Bab 6

Romance Completed 1278903

Apabila memalingkan badannya ke arah laluan keluar dari tempat persemadian orang tuanya, Lisa ternampak Ali Khan, ayah kepada Haiqal. Dengan sekali pandang, dia sudah dapat mengecam Pak Ali yang sangat rapat dengan keluarga. Mama kepada Haiqal iaitu Makcik Aishah adalah bff ibu Lisa. Mereka selalu berdua kemana sahaja. Walaupun bidang kerja mereka tidak sama, Ibu Lisa sebagai guru, manakala mama Haiqal mengusahakan resort di tepi pantai, mereka banyak berkongsi cerita suka dan duka mereka.
Lisa masih ingat bagaimana mereka ketawa bersama, bagaimana mereka berkongsi cerita mereka. Lisa juga masih ingat bagaimana Mak Cik Aishah jatuh pengsan semasa mengetahui kematian ibu Lisa. Makcik Aishah terpaksa di papah ke kuburan kerana terkejut dengan berita tersebut. Lisa juga masih ingat bagaimana Mak Cik Aishah selalu menjaganya ketika Lisa masih berduka, ketika Lisa berseorangan kerana Abang balik ke Johor untuk sambung belajar.
Lisa juga masih ingat pelawaan Mak Cik Aishah untuk tinggal bersamanya selepas kematian ibu Lisa. Lisa menolak lembut kerana Mak Cik Aishah punya anak lelaki dan tidak mungkin Lisa berkongsi rumah yang sama dengan orang yang bukan muhrim.
Mak Cik Aishah juga tidak setuju Lisa berkerja di rumah agam itu. Mak Cik Aishah mengajak Lisa untuk menolong beliau di resort sementara result spm belum keluar, tapi Lisa bertegas untuk tidak terikat dengan Mak Cik Aishah, kerana Lisa bimbang terlalu banyak budi nanti, menjadi kesulitan untuk membalas balik.
Tetapi sekiranya larangan Mak Cik Aishah itu di ikut Lisa, peristiwa sedih itu tidak akan terjadi. Tidak akan terjadi.
Kelihatan Pak Ali berlari ke arah Lisa terus memeluk Lisa. Kasih sayang Pak Ali itu memamg tiada batas, walaupun sepatutnya mereka ada mahram. Kedengaran esakan Pak Ali di telinganya. Lisa sebak, air mata Lisa mencurah.
“Maafkan Pak Ali sebab peluk Lisa. Pak Ali dah lama cari Lisa. Lama sangat dah. 5 tahun Pak Ali cari Lisa. Kamu pergi mana nak?” Suara Pak Ali tersekat sekat seraya melepaskan pelukannya. Lisa mengesat air matanya.
“Bagi Pak Ali check kamu, dah lama kamu tinggalkan Pak Ali, apa Pak Ali nak jawab dengan ayah kamu?”, tangan Pak Ali menyentuh muka Lisa, memegang tangan Lisa, menepuk bahu Lisa. Lisa menangis lagi, hilang kata katanya
“Besar dah kamu, tinggi dah, dulu masa kamu tingkatan 5, Pak Ali ingat lagi, kamu tidak tinggi begini. Kamu cantik warisi ayah kamu. Alhamdulilah kamu sihat, kamu sempurna pada mata Pak Ali. Mana kamu pergi?”, Lisa mengakui itu soalan yang wajib di jawab. Lisa menangis lagi. Air mata Lisa tidak malu untuk keluar. Esakan Lisa kedengan sangat sayu. Rasa bersalah menguasai diri.
“Lisa minta maaf dengan Pak Ali sebab Lisa menghilang dengan tiba tiba. Lisa ikut abang Lisa ke Johor, tinggal dengan abang. Ikutkan selepas ibu dengan ayah pergi, Lisa kena ikut abang kan? Tapi Lisa tak nak sebab Lisa nak habiskan sekolah kat sini. Lisa tiada niat nak kecewakan Pak Ali dengan Mak Cik Aishah. Lisa minta maaf lagi sekali”, Lisa menjawab perlahan. Lisa harus tahu bagaimana untuk memberi ruang kepada hatinya untuk bernafas.
Melihat drama air mata itu, Haiqal mencelah, Haiqal bimbang ayahnya terlupa untuk mengajak Lisa ke rumahnya.
“Lisa nak balik Johor bila? Boleh singgah rumah abang sekejap tak jumpa mama abang?” ajakan itu juga meruntun jiwa Lisa. Lisa memandang ke mata Haiqal. Mata Haiqal penuh berharap agar Lisa bersetuju dengan ajakannya.
“Isnin nanti Lisa kena daftar kerja kat KL. Esok Lisa kena kemas masuk rumah juga kat KL, sebab Lisa pindah ke KL dari Johor. Abang izinkan Lisa kerja kat KL, lepas tu abang belikan rumah kat Lisa untuk tinggal, dekat dengan office Lisa. Insyallah, boleh jumpa mama abang, tapi kena balik hari ni jugak ke KL. Lisa perlu masa nak survey tempat kerja dulu, kot first day nanti sesat pulak”, terang Lisa panjang lebar. Lisa dah siap plan semua jadualnya sebelum hari pertama kerja.
Lisa juga berkira kira untuk singgah di rumah agam tu sekejap, untuk memberi ruang kepada hatinya sendiri, supaya kenangan pedih itu boleh lepas pergi. Dia berharap sangat peristiwa itu dapat memberi cerita baru untuk masa depan dia. Dia faham dia tidak mungkin boleh menukar cerita, tapi dia benar benar berharap Allah memberi ruang untuk dia bahagia. Dia harus menoktahkan cerita itu di tempat asalnya.
“kalau gitu, abang call mama abang balik dari resort ya, Lisa ikut abang balik”, kelihatan Haiqal mengambil telepon dari poketnya untuk menghubungi mamanya.
“Ayah, jom lah kita balik dulu, tinggal lah peralatan kat sini, petang nanti kita datang balik”, Haiqal menyapa ayahnya yang kelihatan masih sebak. Ayahnya memandang Lisa tanpa berkelip.
“Abang dengan Pak Ali gerak dulu lah, Lisa ada tempat nak singgah sekejap. Kasi masa kat Lisa dalam 3 jam, Insyallah habis urusan Lisa, Lisa terus ke rumah abang ya…”, Lisa meminta izin sekaligus memberitahu mereka. Lisa harus bijak menyusun perjalanannya.
“ok Lisa, Pak Ali balik dulu, Lisa datang nanti, Pak Ali minta mak cik kamu masak asam pedas yang kamu suka tu, jangan tak datang pulak”, Pak Ali menepuk bahu Lisa lembut.
“Lisa nak abang teman ke?” Haiqal menawarkan diri, risau pulak dia sebab sudah lama Lisa tidak balik ke sini. Lisa senyum memandang Haiqal, sifat melindungi memang selalu melekat pada dirinya. Lisa senyum lagi
“Tak apa abang, Lisa boleh sendiri, Insyallah nanti kita jumpa kat rumah abang ya, abang jangan risau”, tutur Lisa seraya menundukkan sedikit bahunya.
Mereka berpisah sementara di situ. Lisa mengatur langkah ke rumah agam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience