Amira bergegas keluar daripada kafe itu setelah selesai membincangkan hal jualan itu. Tangannya di gempal kuat.
"Kenapa lah kau muncul lagi depan mata aku!. Benci lah aku macam ni!"
"Tak sakit tekak ke jerit-jerit?" tanya Aydeen yang tiba-tiba prihatin. Amira menoleh kebelakang dengan hatinya yang mendidih geram. Dia mendekati Aydeen dengan wajah tidak puas hati.
"Kau nak apa?. Eh tak puas ke kau sakitkan hati aku dulu. Now, kau muncul kan diri kau... Kau memang tak serik-serik lagi kan!" marah Amira. Banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka.
"Aku muncul kan diri?. Aku memang belajar kat sini dan tak salah kan kita bersua kembali?. Kan?" tanya Aydeen bersahaja. Sengaja nak panaskan gadis didepannya ni.
"Eee! Dah lah!. Menyampah aku!" jerit Amira kemudian berlalu pergi dengan perasaan amarah. Entah apa yang nak dimarahkan sangat.
"Tak faham aku dengan dia ni... Aku datang minta maaf je pun. Haih..." Aydeen melangkah pergi dengan perasaan kecewa.
***
Amira meletakkan beg galasnya di atas meja lalu dia melabuhkan duduk di atas katilnya. Dia mengempal kedua-dua tangannya cuba menahan geram.
"Kenapa eh? Kenapa kau perlu muncul kan diri kau sekarang?! Eh, kau tahu kan betapa bencinya aku kat kau, kenapa kau ni tak faham bahasa eh?!" Amira bercakap seorang diri seperti orang kurang siuman. Khadijah hanya memerhatikan saja kelakuan kawannya itu.
"Eeee! Dahlah, lantak lah dia. Dia nak belajar kata mana-mana sekalipun, yang aku tahu ini kali terakhir aku terserempak dengan dia. Fullstop!" Amira mendengus geram.
Dia malas mahu menyerabutkan kepalanya dia terus mengapai tuala yang bergantung di kerusinya lalu melangkah ke tandas.
"Woi!, Mak kau hijau!, EH KAU NI!. Terkejut lah aku. Astaghfirullah." Terkejut orang dibuatnya. Hampir je dia kena heart attack tadi. Ish, perempuan ni, geram aku!
"Kau dah kenapa bercakap sorang-sorang ancam orang kurang siuman?," tanya Khadijah yang memeluk tubuh dan bersandar di pintu tandas.
"Takde apa-apa lah!. Dah aku nak mandi, aku dah masam sangat dah ni. Tepi-tepi!" marah Amira lalu menolak Khadijah ke tepi. Dia masuk ke dalam tandas. Khadijah menggelengkan kepalanya lalu melangkah keluar daripada bilik asrama.
***
Atiqah yang sibuk membuat assignment tiba-tiba disapa seseorang. "Assalamualaikum," salam seseorang.
"Walaikumuasalam," jawab Atiqah sambil mendongak kepalanya. Terlihat Aydeen yang tersenyum manis kepadanya. Atiqah tercengang. Betul ke apa yang aku tengok ni?
"Why are you here?" tanya Atiqah yang berkerut dahi. Aydeen duduk di kerusi yang berhadapan dengan Atiqah.
"Aku belajar kat sini lah," jawab Aydeen dengan senyuman manis. Atiqah menjegilkan matanya lalu menyambung menyiapkan assignment nya.
"Kau sihat?"
"Kau nak apa?"
"Tolong aku... Cakap kat dia yang aku minta maaf sangat-sangat kat dia,"
"Tak payah lah. Buang masa kau tahu tak?. Dia tak nak kat kau... Dia tak nak tengok muka kau langsung!. Jadi, jangan kacau dia lagi, Aydeen..."
"Takpe, aku akan buat apa-apa saja sampai Amira maafkan aku," tekad Aydeen. Aydeen pergi daripada pandangan Atiqah. Atiqah menghela nafas berat lalu menyambung assignment nya.
"Suka hati kau lah, Aydeen. Good luck lah..."
***
Amira duduk di atas katil sambil menekan-nekan keyboard laptop nya. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Dia mencapai telefon pintarnya. Tertera 'ibu' di talian. Amira terus mengangkat nombor itu.
"Assalamualaikum, ibu. Apa khabar?" Amira memulakan perbicaraannya.
"Walaikumuasalam, ibu sihat je ni. Alhamdulillah tapi ayah kau ni ha, datang balik sakitnya ni," kata ibunya, Puan Asiah. Amira mula risau.
"Lah, lepastu dah pergi klinik ke?" tanya Amira risau.
"Dah lerr, kalau tak dipaksa memang tak perginya," jawab Puan Asiah. Amira menghela nafas berat tanda risau terhadap kesihatan ayahnya.
"Jangan risaulah, ayah baik-baik saja di sini. Kalau kat sana itu, belajar elok-elok. Jangan banyak fikir..." pesan ayahnya. Rasa ingin menitiskan air mata apabila mendengar suara ayah. Sungguh sayup kedengaran.
"Ayah pun jaga kesihatan itu. Ayah itu bukan muda lagi. Jangan buat kerja berat-berat tau!" tegas Amira pula pada ayahnya.
"Yelah yelah... Ayah tahu lah..."
"Ini nanti tengok-tengokkan adik. Dia kata dia pergi KL katanya nak cari kerja," sambung ibunya membuatkan Amira berkerut dahi.
"CARI KERJA? Biar betul budak itu?. Kawan? Kawan dia mana satu? Khadijah itu?. Eh, budak itu baik orangnya takkan nak bawak si Risa itu ke KL?," bebel Amira risau.
"Alah, anak mak Tijah itu. Siapa ya bang?."
"Hafiza" sambung ayah. Amira menghela nafas berat. Kenapalah mak ayah aku boleh percaya tipu helah si Arisa dan Hafiz itu?
"Yelah mak, nanti Mira tengok si Risa itu. Ok lah mak ayah, Mira nak tidur dah ni. Assalamualaikum..." kata Amira untuk meletakkan panggilan mak ayahnya.
"Yelah, jaga diri Mira. Walaikumuasalam..."
Amira meletakkan panggilan itu dengan keluhan berat. Langsung dia tidak percaya kalau adiknya itu datang ke KL untuk cari rezeki. Dengan lelaki lagi tu. Tak boleh jadi budak ni!.
Amira menutup komputer ribanya dan diletakkan di atas meja belajarnya kemudian merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia bermain dengan telefon pintarnya terlebih dahulu sebelum dia masuk tidur. Akhirnya dia terlelap juga.
***
Aydeen duduk di meja belajarnya sambil mengetik keyboard komputer ribanya. Rasa malas nak buat assignment yang berlambak ni sebenarnya tapi sampai bila nak kekalkan sikap malas itu. So, nak tak nak kena buat juga.
"Wei, deen," panggil seseorang membuatnya menoleh ke arah suara itu. Terlihat Ameer, sahabatnya sejak bangku sekolah lagi. Kawan aku ni memang juara kalau bab kekacakan aku memang out. Dia punya kacak sampai satu sekolah dan satu kolej insecure.
"Assalamualaikum," salam Aydeen membuatkan Ameer tersentak. Sungguh tajam ayat itu. Menusuk ke kalbu.
"Walaikumuasalam..." jawab Ameer lalu duduk di sebelah Aydeen. Dia melihat sahabatnya itu termenung tak habis-habis.
"Apa yang tenungkan?. Jangan cakap pasal si Mira itu. Dahlah, benda dah lepas. Kalau rasa macam melepas itu pergilah masuk merisik dia. Apa susahnya," ujar Ameer. Sedap betul dia cakap. Kalau kau itu sesenang kata-kata kan bagus.
"In Sya Allah. Tapi sekarang ini tak boleh. Dia macam tak berapa suka aku lagi. Aku cuba buka hati dia slowly," balas Aydeen.
"Berjanggut lah kau menunggu dia buka hati untuk kau."
"Biarlah wei, aku yakin aku boleh buat dia buka hati untuk aku. Cepat atau lambat je."
Mereka diam membisu. Tiada topik ingin di buka. Tiba-tiba Ameer bersuara.
"Tadi, aku ada lah dengar sikit-sikit mulut orang ni. Katanya, Amira ada someone..."
"Ha? Someone? Who?"
IG:the_anishaidi06
Share this novel