ELBIENA yang terdorong jauh itu hanya mengetap bibirnya dan merenung anak mata lelaki itu sebelum tangannya menyentuh lembut dada bidang yang terdedah itu.
"elbiena! Stop it!kau keluar sekarang..kau jangan sampai aku heret kau bawa keluar"
Arfaaz mula berdengus geram dan menepis kasar tangan elbiena dari menyentuh tubuhnya.
"Taknak! I taknak keluar sampai you layan i..az i ni isteri you tau, and i berhak dapatkan hak i sebagai isteri you..apa you ingat i ni isteri hiasan you ke ha? You boleh simpan tapi you tak sentuh pun"
Balasnya melepaskan semua kekesalannya yang ditahannya dari dulu.
"Apa kau merepek ni..dah keluar! aku penat aku nak tidur"
Katanya dan mula mendorong perempuan itu untuk keluar dari biliknya..tak ada masa dia mahu melayan drama perempuan itu.
Elbiena tidak mempedulikan dengan tiba tiba elbiena menerkamnya dan menolak tubuhnya menuju ke atas katil dan keduanya jatuh terbaring sebelum elbiena menindih tubuh lelaki itu dan mula membuka butang bajunya menampakkan buah dada milik perempuan itu.
Sedangkan arfaaz hanya terkejut dengan tindakan diluar kawalan perempuan itu sebelum arfaaz menolak tubuhnya jatuh kebawah katil.
"Arghh!"
elbiena mula meringis kesakitan sedari arfaaz menolak nya hingga jatuh kebawah katil membuatkan pinggulnya terhentak ke lantai
sedangkan arfaaz terus bangun dari Perbaringan nya dan terus berdiri dihadapannya.
"Dah kau keluar sekarang! Kau jangan sampai aku hilang sabar memang habis kau aku kerjakan.."
elbiena hanya menundukkan wajahnya dengan air matanya yang mula bertakung ingin saja mengeluarkan air matanya dihadapan lelaki itu.
"Kau memang perempuan murahkan? Apa kau ingat aku bernafsu ke tengok muka kau! eh kau dengar sini eh..jangan kan nak sentuh kau..nak tengok kau macam ni pun aku dah muak!"
Herdiknya menghina perempuan itu..seluruh wajah nya sudah merah padam menahan amarahnya.
Sedangkan elbiena hanya menundukkan wajahnya dengan air mata jatuh perlahan lahan membasahi pipinya.
"sekali lagi kau buat perangai macam ni kau akan tahu apa nasib kau..dah! Get out in my room!"
Tengkingnya lagi hingga buatkan bahu elbiena sedikit terangkat dan terus berdiri dari situ sebelum berlari keluar bilik dengan tergesa gesa sambil menangis teresak esak.
Sedangkan arfaaz hanya memandang kepergian perempuan itu sebelum pintu biliknya dihempas kuat..dia paling tidak suka sesiapa memasuki biliknya tanpa izin apatah lagi menyentuh barang miliknya.
jeda-
Sampai saja didepan pintu biliknya elbiena mula memasuki sebelum pintu Dihempas nya dan berlari menaiki katil nya habis segala bantal yang tersusun rapi disitu di buangnya kebawah dan mula menarik narik cadar dikoyaknya
"Arghhh!!..aku benci kau az! hiks..hiks"
Tangis nya mula pecah dan elbiena hanya menangis teresak esak disitu sambil memeluk tubuh nya
Hatinya bagaikan ditusuk tusuk dengan perkataan lelaki itu..entah kenapa arfaaz tidak pernah menerima nya dan selalu memandang hina padanya..sudah segala cara dia cuba untuk mendekati lelaki itu tapi selalu gagal
"I takkan putus asa az.. I akan pastikan you jadi milik i sepenuh nya"
Katanya sendiri sambil tergelak kecil membayangkan lelaki pujaannya itu..walaupun perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta elbiena sudah cukup bahagia dapat jadikan lelaki itu sebagai suaminya..dan takkan sesiapa yang boleh merampasnya.
* * *
Keesokan paginya Kayla sudah dikejutkan dari tidurnya dengan menarik rambut gadis itu menyuruhnya untuk bangun.
"Woi budak! Kau bangun sekarang!"
Kejutnya sambil menarik narik rambut gadis itu sebelum Kayla terpisat pisat bangun membuka matanya mendongak memandang kearah lelaki itu
"Nah makan!"
Alex terus melemparkan satu bungkus roti dan susu kotak pada gadis itu sebelum berlalu duduk di kerusi yang tidak jauh dengan nya.
Sedangkan Kayla hanya memandang kearah lelaki itu sebelum mengambil roti dan susu kotak itu dengan tangan nya tapi malah menyukarkan kerana tangan nya yang diikat
Sedangkan alex yang baru sahaja ingin mengeluarkan telefon nya mula memandang sekilas kearah Kayla yang seperti kesusahan dalam meraih roti itu sebelum lelaki itu berdiri dari duduk nya dan kembali semula mendekati nya.
"Haih kau ni memang nak susah kan aku je kan.."
Rungutnya sambil berdengus perlahan pada gadis itu sebelum melepaskan ikatan nya dan kembali duduk di kerusi meninggalkan gadis itu.
Sedangkan Kayla hanya diamkan diri tundukkan wajah nya memakan roti secara perlahan tanpa. Memandang akan lelaki itu
Dalam mengunyah roti air mata Kayla mula berkaca teringat akan ayahnya yang sudah pasti merisaukan kehilangan nya
"Papa.tolong kayla hiks.." Getus hatinya dengan air matanya jatuh perlahan membasahi pipinya
Alex yang terganggu dengan esakan gadis itu mula menoleh kearah nya sebelum lelaki itu kembali berdiri mendekati nya.
"eh! Kau asal nangis ah!"
Bentaknya sedari gadis itu menangis teresak esak membuatkan nya terganggu.
Kayla tidak mengendahkan amarah lelaki itu malahan tangisan nya bertambah kuat membuatkan alex sudah serabut mendengar kan nya.
"Woi! Hadoi budak ni makin kuat pulak dia nangis!"
Bebelnya sendiri sudah mula hilang sabar dengan gadis itu sebelum nafasnya ditarik dalam dalam dan melepaskan keluhan.
"Baik kau diam sebelum roti ni aku sumbat dalam mulut kau semua!"
Ugutnya lagi sedari gadis itu masih tidak berhenti menangis disitu membuat kan nya mengaru kepalanya berulang kali.
"Ka..kayla nak balik...kayla rindu ayah..kenapa abang culik kayla hiks.."
Tuturnya perlahan dengan bibirnya yang mengigil diikuti esakan kecil takut akan tengkingan lelaki itu
"eh! Susah sangat ke kau nak faham ha! Kau ingat aku ada masa nak layan kau ke? dah cepat habiskan roti tu!"
Balasnya sedikit geram sebelum roti ditangan gadis itu dirampasnya dan disumbatkan kesemua nya kedalam mulut gadis itu
"Nah! Buka mulut kau! Biar aku ajar macam mana nak makan!"
sedangkan kayla sudah tidak boleh mendapatkan pernafasan sedari lelaki itu membuka mulutnya secara paksa dan memasukkan roti itu kedalam mulutnya semua membuat kan gadis itu tersedak roti yang penuh di dalam mulutnya
Kayla sedaya upaya meronta-ronta menolak tangan lelaki itu dari memaksakan makanan masuk ke mulutnya dengan air matanya yang sudah jatuh membasahi pipinya dan wajah nya yang sudah memerah
"Alex! apa kau buat ha!"
Pekik Marvel yang berdiri tidak jauh dari situ pada orang suruhan nya itu sedari melihat kelakuannya pada gadis itu.
Sedangkan alex mula tersentak sedari mendengar suara meneriakkan nya membuat kan nya memberhentikan kelakuannya pada gadis itu.
"Tu...tuan bila tuan sampai?"
Terkejut nya dan melepaskan tangan nya dari mencekup wajah gadis itu sebelum alex menundukkan wajah takut akan tatapan tajam dari lelaki itu.
Sedangkan kayla sudah terbatuk batuk dengan wajahnya yang sudah merah mata berair dan kembali memuntahkan roti yang disumbat lelaki itu.
Sedangkan alex dengan paniknya memberikan air kosong itu pada kayla yang sudah seperti kesesakan nafas.
"Kenapa? Kalau aku tak datang tadi senang lah kau buat macam tu kat budak tu? Aku suruh kau jaga dia bukan bunuh dia lah sial!"
Herdiknya geram dan menahan amarahnya pada lelaki itu..
"Ma..maafkan saya bos.."
Ucapnya sedikit takut sedari kelakuannya diketahui dan hanya menunduk tidak berani menghadap lelaki itu.
"Kalau sampai rancangan aku gagal..aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau.. Ingat tu! dah cepat buka tali dia!"
Alex dengan pantas mengangguk sebelum kelam kabut ingin membuka ikatan tali gadis itu dan diberikan pada lelaki itu.
"Le..lepaskan sa..saya hiks"
Rayu kayla tidak berhenti meronta-ronta dalam pelukkan lelaki itu.
"Shh!..dah jangan nangis lagi..nanti saya akan bawa awak jumpa dengan ayah awak okey.."
Ujarnya cuba untuk menenangkan gadis itu yang dari tadi hanya memberontak meminta untuk dilepaskan.
Sedangkan kayla hanya diamkan diri didalam pelukkan lelaki itu..dia tahu apa yang dikatakan lelaki itu tapi dia cuba untuk tetap bertenang untuk tidak membuat kekecohan
"Ah kan cantik kalau diam macam ni.."
Pujinya sempat Marvel menyentuh sekilas wajah gadis itu sebelum kayla menjauhkan wajahnya.
"Dah! Aku nak kau jaga dia..aku nak call ayah dia untuk datang ambik dia..ingat sekali lagi aku nampak kau cuba untuk sentuh dia..tangan kau tu aku akan patahkan"
Arahnya pada lelaki itu sempat Marvel memberikan nya amaran takut kejadian tadi akan berulang dan alex akan menyakiti kayla.
Alex hanya mengangguk faham sebelum melihat kepergian lelaki itu dari situ seperti ingin menghubungi seseorang dalam talian
Sedangkan kayla hanya memandang dari jauh lelaki itu berbual dengan orang dalam talian seraya tergelak besar..tak mungkin lelaki itu baik padanya sudah pasti dia cuba untuk memerangkap ayahnya dengan menggunakan dirinya sebagai pancingan.
* * *
Sedangkan harith yang baru saja mendapatkan panggilan dari Marvel mengenai kehilangan anaknya sudah tidak senang duduk dan mula meraup kasar mukanya diikuti dengan jeritan kecil darinya.
"Arghh! Sial kau marvel! "
Amarahnya sambil menumbuk meja dihadapan nya berkali kali dia begitu takut anaknya akan menghadapi nasib yang sama seperti isteri nya..dia tidak sanggup lagi merasakan kehilangan berulang kali.
"Tuan har..bawa bertenang tuan..tuan kena banyakkan bersabar demi anak tuan..ingat tuan jangan bertindak mengikut emosi tuan"
Ujar ahmad yang melihat lelaki itu sudah tidak tentu arah..dan cuba sedaya upaya untuk menenangkan hati nya.
"Mad!..anak aku sekarang ada ditangan musuh...macam mana aku boleh tenang kalau sekarang nyawa anak aku dalam bahaya mad!"
Ucapnya sedikit takut dengan matanya yang sudah merah menahan tangis.
"Ma..maafkan aku tuan..ini semua sebab aku.."
Tuturnya perlahan sambil berlutut di hadapan lelaki itu..dia tahu semua yang terjadi berpunca darinya..kalau saja dia tidak cuai dari menjaga gadis itu sudah pasti semuanya tidak akan jadi seperti itu.
sedangkan harith air matanya yang tadinya ditahan mula jatuh beguguran dihadapan ahmad orang suruhannya itu..dia tidak salahkan sesiapa..dia tahu apa yang terjadi sekarang semua berpunca darinya.
"Dah mad..kau tak perlu minta maaf..ini semua bukan salah kau..aku tahu Marvel memang dah rancang semua ni dari dulu"
Katanya sedikit sebak dengan air matanya dari tadi turun berguguran membasahi wajah bercampur peluh dengan suara nya yang sudah bertukar serak akibat terlalu banyak menangis
"Aku kena pergi sekarang untuk dapatkan anak aku balik."
Ucapnya lagi pada lelaki itu bila dimana Marvel sudah memberitahu nya dimana tempat anaknya disembunyikan.
Sedangkan ahmad mula terkejut dengan tindakan lelaki itu..mana mungkin harith akan pergi sendirian menghadapi Marvel sendiri sudah pasti Marvel sudah merancangkan sesuatu untuk menjebak lelaki itu.
"Tuan..lebih baik tuan jangan terlalu terburu buru..ye kita tahu ini semua demi keselamatan cik kayla..tapi tuan tahu kan macam mana licik nya Marvel"
Ujar ahmad cuba untuk menghalang lelaki itu dari pergi menjumpai Marvel sendiri.
"Aku dah tak ada cara lain mad..aku takut nanti aku takkan jumpa anak aku lagi..sebab mereka akan bawa anak aku pergi jauh dari sini"
Balasnya pada lelaki itu..siapa saja tidak takut akan kehilangan anak mereka..
"Kenapa semua ni jadi dekat aku mad! Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang pergi tinggal kan aku, aku dah cukup tersiksa kehilangan isteri aku ..sekarang ni aku taknak hilang anak aku!"
Ucapnya dengan tangisan nya yang sudah pecah membuat air mata jantannya sudah keluar dihadapan lelaki itu.
Sedangkan ahmad yang duduk dihadapan lelaki itu turut bersedih mendengar apa yang diluahkan lelaki itu
"Tu..tuan jangan macam ni tuan..tuan kena kuat..kayla masih perlukan tuan untuk melindungi dia..kesian dekat kayla nanti kalau jadi apa apa dekat tuan"
Ujar ahmad sambil berdiri mengusap belakang tubuh lelaki itu untuk menenangkan nya dari berhenti menangis
Sedangkan harith terus mengesat air matanya dari keluar sebelum lelaki itu berdiri dari duduk nya dan berlalu dari situ meninggalkan ahmad yang masih terpinga-pinga memandang kepergian nya.
* * *
"Morning you..jom breakfast sekali"
Ujarnya sedari melihat lelaki itu baru keluar dari dalam lif
Sedangkan arfaaz hanya berlalu tidak mengendahkan perempuan itu dan terus menuju kearah kedua bodyguard nya yang sudah berdiri tidak jauh menunggu nya.
"Selamat pagi tuan."
Sapa kedua lelaki itu sambil menunduk
"Arxie..aku nak kau gantikan katil dengan yang baru and buang yang lama..aku tak boleh nak tidur adanya aroma orang lain disitu"
Arahnya pada lelaki itu..sedangkan arxie hanya mengerutkan keningnya pelik dengan arahan lelaki itu..dah kenapa pulak kena tukar?
"Baik tuan.."
Sedangkan elbiena hanya berdiri disitu dengan senyuman pahitnya.. Dia tahu lelaki itu sengaja mahu memerlinya atas kejadian malam tadi.
"Satu lagi..aku nak kau tanya hailex pasal maklumat yang aku suruh dia cari..aku perlukan secepat mungkin.."
Arxie hanya mengangguk-angguk sebelum arfaaz dan Darwish berlalu pergi dari situ meninggal kan mereka.
"You kejap!"
Panggil elbiena sedari arfaaz pergi dari situ tanpa menghiraukan nya.
Sedangkan arfaaz mula menoleh semula ke belakang memandang serius kearah elbiena yang berdiri tidak jauh dari situ sebelum dia berjalan menghampiri nya
Sedangkan arfaaz hanya mengangkat kening nya meminta perempuan itu untuk meneruskan katanya.
elbiena hanya diamkan diri memandang lelaki itu menatap dingin padanya sebelum dia mengalihkan pandangan nya pada Darwish yang berdiri di sebelah lelaki itu meminta nya untuk pergi dari situ dahulu
Darwish yang faham dengan arahan lelaki itu terus meminta diri untuk pergi dari situ terlebih dahulu.
"I nak minta maaf pasal semalam"
Tuturnya perlahan sambil menundukkan pandangan nya sedari Darwish sudah tiada disitu.
"I tak tahu kenapa i tak boleh nak kawal diri i masa tu..and i hope you understand what i mean.."
Katanya lagi dengan matanya yang sudah berkaca meminta simpati dari lelaki itu.
"Dah habis dah?ke ada banyak lagi drama lagi kau nak tunjukkan dekat aku? "
Balasnya dingin pada perempuan itu..ingatkan penting sangat apa yang cuba dikatakan nya.
"Kau dengar sini eh..aku tak pernah suka dengan perempuan murah macam kau!..aku kahwin dengan kau bukan sebab kemahuan aku..tapi sebab perjanjian bodoh keluarga kau!"
Bentaknya lagi dan menatap tajam akan perempuan itu sebelum arfaaz berlalu dari situ meninggalkan nya .
"Tapi i cintakan you! I dah lama sukakan you arfaaz! Kenapa you tak pernah nampak semua tu! Apa yang kurang Dekat i sampai you tak boleh nak terima i sebagai isteri you!"
Pekiknya pada lelaki itu yang sudah pergi dari situ..dengan air matanya yang sudah jatuh berguguran disitu.
sedangkan arfaaz terus melangkah pergi dari situ tanpa mengendahkan nya sebelum arfaaz berjalan menghampiri kereta dan terus meluncur laju meninggalkan tempat itu.
jeda-
[AZ HOLDINGS COMPANY]
Arfaaz yang membelek-belek fail mula terhenti sedari mendengar bunyi ketukan dari arxie.
"Masuk!"
Arxie yang mendengar mula membuka pintu dan memasuki ruangan lelaki itu.
"Maaf ganggu tuan..ni hailex suruh saya bagi dekat tuan"
Arxie terus memberi telefon miliknya pada lelaki itu sebelum arfaaz mengambil nya
"You can go"
Arahnya pada lelaki itu sebelum arxie meminta diri untuk pergi dari situ.
"Ye hailex?kau dah dapatkan maklumat tu?"
Tanyanya pada hailex di dalam talian..dia tahu pasti lelaki itu sudah mendapat apa yang diarahkan nya.
"Dah tuan..tapi kita ada masalah sikit..sekarang ni Marvel dah bertindak terlebih dahulu..dan sekarang anak harith berada dalam tahanan mereka..dan saya baru saja dapatkan panggilan dari ahmad yang harith dah pergi untuk dapatkan anaknya sendiri"
Ujarnya panjang lebar menceritakan satu persatu rancangan jahat yang dirancang musuh..
"Sekarang ni kita dah tak ada masa..harith perlukan bantuan dari kita.."
Katanya lagi mula tidak sedap hati..siapa saja tidak tahu dengan kelicikan lelaki itu.
"Arahkan orang orang kita untuk pergi tempat tu! dah sekarang ni kau ikut aku dengan arxie pergi tempat itu.. Untuk tolong harith"
Arahnya sebelum panggilan dimatikan dan dengan pantas arfaaz berlalu keluar dari situ dengan tergesa-gesa takut akan terjadi apa apa pada sahabatnya itu.
"Arxie ikut aku!"
Arxie hanya mengangguk dan dengan pantas mengejar langkah lelaki itu.
sedangkan Darwish sudah ditugaskan untuk mengalihkan perhatian musuh dari jauh dan tidak ikut menyertai mereka.
* * *
Marvel yang baru sahaja menyalahkan api pada rokoknya mula terhenti sedari mendengar jeritan dari luar.
"Bos harith dah datang"
Beritahu zack pada lelaki itu sedari melihat kedatangan harith di tempat mereka.
"dah kau suruh je orang kita ready"
Arahnya sebelum berdiri dari duduk nya dan keluar ingin menjumpai harith diluar...sedangkan zack hanya mengangguk sebelum berlalu dari situ mengarahkan yang lainnya.
sedangkan harith yang baru tiba disitu mula mengelegak menahan amarahnya pada Marvel yang baru keluar mendekati nya.
"Sampai pun kau...ingatkan dah tersesat di tengah jalan"
Ujarnya sambil menyedut rokoknya dihadapan lelaki itu
"Aku nak anak aku! Cepat lepaskan dia marvel!"
Ujarnya dengan nada serius tidak mahu berbasa basi dengan lelaki itu.
"Anak kau? Hahaa..dia dah takde.."
Ujarnya selamba hingga buatkan harith mengerutkan dahi tidam faham dengan apa yang dikatakan lelaki itu.
"Apa maksud kau anak aku dah takde ha!"
Tanyanya sudah mula naik darah akan lelaki itu..
"Kau pekak ke? Aku kata anak kau dah takde..aku dah suruh orang aku bawa dia pergi jauh dari sini."
"kau dah lupa ke apa yang aku cakap dekat kau? Kalau kau lambat dapatkan anak kau.. Aku akan bawa dia pergi jauh dari sini"
Katanya lagi sambil tersenyum sinis pada lelaki itu..kayla sudah pun dibawa pergi oleh alex jauh dari tempat ini atas arahan nya.
"Apa maksud kau ha sial! Kau dah culik anak aku sekarang kau nak bawa anak aku pergi mana! Lepaskan dia lah setan..kalau kau ada masalah dengan aku jangan libatkan keluarga aku!"
Amarahnya sambil mencengkam baju lelaki itu dengan dengan matanya yang sudah berair sebelum tubuhnya ditolak jatuh ke tanah.
sedangkan Marvel hanya diamkan diri tersenyum sinis membiarkan lelaki itu membelasahinya.
"Aku tanya sekali lagi..mana kau bawa pergi anak aku!"
Tengking nya sambil menumbuk muka lelaki itu berulang-ulang kali.
Sedangkan Marvel hanya tergelak besar membiarkan lelaki itu melepaskan amarahnya..sudah terlambat untuk dia dapatkan balik anaknya.
"Kau tak perlu risau bro...aku takkan bunuh pun anak kau macam mana aku bunuh isteri kau..dulu hahaha"
Katanya sambil tergelak besar memandang kearah lelaki itu..sebelum Marvel menolak tubuh lelaki dari membelasahinya"
Sedangkan harith sudah jatuh tersungkur disitu sebelum dengan pantas harith mengeluarkan senjatanya ingin melepaskan tembakan pada lelaki itu
Belum sempat harith ingin melepaskan tembakan satu pukulan dari belakang kepalanya membuat kan lelaki itu terbaring lemah disitu.
Sedangkan Marvel hanya tersenyum sinis disitu sebelum mengarahkan beberapa orang suruhan nya mengikati lelaki itu
"Le..lepaskan an..anak aku ma..marvel"
Ucapnya lemah sebelum pandangan nya mula gelap dan jatuh pengsan disitu.
* * *
sedangkan kayla perlahan lahan membuka matanya tersedar dari tidur nya kerna pengaruh ubat tidur yang diberikan oleh mereka sebelum gadis itu memandang luar tingkap kereta yang berhenti ditengah jalan itu.
"Mereka nak bawa aku pergi mana?"
Getus hatinya mula risau sedari dia dibawa pergi dari tempat itu..sebelum kayla kembali menutupi matanya sedari alex kembali memasuki kereta.
Alex yang melihat sekilas kearah gadis itu masih tidur tidak sedarkan diri itu mula mengambil telefon nya dan kembali keluar ingin menghubungi Marvel
Sedangkan kayla kembali membuka matanya dan terus melepaskan tali yang mengikati kaki dan tangan nya...tanpa putus asa kayla cuba menarik narik tangannya yang sudah lebam itu..
Sedangkan alex terus mendail nombor Marvel untuk menghubungi lelaki itu.
"Hello bos."
"Ha apa? Asal kau call aku?" jawab Marvel dalam talian.
"Kereta Tengan rosak ni ha..aku dah start banyak kali tapi tak hidup..sekarang ni kami masih tidak jauh dari gudang.. Saya perlu kan bantuan bos"
Beritahu nya sebelum tiba tiba Marvel di dalam talian menengking nya.
"Dari tadi kau gerak kau masih ada dekat sini! Tak sekarang ni kereta dah lama rosak kenapa kau baru call aku ha!"
Amarahnya tidak puas hati..macam mana nanti kalau harith dapat tahu anaknya masih ada di kawasan itu.
"Saya dah cuba hubungi bos..tapi signal dekat sini tak ada bos"
Jelasnya pada lelaki itu..sudah lama dia menunggu disitu mencari signal untuk memberitahu nya.
"Dah sekarang ni budak tu mana?"
Tanyanya.. Takut ubat tidur itu tidak lagi berpengaruh pada gadis itu.
"Budak tu masih tidur bos.."
"Dah sekarang ni aku nak kau jaga budak tu..jangan sampai budak tu lepas..ingat kejap lagi aku akan hantar yanh lain untuk datang situ"
Sedangkan kayla cuba sedaya upaya melepaskan ikatan itu..tanpa putus asa sementara lelaki itu tengah sibuk berbual dengan orang laim didalam talian.
Memikirkan cara lainnya kayla mula mengigit ikatan tangannya dengan sekuat nya sebelum ikatan yang tidak diketatkan itu terlepas dan dengan pantas kayla membuka ikatan kakinya pula
Dapat saja kayla melepaskan kesemua ikatan itu dengan pantas kayla membuka pintu kereta itu secara perlahan takut akan diketahui lelaki itu...
Selamat saja kayla melepaskan diri dengan pantas kayla berlari kearah hutan kembali ke tempat dimana dia dikurung..dia tahu ayahnya sudah pasti datang ke situ mencari nya...dari apa yang didengar nya melalui lelaki yang menculik nya itu.
"Baik bos."
Ucapnya sebelum panggilan dimatikan dan alex kembali memasuki kereta dan mula terkejut sedari gadis itu sudah tiada disitu.
"Mana budak tu?"
Panik nya dan kembali keluar mencari keberadaan gadis itu..
"Arghh! Sial! Mana dia pergi."
Amarahnya sebelum kembali menghubungi Marvel mengenai kehilangan gadis itu.
"Asal kau call aku lagi ha?" geram Marvel sedari lelaki itu kembali menghubungi nya selang beberapa minit mereka berbual.
"Bos! Budak tu dah hilang!"
Beritahu nya mula risau lelaki itu akan memarahinya.
"Apa! Macam mana budak tu boleh hilang? Kau cakap dekat aku budak tu masih ada dekat situ!"
Bentaknya tidak puas hati..baru sahaja dia menyuruh lelaki itu untuk menjaga gadis itu tapi boleh pulak hilang dalam tahanan nya.
"Aku nak kau cari budak tu sampai dapat! Selagi kau tak dapat jangan pernah berani tunjukkan muka kau dekat aku!"
"Ba..baik bos..saya akan cari dia"
Katanya sebelum panggilan dimatikan lelaki itu..dan dengan paniknya alex mula mencari cari keliling tempat itu sebelum alex kembali memasuki hutan berdekatan tempat itu..dia pasti mesti gadis itu berlari masuk kedalam hutan itu.
* * *
"Macam mana? Kau dah dapat jumpa ke tempat tu kat mana?
Tanya arfaaz cuba memastikan, bila dimana mereka kini sudah menuju ke tempat dimana persembunyian Marvel
" dah tuan..kejap lagi kita akan sampai ke tempat tu."
Balas nya sambil mengetik laptop miliknya dihadapan kereta itu diikuti darel yang fokus memandu membawa kereta itu..
sedangkan arxie menaiki kereta lagi satu mengekori mereka dari belakang diikuti orang-orang suruhan arfaaz yang lainnya.
"Macam mana dengan anak harith? Dah dapat info pasal dia?"
Tanya nya lagi pada lelaki itu..sedangkan hailex hanya menggeleng kepala tanda tidak dapat menjejaki gadis itu.
"Dah cepat! Kita dah tak ada masa ni..arahkan orang-orang kita untuk bersedia mengepung tempat tu..jangan sampai Marvel terlepas dan melarikan diri. "
"Baik tuan.."
Patut hailex sebelum mencapai telefon nya dan menghubungi arxie dan disambung kan dengan darwish...mengarahkan kedua lelaki itu untuk bersedia.
Sedangkan darel terus memecutkan kereta milik lelaki itu untuk segera sampai ke destinasi yang tuju mereka.
* * *
Harith sedikit terkejut dan mula terbangun dari pengsannya sedari lelaki itu mengarahkan anak buahnya untuk menyirami nya dengan air.
"Sial! Lepaskan aku lah setan!"
Amarahnya dengan wajahnya yang sudah memerah dan mula meronta-ronta ingin melepaskan ikatan tali yang meliliti tubuhnya membuatkan lelaki itu sukar untuk bergerak.
Sedangkan Marvel hanya tergelak besar dihadapan lelaki itu..
"Eh sial! Kau pekak ke ha! Lepaskan aku..mana kau sembunyikan anak aku ha!?"
Jeritnya lagi tidak puas hati pada lelaki itu sedari Marvel hanya tergelak menertawakan nya.
"Harith...Harith.. Dalam keadaan kau sekarang ni kau masih lagi berani nak tunjuk kuat kan? Hahaha.."
Ujarnya diikuti senyuman sinis menatap akan lelaki itu..
"eh setan! Aku tak ada masa lah nak layan kau! Cepat lepaskan aku! mana anak aku ha! Bebaskan dia! "
Tengking nya lagi masih tidak puas hati pada lelaki itu...kalau tak diikutkan seluruh tubuhnya diikat..sudah lama dia mahu membunuhnya.
"Telinga aku pun dah bernanah dengar kau dok memekik dari tadi kau tau tak!"
"eh aku peduli apa ha?..cepat buka tali ni! Marvel..sebelum aku takkan berikan kau peluang lagi untuk hidup."
Amarahnya lagi memberi kan amaran pada lelaki itu..sekarang ni dia sudah terperangkap dalam tahanan lelaki itu.
"Dah bakar mulut dia! Asyik nak memekak je..sakit telinga aku!"
Arahnya pada zack yang berdiri di situ.. Sedangkan harith sudah tidak tentu arah sedari zack datang mendekati nya dengan semarak api di tangan nya.
"Woi lepaskan aku! Kau nak buat apa ha!"
Paniknya sedari zack mendekatkan api pada wajahnya membuatkan lelaki itu sudah tidak dapat menahan kepanasan dari kayu api yang besar itu.
Baru sahaja zack ingin membakar mulut lelaki itu..tetiba saja terdengar satu suara berteriak membuat kan mereka semua disitu menoleh ke empunya suara.
"Jangan!!..lepaskan papa saya!"
Pekiknya dan mula berlari mendekati mereka dengan nafasnya yang tercungap-cungap dari berlari.
Semua orang disitu memandang ke arah kayla yang baru tiba disitu termasuk lah harith yang juga terkejut melihat anaknya berada di situ
"Kayla! lari sayang...cepat! "
Jerit harith sedari melihat anaknya ada disitu.
Sedangkan Marvel terus mengarahkan anak buahnya yang lainnya menangkap gadis itu.
"le..lepaskan ka..kayla!"
Rengek gadis itu sedari dia didatangi dua lelaki berbadan sasa sebelum tangan nya dipegang untuk tidak melarikan
"Woi! Lepaskan anak aku lah sial!"
Jerit harith pada kedua lelaki yang menangkap anaknya itu..
"Papa...tolong kayla pa!"
Kayla cuba melepaskan tangan nya dari pegangan kedua lelaki itu tapi apakan daya tubuhnya yang tidak mampu melawan tubuh kedua lelaki itu
"Jangan sentuh anak aku! lah setan! "
Amarahnya sedari melihat anak gadisnya ditangkap mereka..matanya sudah memerah menahan amarahnya pada kesemua lelaki itu
"Hahaha...harith..harith..ayah jenis apa kau ni? Anak sendiri pun tak reti nak jaga..kesian dekat tiara dapat suami tak berguna macam kau ni!"
Ujar Marvel sambil tersenyum sinis sedari melihat lelaki itu sudah terduduk lemah melihat anaknya yang berada di tangan mereka.
Sedangkan harith sudah terduduk lemah dengan air matanya yang sudah jatuh berguguran..dia merasa tertampar dengan apa yang dikatakan lelaki itu..dia memang seorang lelaki yang gagal...gagal menjadi seorang suami dan ayah pada keluarga nya.
Tanpa membuang masa Marvel terus mengarahkan anak buahnya untuk membawa gadis itu pergi dari situ.
"Taknak!...lepaskan kayla!..papa tolong kayla pa!!"
Jerit kayla sedari dia dibawa oleh kedua lelaki itu secara paksa membuat kan gadis itu tidak berhenti dari meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.
"Lepaskan anak aku!!.."
Jeritnya lagi sedari melihat anaknya dipaksa untuk pergi dari situ.. Sebelum dengan sekuat tenaga harith melepaskan tali yang mengikati. Tubuhnya dan terus berlari ke arah lelaki yang memegang anaknya sedari ikatan tali itu sudahpun terputus.
Sebaik saja lelaki itu dapat melepaskan diri dari ikatan nya dengan pantas harith berlari menuju ke arah anaknya dan terus menendang perut salah satu lelaki yang menarik anaknya dan melayangkan tumbukan pada sorang lagi lelaki yang juga menyentuh kayla.
Baru sahaja harith merampas senjata yang berada pada tubuh lelaki itu tetiba saja satu tembakan mengenai bahu nya membuat kan lelaki itu jatuh terduduk disitu.
"Arghhh! Papa!"
Jerit kayla sedari melihat ayahnya terkena tembakan di bahunya..membuat kan gadis itu sudah mengigil ketakutan.
Sedangkan harith tidak mempedulikan tembakan itu dan dengan pantas harith menghalakan pistol nya pada Marvel yang berdiri tidak jauh dari situ..sebelum terlebih dahulu Marvel yang melepaskan tembakan berulang kali dan mengenai perutnya membuat kan harith sudah terbaring lemah disitu.
sedangkan kayla terus berlari mendekati tubuh ayahnya yang sudah berbaring dipenuhi darah itu
"Papa!..bangun pa! Hiks.hiks"
Ujarnya sambil teresak-esak didalam pelukkan ayahnya itu yang sudah separuh nyawa melawan kesakitan nya.
"Ka..kayla.."
Tuturnya perlahan sambil memegang pipi anaknya yang sudah menangis teresak-esak.
"Pa..jangan tinggalkan kayla pa..hiks..hiks"
Tangisnya dan mula menyentuh wajah ayahnya itu yang sudah dipenuhi darah.
Sedangkan Marvel hanya tersenyum sinis disitu..dan baru sahaja lelaki itu ingin menghalakan tembakan pada harith yang sudah tidak berdaya itu tetiba saja kedengaran bunyi tembakan dari arah lain membuat kan lelaki itu mula panik sedari banyak anak buahnya yang sudah mati tersungkur disitu
"Za..zack!"
Terkejut nya sedari melihat sudah ramai anak buahnya mati di situ terkena tembakan..
baru sahaja Marvel mahu menoleh ke belakang melihat siapa orang yang masuk campur urusan nya Marvel mula membolak mata terkejut dan mula terketar ketir sedari melihat seorang lelaki sudah bediri di belakang nya sambil menghalakan senjata nya.
"Ka..kamu siap-."
Belum sempat lelaki itu meneruskan katanya tetiba saja tembakan dilepaskan dan mengenai kedua kakinya membuatkan lelaki itu jatuh terduduk di situ..dan mengerang kesakitan sedari kakinya terkena tembakan dari lelaki itu.
Sedangkan arfaaz hanya tersenyum sinis melihat lelaki itu sebelum mengarahkan pengawal nya untuk menahan lelaki itu.
"Tuan az!..tuan harith!"
Teriak hailex sedari melihat keadaan harith sudah tidak berdaya disitu..arfaaz yang melihat terus berlari mendekati lelaki itu.
"Pa..tahan pa..jangan tutup mata..hiks"
Ucap gadis itu sedari melihat ayahnya sudah terbaring lemah disitu...
"Har! kau kena tahan bro..aku akan selamat kan kau!"
Panik arfaaz yang baru mendekati harith yang sudah terbaring dipenuhi darah itu sebelum arfaaz ingin mengangkat nya tapi ditolak lelaki itu.
"Har..kita kena cepat..darah dah habis keluar ni!"
Paksanya lagi tapi harith masih berdegil dan menepis tangan lelaki itu dari menolong nya..dia pun sudah tidak bertahan lagi..cukup lah dia menghabiskan sisa hidup nya dengan mereka.
"Papa!..hiks..tolong jangan tinggalkan kayla pa! Hiks"
Ucap gadis itu sedari melihat ayahnya sudah menarik nafas nya..
"Bro..kau jangan degil bro..cepat ikut aku"
Paksa arfaaz dan tiba tiba saja tangan nya dipegang lelaki itu dan di letakkan keatas tangan kayla membuat kan arfaaz mengerutkan dahinya pelik dan memandang ke arah gadis itu.
Sedangkan kayla hanya membiarkan saja sambil menangis teresak-esak dalam pelukkan ayahnya itu.
"To..tolong ja..jaga a..anak aku..az.."
Ucap nya perlahan dengan nafasnya yang sudah tersekat sekat menahan sakit.
Sedangkan arfaaz dan kayla hanya memandang sesama sendiri
"Bro..kau jangan cakap macam ni kau kena kuat"
Belum sempat arfaaz ingin mengangkat tubuh lelaki itu tetiba saja harith sudah tidak sedar kan diri disitu membuat kan arfaaz dan kayla terkejut.
"Az! Bangun az!.."
"Papa!..arghh! Jangan tinggalkan kayla pa! Hiks"
Jerit kayla dan mengoncang tubuh ayahnya itu untuk bangun semula..tapi apakan daya lelaki itu sudah pun tidak bernyawa disitu...membuat kan kayla sudah menangis teresak-esak di dalam pelukkan ayahnya..sedangkan arfaaz diikuti hailex hanya bersedih dengan kepergian lelaki itu..siapa sangka secepat itu harith meninggalkan mereka.
Share this novel
Tak boleh ke ceraikan dari seksa isteri macam tu