BAB 1

Romance Completed 690

“Tidak! Tidak! Tidakkkkkk….”

MADEE terus berlari ke motorsikal Yamaha R25nya. Helmet fullface yang elok terletak di atas rak kasut elok disambar dan disarung ke kepalanya.

Hanis masih terpinga-pinga melihat abangnya yang tiba-tiba berubah itu. Ibu di dapur turut menjenguk ke hadapan bertanya. Hanis hanya menjawab dengan cebikan dan bahu yang diangkat sedikit. Kad jemputan majlis perkahwinan Khesya yang direnyuk Madee dicapainya. Cuba dibetulkan kembali namun kedutannya tetap ada. Nama pengantin lelaki direnungnya DANISH IMAN BIN DATUK IQBAL. Ushh! Anak datuk..

Ibu ke hadapan rumah mencari anak lelakinya. Ternyata Madee sudah laju tinggalkan rumah itu. Selalunya Madee akan panaskan enjin motornya dahulu selama 3 minit sebelum dia menunggang. Bunyi enjin yang selalu jadi bebelan ibu pun sudah tidak kedengaran lagi. Makin kuat rasa risau di hati ibu.

Haq, anaknya bukan mudah mengamuk. Taat, rajin dan memang mudah uruskannya tetapi pantangnya hanya satu, jangan dia ditipu. Orangnya bukanlah bijak mana, belajar setakat SPM sahaja. Nasib ada kilang yang sudi ambil dia bekerja.

Madee menghampiri kedai makan Pak Selamat yang selalu dia dan Hameed habiskan masa. Kelibat Hameed dicarinya, tiada. Hanya Nuar dan Mail sahaja menjadi ikon basking di tepi kedai itu.

“Nampak Hameed tak?” Nuar hanya mengelengkan kepalanya. Gitar di tangan dipetik menyambung persembahannya. Petang itu lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian penyanyi lama Azie menjadi pilihan Mail.

Adakah kau ingin lihat

Air mata ini berguguran

Puaslah hatimu kini

Memainkan perasaanku selama ini….

Serak basah suara Mail cuba menghayati bait-bait lagu dinyanyikannya sebaik mungkin…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience