DL33

Romance Series 21514

Myako mendongak kepala melihat wajah pemilik tangan tersebut.Senyuman di bibir itu di balas dengan senyuman kelat di bibirnya.

Dia nampak ke apa yang berlaku tadi? Gumam Myako.

Baru huluran tangan tersebut ingin di sambut oleh Myako tiba-tiba ada tangan lain menepis.

" Kau buat apa dekat sini?" Jerkah Akira berang melihat lelaki yang membawa masalah kepada Myako itu.

Tergamam Myako dan Yuta memandang Akira.

" Syhhh" Pantas Myako bangun lalu menutup mulut Akira kerana tidak mahu Tuan Richard dan mama Rossella terdengar kekecohan tersebut.Kemudian tangan Akira di tarik dan sebelah tangan lagi menarik baju Yuta supaya mengikutnya sama.

" Apehal kau bawa dia sama? dia musuh kau kan? konco Kazama" Akira memandang jengkel lelaki yang bernama Yuta itu.Melihat lelaki itu memakai baju pesakit bermakna dia juga di rawat sama di hospital tersebut.

" Dia okey jangan risau" Myako cuba menenangkan Akira.

" Tulah kau.Cepat percaya orang macam kau percaya Kenta.Tengok apa jadi?" Akira mula membebel.

" Dia tolong Roy dari di tembak oleh Kazama" Jawab Myako di balas dengan juihan bibir oleh Akira.

" Iyelah tu.Entah-entah saja nak lepaskan diri.Pura-pura baik" Akira masih dengan pandangan negatif memandang lelaki bertattoo bernama Yuta itu.Lelaki itu hanya menayang wajah selamba.Tidak ambil kisah dengan kata-kata dari teman Myako itu.

" Akira sudah lah." Pujuk Myako sudah mula pening lalat.Sudah la kepala dia runsing memikirkan keadaan Roy,kemudian dengan layanan kasar dari daddy Roy pula.Dia hampir tertekan.

" Apa yang terjadi tadi? Kenapa kau di kasari?" Soal Yuta setelah mulut teman Myako senyap.

Dua hari terkurung di dalam bilik wad membuatkan Yuta kebosanan.Itu yang dia curi-curi keluar untuk menghilangkan bosan.Tak sangka pula dia boleh terserempak dengan Myako dalam keadaan begitu.

" A_apa yang jadi pada kau tadi?" Soal Akira cemas bila mendengar soalan sebegitu dari mulut Yuta.Walaupun dia tidak suka lelaki itu tetapi dia turut risau jika Myako di kasari.

" Tiada apa.." Balas Myako perlahan.

" Jangan tipu.Tadi ada dua orang pengawal depan bilik Roy tu.Lepas tu kau pula terduduk dekat lantai. Kenapa?" Akira ingin tahu perkara sebenar.

" Aku di larang jumpa Roy." Myako melepaskan keluhan berat.

" What?! ini mesti Uncle Richard punya kerja kan" Teka Akira di balas anggukkan oleh Myako.Jadi bermakna Uncle Richard sudah berada di sini.

" Siapa lelaki tu?" Soal Yuta ingin tahu.

" Kenapa kau sebuk nak tahu?" Akira memandang meluat kearah Yuta .

" Aku tanya Myako bukan kau.Jadi sila tutup mulut kau" Balas Yuta dengan riak wajah serius.Hilang sabar pula dia dengan perempuan yang banyak mulut itu.

Baru Akira ingin membalas Myako sudah mencelah.

" Betul ke apa yang keluar di berita semalam?" Soal Myako cuba menukar topik perbualan.Tidak mahu Akira dan Yuta terus berbalah.

" Ya. Dah settle. Jangan di fikir lagi." Jawab Yuta sambil melangkah menuju ke arah tingkap. Malas mahu memikirkan hal yang lepas dan kes itu juga akan di tutup begitu sahaja kerana hanya melibatkan geng kongsi gelap.

" Terima kasih.Jadi apa yang awak akan buat selepas ini?" Sekali lagi Myako mengucapkan terima kasih.Yuta senyum segaris.Akira pula terkebil-kebil seorang diri seperti tidak wujud di situ.

" Tak payah ucap terima kasih. Aku pun tak tahu apa yang akan aku buat lepas ni" Yuta tertawa kecil.Di dalam fikirannya hanya mahu meninggalkan dunia gelap dan berkahwin serta membina hidup baru.Tapi ada ke wanita yang sudi mengahwininya?

" Berbalik pada teman kau macam mana keadaan mereka? " Soal Yuta pula.Wajah Myako di pandang sekilas jelas riak suram dan sedih terlakar di wajahnya.

" Masih koma dan tidak sedarkan diri." Myako menjawab lemah sambil duduk di atas katilnya.

" Aku bersimpati.Semoga mereka cepat sembuh dan sedar dari koma." Yuta ikhlas dengan kata-katanya.Akira saja yang hanya mencebik cebik bibir bila mendengar kata-kata dari lelaki itu.

" I hope so" Balas Myako lemah.

Tiba-tiba pintu bilik wad di buka dari luar.Muncul seorang jururawat dengan wajah sedikit tegang.

" Di sini rupanya awak bersembunyi"

" Kan saya dah cakap jangan keluar dari bilik tu.Kenapa degil sangat ni? puas saya cari satu hospital ni tadi" Bebel jururawat itu kepada Yuta.Lelaki itu hanya beriak selamba tanpa rasa bersalah.

" Awak tahu kan sekarang ni masa untuk chek tekanan darah awak." Jururawat itu mendengus kecil.Pesakitnya pada kali ini sungguh degil.

" Myako aku pergi dulu" Ujar Yuta bila sebelah lengannya sudah di tarik oleh jururawat tersebut keluar dari bilik Myako.

" Okey" Balas Myako sambil tersenyum nipis.

" Bagus! kurung je dia dalam bilik tu,tak pun ikat je dekat katil biar tak boleh kemana-mana." Laung Akira kepada Jururawat tersebut.Kata-katanya hanya di balas dengan senyuman oleh jururawat itu.

Manakala Yuta hanya memusingkan bebola matanya.

" Kau jangan nak rapat-rapat dengan dia" Akira memberi amaran sambil memandang tajam kearah Myako.

" Mana ada saya rapat dengan dia" Myako menidakkan sambil membaringkan tubuhnya di katil.

" Jadi jangan layan dia lagi lepas ni" Akira masih lagi memberi peringatan.

" Okey" Balas Myako sambil memejamkan matanya.

" Bagus!" Akira senyum.Puas hati mendengar jawapan Myako.

" Eh kau nak tidur ke? aku bawa makanan ni" Akira memandang Myako yang sedang berbaring.

" Saya tiada selera.." Jawab Myako lemah.Mata di pejam seketika.Akira mengeluh kecil.

" Makan la sikit,nanti jatuh sakit macam mana nak tengok dan jaga Roy " Pujuk Akira lembut.

Myako bangkit dari pembaringan.Betul juga apa yang Akira cakap.Kalau jatuh sakit macam mana dia ingin menjaga Roy.

" Pasal Uncle Richard tu kau jangan la fikirkan sangat " Akira membuka bekas makanan yang di bawanya.

Sushi!

" Makanlah" Akira menyuakan bekas tersebut di hadapan Myako.

" Apa yang perlu saya lakukan Akira?" Myako menyambut bekas tersebut tetapi di letak ke atas ribanya.

" Sudah lah, makan la dulu,nanti dah ada tenaga kita fikirkan caranya okey" Akira senyum segaris.Semoga Myako kembali kuat dan tidak lemah seperti sekarang.

Sushi di sumbat ke dalan mulut dan di kunyah perlahan.

Ermm sedap!

" Sedap tak?" soal Akira.

Myako membalas dengan anggukkan dan ibu jari di angkat naik ke atas.

" Wahh....nampaknya aku dah boleh jual sushi la lepas ni" Ujar Akira teruja.

" Awak yang buat ke? saya ingat awak beli" Myako seakan tidak percaya Akira yang pemalas dan manja itu boleh membuat sushi?

" Tengok orang la" Balasnya sambil menjungkit jungkitkan keningnya.

" Okey Saya percaya" Myako memandang Akira dengan mata di kecilkan.

" Cara kau pandang aku macam kau tak percaya.Tapi takpe,aku tak terasa hati" Ujarnya bersahaja.

Tergelak kecil Myako bila Akira berkata begitu.Hilang seketika masalah yang membelengunya itu.

Malam itu sekali lagi dia cuba menceroboh bilik Roy dan Megat.Kali ini dia terima pakai idea Akira supaya dia menyamar menjadi jururawat.Harap-harap pengawal tersebut tidak mengecam wajahnya.

" Maaf,masa untuk chek pesakit." Ujar Myako sedikit menunduk sambil lengkap berbaju seperti jururawat di hospital tersebut.

Pintu di buka memberi laluan kepada Myako masuk.

Fuhh lega! terlepas. Monolognya.

Katil Roy di hampiri lalu wajahnya di sentuh lembut.

" Roy saya datang. Saya harap kesihatan awak semakin membaik"

" Saya sentiasa ada di sisi awak" Sambung Myako lagi.Dan dia juga berharap saat Roy membuka matanya dia berada di sisi Roy.

" Akira..." Tiba-tiba satu suara menyebut nama Akira.Pantas Myako menoleh ke katil sebelah.

" Megat Awak sudah sedar?" Wajah Myako mula bersinar lalu menghampiri Megat bila lelaki itu sudah menyedarkan dirinya.Senyuman mula terukir di bibirnya.

" Akira..." Sekali lagi nama Akira di sebut oleh Megat Airiel tetapi malangnya Akira tiada di situ dan hanya Myako seorang saja yang ada.Teman-teman yang lain sudah balik ke rumah Kaca Roy untuk beristirehat.

Tiba-tiba dada Megat Airiel berombak kuat.Serta merta senyuman Myako hilang.

" Megat Kenapa ni?" Myako panik.Pantas button kecemasan di tekan supaya doktor segera datang.

Tak sampai satu minit muncul doktor dan beberapa jururawat di bilik tersebut.

" Kenapa ni?" Soal Doktor lalu terus menghampiri Megat Airiel.Melihat keadaan sedikit kelam kabut Myako segera melangkah keluar dari bilik tersebut takut penyamarannya terbongkar.

Dia menyandar di dinding biliknya.Dadanya berdegup pantas.Takut melihat keadaan Megat sebentar tadi. Jika sesuatu yang buruk terjadi ke atas diri Megat dia tidak akan memaafkan dirinya.

Tiba-tiba bahunya di sentuh perlahan.Terenjat bahunya kerana terlampau terkejut kerana fikirannya melayang jauh teringat kejadian sebentar tadi.

" Kau kenapa? dah jumpa Roy belum?" Soal Akira pelik melihat Myako bersandar di dinding dengan wajah pucat.Sudah lah baju jururawat masih tersarung di tubuhnya.Niatnya kembali ke hospital kerana ingin menemami Myako pada malam ini.

" Akira tadi Megat sebut nama awak" Myako terus mengoncang tangan Akira.

" Megat dah sedar?" Wajah Akira mula bersinar.

" Sudah...tapi..." Myako tidak menghabiskan ayatnya.

" Tapi apa?" Akira sedikit cemas melihat wajah Myako berkerut seribu.

" Tiba-tiba dada dia berombak kuat.Saya tekan button kecemasan tu lepas doktor datang saya terus keluar.Awak pergi tengok dia bagi pihak saya boleh?" Ujar Myako cemas.Tanpa berlengah Akira terus berlari keluar menuju ke wad Roy dan Megat Airiel.

Benar kata Myako keadaan di bilik tersebut sudah di penuhi dengan Doktor dan jururawat . Akira di halang untuk masuk buat sementara waktu.

Tidak lama kemudian doktor yang merawat keluar.Pantas Akira menerpa.

" Macam mana dengan keadaan pesakit doktor?" Soal Akira ingin tahu .

" Awak siapa?" Soal Doktor tersebut.

" Saya Akira kawan Megat Airiel" Jawab Akira pantas.Jelas wajahnya tidak sabar ingin mengetahui perkembangan Megat Saat ini.Dia risau.

" Pesakit bernama Megat Airiel sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil.Cik tidak perlu risau.Cuma sekarang tidak di benarkan melawat kerana pesakit perlukan rehat yang secukupnya."
Terang doktor tersebut.

" Terima kasih doktor." Akira senyum kelegaan.Selepas doktor tersebut beredar Akira curi pandang di cermin pintu melihat sosok tubuh Megat Airiel yang matanya sudah terpejam lena.

" Pergi!" Halau si Pengawal pintu tersebut sedikit kasar.

" Eleh! aku tengok Megat lah.Sebuk je" Ngomel Akira sambil menjeling dua pengawal yang di upah oleh Richard lalu terus beredar.

Mendengar bicara Akira yang Megat sudah stabil membuatkan Myako tersenyum lega.Esok dia akan melawat Megat dan Roy lagi.Dan dia juga berharap Roy segera tersedar dari komanya.

" Dah tidur, esok kita tengok dia orang lagi." ujar Akira yang sudah berbaring di atas sofa.

" Okey,good night" Balas Myako dengan senyuman di bibir.Malam itu tidurnya sedikit nyaman bila mengetahui Megat Airiel sudah sedar dari koma dan semakin pulih.

Pagi itu Myako tersenyum senang bila di beritahu oleh jururawat yang dia sudah boleh pulang ke rumah seperti biasa.Tangan yang sedang sebuk mengemas barang ke dalam bag tergendala bila tiba-tiba di terpa oleh Akira dengan riak cemas.

" Roy...Roy...." Tercunggap-cunggap nafasnya menutur kata.Niatnya ingin bertemu Megat Airiel juga musnah begitu saja.

" Kenapa dengan Roy? dia sudah sedar?" Mata Myako mula bersinar.

Akira mengeleng kepala.Membuatkan sinaran mata Myako kembali memudar.

" Apa maksud awak Akira?" Soal Myako cemas.

Pantas tangan Myako di tarik.Akira tiada masa untuk menerangkan apa yang terjadi.Dia kena pantas.Kelam kabut Myako mengikut langkah Akira.

Larian yang sedikit laju dan tergesa-gesa semakin perlahan bila bilik Roy semakin di hampiri.Kelihatan Sosok Rafael, Kevin dan Vivian yang sedang berdiri di luar bilik Roy memandangnya dengan pandangan mata yang sayu.Myako sedikit terganggu melihat wajah mereka sebegitu.

Pegangan tangan Akira terlepas.Akira di sisinya juga seakan hilang kata-kata bila melihat wajah Rafael,Kevin dan Vivian itu.Myako melangkah longlai menuju kearah pintu wad Roy.

Apa yang terjadi pada Roy?

Kenapa wajah mereka kelihatan sayu memandang dirinya?Perlahan-lahan Myako menolak pintu bilik Roy.Terus tersentap dadanya bila melihat ke dalam bilik tersebut.Tubuhnya terasa longlai ingin jatuh ke lantai tetapi di gagahkan jua berdiri.

Kosong!

Pantas dia berpusing mendekati Rafael.

" Raf! Di mana Roy dan Megat Airiel?" Soal Myako dengan wajah cemas yang jelas ketara sekali.

" Roy dan Megat akan sambung rawatannya di Malaysia." Jawab Rafael serba salah.Dia tahu akan hal ini tetapi dia terpaksa tutup mulut kerana Richard Jazlee tidak mahu Myako mengetahui tentang perkara itu.

Myako terpempam.Akira pula sudah menekup mulutnya kerana terlampau terkejut.Tidak sangka Richard akan bertindak sejauh ini untuk menjauhkan Roy dari Myako.

" Di mana dia sekarang. Saya akan ikut dia" Ujar Myako segera ingin melangkah pergi mengejar jejak Roy. Pasti mereka belum jauh lagi.Tetapi langkahnya terhenti bila lengannya di tahan oleh Rafael.

" Ini bukan masanya Myako" Tegah Rafael.

" Apa maksud awak?" Myako tersentak bila Rafael menegahnya.

" Richard Jazlee tak semudah yang kita sangkakan." Datar saja bicara Rafael.Myako yang mendengar sudah terngadah.

" Jadi? kau nak biar uncle Richard pisahkan Roy dari Myako macam tu je ke?" Bentak Akira geram melihat wajah Rafael yang tidak beriak itu.Manakala jantung Myako bagai di rentap kuat bila Akira menuturkan ayat itu.

Aku Roy di pisahkan?

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience