Park Seul bernyanyi kecil. Krim pelindung UV disapu denga berhati-hati. Dia juga tersenyum-senyum kerana terlalu gembira. Hari itu dia akan keluar bersama rakan2nya untuk membeli-belah.
*KLINK* Korang dah siap ke? –Haneul
*KLINK* Aku tinggal pakai kasut je ni. Yang lain dah beres. –Leeyeon
Kemudian Park Seul mecapai telefonnya dan menaip sesuatu. Setelah itu ikon send ditekan dan mesej dihantar kepada rakan-rakannya.
*KLINK* Aku tunggu driver aku ambil. >.< –Park Seul
*KLINK* =_= Amboi, banyak cantik kau. Tak pasal-pasal aku kena jadi pemandu tak bergaji. –Haneul
*KLINK* Alolo. Kakak Haneul kita merajuk. Janganlah merajuk. Nanti aku belanja airkrim baskin robin ya. –Deeja
Park Seul geli hati ketika membaca perbualan rakan-rakannya dalam group mereka yang diberi nama CRAZY BUDDIEZ
Mereka mengakhiri perbualan mereka apabila Haneul mengatakan yang dia akan bertolak ke rumah Deeja, diikuti rumah Leeyeon dan akhirnya ke rumah Park Seul.
Park Seul ada kereta sendiri, tetapi buat masa sekarang keretanya telah dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
Sementara menunggu rakan-rakannya sampai, Park Seul melayan laman sesawang fac untuk menghilangkan rasa bosan. Dia melihat terdapat pelbagai status yang bermacam-ragam.
Ada yang sedang luahkan rasa tidak puas hati. Ada yang begosip. Ada yang bercakap mengenai artis pujaan mereka. Ada yang bermain game dan banyak lagi jenis status yang mereka muat naik di laman Fca. Ada juga yang mahu menjadi rakannya walaupun pada hakikatnya Park Seul tidak mengenali mereka.
Setelah semua permintaan menjadi rakan faceboo diterima, Park Seul melawati sebuah kumpulan yang diberikan nama (CHATTING BUDDYZ INTERNATIONAL). Dia membaca satu-persatu status yang dihantar.
Kemudian ada status yang dihantar yang telah menarik perhatiannya. Malah status itu mendapat sambutan ramai pengunjung fac. Status itu adalah satu game hari jadi. Peraturannya sangat mudah, anda harus memilih perkataan mengikut tarikh lahir anda dan sambungkan setiap perkataan menjadi satu ayat.
Status / game itu seperti berikut:
JOM MAIN GAME TARIKH LAHIR. JUST FOR FUN.
Pilih makanan di bawah mengikut bulan kelahiran anda: (Saya makan ....)
1. KEK
2. PIZZA
3. KFC
4. SPAGHETTI
5. KEJU
6. KENTANG PUTAR
7. KEK COKLAT
8. SOS
9. KEROPOK
10. GULA-GULA
11. KEK KEJU
12. MAKANAN KEGEMARAN SAYA
Pilih orang yang menenami anda makan mengikut hari anda lahir: (bersama .... saya)
1. TEMAN LELAKI
2. IBU
3. JIRAN
4. CIKGU MATEMATIK
5. TEMAN TAPI MESRA
6. KAKAK
7. PAKCIK
8. ATUK
9. DFF
10. ADIK LELAKI
11. MUSUH
12. KUCING
13. ARTIS KEGEMARAN
14. BODYGUARD
15. BEKAS TEMAN LELAKI
16. MADU
17. ANAK
18. MAKCIK KEPADA JIRAN
19. HAIWAN PELIHARAAN
20. NENEK
21. MAKCIK
22. RAKAN SEKELAS
23. CHILDHOOD FRIEND
24. GIRLFRIEND
25. ADIK KAWAN
26. BOS
27. PEMINAT
28. RAKAN FAC
29. PEMBANTU RUMAH
30. PENJAGA
31. TUKANG KEBUN RUMAH
Pilih lokasi mengikut warna baju yang anda gunakan sekarang: (di ....)
MERAH : BAWAH JAMBATAN
BIRU : TEPI PANTAI
JINGGA : CAFÉ
UNGGU : KANTIN SEKOLAH
KUNING : BILIK AIR
KELABU : DAPUR
HITAM : ATAS BUMBUNG SEKOLAH
HIJAU : HUTAN
PINK : DALAM BILIK TIDUR
PUTIH : MAJLIS PERKAHWINAN
PELANGI : TAMAN PERMAINAN
BLAND. C : KEBUN BUNGA
LAIN2 : DALAM MIMPI
"Hmmmm. Macam menarik je permainan ni." Bisik Park Seul sambil mengusap dagunya. Dia sedang berfikir. Patutkah dia cuba untuk turut serta main permainan itu. Setelah beberapa minit berfikir, akhirnya dia membuat keputusan untuk turut serta main permainan itu.
Dia menekan ruangan untuk memberi komen dan dia bersedia untuk menaip jawapannya.
"Ok. Mula-mula pilih makanan mengikut bulan kelahiran anda. Huhu, minta-mintalah dapat makanan kegemaran aku." Park Seul melihat apa yang perlu dia pilih. "Aku lahir pada bulan April, bererti nombor empat. Empat. Empat. Mana kau empat?" matanya melilau mencari nombor empar sambil mulut nya berkumat-kamit menyebut perkataan nombor empat. "Ahaaaa. Dah jumpa. Saya makan spaghetti? Wow, sedapnya. My favourit food." Park Seul bersorak gembira kerana jawapannya adalah makanan kegemarannya. Kemudian dia menaip jawapan sambil ketawa. "S....a.... Saya makan spa....ghe....double t....i.... Saya makan spaghetti." Bisik Park Seul sambil menaip jawapan yang diberikan.
Kemudian dia mencari jawapan kedua iaitu pilih orang yang menenami anda makan mengikut hari anda lahir. Kali ini dia mencari nombor Sembilan kerana hari dia dilahirkan adalah 9. "Nombor sembila. Bersama siapa ya? Nombor satu bersama teman lelaki, well I don't have boyfriend. Nombor dua bla bla bla bla. Nombor tiga bla bla bla bla. Nombor sembila. Dengan BFF saya. Wow, kebetulan apakah ini? Sekejap lagi memang aku nak keluar dengan BFF aku pun." Sekali lagi Park Seul bersorak gembira sambil menaip jawapan yang ditemui.
Sesudah itu, dia mencari jawapan akhir iaitu lokasi mengikut warna baju yang di pakai ketika itu. Baju berwarna jingga. Setelah jumpa jawapannya, dia terus menaip jawapan itu di ruang komen. "waaaah. Kebetulan apakah ini? Saya makan spaghetti bersama BFF saya di café. Terbaik." Park Seul memuji apabila jawapan itu memuaskan hati dia.
Selepas dia menghantar komen itu, kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah. Tahu lah dia yang rakan-rakannya sudah sampai di hadapan rumahnya. Dengan pantas dia mencapai segala barang keperluan dan menuju ke pintu utama. Setelah itu dia keluar.
"Cepatlah puteri oi." Leeyeon mengusik. Haneul dan Deeja hanya ketawa mendengar usikan Leeyeon.
"sekejaplah dayang-dayang ku." Park Seul jerit dalam nada separuh kuat. Setelah selesai menyarungkan kasut dan kunci pintu, dia terus menuju ke kereta BMW berwarna hitam milik Haneul.
Setelah Park Seul masuk ke dalam kereta, kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Park Seul. Meluncur laju menuju ke destinasi mereka.
****
"Weh korang, tadi aku main permainan dekat fac. Best permainannya. Permainan pilih perkataan mengikut tarikh lahir dan warna baju yang korang pakai." Park Seul memulakan perbualan setelah agak lama mereka mendiamkan diri melayan perasaan masing-masing.
"oh, game tu. Aku pernah main. Sebelum ni aku pernah main pasal idol, aku dapat Jungkook. Huhu tapi aku nak Justin Bieber." Balas Leeyeon dalam nada sedikit kesal.
Haneul, Deeja dan Park Seul hanya ketawa melihat telatah Leeyeon yang comel bila dia merajuk sebab tak dapat apa yang dia nak. (comel ke XD).
"Haaaa. Apa kata aku guna tarikh lahir korang. Sekejap ye." Kata Park Seul. Dia melayari laman sesawang fac. Setelah jumpa game tadi, dia menghela nafas lega.
"apa kepututsannya?" soal Leeyeon yang turut teruja.
"sabar sabar." Deeja mencelah.
Park Seul tersenyum memandang Deeja. "tarikh lahir kau 20/7 kan?" soal Park Seul meminta kepastian dekat Deeja.
Deeja angguk menandakan Park Seul betul. Tiba-tiba dia pun rasa berminat, lali dia mengintai skrin telefon Park Seul. Tapi sempat di halan oleh Park Seul.
"Mana boleh tengok. Nanti tak suspen lah." Marah Park Seul sambil menutup skrin telefonnya menggunakan tapak tangan.
"urm. Yelah yelah." Balas Deeja dalam nada sedikit merajuk. Park Seul hanya tersenyum mengusik.
"Ok. Bulan kau lahir ialah bulan 7. Saya makan kek coklat.... Yuuuu uor favorite food." Ujar Park Seul sambil bertepuk tangan buat Deeja. Deeja turut tersenyum lega, mujur dia tidak dapat makanan yang pelik-pelik. "Bersama hahahahahaha nenek saya. Di. Kau pakai baju warna hijau, jadi di hutan? Apa yang kau buat di hutan dengan nenek kau?" soal Park Seul dengan pantas selepas selesai membaca.
Haneul dan Leeyeon hanya ketawa geli hati dengan hasil yang Deeja dapat.
"Laaaa. Aku pergi berkemah lah dekat dalam hutan tu. Pergi camping." Balas Deeja seperti tidak mahu kalah. "Haaaa. Korang ketawakan aku ye? Lepas ni giliran korang pula. Meh aku bacakan." Deeja hendak merampas telefon Park Seul, tapi Park Seul sempat mengelak menyebabkan Deeja hanya memunungkan bibir tanda merajuk.
"Alaaaa, rilex la. Ni game je babe. Ok, lepas ni aku buatkan untuk Haneul dan Leeyeon. Kalau hasilnya pelik, kau boleh ketawa puas-puas ye." Pujuk Park Seul dan muka Deeja kelihatan agak ceria.
"Eh, kenapa aku pula yang kena?" soal Haneul berpura-pura tidak tahu.
"Sebab kau pun ketawakan aku tadi. Kau ingat aku tak dengar ke? Gigit pipit u baru tahu." Balas Deeja sambil mencubit pipi Haneul.
"oi, aku tengah memandu ni." Haneul berpura-pura marah.
"Ok-ok. Haneul lahir pada bulan januari, iaitu satu. Hari 22. Dan pakai baju warna biru. Sekejap ya." Park Seul mencelah. Kemudian dia senyap seketika menandakan yang dia sedang berikan perhatian untuk mencari jawapan yang tepat. "Haaaa. Dah jupa. Nice. Saya makan kek dengan rakan kelas saya di tepi pantai. Woah, terbaik." Sambung Park Seul yang akhirnya menunjukkan tanda ibu jari ke atas tanda bagus.
"Nasib kau begitu baik wahai sahabatku." Deeja mencelah sambil menepuk perlahan bahu Haneul. Haneul hanya ketawa lega tanpa menoleh kearah Deeja kerana dia perlu memberikan perhatian ketika memandu.
"Lepas ni giliran Leeyeon pula." Deeja memandang Leeyeon dengan pandangan mengusik.
Leeyeon menjelirkan lidah untuk membalas usikan Deeja.
"Ok-ok. Leeyeon pula 12/5, pakai baju warna hitam. Sekejap ye. Bulan lima, saya makan keju. 15 hari bulan bersama bekas teman lelaki saya. Hitam di atas bumbung sekolah. Woah, bestnya dekat atas bumbung sekolah. Cuma bekas teman lelaki je yang agak.... Hahahaha." Ujar Park Seul yang kemudiannya tersenyum kekok.
Kalau betullah Leeyeon berjumpa dengan bekas teman lelakinya, pasti lelaki itu akan diganyang-ganyan olehnya. Dah lah teman lelakinya curang dengannya, lepas itu banyak juga jmlah duit yang ditipu oleh bekas teman lelakinya. Kalau mereka berjumpa kelak, sia-sia je lelaki itu makan penumbuk percuma dari Leeyeon.
Haneul dan Deeja angguk perlahan seperti memahami maksud Park Seul. Leeyeon hanya tersenyum jahat. Sepertinya dalam minda dia, dia sedang berfikir yang dia sedang belasah teman lelakinya.
"Kalau dia cuba apa-apakan kau, kau call je aku. Nanti aku sepak ehem-ehem dia. Baru dia tahu yang wanita bukan senang ditindas." Kata Deeja sambil menggenggam penumbuknya. Lagipun Leeyeon tu bff dia, mestilah dia hendak melindungi bff dia.
Kata Deeja itu membuatkan Leeyeon tersenyum senget dan menunjukkan ibu jari ke atas tanda bagus.
"lepas tu aku akan tumbuk mata dia. Biar dia tak boleh kenyit mata dekat orang lain dah. And then aku sedekahkan fying kick dekat dia. Deeja win." Sambung Deeja lagi sambil membuat gaya orang yang menang dalam permainan tumbuk-menumbuk.
Perkara itu membuatkan Park Seul, Haneul dan Leeyeon ketawa tidak kering gusi.
Setelah sampai di pusat membeli-belah, mereka turun dan memulakan operasi mereka iaitu membeli-belah.
****
"Thanks. Hati-hati ye." Deeja melambaikan tangan. Setelah kereta Haneul hilang dari pandangan, Deeja membuka pintu rumahnya untuk masuk ke dalam. Ketika dia melangkah masuk, kedengaran bunyi television masih dipasang. 'Mesti nenek tak tidur lagi ni.' Bisik Deeja dalam hati. Kemudian dia berjalan kea rah kerusi di ruang tamu untuk mendekati neneknya yang sedang menonton televisyen.
"Lambatnya kamu balik hari ni." Tegur neneknya dalam nada tenang.
Deeja tahu neneknya tidak marahkan dia balik lewat, sekadar hendak bertanya. Tapi dia menolak untuk memberikan alas an kenapa dia balik lewat. Sebaliknya soalan yang diberikan kepada neneknya.
"Nenek, kenapa tak tidur lagi?" soal Deeja yang ketika itu sedang duduk di sebelah neneknya.
"Nenek tak mengantuk lagi." Balas neneknya sambil mengusap kepala Deeja dengan lembut. "eh kamu ni, nenek tanya dia tak jawap. Tapi dia soal nenel balik." Sambung nenek Deeja yang baru sedar bahawa soalannya tidak dijawab oleh Deeja.
Deeja hanya ketawa perlahan. "nenek. Deeja dah mengantuk lah. Nak pergi tidur. Bye nenek. Selamat malam." Dengan pantas Deeja mencium dahi neneknya dan berlari menaiki tangga untuk menuju ke biliknya.
Neneknya hanya ketawa perlahan dan angguk.
Sebelum tidur, dia melayari laman sesawang fac. Berharap yang dia akan jumpa permainan yang macam Park Seul main petang tadi. Namun dia tidak jumpa permainan yang sama. Bebrapa minit kemudian dia mematikan telefonnya kerana matanya sudah kuyu. Dia berdiri dan menuju ke bilik air untuk bersihkan diri sebelum tidur.
****
"weh, Leeyeon. Hari itu aku ada Nampak Hyunmin dekat pasaraya." Park Seul bersuara setelah agak lama mereka berdiam diri.
Leeyeon memandang Park Seul dengan aneh.
"Janganlah pandang aku macam tu." Park Seul mengelak dari terus dipandang oleh Leeyeon kerana pandangan Leeyeon ketika itu kelihatan agak menakutkan.
Pada mulanya, mereka bercadang untuk meneruskan perbualan mereka. Tapi niat mereka terhenti apabila mereka sudah tiba di rumah Leeyeon.
"Nanti kita chat dekat group ye." Kata Leeyeon sambil melihat skrin telefonnya. Kalau-kalau ada chat yang masuk dari Deeja. Tapi taka da sebarang chat. "Mesti Deeja dah tidur. Lena di ulit mimpi." Leeyeon tesenyum kecil.
"Agaknya kot." Balas Haneul. Park Seul turut angguk bagi meng-iyakan kata-kata Haneul.
"Dah lah, aku nak kelaur ni. Kau nak duduk dekat sini ke?" soal Leeyeon sambil memandang Park Seul yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian belakang.
"Boleh juga." Balas Park Seul ringkas.
Setelah Leeyeon keluar dan Park Seul duduk di tempat duduk pemandu, kereta Haneul meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Leeyeon.
****
Park Seul baring di katilnya sambil menguap. Badannya terasa penat selepas seharian jalan-jalan di mall bersama-sama rakan-rakannya petang tadi. Jam di dinding dilihat denagn sekilas pandang. "Baru pukul 10 malam." Gumam Park Seul. Sesekali dia bermain dengan rambutnya kerana agak bosan. Dia bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah siap, dia baring semula di atas tilamnya.
Kemudian dia menyanyikan korus Mee Too nyanyian Meghan Trainor. 'If I was you, I'd wanna be me too, I'd wanna be me too.'
Dia bernyanyi perlahan hingga dia telena dibuai mimpi.
Suasana di dalam bilik itu kembali sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yang sedang berpusing dan bunyi jarum jam minit yang berputar mengikut peredaran masa.
Park Seul sudah lena di ulit mimpi. Mungkin kerana dia terlalu penat.
Di satu sudut di dalam biliknya, seseorang sedang memerhatikannya tanpa dia sedari. Kerana orang itu sudah berada di dalam bilik Park Seul semenjak dia pulang tadi. Boleh di katakana, setiap hari dia akan bediri di situ dan memerhatikan gerak-geri Park Seul.
Manusia itu memandang tubuh Park Seul sambil tesenyum menyenget. "Soon baby soon. Soon you'll be mine. Im gonna get you and I'm gonna stole your heart. Because you heart doesn't belong to you. It's mine." Bisik manusia itu. Suaranya kedengaran serak. Kemudian dia ketawa berdecit, seperti orang kerdil dalam filem Hary Potter.
Setelah agak lama dia merenung Park Seul, akhirnya manusia itu membuat keputusan untuk keluar dari tempat dia bersembunyi. Dia hendak menuju kea rah katil Park Seul, tapi niatnya terhenti apabila telefon Park Seul berbunyi. Akibat takut kantoi, dia melarikan diri melalui tingkap. Lagaknya tak ubah seperti seorang ninja. Melarikan diri dalam kegelapan. Tidak kelihatan, tetapi memang wujud. Hanya menunggu masa untuk menjelmakan diri di hadapan Park Seul dan menjalankan rancangannya itu.
TBC
Share this novel