"Baik bu,kalau itu ibu nak dan kalau itu yang terbaik untuk kami along ikut ja.Along janji dengan ibu.Along akan jaga keluarga kita.Along akan jaga angah,acik dan acu.InsyaAllah along akan pujuk angah,ibu jangan risau ya."

Kerana terlalu sayangkan ibunya Ardan akur dengan kehendak Kamalia.Ardan begitu terhutang budi dengan kebaikkan Kamalia dan Razak.Walaupun dirinya anak angkat tetapi Kamalia menjaga dan menyayangi Ardan dengan penuh kasih dan sayang.Ardan dilayan seperti anaknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience