****
Haneul melangkah pergi ke pejabat Tuan Gyongjoo. Park seul menunggu dengan penuh debaran. Dia takut2 kalau ada perkara buruk yang akan berlaku dekat Haneul.
Tahu2 sahajalah perangai Gyongjoo. Seorang yang perengus. Panas baran. Sebelum ni banyak kali Haneul di tengking oleh Gyongjoo. Kadang-kala Gyongjoo akan memarahi Haneul hanya kerana hal remeh-temeh.
Alamatnya setiap hari Haneul memaki hamun lelaki itu di belakangnya. Ketika dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Gyongjoo dekat kawan-kawannya.
Dan kali ini kelihatan seperti Haneul telah dimarah teruk oleh Gyongjoo apabila Haneul pulang ke tempatnya dengan muka yang masam mencuka. Lebih masam seperti sebelumnya. Tapi kali ini juga wajah Haneul kelihatan memerah. Dah tentu dia kena marah habis-habisan dengan Gyongjoo.
"Apa yang berlaku?" Soal Park Seul. Dahinya berkedut, kelihatan seperti dia sedang menahan marah.
Tiba2 mata Haneul berair seperti hendak menangis.
"Ish. Tak guna betul si Gyongjoo tu. Berani dia buat kau menangis. Dia memang nak kena. Biar aku kasi pengajaran dekat dia." Park Seul hendak berdiri dan pergi menyerang Gyongjoo. Tapi sempat dihalang oleh Haneul.
"Kau ok tak?" Park Seul memegang tangan Haneul. Rasa marahnya sudah menggelegak dalam hati.
Rakan2 mereka yang lain hanya memandang dengan simpati. Mereka juga tak suka kan Gyongjoo si pakcik tua a.k.a lelaki panas baran itu. Tetapi mereka juga tidak berani hendak berlawan menentang lelaki itu. Memandangkan jawatan Gyongjoo agak tinggi di syarikat itu. Kalau mereka melawan, silap hari bulan mereka yang akan dipecat.
Park Seul mengusap belakang badan Haneul untuk meredakan tangisan Haneul. Setelah tangisan Haneul reda, Haneul seperti hendak memberitahu sesuatu dekat Park Seul.
Tapi belum sempat Haneul bersuara, kelihatan kelibat Gyongjoo datang menghampiri mereka. Wajah bengis Gyongjoo begitu menyakitkan hati pekerja2 lain. Haneul tiba2 kelihatan takut apabila Gyongjoo datang menghampirinya.
"NAK APA!" Entah dari mana kekuatan itu datang. Park Seul tiba2 berdiri di hadapan haneul untuk melindungi Haneul.
Gyongjoo memandang Park Seul dengan pandangan tajam. Dia kemudiannya tersenyum sinis.
"Haneul. Ke sini." Gyongjoo memanggil Haneul dengan nada dingin.
"KENAPA HANEUL PERLU PERGI DEKAT ENGKAU?" Park Seul menengking. Dia semakin geram dengan Gyongjoo. Tangannya terasa gatal. Macam nak tumbuk orang pun ada juga.
"Kamu tak payah nak lindungi Haneul. Pekerja yang tak bertanggungjawab." Gyongjoo menuduh Haneul.
"Apa maksud tuan?" Soal Haneul dalam nada lemah. Belum sempat Haneul hendak membela diri, Gyongjoo menengking
"TAK PAYAH NAK BERDALIH. DAH NAMA PUN TAK BERTANGGUNGJAWAB. MANA ADA ORANG YANG BUAT SALAH NAK MENGAKU DIA BUAT SALAH!" Kata2 Gyongjoo membuatkan semua orang terkejut. Mereka tidak sangka yang Gyongjoo akan menggelar Haneul seorang yang tidak bertanggungjawab macam itu.
Malah mereka juga tidak tahu sebab apa Haneul dituduh sebagai orang yang tidak bertanggungjawab.
"Ta.... Tapi.... Bukan.... Saya yang.". Haneul hilang kata2.
Park Seul dah geram. Dia harus bertindak. Jika dibiarkan, makin naik lemak si Gyongjoo. "APA SALAH HANEUL? SAMPAI KAU SANGGUP PANGGIL DIA MACAM TU?" Marah Park Seul.
Pekerja yang lain tidak menyangka yang Park Seul berani menengking Gyongjoo.
"Dia dah hilangkan fail untuk projek Hotel bertaraf 5 bintang. Dah lah saya perlu bentangkan fail itu petang ini. Senang2 je dia hilangkan fail itu. Dasar perempuan tak guna. Dasar...." Belum sempat Gyongjoo habis bercakap, satu tumbukan hinggap di pipi kiri Gyongjoo. Tumbukan itu telah menyebabkan Gyongjoo hilang imbangan dan terduduk di lantai. Malah pandangan dia juga berpinar kerana pening. Penangan penumbuk yang kuat itu.
Pekerja yang lain jadi terkejut apabila ada yang berani menumbuk Gyongjoo.
Gyongjoo memandang orang yang berdiri dekat dengannya. Dia pasti orang itu yang telah menumbuk mukanya. Kelihatan Park Seul berdiri di hadapannya dengan wajah bengis.
"KAU. SUKA2 HATI JE KAU PANGGIL KAWAN AKU PEREMPUAN TAK GUNA? KAU INGAT KAU TU BAIK SANGAT KE? SI ORANG TUA PERENGUS DAN PANAS BARAN. SEMUA PEKERJA DEKAT SINI BENCIKAN KAU. DAN KAU TUDUH HANEUL HILANGKAN FAIL ITU? KAU DAH SIASAT BETUL2 KE? CUBA KAU TENGOK RAKAMAN CCTV YANG ADA. LAIN KALI, SIASAT BETUL2 BARU AMBIL TINDAKAN. TAK GUNA." Park Seul menengking.
"Seul." Lemah suara Haneul membuatkan Park Seul berundur ke belakang untuk mendapatkan Haneul. Tapi di tengah jalan, dia berhenti dan kembali mendekati Gyongjoo. "Dan ini balasan sebab kau buat Haneul menangis." *Dush* Satu tumbukan hinggap di batang hidung Gyongjoo menyebabkan Gyongjoo menjerit sakit. Darah mengalir keluar dari lubang hidungnya.
Kemudian Park Seul mengambil begnya dan beg Haneul. Sebelum dia berlalu pergi, dia memandang Gyongjoo lagi.
"Kau dengar sini. Jawatan kami dalam pejabat ni juga penting. Tapi kami tak akan datang kerja selagi kau tak minta maaf dekat Haneul. Ingat tu. Sebelum kau melutut minta maaf depan Haneul, kami tak akan datang kerja." Kemudian Park Seul membawa Haneul beredar meninggalkan pejabat itu.
Gyongjoo mengesat tepi bibirnya yang terluka dan berdarah itu. Darah di hidungnya sudah berhenti. Pekerja2 yang lain berlakon seperti sedang membuat kerja mereka apabila Gyongjoo melemparkan pandangan tajam dekat mereka.
Kemudian Gyongjoo berdiri dalam keadaan terhuyung-hayang. Kuat juga penangan penumbuk yang diberikan oleh Park Seul. Hingga mampu membuatkan dia pening seperti itu.
Kemudian dalam keadaan terhuyung-hayang, dia pergi ke bilik pengawal untuk melihat rakaman cctv. Dan betul apa yang Park Seul katakan. Bukan Haneul yang mencuri atau menghilangkan fail itu. Dengan pantas Gyongjoo pergi ke pejabat orang yang telah mencuri fail itu. Kerana orang itu merupakan salah seorang pekerja yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam pejabat itu.
****
Park Seul memandu kereta Haneul dengan berhati-hati. Pada mulanya dia bercadang hendak menghantar Haneul kerumah ibu bapa Haneul. Tapi Haneul telah menolak. Dengan alasan dia tidak mahu risaukan ibu dan bapanya. Akhirnya dia buat keputusan untuk membawa Haneul pulang ke rumahnya.
Ketika mereka sudah sampai di rumah Park Seul, Haneul sedang tidur. Mungkin kerana penat menangis ketika di pejabat tadi.
"Haneul. Bangun. Kita dah sampai." Park Seul menggoyangkan tubuh Haneul dan perlahan-lahan Haneul membuka mata. Kemudian dia mengeliat. Tapi kali ini dia tersenyum.
"Weh. Aku tak sangka. Dua kali dia marah kau." Park Seul menumbuk stereng kereta. Masih tidak puas hati dengan Gyongjoo.
"Seul ya." Haneul memanggil dengan perlahan.
Park Seul tidak menyahut. Dia memandang Haneul dengan pandangan pelik. Kerana tiba2 muka Haneul berubah menjadi merah seperti sedang malu.
"Sebenarnya. Masa dekat pejabat tu...."
****
Sementara itu di pejabat, Gyongjoo melangkah dengan laju untuk menuju ke pejabat si pencuri yang sebenar. Salinan rakaman cctv ada padanya. Pendrive itu digenggam dengan kuat. Disebabkan pencuri itulah dia telah salah sangka dekat Haneul dan telah menengking Haneul depan orang ramai.
Dan yang paling dia tidak sangka ialah, orang itu lah yang telah menuduh Haneul. Yang telah menghasutnya agar menyalahkan Haneul.
Kemudian dia berhenti di hadapan pejabat seseorang. Pintu pejabat diketuk tiga kali.
"Masuk." Dingin nada suara itu.
Tapi setelah lihat Gyongjoo yang masuk, nada suara tadi bertukar menjadi manja.
"Oppa. Oppa ada apa datang ke pejabat saya?" Soal perempuan itu dengan gedik. Dia berdiri dan menuju ke arah Gyongjoo apabila dia melihat Gyongjoo mendepakan tangan. Mungkin dia menyangka yang Gyongjoo hendak memeluknya.
Tapi tekaannya silap apabila ketika dia sampai dekat dengan Gyongjoo, satu tamparan hinggap di pipinya.
"Yaaaah. Oppa. Kenapa oppa lempang saya?" Jerit perempuan itu.
"Kau. Pandai kan kau putar belitkan cerita. Kau tuduh Haneul curi fail tu. Tapi rupa2nya, kau yang curi." Dingin nada suara Gyongjoo.
"Apa yang oppa cakap ni? Ni mesti Haneul yang hasut oppa kan? Semuanya sebab oppa dah terlalu sayangkan Haneul kan? Oppa ingat saya tak nampak dan tak dengar ke apa yang korang bualkan masa oppa panggil Haneul masuk ke dalam pejabat oppa? Oppa melamar dia kan? Oppa cakap yang oppa dah lama sukakan dia kan. Oppa kejam!" Perempuan itu seperti hilang akal. Dia menyelerakkan barang2 yang ada di atas mejanya kerana terlalu marah dan sedih.
Tapi perkara itu sedikit pun tidak mengganggu fikiran Gyongjoo.
"Ya. Memang aku dah lama sukakan Haneul. Aku dah melamar dia ketika dia masuk kedalam pejabat aku pagi tadi. Dan aku tak akan maafkan kau sebab kau dah fitnah dia." Kemudian Gyongjoo keluar dari pejabat itu.
"OPPA JAHAT!" Perempuan itu menjerit kerana terlalu marah.
Pekerja-pekerja yang lain turut terkejut dengan situasi yang berlaku secara tiba2 itu.
****
Di rumah Park Seul.
"Betul ke apa yang kau cakap ni?" Soal Park Seul sambil menekup mulutnya tanda tidak percaya. Perasaannya bercampur-baur. Antara kelakar dengan aneh. Membuatkan dia rasa nak ketawa sekarang ini.
"Betul. Gyongjoo melamar aku." Haneul menutup mukanya kerana malu.
"Laaaa. Habis tu. Mula2 kau menangis tadi bukan sebab kau kena marah dengan dia ke?" Soal Park Seul dalam nada terkejut.
"Sebab marah? Beb. Pernah ke selama ni aku menangis sebab kena marah dengan dia?" Soal Haneul dengan aneh.
Park Seul geleng kepala. Memang sebelum2 ni Haneul tak pernah menangis bila kena marah dengan Gyongjoo.
"Tapi kau ni. Buat aku risau je lah. Ada ke patut kau nangis macam kau kena marah. Ish. Tak pasal2 si Gyongjoo tu kena penumbuk dari aku. Dua kali kau." Park Seul mendengus. Terasa bersalah pula bila dia tumbuk Gyongjoo.
"Yang tu memang patut pun kau tumbuk dia. Huh!" Kali ini Haneul pula yang mendengus kasar. "Ye lah. Tiba2 je datang dan tengking2 aku depan orang ramai. Dia cakap yang aku dah curi fail penting tu. Dia ingat aku ni apa? Tak ada kerja lain ke? Dah sah2 aku pun terlibat dalam projek tu. Tak kan lah aku nak curi fail tu. Ape faedah yang aku dapat kalau aku curi fail tu? Bengog punya pakcik tua." Sambung Haneul.
Park Seul angguk setuju dengan kata2 Haneul. "Aku tarik balik rasa bersalah aku dekat dia. Dia memang patut di tumbuk." Balas Park Seul.
"Tu lah. Masa nak melamar aku, baiknya lain macam. Bila dia bercakap, lebih lembut gigi dari lidah. Tapi tuptup aku ditegkingnya." Haneul merasa kesal dengan sikap Gyongjoo yang boleh berubah secara tiba2 tadi.
"Tapi kan. Aku rasa pelik lah." Park Seul memandang Haneul dengan dahi yang berkerut.
"Hmmmm? Pelik? Apa yang peliknya?" Soal Haneul yang turut mengerutkan dahinya.
"Sebab. Aku tengok telefon kau macam bergetar dari tadi. Macam ada panggilan yang masuk." Park Seul memandang telefon milik Haneul yang kelihatan bergetar itu.
"Haah lah. Ada call. Sekejap ye." Haneul mengangkat telefonnya dan melihat skrin telefonnya. Apa yang dilihatnya sekarang membuatkan dia tercampakkan telefonnya dengan tiba2. "OH MY GLITTER." Jerit Haneul kerika tercampakkan telefonnya. Mujur lantai itu ada karpet, kalau tidak mesti skrin telefon itu jadi retak seribu akibat dibaling dengan kuat oleh Haneul.
"Kau dah kenapa?" Soal Park Seul dengan aneh.
"Tu. Dia call." Haneul memandang telefonnya dengan membuat reaksi takut.
"Siapa?" Soal Park Seul lalu mengambil telefon itu. Tertera nama Gyongjoo di skrin telefon Haneul. "Tak apa. Biar aku yang jawabkan." Balas Park Seul.
Belum sempat Haneul menahan, Park Seul sudah menjawab panggilan itu.
"NAK APA?" Jerit Park Seul. Sengaja dia jerit. Biar Gyongjoo tahu yang dia tengah geram. "Haneul tak nak bercakap dengan kau. Dari tadi dia menangis tak henti2. Puas kan?" Marah Park Seul lalu dia memberikan isyarat kepada Haneul supaya membuat suara orang menangis.
Haneul faham akan isyarat itu, lalu dia berpura-pura soal Park Seul menggunakan nada suara lemah. "Si... siapa tu. *Sob*." Soal Haneul. Padahal ketika itu dia sedang menahan ketawa.
"Gyongjoo yang telefon. Kau jangan takut. Biar aku uruskan dia. Kau janganlah menangis. Dia tak ada dekat sini. Dia tak akan dapat apa2kan kau." Pujuk Park Seul. (Berlakon je).
"Huaaaa.... Aku tak bersalah. Tapi ke.... kenapa dia salahkan aku?" Haneul berpura-pura meraung.
Tiba2 Park Seul mengaktifkan mode speaker.
*"Park Seul ssi. Tolonglah. Bagi saya bercakap dengan Haneul."* Kedengaran suara Gyongjoo seperti merayu.
"Kau. Nak bercakap dengan Haneul? Nak buat apa? Nak marah Haneul lagi? Nak tengking2 dia lagi? Kau ingat dia tak ada maruah ke?" Soal Park Seul. Tiba2 rasa geram pulak.
Ketika itu Haneul sedang menutup mulut untuk menahan ketawa.
Sunyi. Tidak kedengaran jawapan dari Gyongjoo.
"Haaaa. Tak nak jawab? Kalau tak nak jawab, aku tutup call ni." Park Seul mengugut.
*"Sekejap sekejap."* Kedengaran suara Gyongjoo seperti gelabah.
Park Seul dan Haneul hampir2 ketawa. Tapi nasib baik mereka sempat tutup mulut dan Park Seul jauhkan telefon itu darinya. Agar bunyi ketawa tidak kedengaran.
*"Sebenarnya saya telefon ni sebab saya nak bagi tahu dekat Haneul. Saya dah jumpa pencuri yang sebenar. Pencuri yang telah curi fail penting itu. Jadi saya nak minta maaf dekat Haneul. Saya harap yang Haneul dan Park Seul akan datang kerja seperti biasa."* Kedengaran Gyongjoo mengeluh di hujung talian.
*"Tapi. Saya terpaksa tuduh Haneul atas satu lagi tuduhan mencuri."* Tegas nada suaranya.
Park Seul memandang Haneul dengan aneh. Haneul hanya angkat bahu tanda tidak tahu apa2. "Dia ni. Buat hal lagi." Park Seul bercakap tanpa mengeluarkan suara. Tapi dapat difahami oleh Haneul.
*"Haneul ssi. Saya tahu kamu dengar apa yang saya katakan sekarang ini. Saya nak awak tahu. Yang awak lah yang telah mencuri hati saya. Saya harap awak boleh jaga hati saya dengan elok ye."* Sambung Gyongjoo dengan sekali nafas.
Haneul dan Park Seul terkedu. Mereka tidak sangka yang mereka akan dengar Gyongjoo si lelaki perengus dan lelaki panas baran itu akan mengucapkan kata2 yang agak romantik bagi mereka.
*"Haneul ssi? Park Seul ssi?"* Panggil Gyongjoo setelah agak lama Haneul dan Gyongjoo mendiamkan diri.
Tiba2 Haneul merampas telefonnya dari tangan Park Seul dan mematikan talian. Park Seul turut terkedu dengan tindakan Haneul. Kelihatan pipi Haneul memerah bererti dia sedang malu.
****
TBC
Share this novel