LUM | 04 - KIDNAPPED

Romance Series 648366

SETELAH tersedar dari pengaruh ubat tidur, Kayla Perlahan-lahan mencelikkan matanya, sebelum kepalanya melilau melihat sekeliling tempat dimana dia berada saat itu. Lagi lagi kawasan itu terlihat sangat usang dan muram. Buatkan Kayla bertambah takut dan risau akan nasib bakal menimpa  dirinya. Dimana dia sekarang? Kenapa dia boleh berada disini. Siapa yang culik dia?

Bermacam macam persoalan berlegar dipikirannya. Kayla sudah mula susah hati, dan berusaha meloloskan dirinya. Namun dia baru menyedari, kaki dan tangannya juga terikat, buatkan ia tidak dapat bergerak mahupun melepaskan diri dari ikatan itu.

"Tolong! Papa tolong Kayla!.." pekik Kayla mula menjerit meminta pertolongan dari sesiapa pun yang berada disitu. Namun malah lain pula yang datang, membuatkan Kayla terdiam semula memandang kedatangan lelaki berbadan tegap itu.

"Woi! Kau boleh diam tak! Bising kau tahu tak!" jerkah lelaki itu, mulai emosi bila mendengar jeritannya tadi.

Namun Kayla tidak mempedulikan amarah lelaki itu, matanya sudah berair menahan tangis bibirnya diketap

"Tolong lepaskan saya! Saya nak balik.." Kayla mulai memohon pada lelaki itu mengharapkan dia mempunyai belas kasihan terhadapnya. Dan mahu melepaskan nya dari situ.

Sebelum lelaki itu tiba tiba saja tertawa sinis. Buatkan Kayla kembali diam melihat lelaki itu sedikit takut.

"Kau nak aku lepaskan kau ke? Ha..ha.. Kelakar lah kau ni budak.." ujar Lelaki itu. Sebelum Lelaki itu melabuhkan punggung nya di kerusi berdekatan di situ.

"Tolong pakcik! Saya nak balik.. Lepaskan saya.. Hiks" rayu Kayla lagi tanpa putus asa.

Buatkan lelaki itu berhenti dari tertawa dan terus memalingkan wajahnya semula sedikit datar. Sebelum lelaki itu dengan sengaja membalingkan besi buruk ke dinding bagi menakutkannya.

Bahu Kayla sedikit terangkat, pantas ia menundukkan kepalanya tidak berani mahu bertentangan dengan lelaki itu. Seluruh tubuhnya sudah mengigil ketakutan. Lelaki di hadapan nya ini, sangat mengerunkannya.

"Kau tunggu sini! Kau jangan nak buat bising eh, siap kau" amaran lelaki itu, sebelum ia bangun. Dan berlalu pergi sebentar.

Kayla tidak bersuara lagi, ia hanya duduk dan tundukkan wajah memandang kepergian lelaki itu. Dia tidak tahu harus berbuat apa, dia buntu tidak dapat melepaskan dirinya sendiri dari situ. Tiada daya buatnya melepaskan diri dari tahanan lelaki itu. Oleh kerana tubuhnya yang sudah diikat membuatkan dia tidak dapat bergerak langsung.

~

Beberapa minit ia ditinggalkan disitu, lelaki itu kembali datang menghampiri nya. Dengan beberapa beg makanan yang dibawanya. Buatkan Kayla yang tidak sengaja melihat ke arah makanan yang dibawa lelaki itu, sudah meneguk air liurnya berkali-kali. Perutnya pun sudah mula berbunyi kelaparan. Sudahlah dari pagi dia tidak menjamah apa apa makanan.

"Kau lapar ke?" soal lelaki itu terus, buatkan Kayla sedikit tersentak. Dan hanya mengangguk kepalanya perlahan pada lelaki itu.

"Nah kau makan, Jangan ganggu aku!" arahnya, sebelum lelaki itu memberikan sebungkus makanan dan air mineral yang dibelinya tadi.

Sebelum lelaki itu kembali menyambung membuka bungkusan makanan nya tanpa mengendahkan nya lagi.

Namun Kayla masih saja diam memerhatikan nya lelaki itu. Sesekali matanya tertuju pada makanan yang diberikan padanya.

Sehingga beberapa minit lelaki itu mengerling sekilas ke arahnya, dan kembali membentaknya. Buatkan bahu Kayla sekali lagi terangkat kerna terperanjat dengan sergahan lelaki itu. Dan terus berpaling pada lelaki itu semula.

"Aku bagi kau makanan tu, untuk kau makan. Bukan untuk kau tengok!" bentak lelaki itu, sedari melihat gadis itu masih saja diam tak berkutik merenung ke arah makanan yang diberikan nya tadi.

Baru saja Kayla hendak membuka suara untuk berkata sesuatu, lelaki itu sudah bersuara memintas nya.

"Kau jangan risaulah, aku tak letak racun kat makanan kau tu. Tak pasal pasal nanti kau mati, menyusahkan aku.." tempelak lelaki itu lagi.

Sebelum Kayla yang tidak berkesempatan untuk bercakap, terus saja menunjukkan tangannya yang terikat itu, buatkan lelaki itu terdiam. Dan memandang ke arah tangannya yang masih terikat.

"Kayla tak boleh makan, kalau tangan Kayla masih diikat" kata Kayla, bila dimana lelaki itu masih saja diam seperti berpikir sesuatu.

Sebelum lelaki itu bangun dari tempat duduknya, dan menapak mendekati nya. Tanpa sebarang kata, lelaki itu terus membuka ikatan tangan gadis itu.

"Dah cepat makan! Tak payah ganggu aku lagi. Ingat eh, kau jangan pernah cuba cuba nak larikan diri. Dekat luar sana, lagi berbahaya dari apa yang kau lihat sekarang ni." kata lelaki itu cuba memberikan amaran, sebelum lelaki itu, sempat dia mengugut sebelum ia kembali ke tempat duduknya.

Kayla hanya mengangguk kepalanya perlahan, sebelum tangannya naik menyentuh pergelangan tangannya yang terasa sakit dan lenguh kerna ikatan tali yang terlalu ketat tadi.

Sebelum Kayla membuka bungkusan makanan yang diberikan padanya. Dan terus mencapai sudu plastik yang terletak ditepi bungkusan itu.

Baru saja Kayla hendak menyuapkan makanan kedalam mulutnya, matanya tertuju pada lauk yang ada dalam makanan nya. 'Seafood' dia mempunyai alergik pada makanan laut. Tak kira dari jenis mahupun bentuk saja. Jika dah namanya makanan itu berasal dari laut. Dia tetap tidak boleh makan dan menelannya.

"Pakcik.." panggil Kayla, namun tiada sahutan. Lelaki itu malahan syok menonton film horn yang dimainkannya berulang-ulang kali.

"Pakcik!" panggil Kayla sekali lagi sehingga lelaki itu mendengarinya, hingga terdengar dengusan keluar dari mulut lelaki itu, buatkan Kayla sudah diam tidak berkata lagi.

"Kau nak apalagi!" bentak lelaki itu tiba tiba tahkala mendengar diri nya dipanggil dari tadi, buatkan Kayla semakin takut mendengar tengkingan lelaki itu. Hanya menundukkan wajahnya.

"Yang kau tak makan lagi kenapa ha!" tengking lelaki itu lagi, sedari melihat makanan yang di berikannya langsung tidak terusik.

"Kayla tak boleh makan seafood.." beritahu Kayla pada lelaki itu  sedikit gugup mahu menatap wajah datar lelaki itu.

Sebelum lelaki itu bangun dari duduknya, dan datang menghampiri nya, dengan raut wajahnya jelas kelihatan bengis. 

"Habistu! Kau ingat aku peduli! Orang dah bagi makan tu, makan jela! Tak payah nak memilih. Kau ingat aku ni, pekerja bapak kau ke!" amarahnya lagi, mulai emosi pada gadis dijaganya itu.

Jika tidak mengenangkan amaran bos nya tadi. Sudah lama dia kehilangan kesabaran mahu menjaga gadis itu dan mahu saja menyakitinya.

"Kayla nak balik! Tolong hantar Kayla balik!!" pinta Kayla, cuba sekali lagi merayu lelaki itu, agar melepaskan nya. Sehingga terdengar esakan kecil keluar dari mulutnya.

"Eh kau boleh diam tak! Kau memang suka mencabar kesabaran aku kan." kata lelaki itu semakin bengang dengan gadis itu.

"Kayla nak balik, Tolong lepaskan Kayla!" rayu Kayla lagi. Air mata yang di tahannya dari tadi sudahpun mengalir deras di wajahnya.

"Aku taknak naik tangan dengan kau tau. Tapi jangan sampai tangan aku ni naik dekat muka kau. Baru kau nak berhenti memekak dekat sini." ugut lelaki itu agak keras. Dengan matanya yang sudah mencerlung tajam ke arah nya. Buatkan Kayla sudah menunduk, tidak berani bertentangan dengan lelaki itu.

Sedari gadis itu sudah kembali diamkan diri. Lelaki itu terus mencapai tali. Sebelum menarik tangan gadis itu kehadapan. Dan mengikati semula tangan mulus gadis itu.

Walaupun ada sedikit yang tercalar pada kulit putih itu. Lelaki itu tidaklah terlalu peduli.

Sedangkan Kayla hanya diam tidak bersuara lagi dan membiarkan saja lelaki itu mengikat tangannya sehingga selesai. Dan tangannya pun kembali terikat seperti tadi.

"Tahu pun nak diam. Kau dengar sini eh budak, kau tu dibawa jagaan aku. Jangan sampai aku main kasar dengan kau. Baru kau nak dengar cakap aku." amarannya lagi. Kayla hanya mengangguk kepala nya perlahan tanda dia akan akur.

Sebelum pandangan lelaki itu tertuju pada makanan yang masih belum terusik itu. "Ni kau betul taknak makan kan? Kalau taknak takpe. Biar aku yang habiskan, kau tidur lah! Dah lewat malam ni. Nanti esok pagi aku akan kejut kau lagi" arah lelaki itu lagi dan terus merembat bungkusan makanan itu.

Sebelum Kayla membaringkan tubuhnya di tikar lama dan kepalanya hanya beralaskan lengannya saja, sebelum ia memejamkan matanya terus. Sesekali tangannya meramas perutnya yang tak henti berbunyi kerna kelaparan itu.

* * *

Elbiena dari tadi sudah menunggu akan kepulangan suaminya. Sebelum ia bangun dari duduknya dan merapikan rambutnya bersertakan pakaian nya bila mendengar akan kedatangan suaminya. Sebelum ia bergegas ke arah Arfaaz dan kedua pengawalnya yang turut masuk kedalam mengikuti Arfaaz dari belakang.

Sebaik saja dia sudah berada dihadapan Arfaaz, Elbiena sudah menguntumkan senyumannya. Sebelum tangannya memaut lengan Arfaaz dan mula merapati suaminya itu.

"Lama i tunggu you balik. Perut i dah lapar dah ni hm.." rengek Elbiena pada suaminya itu. Tangannya masih saja merangkul lengan suaminya itu dengan kemas.

Tiada apa apa respon dari lelaki itu, Arfaaz hanya berdiri diam disitu. Sehingga Elbiena mula menarik lengan suaminya agar mengikuti nya. Namun Arfaaz terus saja menepis pegangan tangan Elbiena dari memeluk lengannya.

Sebelum Arfaaz menghayunkan kakinya meninggalkan berlalu pergi ke arah lain.

Buatkan Elbiena terpinga pinga sendiri memandang kepergian suaminya itu. Sebelum Elbiena memalingkan kepalanya ke arah pengawal peribadi suaminya, sedari tadi dia mendengar bunyi kekehan dari mereka.

Buatkan tadinya Darwish dan juga Arxie tertawa perlahan terhenti sedari melihat tatapan tajam dari wanita itu. Mereka berdua terus mengalihkan pandangan mereka ke arah lain tidak mahu bertembung mata dengan wanita Singa yang sudah merah padam itu.

"Tak payah nak seronok sangat gelakkan saya!" bentak Elbiena terus bila dimana kedua lelaki itu sudah beriak biasa seperti tiada apa yang terjadi tadi.

Sedangkan Darwish dan juga Arxie mula memandang sesama sendiri menahan tawa, sebelum mereka berdua mengangguk kepala mereka serentak pada wanita itu.

"Kami minta maaf Puan El.." ucap Darwish pada wanita itu. Sambil mengerling ke arah Arxie yang hanya menundukkan wajahnya sedaya upaya menahan tawa nya dari meletus.

"Aku belum selesai lagi dengan korang berdua.." kata Elbiena lagi sambil menunding jari pada Darwish dan juga Arxie silih berganti. Sebelum ia berlalu pergi dari situ terus. Terasa panas pula hatinya berdepan dengan kedua pengawal suaminya itu.

"Nasiblah Xie, tak pasal pasal kita pulak kena marah" bebel Darwish terus sedari melihat kepergian Puan Elbiena. Nasib baiklah wanita itu isteri kepada Tuan mereka. Jika tidak tak ingin mereka hormat padanya.

"Kau macam tak biasa pulak.. Dah jom kita gerak" balas Arxie sebelum mengajak Darwish pergi dari situ untuk menguruskan hal lain.

Mereka berdua sudah tahu sangat dengan sikap dan juga perangai wanita itu, jadi tak hairan sangat jika mereka yang akan dimarahi dan menjadi tempiasnya.

~

Elbiena yang sudah berada dihadapan bilik suaminya itu. Mula mengetuk pintu itu berkali kali. Namun tiada langsung tanda tanda bilik itu mahu dibuka. Tangannya ligat menekan Pin Kunci bilik itu namun langsung tidak terbuka.

Sebelum beberapa minit menunggu Elbiena mula menekan button bunyi dari dalam bilik itu, menyeru agar pintu bilik itu akan dibuka suaminya. Kalau lah bilik itu tidak kalis bunyi. Sudah lama dia mahu berteriak untuk memanggil suaminya dari dalam.

Sebelum tiba tiba pintu bilik itu dikuak dan terbuka dari dalam, dengan secepatnya Elbiena membetulkan posisi dirinya dengan lebih baik. Sebelum ia meleretkan senyuman manis seperti biasanya jika berhadapa dengan suaminya itu.

"Kau nak apa?" soal Arfaaz datar dengan raut wajah yang sedikit berkerut.

Elbiena tidak membalas pertanyaan suaminya itu. Sebaliknya  matanya mula tertumpu pada tubuh suaminya yang hanya mengenakan tuala paras lutut, seperti baru lepas membersihkan diri.

Tubuh suaminya yang berotot itu cukup membuatkan Elbiena sudah kehilangan kewarasan. Berkali kali ia meneguk air liurnya, matanya dari tadi tertancap melihat segenap tubuh suaminya yang terdedah itu.

Lama Elbiena terdiam terkedu menatap tubuh suaminya itu. Sehingga lah Arfaaz mulai bersuara menyergahnya. Buatkan Elbiena sudah tersentak dari lamunannya dan hanya terkebil kebil sendiri memandang suaminya itu.

"Kau nak apa?" ulang Arfaaz lagi sekali dengan nada yang sedikit ditekankan.

"I nak you.. Please.." kata Elbiena terus. Sehingga dia lupa niat dia sebenarnya mahu menemui suaminya itu.

Alang alang dia sudah tergoda dengan suaminya sendiri. Dia mula mengambil kesempatan itu untuk merayu suaminya agar memberikan Hak dia sebagai isteri selama ini yang belum pernah ia dapatkan dari suaminya itu.

Kerna sepanjang perkahwinan mereka. Arfaaz belum pernah menyentuhinya mahupun tergoda padanya. Sudah berbagai cara dia cuba lakukan untuk menarik perhatian suaminya itu. Namun itu hanyalah sia sia. Kerna Arfaaz selalu menolak keinginannya.

Bahkan tidur pun mereka berasingan, kerna Arfaaz tidak mahu privasi dirinya diketahui siapa siapa termasuklah dia. sendiri. Disebabkan itulah dia diarahkan tidur dibilik lain. Sedangkan masih ada lagi satu bilik kosong bersebelahan dengan bilik suaminya itu.

Arfaaz yang mendengar penyataan isterinya itu mula berkerut kening memandang wanita itu pelik. Sebelum ia mula mengangkat tangannya mahu menutupi pintu bilik itu semula. Namun pantas Elbiena menahan tangannya dan terus merapatkan tubuhnya.

Sehingga Elbiena mula memeluk erat tubuh Arfaaz dan dilekapkan pada tubuhnya tanpa mahu di lepaskan. Sehingga dengan beraninya ia menolak tubuh suaminya itu masuk ke dalam bilik itu lebih dalam bersama.

"Elbiena keluar dari sini!" arah Arfaaz dengan sedikit tegas. Sambil matanya yang tak lepas memerhatikan setiap tindak tanduk wanita itu. Beraninya dia berbuat sedemikan.

"Please Az! I merayu dekat you.. I rela berikan segalanya pada you. But please.. Bagi i peluang tu" rayunya sedaya upaya memujuk dan mengajak suaminya itu.

Sedangkan Arfaaz hanya diam tidak berkata apa tiada langsung riak di wajahnya.

Sehinggakan Elbiena dengan beraninya menutup pintu biliknya.

Bila dimana Elbiena melihat suaminya langsung tiada tindak balas apa apa. Mungkin saja suaminya itu sudah tidak dapat menolak keinginannya. Sangkanya dengan sangat yakin.

Sebelum Elbiena dengan beraninya menyentuh dada bidang suaminya yang terdedah itu. Diusapnya perlahan sehingga ke bawah pusat.

Dengan aksinya yang semakin ingin mengoda suaminya itu. Tangannya mula meliar dan menjalar disegenap tubuh Arfaaz. Namun masih tiada apa apa reaksi dari raut wajah lelaki itu.

Buatkan Elbiena semakin liar dan dengan beraninya dia mahu melepaskan tuala yang terlilit di pingang suaminya itu.

Namun kelakuan nya itu terhenti, bila dimana satu tangan kekar sudah menahan tangannya dari meneruskan niat nya itu. Terus saja Elbiena mendongak memandang wajah suaminya yang sudah kelihatan datar itu.

Belum sempat Elbiena membuka suara untuk bertanya, tiba tiba saja tangannya dicengkam dengan sangat kuat oleh Arfaaz. Buatkan Elbiena sudah merintih kesakitan.

"Argh! Sa.. Sakit Az!" Elbiena mula meringis kesakitan bila dimana suaminya tidak mahu lepaskan cengkaman tangannya itu.

Dari tadi Elbiena tak henti merintih kesakitan di pergelangan tangannya kerna cengkaman kuat suaminya itu. Sehingga tiba tiba tubuhnya terus saja ditarik dan diheret keluar dari dalam bilik lelaki itu.

Buatkan langkah kakinya semakin melaju dan hilang keseimbangan sehingga kaki nya tersandung dan terjatuh didepan pintu luar bilik itu.

Sebaik tubuhnya dibuang keluar dari dalam bilik itu hingga tubuhnya jatuh terjelepuk dilantai. Arfaaz terus saja menutup pintu itu tanpa perasaan. Buatkan Elbiena sudah mengalirkan air mata sedikit geram dengan sikap suaminya itu.

* * *

Harith sudah mula khuatir bila dimana Ahmad langsung belum balik dari menjemput anaknya. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dan Ahmad pun tak dapat dihubungi, buatkan dia semakin tidak senang duduk memikirkan mereka. Ahmad tidak pernah menjemput Kayla selewat begini. Ini pertama kalinya mereka lewat.

Atau ada apa apa yang terjadi pada mereka? Perbagai andaian buruk mula berlegar dipikiran Harith. Dari tadi dia hanya kehulur kehilir menantikan kepulangan mereka

Sebelum kereta yang dipandu Ahmad sudah berbunyi. Buatkan Harith sedikit merasa lega tidak terjadi apa apa yang buruk pada mereka. Dengan pantas Harith menapak langkah ke arah kereta itu.

Dan sebaik saja Ahmad keluar dari dalam dengan sendirinya tanpa ada Kayla. Buatkan riak wajah Harith serta merta berubah dan tidak sedap hati. Dimana anaknya Kayla? Kenapa Ahmad tidak membawanya sekali pulang bersama?

"Ahmad, Kayla mana?" soal Harith terus pada lelaki itu sedari tidak melihat langsung kelibat Kayla didalam kereta itu.

Sebelum tiba tiba saja Ahmad berlutut dihadapannya dengan raut wajah yang sedikit takut. Buatkan Harith bertambah pelik memandang pengawalnya itu.

"Tu-an.. Ma..maafkan saya.." ucap Ahmad terus sedikit terketar ketar.

"Ahmad apa dah jadi? Mana Kayla ha?" soal Harith kembali tidak mempedulikan kata maaf dari lelaki itu. Yang terpenting untuk dia tahu, dimana anaknya Kayla?

"Sa.. Saya tak.. Tahu tuan.." jawab Ahmad mulai tergagap gagap, seluruh wajahnya sudah basah lencur disebabkan peluh yang tak henti mengalir di wajahnya.

"Apa maksud kau? Mana anak aku Ahmad!" bentak Harith terus bila dimana dia langsung tidak mendapatkan penyataan jelas dari Ahmad.

"Maafkan saya tuan. Saya dah cari Kayla dimana mana. Tapi tak ada, sekarang ni saya tak tahu Kayla dekat mana." jelas Ahmad lagi, buatkan Harith sudah semakin bengang terus saha menarik kolar baju Ahmad.

"Aku suruh kau jaga dia, macam mana dia boleh hilang!" jerkah Harith mulai emosi.

Ahmad tidak tahu harus berkata apa lagi. Dia hanya diam merelakan saja dirinya dipukuli oleh Harith. seluruh tubuhnya sudah mengigil lemah. Dia yang salah kerna lewat menjemput dan tidak menjaga Kayla dengan baik.

Sekarang ini Kayla sudah hilang entah kemana, sudah pasti Harith sangat marah padanya.

Harith mula melayangkan tumbukan berkali kali pada wajah pengawalnya itu, buatkan Ahmad jatuh tersungkur berkali kali dihadapan Harith. Dia pasrah dirinya dipukuli kerna itu memang sudah jadi hukuman atas kecuainnya.

"Aku takkan maafkan kau kalau jadi apa apa dekat anak aku" Harith terus menerus menghamburkan amarahnya sehinggakan dia tidak berhenti membinasakan Ahmad dengan sepuasnya.

Sehingga tubuh Ahmad sudah lemah tidak berdaya wajahnya pun sudah berlumuran darah. Barulah Harith melepaskan cengkaman itu. Dan berhenti dari memukuli Ahmad lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience