DL17

Romance Series 21504

Di keheningan pagi subuh,masing-masing sudah bingkas bangun untuk melihat matahari terbit di puncak bukit Pulau Rawa.Akira yang terlebih teruja sudah bersiap pantas dari yang lain.

" Awal siap" Sindir Reya terkejut melihat Akira sudah duduk bersila di atas katil.

" Aku orang pertama bangun sebab tu lah siap awal" Jawab Akira dengan senyuman manis di bibir.

" Amboi,lain macam i tengok senyuman you tu,mimpi indah ke?" Soal vivian pula dengan kening terjungkit sebelah.

" Harus lah mimpi indah,malam tadi tidur pakai baju Megat Airiel" Reya tertawa kecil bila melihat wajah Akira sudah memerah.

" Apa korang ni,mana ada!" Kalis Akira bengang.Menyesal pula tak tukar baju itu semalam gara-gara mata sudah mengantuk dia terus tertidur.

Myako yang baru keluar dari bilik air di jadikan sasaran.

" Amanda kau balik pukul berapa malam tadi?" Soal Akira berharap sangat cerita perihal dirinya terhenti saat ini.

" Nak tukar topik lah tu" Reya masih mahu menyakat Akira.Myako hanya berwajah blur kerana tidak tahu apa yang sedang mereka sembangkan.

" Malas lah aku layan kau,cepat lah siap nanti terlepas nak tengok matahari terbit" Akira sudah bingkas bangun menuju ke pintu.

Pantas Myako,Vivian dan Reya bersiap macam nak pergi mana saja gayanya melawo.

~~~

Mereka seramai sepuluh orang terus berjalan menuju kearah tangga laluan mendaki.Akira begitu teruja kerana itu pertama kali dia mendaki bukit.

Sempat Yassin menangkap gambar teruja Akira tanpa wanita itu sedari.

Myako telan liur dari kejauhan bila melihat wajah ketat Roy sejak awal tadi.Marahkan aku ke? Berkerut-kerut dahi Myako memikirkan adakah dia melakukan kesilapan lagi?

Roy sejak awal pagi sudah merengus kasar bila iPhonenya asyik naik nama Agnes di skrin telefon.Pantas iPhonenya di off kan semula.Nak apa lagi lah minah ni!

" Roy are you okay?" Soal Myako yang sudah berdiri terpacak di kaki tangga berhadapan denganya.

" Aku okay.." Roy beriak terkejut melihat Myako berdiri di hadapannya.Nasib baik tak terlanggar.

" Saya tak nampak awak okay." Myako tidak berpuas hati melihat wajah Roy.

" Cepat naik,nanti kita tak dapat tengok matahari terbit" Roy menarik tangan Myako lalu melangkah sama mendaki keatas.

" Awak sembunyikan sesuatu." Myako masih tidak berpuas hati.

" Kalau saya salah saya minta maaf" Myako sudah berwajah sedih.

Langkah Roy terhenti.Wajah Myako di pandang lalu satu kucupan hangat berlabuh di dahi Myako.

" Kau tiada salah apa pun.Aku cuma rimas Agnes asyik call aku dari semalam." Akhirnya Roy berterus terang.

" Oh sebab itu" Myako kembali tersenyum.

" Abaikan dia,mari!" Kini Myako pula yang menarik tangan Roy dengan senyuman di bibir.Roy hanya mengelengkan kepala melihat keletah Myako yang pantas berubah ceria.

Geram je aku tengok kau Myako!

Mata masing-masing begitu teruja menikmati keindahan ciptaan tuhan yang terbentang luas itu.Cahaya mentari pagi yang mula menyinari sekelian alam begitu mempersonakan.Warna-warna jingga yang sungguh cantik mula menghiasai alam semesta di pagi hari.

Seperti biasa,Yassin selaku jurugambar tidak bertauliah sempat merakam suasana indah itu sebaik mungkin.Masing-masing sempat berposing bila ingin di rakam sebagai kenangan di Pulau Rawa.

Dari puncak bukit juga kelihatan permandangan Pulau Tioman dan Laut Cina Selatan yang terbentang luas.Selepas puas menikmati pemandangan dari atas mereka semua turun menyusuri gigi pantai sambil bersantai dan bergambar mesra.

Akira terjerit kecil bila terasa ada batu-batu kecil yang jatuh entah dari mana sehingga termasuk kedalam bajunya.

" Tak guna! siapa punya kerja ni?" Desis hatinya geram lalu menoleh kebelakang.Kelihatan Megat Airiel sedang mencangkung sambil menguis pasir pantai dengan hujung jarinya.Manakala Rafael sedang mendepakan tangan seperti menghirup udara segar di pagi hari.

Siapa punya kerja ni? Kenapa masing-masing seakan leka dengan aktivitinya sendiri.

" Kau punya kerja eh!?" Sergah Akira kepada Yassin yang sedang tertawa melihatnya.

Yassin sudah cuak melihat Akira berwajah marah kearahnya.

" Mampus aku kalau dia tahu aku ambil gambar dia curi-curi." Bisik hatinya resah.Pantas Kamera di tangan di tutup.

" Kau yang baling batu kat aku kan?" Tuduh Akira tanpa berlapik.

" Bila masa aku baling batu?" Yassin sudah blur.Fuhh nasib baik ,ingat pasal gambar.

" Kalau bukan kau siapa?" Akira masih lagi tidak berpuas hati.

" Aku!" Jawap Megat Airiel dari arah belakang Akira sambil tangan memasukkan pasir pantai ke dalam baju Akira dari atas kolar bajunya.

Menjerit Akira akibat pasir pantai sudah masuk ke dalam baju dan menyentuh kulit putih gebunya.

" Megat Airiel!!!!!" Jerit Akira sekuat hati sehingga burung merak yang berada di situ turut terkejut lalu lari lintang pukang masuk ke dalam hutan kecil.

Masing-masing hanya mengeleng kepala melihat Megat Airiel sudah melarikan diri dengan ketawa yang tidak berkesudahan.

" Megat ni kalau tak cari pasal tidak sah" Roy mengelengkan kepalanya.

" Saya rasa dia suka Akira" Myako membuat kesimpulan sendiri.

" Mana kau tahu?" Tanya Roy sambil meletak dagunya di bahu Myako lalu buai di hayun laju ke hadapan.Berharap sangat buaian itu tidak terputus talinya.Mana tidaknya sekali dua orang naik satu buai konon nak lagak romantis.

" Saya teka saja.Betul ke tak?" Myako saja ingin mengorek rahsia dari Roy.

" Entah,mungkin betul.Aku pun tak ambil tahu" Ujar Roy sambil curi-curi mencium pipi Myako.Tertawa kecil Myako dengan aksi spontan Roy itu.

" Eh..awak tak lapar ke? jom breakfast" Ajak Myako yang sudah mula berkeroncong di dalam perutnya.

" Lapar...ikutkan hati, aku nak makan kau je ni" Ujar Roy lalu mengigit sekilas telinga Myako.Terjerit kecil Myako di buatnya.

" Dah cepat turun.Sebelum penis aku mencanak nanti" Mendengar kata-kata Roy pantas Myako melompat turun dari buaian.Memerah terus pipi Myako.Roy yang melihat hanya tertawa geli hati.

" Itchy!" Guman Myako perlahan.

~~~~~

Villa Rosse~~

"Morning Aunty Rosse" Sapa Agnes ramah lalu terus mendekati Rossella dan mencium kedua pipi wanita itu lalu duduk di kerusi meja makan yang terhidang dengan juadah sarapan pagi.

" Morning Agnes,mari breakfast sama" Ajak Rossella yang sudah duduk di kerusi utama meja makan.Sadis hidupnya duduk di rumah besar dan mewah tetapi waktu makan hanya dirinya seorang sahaja yang berada di meja makan jika tiada anak-anak yang menemani.

" Sunyi je rumah,Roy dengan Reya tiada ke?" Soal Agnes sudah berlabuh punggung di kerusi.

" La...Agnes tak tahu ke? dia orang pergi bercuti" Jawap Rossella beriak hairan melihat Agnes yang seakan terkejut itu.

" Really?"

" Patut la call Roy tak berangkat" Keluh Agnes perlahan.

" Di luar kawasan la tu rasanya.." Rossella sekadar menyedapkan hati.

" Aunty tahu dia pergi mana?" Soal Agnes ingin tahu.Pergerakkan sudu ke mulut Rossella terhenti.

" Oh,itu aunty tak tahu pula" Rossella terus menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.

Sekali lagi Agnes melepaskan keluhan kecil.

" Makan la nasi lemak ni,sedap...Mak eton yang masak" Rossella mempelawa Agnes yang masih kaku di meja makan.Datang sini semata-mata nak tanya perihal Roy saja kah?

" On diet aunty..." Balas Agnes dengan senyuman sumbing di hujung bibir.

" Aunty tahu tak yang Roy sudah ada girlfriend?" Agnes menyoal Rossella yang masih leka menikmati makan paginya.

" Roy sudah ada girlfriend!?" Hampir tersembur nasi di dalam mulut Rossella akibat terkejut.

" Ya.Kalau aunty nak tahu,perempuan itu bukan lah dari golongan kita" Agnes sengaja ingin melihat reaksi Rossella.Adakah wanita itu akan memilih pangkat dan darjat? Seperti orang-orang kaya di luar sana yang mementingkan reputasi.

" Aunty tak kisah jika itu adalah pilihan Roy" Kata-kata Rossella membuatkan Agnes sentap.Meleset sangkaannya mengenai Rossella.

" Aunty tak kisah?" Soal Agnes inginkan kepastian.

" Ya,yang penting aunty dapat cucu sudah cukup bersyukur" Kali ini jawapan Rossella benar-benar membuatkan Agnes sakit hati.Tak guna!

" Nampaknya Aunty ini tidak lah seperti orang-orang kaya di luar sana yang lebih pentingakan reputasi dan harga diri." Sindir Agnes membuatkan Rossella tersentak.

Rossellla tertawa kecil lalu napkin di ribanya di bawa ke mulut.Terbantut seleranya.

" Agnes, aunty tidak kisah jika menantu aunty pengemis sekalipun jika itu adalah pilihan Roy. Ia langsung tidak menjadi kudis dalam hidup aunty.Apa guna aunty ada harta banyak jika tidak membantu orang lain.Tak gitu?" Bidas Rossella dengan wajah sinikal.

Agnes gigit hujung bibir.Salah dia sendiri kerana mencari pasal dengan Rossella.Dia fikirkan Rossella bakal ibu mertua dari neraka.Nampaknya dia silap besar.

Agnes tertawa kecil menutup kesilapannya.Wajahnya di manis kan.

" Aunty memang seorang yang berhati mulia" Puji Agnes cuba mengambil hati.

" Jangan terlalu memuji Agnes." Rossella merendah diri sambil tersenyum manis.

" Agnes harap bakal menantu aunty itu seorang yang bukan dari neraka" Agnes tertawa kecil dengan kata-katanya.Rossella turut tertawa kerana terhibur dengan kata-kata Agnes.

" Tak sabar aunty nak berjumpa dia jika benar kata Agnes ini" Wajah teruja Rossella membuatkan Agnes pura-pura tersenyum manis.

" Okey la aunty,Agnes balik dulu lah,ada kerja sikit kat butik" Agnes sudah panas punggung duduk berlama-lama di situ.Sakit hati!

" Awalnya,jamah air pun belum lagi" Rossella berbasi basi dengan senyuman manis di bibir.

" Takpa aunty,next time kita makan sama-sama" Agnes sudah bingkas bangun.Pipi Rossella di kucup lembut.Masih berpura-pura dengan memaniskan wajahnya.

" Bye!" Rossella tersenyum sinis bila tubuh Agnes sudah menghilang.Berani betul dia sindir aku.Belum jadi menantu dah pandai menyindir,patut la Roy sungguh-sungguh tak berkenan dengannya.Getus hati Rossella.

Di luar Villa Rosse,kaki di hentak kuat ke lantai.Tak guna betul perempuan tua ni,tak habis-habis nak back up bakal menantu.Kau tengok lah nanti,baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah bila orang mengata kau nanti.

Pintu kereta audi di buka kasar lalu tubuh di hempas ke dalam kereta melepas geram.Mengaum-ngaum bunyi enjin kereta seperti hatinya mengaum kesakitan.

~~~~

Selepas bersarapan pagi mereka menukar pakaian renang kerana ingin melakukan aktiviti di laut seperti mandi manda snorkeling,menyelam,berkayak dan island hopping.

Pemandangan dasar laut sungguh indah dengan airnya yang membiru jernih membuatkan segalanya kelihatan cantik dan menarik.Kelihatan ikan-ikan berwarna warni berenang berkejaran dan datang mendekat bila di hulur roti sebagai makanan untuk mereka.

Terumbu karang juga cantik terbentuk di dasar laut,Puas menjelajah di segenap ruang dasar laut yang mempunyai permukaan tidak rata serta berbentuk unik dengan warna-warni yang menghiasi terumbu karang.

Myako dan Roy sempat merakam aksi mereka sewaktu menyelam ke dasar laut.Menjadikan ia sebagai kenangan terindah mereka.Tidak terkecuali juga teman-teman yang lain.

Selesai Aktiviti di dasar laut,kini aktiviti berkayak pula.Oleh kerana mereka semua genap seramai sepuluh orang jadi mereka berpasangan untuk menaiki kayak.

" Ayuh guys! kita ada game!" Nick bersuara tiba-tiba.Masing-masing memandang kearahnya dengan pandangan pelik.

" Game?" Soal Rafael dengan wajah pelik.Nick dan game berpisah tiada.

" Sini lima orang jejaka kacak cabut undi" Nick mengeluarkan 5 batang mancis di poketnya.Lalu di gengam untuk di cabut satu persatu oleh 5 orang lelaki di hadapannya.

" Habis kita orang yang perempuan ni?" Soal Vivian tidak senang duduk.

" Orang perempuan duduk situ diam-diam,nanti putera raja yang pilih ini jadi lah pasangan kau orang." Nick bersuara dengan sengihan.

" Bila masa kau buat kerja ni.Sempat pula tanda-tanda dekat batang mancis,mana kau rembat mancis ni?" Soal Megat Airiel.

" Biasalah aku kan ada magic" Balas Nick tersengih seperti ahli sihir.

Melihat wajah Nick tersenyum seperti ahli sihir pantas Megat Airiel menarik satu batang mancis di tangan Nick.

" A?" Berkerut dahi Megat Airiel.

Kini giliran Roy pula.

"M? Myako?" Roy sudah berwajah teruja.Mata terus bersabung mata dengan Myako si kekasih hati.

Rafael pula menarik satu bantang mancis dan dia berdoa agar dapat menjadi pasangan Reya.Ya Allah kabulkan doaku.

" R?"

Kevin pula menarik satu batang mancis di antara dua yang masih tinggal.

" V? adakah Vivian?" Kevin sudah mengukir senyuman.

" Kau tak payah pilih dah tinggal satu je ni,nah ambil!" Nick menjeling Yassin tajam lalu menghulurkan batang mancis tersebut.

" N?" Yassin berkerut dahi.

" Ya! Kau pasangan aku.Sebal!" Nick merengus kasar.

" Dah tengok semua huruf apa yang korang dapat? itu huruf permulaan nama pasangan kau orang jadi...sila cari pasangan masing-masing!" Arah Nick membuatkan masing-masing terkejut beruk dengan pilihan mereka.Serius ar tepat semua weh!

Nama pun cerita rekaan kan.Ha Ha Ha.

" 'R' Reya.." Ujar Rafael di hadapan Reya yang beku tanpa senyuman.

" Mahal sangat senyuman kau sekarang" Sindir Rafael perlahan hanya di dengari oleh Reya seorang sahaja.

" Tak menyusahkan orang kan,so shut up!" Balas Reya dingin.Meluat pula dia menjadi pasangan Rafael.Mesti Nick saja mengenakannya.Siap kau Nick!

" Garang macam rimau.Tapi takpa,aku harap kau bagi kerjasama yang baik nanti,jika tidak tahu lah nasib kau jika kalah nanti?" Ugut Rafael membuatkan Reya berdencit geram.

Di sebelah kiri pula Megat Airiel sedang menghadap Akira yang tidak ingin menjadi pasangannya.

" Cepat lah Akira! Kau jadi pasangan aku ni,nampak tak ni huruf 'A' Akira si cantik manis" Bodek Megat Airiel segaja ingin menarik hati Akira.

" Aku tahu kau hebat,jadi pasangan aku tau,pastikan kita menang!" Megat Airiel sudah tersenyum kacak.

" Malas aku!" Akira masih tidak ingin memberi kerjasama kepada Megat Airiel.Sudah la tadi masukkan pasir dalam baju aku,memang tak lah aku nak ikut cakap kau!

" okey macam ni,esok time balik aku pikul bagasi kau sampai jeti hujung sana tu.Boleh?" Megat Airiel sorok senyuman bila Akira memandangnya lama.Mungkin dia tengah mempertimbangkan tawaran aku itu atau dia saja nak tenung wajah kacak aku ni lama-lama.

" Okey,setuju! esok kau pikul bagasi aku sampai hujung jeti tu!" Akira sudah melompat gembira sambil melambai tangan kepada Myako di hujung kanannya.

Megat Airiel hanya memutarkan bebola matanya melihat Akira melompat gembira macam anak katak.

" Kau tipu, aku tendang buah kau!" Ugut Akira membuatkan Megat Airiel berwajah ketakutan yang sekadar di buat-buat sambil menutup alat sulitnya dengan kedua belah tangan.

~~~~

Setelah 5 buah kayak di susun dan di sediakan oleh penjaga pantai,masing-masing yang sudah memakai jaket keselamatan mula masuk ke dalam kayak dengan pasangan masing-masing.

Kayak pertama milik Roy dan Myako,kayak kedua milik Megat Airiel dan Akira,kayak ketiga milik Kevin dan Vivian,kayak keempat milik Rafael dan Reya manakala kayak kelima milik pasangan gay Yassin dan Nick.Yang kelima ni gurau je gaiss.

Setelah visel di bunyikan oleh penjaga pantai pantas masing-masing memulakan dayungan.

" Roy cepat Roy!" Jerit Myako teruja tetapi tangan tidak bergerak.

" Kau mendayung la sama." Arah Roy geram.

" Eh,terlupa pula" Myako tersengih macam kerang busuk.

Pasangan Nick dan Yassin sudah berada di hadapan sekali dengan mulut mengungkap satu dua,satu dua serentak.Di hadapan sana mereka akan berpusing dan berpatah semula sehingga ke garisan penamat di mana mereka bermula sebentar tadi.

" Roy laju lagi Roy!..go.go.go...i love you!" Sorak Myako bagai tiada hari esok.

" Sayang kau buat aku hilang fokus!" Roy ketap gigi geram mendengar jeritan dan sorakkan Myako sejak awal lagi.

" Cepat Roy kita langgar kayak Megat Airiel itu" Myako menunjuk kearah kayak Akira yang berada di hadapannya.

" Boleh tahan juga perangai kau ya" Roy sungging sinis lalu melanggar kayak Megat Airiel di hadapannya.

" Saya ikut perangai awak!" jawab Myako tertawa gembira melihat kayak Akira dan Megat Airiel sudah tersasar.

" Woi! main jahat eh!" Jerit Akira tidak puas hati.Pantas kayu pendayung di hempas keatas permukaan air laut supaya terpercik mengenai Myako dan Roy.

" Kau buat apa ni Akira! kalah la kita nanti!" Marah Megat Airiel geram.Sudah la air laut berombak dan beralun-alun.

" Kau pergi langgar balik kayak Roy tu!" Arah Akira tidak puas hati.

" Kau ingat ni apa? main langgar-langgar kereta?" Balas Megat Airiel geram.

" Langgar je lah,kita kalah pun kalah lah,yang penting langgar dia orang balik." Arah Akira geram.

Megat Airiel hanya mengendahkan kata-kata Akira yang berada di belakangnya dan meneruskan mendayung.Layan Akira sampai esok pun tak habis.

Di garisan penamat Nick dan Yassin sudah selesai menamatkan dayungannya di tempat pertama,manakala Rafael dan Reya berada di tempat kedua di susuli Kevin dan Vivian di tempat ketiga,Roy dan Myako di tempat ke empat sebab main tipu dan Megat Airiel dan Akira di tempat terakhir iaitu tempat ke lima.

Akira sudah lari mengejar Myako bagi membalas dendam kerana melanggar kayaknya sewaktu pertandingan tadi.Larian mereka sehingga menuju ke arah slide lalu mereka berdua terus bermain dan mandi manda di sana.

" Bos nanti claim hadiah bila sampai KL" Ujar Nick dengan senyuman meleret.

" Kau yang buat game aku pula yang kena bagi hadiah?" Roy ketap gigi.

" Ala bos,tak kan berkira kot" Sampuk Yassin entah sejak bila berani berkata santai begitu dengan Roy.

" Eh kau ni, dua-dua aku potong gaji!" Ujar Roy serius.Melihat wajah bermuram durja Yassin terus Roy berubah riak.

" Yelah-yelah!" Roy berkata lalu terus melangkah ke arah slide di mana Myako sedang seronok bergilir bersama lelaki berkulit putih.Tak boleh jadi!

Manakala Nick dan Yassin terus melompat gembira dan bergoyang badan bila Roy setuju memberi hadiah setibanya di KL nanti.

~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience