Bab 1 : Permulaan Perkenalan

Drama Series 1255

Semasa darjah 4, aku telah bertemu dengan seorang sahabat baharu. Namanya ialah Izzati. Izzati merupakan seorang yang baik, peramah, periang, suka bergurau dan macam macam lagi. Semasa di sekolah rendah, daripada darjah 4 hingga darjah 6, kami memang tidak dapat dipisahkan.
Kami sangat rapat, kami jarang sekali bergaduh. Hubungan kami yang sangat rapat membuatkan ramai yang tidak puas hati dengan kami. Namun kami hanya mengendahkan saja.
Dalam apa jua keadaan, kami sentiasa bersama. Tidak kiralah ketika membantu guru, ketika rehat, ketika belajar, ketika bersenam atau lain lain lagi. Kami tetap akan berdua.
Kami mempunyai minat yang sama. Kelab persatuan kami juga sama. Matapelajaran yang kami minat serta tidak suka juga sama. Senang cerita kami banyak persamaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience