Bab 2: Perpisahan Terpaksa

Drama Series 1255

Semasa darjah 4 hingga 6, perjalanan hidup kami masih lagi bahagia. Masih lagi rapat.
Namun setelah berakhir nya sekolah rendah, masing maskng telah berpindah ke sekolah menengah yang berlainan. Selepas daripada itu, hubungan kami agak renggang.
Kami sudah tidak selalu jumpa. Selain itu, kami juga tiada call atau pun chat. Saya agak sedih dan rindu.
Ada satu masa itu, saya cuba untuk chat dia, namun selepas itu saya diblock. Saya juga agak pelik. Selepas ditanya, rupanya Syaza ingin berubah. Dia berkata "Aku nak berubah, aku harap kau faham. Aku dah tak nak kawan dengan kau". Saya bingung.
Mengapa dia perlu meninggalkan saya jika mahu berubah? Adakah saya telah menghalang dia? Saya masih tertanya. Saya kecewa. Saya sudah tidak tahu bagaimana mahu memujuk dia.
Jika dulu, kami sering keluar bersama. Tetapi sekarang, seperti tidak kenal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience