Beberapa tahun kemudian...
Umurnya sudah beranjak 19 tahun. Dan kini dia sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Atiqah?
Mereka always bersama. 24 jam. Cuma mereka berbeza bilik tetapi Atiqah selalu saja datang ke bilik Amira jika dia ada free.
Dulu we just duo, now we trio gila. Khadijah, kawan baru mereka yang sekepala dengan mereka. Yeah, Amira dan Khadijah selalu bersama dan dia takut. Takut dia pinggirkan Atiqah. Tapi aku tetap sayangkan Atiqah because dia lagi lama daripada Khadijah. She almost 3 year dan Khadijah baru 3 bulan. Walau berapa lama mereka berkawan, itu tidak membawa masalah.
"Ha!, Termenung!" sergah Atiqah membuatkan Amira terperanjat. Memang nak kena Atiqah ni. Kacau betul!
"Mana ada lah... Aku tengah fikir idea untuk program jualan mingguan. Nama aku kan tercatat untuk minggu ni," balas Amira. Atiqah mengangguk kepalanya lalu melabuhkan duduk di sebelah Amira.
"Kau tak payah fikir banyak. Bincang dengan ahli kumpulan kau. Kau sendiri pun susah betul nak jumpa membership kau itu. Ada hati nak serabutkan kepala kau nak memikirkan idea."
"Aku malas lah nak jumpa dia orang. I don't like toxic people. Dia orang itu depan je lain, belakang lain," kata aku lalu meletakkan kepalanya di atas meja. Entah bersih ke kotor ke, dia main letak saja.
"Kau suka ke tak suka ke, kau kena hadap juga."
Amira diam mendengar segala tutur bicara Atiqah. Atiqah mengeluh berat.
"Kau takut yang ahli kumpulan kau itu ada Aydeen ke?" tanya Atiqah. Amira berkerut dahi.
"Asal kau sebut nama dia?. Kau tahu kan aku benci nama itu. Boleh bernanar telinga aku dengar nama dia," balas Amira. Naik menyampah mendengar nama itu.
"Jangan benci sangat Mira... Kau tak tahu, Allah maha membolak balik kan hati. Benci boleh jadi suka tau."
Amira diam. Betul juga apa yang dikatakan Atiqah itu.
Kenapa aku benci sangat kat dia eh?. Tak boleh jadi. Nanti jadi cinta habis kau. Termakan dengan kata-kata kau sendiri nanti. Haih...
***
"Aydeen, Ok tak ?" tanya Harith, kawan sebiliknya. Aydeen yang duduk di stadium itu pun terperanjat tetapi dia tetap memberikan senyuman manisnya.
"Ok je. But... Aku rasa menyesal..."
"Menyesal sebab apa?"
"Dulu masa sekolah menengah... Aku banyak buat salah dan silap. Dan aku pernah buat dosa yang paling besar. Aku teruk dulu..."
"Dahlah, kau kena terima hakikat dan belajar daripada kesalahan. Ok?"
Aydeen mengangguk faham. Harith menepuk bahu Aydeen. Dia tahu kawannya itu kuat untuk menghadapi semua ni.
"Aku dengar cerita, kau satu kumpulan dengan Amira..." kata Harith. Aydeen hanya mengangguk. Itu yang Aydeen fikirkan. Bagaimana dia perlu menghadap Amira?
***
Amira mengambil tempat disebelah seorang gadis iaitu ahli kumpulannya, Helina. Dan didepannya ada seorang gadis dan seorang jejaka. Entah mengapa dia rasa tidak berminat langsung dengan semua ni.
Lebih baik dia rehat di rumah tapi itulah masalahnya, kerja perlu profesional.
Mereka bertiga berbual dan aku hanya memandang sekeliling. Tiba-tiba, gadis di depannya menyapanya.
"Hi, Saya Maisarah," Maisarah memperkenalkan dirinya pada Amira. Tangannya diberikan untuk berjabat tangan. Amira membalas jabatan itu dan membalas "Amira..."
"Ohh, ok." Tangan yang dijabat akhirnya dileraikan. Nampak dari riak wajahnya sudah tahu. Dia tidak mahu berkawan. So? Siapa kisah?
"Ada sorang lagi. Kejap lagi dia sampai... Lepastu baru kita bincang pasal jualan mingguan itu," kata Heliza selaku ketua untuk kumpulan kami.
Satu sosok tubuh lelaki memasuki kafe itu. Aku mengecilkan mata untuk melihat siapa gerangan itu.
"Maaf lambat..." kata lelaki itu dengan adab sopannya. Amira membulatkan matanya melihat sosok tubuh yang sudah lama dia tidak temuinya dan paling dia benci.
Tiba-tiba mata kami bertembung antara satu sama lain. Lelaki itu memberikan senyuman manis. Aku berkerut dahi dan menjeling kan matanya. Dah, memang potong mood aku terus!
IG:the_anishaidi06
Share this novel