LUM | 3 - BACK TO MALAYSIA

Romance Series 648366

TWO MONTHS LATER*

HARITH terus menghempas telefon miliknya ke dinding. Dengan seluruh wajahnya yang sudah membahang kemerahan. Giginya diketap dengan sangat kuat hinggakan tangannya sudah mengepalkan penumbuk. Sakit hati, kecewa, Amarah. Itulah yang dia rasakan saat itu. Bila melihat video rakaman dimana isterinya di rogol bergilir gilir oleh Marvel dan anak buahnya.

"Kau memang sial Marvel! Aku takkan lepaskan kau!" teriak Harith sepuas hati. Dia tidak akan lepaskan lelaki syaitan itu. Dia akan cari Marvel sampai ke lubang cacing, bahkan nyawanya pun sanggup dia gadaikan demi membalas dendam atas kematian isterinya.

Semenjak dari kejadian itu. Marvel sudah tidak dapat dijejaki. Bahkan dia sudah mengarahkan kesemua anak buahnya untuk mncari dimana keberadaan lelaki itu. Namun lelaki itu sangat licik sudah merancangkannya terlebih dahulu. Sehingga kan mereka tidak dapat menemui dan cari tahu keberadaan nya.

Sebelum tiba tiba saja kedengaran Ahmad dan Dani memasuki ruangan itu. Buatkan Harith mendongak wajahnya ke arah kedua anak buahnya yang sudah berdiri tegak dihadapan nya itu.

"Macam mana, kamu semua dah jumpa dimana Syaitan tu menyembunyikan diri dia?" soal Harith sedikit dingin pada kedua anak buahnya itu.

Sebelum mereka mengelengkan kepala, sambil menundukkan wajah mereka. Tidak berani bertentangan mata dengan nya.

Harith yang tidak berpuas hati dengan balasan mereka, terus menghempas meja dengan tangannya secara tiba tiba. Buatkan Ahmad dan Dani tersentak dengan bahu mereka yang sedikit terangkat. Sebelum mereka mendongak kepala mereka ke arah lelaki itu sekilas. Dan mereka memandang sesama sendiri kerna takut.

"Sampai bila! Sampai bila Korang semua tak dapat cari dimana dia!. Aku dah bagi masa dua bulan untuk korang cari dia! Tapi sampai sekarang Korang bagitahu aku yang Korang tak jumpa dia! Kamu semua ni reti buat kerja ke tak ha!" tengkingnya tidak puas hati.

"Ka.. kami dah cuba cari di merata tempat, tapi kami tak jumpa.." balas Dani cuba beranikan diri.

"Cuba saja tiada guna! Kalau sampai sekarang tak jumpa!" bentak Harith sedikit keras, hingga buatkan Dani sudah merasa gugup dan tidak dapat menahan dirinya lagi.

"Saya minta maaf Tuan, tapi saya undur diri.." kata Dani terus, dia sudah tidak mahu harus jadi pelampiasan amarah bos nya itu. Semenjak kehilangan isterinya. Harith sudah banyak berubah. Bahkan dia sudah tidak mesra didepan mereka semua.

Harith terdiam melihat kepergian Dani, kini tinggal Ahmad yang masih berdiri dihadapan nya, tanpa mahu berganjak dari situ ataupun bersuara.

"Kau boleh pergi kalau kau nak! Aku tak perlukan siapa siapa lagi sekarang!" usir Harith terus, sebelum Harith meraup wajahnya kasar. Dan itu jelas membuat Ahmad bersimpati padanya.

"Saya akan setia berkhidmat dengan Tuan.." hanya itu balasan yang keluar dari mulut Ahmad, cukup membuat hati Harith sedikit terusik, dan terus mendongak kepalanya memandang ke arah Ahmad.

"Tuan jangan risau, saya akan sentiasa dibelakang Tuan.." kata Ahmad lagi cuba menyakinkan lelaki itu

Buatkan Harith memandang tidak percaya pada Ahmad, hingga senyuman kecil terbit dibibir nya, "terima kasih Mad, kau bukan saja bawahan aku. Tapi aku dah anggap kau macam abang aku" ujar Harith pada lelaki itu sedikit sebak. Serta merta hatinya yang tadi panas mengelegak semakin reda.

"Saya dah anggap Tuan macam saudara saya. Dan saya dah jaga Kayla dari kecil. Tak mungkin saya akan berpaling pada saat Tuan ada masalah.." balas Ahmad. Sebelum Harith menghampiri nya, dan memeluk tubuh nya.

"Tolong jaga Kayla untuk aku.. Aku percayakan kau Mad" pesan Harith pada lelaki itu. Ahmad pantas mengangguk mengiyakan. "Aku pergi dulu Tuan.." pamit Ahmad terus.

Sebaik kepergian Ahmad, tangisan Harith akhirnya pecah, dan jatuh berguguran disitu. Dia takkan lepaskan kesemua orang yang dah menghancurkan isterinya. 'Maafkan abang sayang.. Abang gagal selamatkan sayang..' esakkannya. Kini dia sudah kehilangan arah tuju, dia sudah tidak tahu harus berbuat apa sekarang. "Aku takkan lepaskan kau Marvel! "

* * *

[FRANCE AREA]

Elbiena mula berlari mendekati Arfaaz dan beberapa orang lelaki yang berdiri dihadapan nya, dengan berpakaian lengkap. Berwarna hitam, menampakkan lagi kesegakkan. Dan ketegasan mereka.

Sebaik saja Elbiena berdiri disamping suaminya itu, Elbiena terus merangkul lengan Arfaaz. Dan dibawanya menjauh dari beberapa orang orang disitu sebentar. Membuatkan Arfaaz sedikit terkejut, dan terus melepaskan tangan isterinya itu dari memaut lengannya.

"Please Az, i nak cakap something important to you.." bisik Elbiena pada suaminya. Bila dimana Arfaaz seperti bersikeras berdiri disitu tanpa mengikuti nya.

"Kau tak nampak ke aku tengah buat apa?" sinis suara Arfaaz membalas, kerna dia sangat tidak suka sesiapa menganggu perbincangannya dengan pengawalnya.

"Please.. I pun nak bincang dengan you.." pujuk Elbiena, tanpa peduli dengan amarah suaminya itu. Dia sudah sangat biasa dengan situasi seperti itu. Dalam masalah ke tidak, raut wajah lelaki itu tetap terlihat dingin setiap hari.

"Kau nak cakap apa? " soalnya dengan kening sebelah yang terjungkit

"You betul nak pindah Malaysia? You tak cakap dengan i pun.." soal Elbiena tanpa membuang masa, sebaik saja lelaki itu sudah menumpukan perhatian mendengarkannya.

"Hurm"  Arfaaz hanya berdehem membalas persoalan isterinya itu.

"Parents you tahu tak pasal ni " soal Elbiena lagi, dan kali ini, Arfaaz hanya mengangguk mengiyakan tanpa memberi perhatian lagi. Buatkan Elbiena sedikit merasa kesal dengan suaminya itu.

"Tapi i tak tahu! I'm your wife, I should know!" kata Elbiena dengan nada yang sedikit ditekankan, kerna sudah tidak dapat mengawal emosinya.

" Now you know, right?."  jawab Arfaaz agak malas mahu berbalah

Buatkan Elbiena terdiam merenung lelaki itu, sehinggakan beberapa Pengawal suaminya disitu mula memerhatikan mereka, dan itu cukup membuatkan Elbiena bertambah malu dan semakin kecewa.

"I taknak balik Malaysia! I'll still be here!" kata Elbiena sedikit keras setelah beberapa minit dia membisu. Dia tetap bersikeras untuk tinggal di France bersama suaminya
.

"Up to you. But I will still go back to Malaysia!" balas Arfaaz terus, tanpa menunjukkan apa apa reaksi, sebelum ia mengorak langkah meninggalkan tempat itu.

Buatkan Elbiena sudah terlopong mulut sedikit tidak percaya. 'What?!'

"You! Kejap, Arfaaz!!"  jeritnya memanggil lelaki itu, yang sudah melangkah meninggalkannya disitu.

Namun Arfaaz tetap berlalu pergi tanpa berhenti, mahupun mendengar atau mempedulikan nya.

"Arfaaz!"  sekali lagi Elbiena menguatkan suaranya memanggil kepergian suaminya itu. Sebelum Elbiena mempercepatkan kakinya sehingga mendahului langkah Arfaaz, dan membuat suaminya itu berhenti melangkah.

"Okey fine! I akan ikut you balik Malaysia.." kata Elbiena terdengar agak pasrah, tak mungkin dia mahu berjauhan dengan lelaki itu. Ditinggal pergi saja dia sudah tidak senang duduk, ini kan mahu berjauhan.

Arfaaz tidak mengendahkan apa yang baru saja dikatanya, malah lelaki itu terus mengambil langkah bergerak dari situ, dan berjalan menuju ke arah Carlos, sebelum Carlos dan Arfaaz beransur pergi bersama. Membuatkan Elbiena sudah berdengus tidak puas hati, tak ada kata mahupun balasan, suaminya itu hanya pergi begitu saja tanpa mempedulikan nya.

* * *

THREE YEARS LATER..

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, Kayla mula berjalan kaki ditepi jalan raya diperkarangan sekolah nya. Entah kenapa, Ahmad belum datang menjemputnya lagi. Padahal dia sudah memperingatkan pemandunya itu untuk datang menjemputnya pukul 3, usai dia menamatkan kelas tambahan.

"Mana Pak Mad ni, lama lagi ke?" gumam Kayla, sesekali matanya mengerling ke arah jam tangan miliknya, dengan kakinya yang masih terus melangkah berjalan kaki kehadapan. Dia nekad untuk balik sendiri, dengan hanya berjalan kaki. Jika menunggu pemandunya itu datang. Berkemungkinan Ahmad juga tidak ingat yang dia belum dijemput dari sekolah.

Sebelum Kayla memalingkan kepalanya ke belakang sekilas untuk melihat. Dan pandangan Kayla tidak sengaja terhala pada satu Van berwarna putih. Yang bergerak perlahan dibelakangnya.
Membuatkan Kayla sudah mula tidak sedap hati.

Hinggakan Van Putih itu berhenti, dan beberapa orang didalam. Kereta mula keluar, membuatkan Kayla semakin berdebar debar bila dimana sekumpulan lelaki itu seperti berjalan menghala ke arahnya, membuatkan Kayla mula mempercepatkan langkahnya kerana begitu takut.

Buatkan sekumpulan lelaki itu semakin mengejarnya, hingga Kayla bertambah yakin, mereka semua mengejar dirinya. dalam dia tidak sedar kakinya semakin laju melangkah, dengan tidak sengaja ia jatuh tersungkur kerna kehilangan keseimbangan nya.

Beberapa lelaki yang berbadan tegap itu semakin datang menghampiri nya, dengan senyuman sinis mereka, melihat dirinya. Dan tanpa kata lagi, mereka semua terus mengangkat tubuh kecil Kayla dibawa pergi dari situ.

Hingga Kayla meronta ronta meminta untuk di lepaskan, Kayla cuba berteriak meminta pertolongan dari siapa saja, namun mulutnya terlebih dahulu ditekup dengan kuat dengan kain yang sudah dicampuri ubat tidur.

Sebelum tubuhnya dicempung dan dibawa masuk kedalam Van itu. Buatkan pandangan Kayla semakin lama semakin tertutup, dan akhirnya dia pun terlelap tidak sedarkan diri lagi, pengaruh ubat tidur yang dikenakan mereka.

Dan sebaik saja tubuh Kayla direbahkan di kerusi belakang, salah satu dari mereka mula menghubungi seseorang. Sebelum panggilan disambungkan.  "Bos, kami dah dapat budak ni, kita nak buat apa dekat dia?"  tanyanya terus pada orang dalam talian itu.

"Bagus, aku nak kau bawa budak tu, jauh dari situ. Pastikan tiada siapa yang tahu.." arah orang dalam talian itu terus.

"Satu lagi, aku taknak siapa siapa dari kamu, cuba sentuh atau sakitkan budak tu. Faham!" kata Lelaki itu sedikit tegas.

"Baik bos, kami akan uruskan budak ni, bos jangan risau" balasnya, sebelum panggilan dimatikan begitu saja, oleh orang itu.

"Macam mana? Apa kita nak buat dengan budak ni?"  tanya salah seorang dari mereka, sebaik saja lelaki itu sudah menamatkan panggilan nya.

"Kita kena bawa dia jauh dari sini, dan pastikan tak ada siapa siapa yang cuba sentuh atau sakitkan dia. Itu arahan bos" katanya, cuba memperingatkan mereka. Mereka semua hanya mengangguk kepala, sebelum Van dipandu mereka. Meluncur laju dari tempat itu.

* * *

Arfaaz yang baru hendak pergi bersama Hailex, mula bangun dari duduknya. Sebelum telefon pintar miliknya berdering menandakan panggilan masuk. Dengan segera Arfaaz mengangkat panggilan dari number yang tidak dikenali itu.

'Hai Az, kau apa khabar?' kata orang dalam talian itu, sebaik saja panggilan nya dijawab.

Arfaaz hanya diam tidak membalas, kerna Arfaaz masih cuba memastikan siapa pemilik suara itu. Dan seperti nya dia tidak asing lagi dengan empunya suara yang menghubungi nya itu.

"Harith?"  tutur Arfaaz, cuba untuk meneka orang itu. Sehingga kedengaran kekehan kecil dalam talian, membuatkan Arfaaz bertambah yakin itu adalah Harith.

'Aku ingat kau dah lupakan aku Az, tak sangka kau masih tahu siapa nama aku..' seloroh Harith dalam talian. Buatkan Arfaaz tersengih kecil. Mana mungkin dia boleh lupa. Harith merupakan sahabat lamanya. Dan sudah dia anggap seperti saudara nya juga.

"Macam mana kau boleh contact aku lagi?. " soal Arfaaz terus, kembali dalam mood serius.

'Come on Az, kau masih guna number lama kau.. Aku pikir, aku pun takkan dapat berbual dengan kau lagi, semenjak kau tinggal dekat France. Tapi tak sangka kau dah balik Malaysia. Welcome bro..' balas Harith, Arfaaz hanya tersengih kecil,

"Lama aku tak jumpa kau, kau apa khabar sekarang? Semenjak kau dah kahwin ni, kita dah jarang jumpa dah. Macam mana dengan rumah tangga kau? Okey? " tanya Arfaaz lagi. Hingga terdengar dalam talian seperti sunyi sepi tanpa suara.

"Har, kau ada lagi ke, kau okey tak?"  panggil Arfaaz, bila dimana tiada jawapan dari dalam talian. Hanya keluhan panjang yang didengari nya.

Harith masih saja tidak sanggup mengatakan nya. Hatinya terasa remuk, jika mengingatkan isterinya telah mati dibunuh. Dia merasa gagal, dia gagal jadi pelindung pada isterinya. Bahkan dia tidak dapat membalas dendam sehingga sekarang.

"Isteri aku dibunuh.."  kata Harith selang beberapa minit dia hanya diamkan diri. Kejadian dimana isterinya dibunuh musuhnya itu kembali mengimbas dipikirannya. Serta merta air matanya mengalir perlahan.

Buatkan Arfaaz sedikit terkedu mendengar itu, sesekali matanya mengerling  pada Hailex yang masih berdiri menunggu dihadapan nya. 

'Aku tak ada untuk selamatkan dia masa tu, dia terseksa disebabkan aku Az.. Dan sampai sekarang, binatang tu terlepas!"' ujar Harith lagi dalam talian, dengan nada yang sedikit ditekankan.

Sungguh masih menyayat hatinya, bila teringatkan kejadian itu, walaupun sudah 2 Tahun berlalu. Namun itu tak pernah luput dalam ingatan Harith. Dia akan tetap berusaha mencari keberadaan Marvel untuk membalas dendam. Tak kira berapa lama pun dia sembunyikan diri.

"Kenapa kau tak minta bantuan dari aku Har! Jadi binatang tu masih terlepas?" dingin saja nada Arfaaz bertanya. Dia sangat kenal dengan orang yang di maksudkan Harith.

'Kau jangan risau, aku akan uruskan dia.' bidas Harith, walaupun Arfaaz merupakan sahabatnya. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Dia kenal Arfaaz seperti apa, lelaki itu bahkan lebih kejam dari dirinya.

"Aku akan bantu kau, kau kena ingat. Musuh kau, musuh aku juga Har.."  kata Arfaaz terus. Tangannya pun sudah mengepalkan penumbuk. Gigi diketap kuat, dia takkan biarkan Marvel terlepas!

'Terima kasih bro.. Kau memang sahabat aku,' balas Harith.

'Aku kena gerak dulu, tak lama lagi anak aku akan balik..' kata Harith lagi. Buatkan Arfaaz terdiam, dia baru teringat, yang Harith pernah memperkenalkan anak Perempuan nya bersama Tyara suatu tika dulu.

"Anak kau macam mana?" soalnya kembali. Bila dimana dia baru mengingati. Kerna sudah lama tidak bertemu, Arfaaz pun sudah lupa akan paras wajah bayi kecil yang pernah dilihatnya dulu. Dimana Tyara dan Harith pernah menghadiri pernikahannya bersama Elbiena. Dan membawa anak mereka sekali.

"Dia selamat, dia tak apa apa." balas Harith, Arfaaz hanya mengangguk faham.

"Tolong jaga dia Az, hanya kau yang boleh aku percayai."  pinta Harith tiba tiba, buatkan Arfaaz sedikit tersentak, dengan raut wajahnya kian berkerut.

"Anak kau, kau minta aku jaga? Habistu kau, kau jangan merepek lah Har!"  balas Arfaaz, dengan sengihan sinisnya.

"Tolong aku jaga anak aku Kayla, kalau terjadi apa apa dekat aku nanti Az. Ini adalah permintaan tolong terakhir aku dekat kau. Jaga dia macam mana kau kau jaga diri kau.". ujar Harith lagi, cukup membuatkan Arfaaz bertambah bingung.

"Kau.-" belum sempat Arfaaz bersuara, Panggilan sudahpun dimatikan. Buatkan Arfaaz sudah berdengus sedikit geram, dengan Telefon pintarnya yang sudah digengam kuat, hingga ada keretakkan.

Arfaaz pun terus berpaling ke arah Hailex, dan berjalan menghampiri lelaki itu.

"Ada apa Tuan Az?"  tanya Hailex terus, sebaik saja Arfaaz sudah berdiri dihadapan nya. Dengan raut wajahnya yang sedikit tegang dan tatapan tajam lelaki itu.

"Aku nak kau cari dia.. Aku nak tengok, sampai bila dia boleh sembunyikan diri dia." arahnya pada Hailex dan mengeluarkan satu kad kecil, dan diberikan pada Hailex, sebelum Hailex mengangguk patuh sebaik melihat sesuatu yang ditunjukkan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience