BAB 4

Romance Completed 690

Hameed mengatakan Khesya suka lelaki berbadan sado dan memiliki motor besar. Bersinar mata Haq, ditelitinya seluruh badannya. Bab sado itu sudah tidak menjadi masalah, memang kerjanya mengangkat ais berkilo beratnya, hanya motor besar…

Petang itu, Madee ke kedai motor Ah Seng, Yamaha R25 dirembatnya. Dengan duit muka dan bulanan yang benar-benar menuntutnya untuk bekerja keras lagi.

“Tak pa, demi adik aku.” Madee tersenyum. “Sekarang kau sudah ada motor, kereta buruk kau ni bagi akulah..” kata Hameed sambil mengambil kunci kereta dari tangan Haq.

Bulan lepas, duit tabungannya habis, diberi begitu sahaja kepada Hameed , katanya hendak baiki rumah keluarganya. Bilik Khesya hendak diletakkan mozek. Madee tidak kesah, lagipun lepas nikah nanti bilik Khesya itu juga akan menjadi bilik pengantinnya. Tersenyum Madee seorang diri.

Madee menjerit lagi… segalanya impiannya selama ini musnah. Terngiang-ngaing lagu yang dinyanyikan Mail tadi, berselang seli dengan muka comel Khesya dan janji-janji Hameed selama ini. Sekejap Haq menangis, kemudian dia ketawa dan akhirnya dia menari-nari seorang diri di tepi tasik itu.

Tiba-tiba dia berhenti menari. Sebuah kereta Saga yang amat dikenalinya melepasi kawasan tasik itu. Hameed … Hameed ! kejar dia… Madee mengejar kereta itu.

Hameed memandu menuju rumahnya. Sebentar lagi lori akan sampai bersama seekor lembu. Orang khemah pun dijangka akan datang petang itu juga. Barangan memasak dari bonet kereta itu dipunggah ke tanah. Kereta kembali keluar, dibawa bapa Hameed bersama ibunya. Mungkin ada barang lagi yang perlu diambil. Hameed ditemani adiknya gigih mengalihkan barang itu masuk ke dapur melalui pintu belakang.

Madee melulu dari belakang. Sebilah parang di tepi longgokkan kelapa tua disambarnya. Leher Hameed dicarinya. Bunuh dia…bunuh dia. Dia yang punca kau segalanya… bunuh dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience