bab 1

Romance Series 27114

MALAM itu hujan turun dengan lebatnya disusuli pula dengan angin yang kuat memukul setiap dinding rumah setinggan itu.Sejuknnya malam itu memberi nikmat kepada semua penghuni rumah Flat Seri Murni menikmati tidur lena dibawah selimut tebal.Namun ada sebuah rumah yang penghuninya masih belum melalapkan mata.

Jarum jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 2 pagi,tetapi gadis bertubuh kecil itu masih belum tidur.Tubuhnya terbaring meniarap diatas katil sambil kedua tangannya menongkat dagu.Kedua belah kakinya digoyangkan.Manakala sepasang bola matanya begerak aktif masih segar mentelaah sebuah majalah yang baru dibelinya tadi.

Sudah agak lama gadis itu merenung wajah seorang jejaka tampan yang menghiasi salah satu helaian majalah itu.Orangnya tinggi,bertubuh sasa,rona kulitnya sawa matang,rambutnya pula disisir rapi.Sempurna wajahnya,tegap tubuh badannya.Personaliti jejaka itu tampak mewah dengan memakai sepasang sut Blazer Biru Tua dan sebuah jam tangan berjenama yang membaluti lengannya.

Kali ini gadis bertubuh kecil itu mengubah kedudukannya.Bangun dari tidur dan duduk bersila diatas katil.Bola matanya pula tidak lekang merenung raut wajah jejaka itu.Bibirnya pula terkumat kamit seperti berkata sesuatu."Betul ke? Atau aku salah orang? Ishh.. tak mungkin salah.Nama dan bin pun betul."

Seketika gadis itu termenung panjang,kerut dahinya seakan memikirkan sesuatu.Dia seakan mengenali wajah lelaki itu.Tetapi keliru.Adakah lelaki itu orang yang sama yang pernah pernah kenali dulu tetapi lelaki itu sangatlah berbeza? Tetapi bagaimanakah gadis itu mengenali Jejaka Tampan yang menghiasi muka depan majalah itu? Apakah hubungan mereka? dan siapakah pula gadis itu?

Gadis itu,namanya DHIA NUR LIANA,umurnya pula baru beberapa hari mencecah 25 tahun.Seorang gadis berkulit putih kemerahan,bentuk badannya pula tidaklah terlalu kurus dan tidak terlalu besar.Sederhana tingginya dan Comel.

Orangnya manis,berperwatakan ceria.Disenangi rakan rakan,mudah ketawa,suka berjenaka,mudah merajuk tetapi senang dipujuk.Selalu confius dengan hala hidupnya.

LIA,nama panggilannya.Berkerja disebuah kedai makan di bandar Melaka.LIA merupakan seorang pekerja yang rajin dan bersiplin.Masanya banyak dihabiskan untuk bekerja untuk menjemput rezeki lebih bagi menyara keluarganya.Almaklumlah dia ketua keluarga.Oleh itu pulangnya selalu lewat malam kerana berkerja lebih masa.

Sudah menjadi kebiasaan Liana sewaktu pulang dari kerja dia akan singgah sebentar di sebuah kedai mini market 24 jam untuk membeli minuman kegemarannya iaitu Slurpee.Minuman sejuk seperti salji yang mampu mebekukan otak kita jika disedut
laju.

Setelah sampai dihadapan mini market tersebut,suiz skuternya dimatikan lalu tongkat skuter diturunkan.Kaki Liana pantas turun dari skuter dan berlari anak masuk kedalam mini market tersebut.Kerana risau pakaiannya basah ditimpa air hujan yang mula jatuh.Tanpa membuang masa sebiji cup bersaiz besar dicapai Liana.Lalu punat mesin air itu ditekan.

Selesai mengisi slurpee berperisa anggur didalam cup besar Liana terus menuju ke kaunter bayaran.

"Dik kira!"

Kata Liana kepada seorang cashier yang berdiri mebelakanginya kerana sibuk menyusun majalah majalah dirak.

"Eh,Kak Lia.. lama tak nampak."

Sapa lelaki cashier itu setelah tubuhnya berpaling mengadap Liana.Bibirnya tak lekang ukir senyum seolah gembira melihat Liana.

"Hurmm.. biasalah dik sibuk sikit."

Ringkas Liana membalas teguran Zarul dengan senyuman.

"Ohh.. Saya ingat ka kak dah tak suka minum Slurpee."

Balas Zarul dengan senyuman lebar.Seketika mereka berbual dan bertanya khabar sambil Liana mengeluarkan dompetnya.

Sewaktu hendak membayar Liana terpandang majalah majalah yang tersusun rapi di rak sebelah kaunter pembayaran.Alis mata Liana nipis merenung salah satu majalah yang tersusun rapi itu.Pandanganya tertarik pada sebuah majalah yang tertulis Maskulin.Hatinya terus berkata kata "Eh,macam kenal lah muka tu.Tapi.. kenapa lain sangat mukanya.Bentuk badan pun tak sama.Takkan dia kot?Issh.. Betul ke? Orang lain kot." Bisik hati Liana sambil bola matanya semakin tajam merenung wajah Jejaka tampan yang menjadi Ikon di muka depan majalah tersebut.

"Kak.. Akak.. Ohh akak.Akakkkk."

"Ya dik ya."

Tersentak bahu Liana tersedar dari lamunan apabila berkali dipanggil Zarul.

"Hai,jauh termenung.Apa yang kak tengok kat majalah tu.Nak baca beli lah satu." kata Zarul kepada Liana dengan gelak kecil.

"Err.. tak ada apa lah." jawab Liana tersengeh sambil menghulurkan sejumlah wang kepada Zarul.

Zarul pula terus mengambilnya.

"Eh jap dik"

Seketika pergerakkan Zarul mahu mengambil wang bali dari peti cash terhenti.Hanya sepasang bola matanya bergerak perhatikan Liana melangkah ke arah rak majalah.

"sekali majalah ni ya dik."

Sebuah Majalah Maskulin diletakkan di atas meja kaunter pembayaran.

"Maskulin? Wow.. bila pulak akak dok layan majalah ni."

Tegur Zarul sambil tersenyum sinis.

"Baru nak layan hari ni dik.Nak cari jodoh."
Ujar Liana dengan nada gurauan.

"Cari Jodoh? Jauh sangat ni kak.Akak,kalau pasai jodoh ni kak,akak tak payah cari jauh jauh.Yang depan mata ni kan ada."Seloroh Zarul.

"Depan mata? Sapa? Adik ke?"

"Ya lah,saya lah kak."

"Ishh.. Takmau la akak.Adik ni muda sangat.Nanti orang cakap adik tu anak ikan akak." Balas Laina pula tertawa besar. "Hurm.. Eh berapa ni? Cepat kira."

"Iya la tu,tahu la kita ni tak hensem.Orang tak sudi lah.Semuanya Rm23.50sen akak."

Liana tertawa lagi mendengar gurauan Zarul sambil menghulurkan sejumlah wang 30 ringgit dan menunggu untuk mengambil baki.Setelah baki diterima Liana terus melangkah keluar dari mini market tersebut.Pantas dia berlari menuju ke arah skuternya dan hujan pula sudah mulai turun dengan lebat.

Setibanya di rumah.

"Assaalammualaikum."

Salam diberi sambil Liana memulas tombol pintu yang tidak dikunci.

"waalaikummusalam.Hah baru balik.Lambat lagi hari ni over time lagi ka."

"Ishh maksu ni.Dah gaharu cendana pula,dah tahu nak tanya lagi.Macam lah tak biasa.Tadi orang ramai kat kedai tu yang orang overtime."

Jawab Liana sambil membuka topi kaledarnya yang masih ada air titisan hujan.

"Hah,nasi ayam yang maksu pesan tu bawa balik tak?"

"Ha ah ada ni ha.Nah."

Sebungkus Nasi ayam dihulurkan kepada Pn Suraya.Lalu Liana terus bergegas berjalan masuk kebiliknya dan mencapai tuala.

Pn Suraya pula adalah ibu saudara Liana.Dia seorang ibu tunggal.Umurnya pertengahan 40 an namun wajahnya masih kelihatan muda seperti awal 30an.Hampir 4 tahun Pn Suraya begelar janda berhias selepas suaminya Rafar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.Liana juga mempunyai dua orang lagi adik perempuan yang tingal bersamanya iaitu Dhia Nur Rudaina dan Dhia Nur Farina.

BEGITU teruja hati Liana tak sabar untuk mentelaah majalah maskulin yang dibelinya tadi.Majalah itu dibeli kerana Liana mahu mengetahui latar belakang jejaka tampan yang menjadi ikon di muka depan majalah tersebut.Jejaka yang Liana kenali tetapi mungkinkah dia orang yang sama atau orang lain yang punya wajah hampir seiras.

Selesai Liana membersihkan diri dan solat isyak tanpa membuang masa Liana terus mencapai majalah maskulin yang diletak disisi meja katil.Liana merebahkan tubuhnya di atas katil sambil terbaring meniarap.Sebelah tangannya menongkat dagu dan sebelah lagi tangannya mula menyelak setiap helaian majalah itu sehinggalah Liana temui helaian yang dicarinya.

Muhammad Ardan Nuh bin Abdullah Lee,berumur 28 tahun.Beliau merupakan seorang usahawan muda yang telah berjaya menaikkan nama sebuah hotel yang hampir lumpuh pada usia beliau 24 tahun.Dengan menggunakan kepakaran beliau dalam bidang masakkan Ardan Nuh telah berjaya menawan hati pelanggan dengan menu makanan yang disediakan direstoran hotel tersebut.

"Ha ah betul lah Along! Ya Allah.. Along dah berjaya sekarang.Terpilih sebagai usahawan muda pula tu.Syukur Alhamdulillah.Tercapai juga cita cita Along."

Bisik Liana sendirian.Bibirnya mengukir senyuman bangga melihat kejayaan Ardan.Air mata bahagia mula jatuh.

"Tahniah Along.Angah bangga sangat dengan Along.Angah tumpang gembira tengok Along dah berjaya capai semua cita cita Along.Tahniah Along,Tahniah."

Liana bermenolog sendirian.Wajah Ardan ditenung lama.Air matanya pula semakin laju jatuh.

"Ya Allah rindunya aku kat Along."

Detik hati Liana.Wajah Ardan disentuh.

"Tapi.. aku tak boleh muncul dalam kehidupan Along.Aku malu.Aku tak berjaya macam
Along.Lagi pun Along mesti marah lagi dengan aku.Along mesti terasa lagi dengan kata kata aku dulu.Along.. Along dah bahagia dengan kehidupan dia sekarang.Kalau aku muncul dalam hidup Along.Apa Along rasa ya? Tak boleh.Aku tak boleh ganggu kehidupan Along.Ya Along bahagia,Along berhak dapat semua ni.Ni semua berkat kebaikkan Along yang dah banyak berkorban untuk ibu,aku,acik,acu.Biar la along bahagia dengan kehidupan dia,kemunculan aku dengan adik adik pasti akan buat Along serba salah.Aku tak nak Along rasa semua tu.Cukuplah dulu Along korbankan masa dia untuk kami.Sekarang dan sampai bila bila Acik,Acu tanggungjawab aku.Aku akan jaga diaorang."

Liana terus bermonolog meluahkan apa yang terpendam.Sayu hati Liana.Rindu kepada Ardan mula menerjah benak hatinya.Namun kisah lampau telah menghalang dirinya untuk bertemu Ardan.

"Aku akan teruskan kehidupan aku,jaga acik dan acu.Aku akan pastikan diaorang tak susah dan diaorang berjaya macam Along.Tahniah Along,angah bangga sangat dengan Along." Liana menyentuh wajah yang tak bernyawa itu dengan senyuman sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience