BAB 10

Drama Completed 32366

Jari yang sudah merah berinai dipandang dengan hati yang sayu. Mak Lang yang bersungguh-sungguh nak dia jadi macam pengantin yang lain walaupun hakikatnya nak duduk pun dia kurang mampu.

“jangan la menangis Qis. rosak mekap ni nanti. penat kau tahu aku nak cantikkan kau yang comot ni” bebel Maisara bila melihat airmata deras menuruni lekuk pipi sahabatnya.

“sorry ye. Aku tak perasan bila masa aku menangis” 

Terasa pipinya disapu lembut dengan tisu oleh Risya. Sejak tadi memang dia bersandar pada Risya.

“kak Qis jangan risau ye. Mesti semuanya selamat. Akak la pengantin yang paling cantik Risya pernah jumpa. Mesti abang Wan tak berkelip mata pandang wajah akak kejap lagi”

“bukan tak berkelip sebab cantik. Tapi sebab dia nampak akak macam mayat hidup je”

“akak, apa cakap macam tu”

“betul la. Mana ada cantik kalau muka akak dah tak ada warna”

“akak tetap pengantin paling cantik di mata Risya”

“kesian dekat awak. Dapat isteri yang nak bergerak pun tak mampu”

tutur Balqis perlahan pada Ridhwan yang mengeluarkan baju dari almari.malam pengantin mereka tak seperti pengantin lain. Semuanya terpaksa Ridhwan uruskan sendiri.

“kenapa sayang cakap macam tu.?”

“baju awak pun saya tak boleh tolong siapkan. Kan dah bertambah beban awak”

“setakat baju, abang boleh keluarkan sendiri. Lagipun, sayang bukan beban untuk abang”

“terima kasih Wan”

“abang la sayang. Duk panggil Wan lagi, kita kan dah kahwin lagipun abang ni tua banyak dari sayang”

“tak reti nak panggil awak abang”

“tak reti abang boleh ajarkan. Bukan susah pun untuk orang yang belajar tinggi-tinggi ni nak belajar sebut lima huruf tu”

“pandai la”

“betul la sayang, sanggup tu jadi cleaner sebab nak tengok muka abang. Terharu sungguh ni”

“eh, mana ada. Sapa buat cerita bohong ni?”

“Mak Lang dengan Mia dah cerita semua dekat abang. Ada orang dah jatuh cinta dekat emergency”

“malunya….”

“malu ehhhh? Masa buat dulu tak rasa malu ke?”

“tan nak cakap la. Qis nak tidur”

“ngelat ye”

Balqis buat pekak. Malu pulak bila Ridhwan membangkitkan apa yang dia lakukan dulu.

“tapi abang bahagia sangat dengan tindakan Qis. Sebab tindakan Qis la kita dah jadi suami isteri sekarang”

“abang, dah lama abang tak pergi kerja kan.?”

“cuti abang banyak lagi Qis. Kalau tak cukup abang boleh ambil mc pulak. Sayang tak payah fikir la semua tu”

“esok abang pergi la kerja. Qis rasa dah sihat sikit”

“tak ada benda penting pun. Kerja abang boleh je buat dari rumah”

“pergi la kerja abang. Tengok keadaan pejabat tu. Entah-entah dah penuh dengan spiderweb”

“yelah.”

Balqis tersenyum mendengar jawapan Ridhwan

“nak kemana pulak ni?” soal Ridhwan bila Balqis berpaut pada kepala katil untuk bangun.

“nak ironkan baju kerja abang”

“tak payah la, abang boleh buat sendiri”

“Qis teringin sangat nak buat abang. Boleh ye. Abang papah Qis”

Perlahan Ridhwan bangun. Memapah Balqis ke arah almari baju. Dia hanya memandang wajah Balqis yang tekun memilih baju kerjanya. Tak mampu melarang bila melihat kesungguhan Balqis.

“sayang duduk sini kejap. Abang nak letak iron dekat lantai. Boleh sayang duduk”

Ridhwan mengiringkan silanya. Membolehkan Balqis bersandar pada belakangnya sambil menyudahkan kerja menyerika baju.

“abang kacak sangat bila pakai baju warna pink ni. Pertama kali Qis jumpa abang pun abang pakai warna ni jugak” perlahan Balqis menutur bila melihat Ridhwan bersiap untuk ke tempat kerja. Sungguh dia tak larat nak bangun walaupun dalam hati teringin benar mahu membantu Ridhwan.

“nak ikatkan tie abang?” soal Ridhwan.

Tersenyum Balqis mendengar soalan Ridhwan. “ Qis tak reti ikat tie la abang”

“tak apalah, nanti boleh belajar”

“dah tak sempat kot. Nanti abang cari wife yang pandai ikatkan tie ye”

“Qis cakap apa ni?”

“kita sama-sama tau yang masa Qis dah tak lama abang. Abang kena cari pengganti Qis jugak nanti. Takkan abang nak menduda sampai bila-bila”

“abang dah ada isteri” Ridhwan bangun menuju ke meja solek enggan melayan bicara Balqis lagi. Bimbang andai dia tak mampu menahan air mata.

“cari bahagia abang bila Qis tak ada nanti. Qis minta maaf kalau ada salah Qis selama jadi isteri abang” perlahan suara Balqis menyentuh gegendang telinganya.

“Qis cakap apa ni” Ridhwan kembali duduk disisi Balqis

“terima kasih abang sebab sayang dan terima Qis jadi isteri abang. Boleh tak abang papah Qis keluar, teringin nak sarapan dengan abang dekat luar. Dah jemu makan kat dalam bilik”

“come sayang”

“Qis, kenapa keluar? Mak baru nak hantarkan sarapan”

“nak sarapan dengan abang. Lepas tu nak hantar abang pergi kerja. Rasa sihat sikit hari ni”

“Along dah mula kerja ke?”

“Qis ni mak, beria-ia suruh Along pergi kerja. Dah bosan tengok muka along kat rumah ni kot”

“abang marah ke? Qis minta maaf”

“tak lah, jom kita makan. Nanti lambat pulak abang nak bertolak.”

Dalam diam Balqis memerhati Ridhwan menyuap makan. Sayu hatinya, sejak berkahwin dua bulan lepas tak pernah dia memasak. Semuanya terpaksa mengharap keluarga Ridhwan lakukan.

“abang nak pergi dah ni. Qis duduk baik-baik kat rumah. Kalau ada apa-apa call abang. Takpun panggil mak”

“tahu. Abang jangan risau ok” tangan Ridhwan disalami sebelum dia berpaut pada besi pintu pagar. Bimbang andai Ridhwan ternampak yang kesihatan dia makin merosot. Makin payah dia nak menyuruh Ridhwan ke tempat kerja.

“mak, sibuk tak?” soal Balqis pada Puan Fauziah yang baru masuk ke ruang tamu.

“tak buat apa pun. Kenapa Qis?”

“kalau Qis minta mak bacakan surah Yassin untuk Qis boleh tak?”

“boleh, kenapa pulak tak boleh. Qis tunggu sini kejap, mak pergi ambil wuduk dengan surah Yassin”

Lima minit kemudian, Puan Fauziah mula mengalunkan ayat-ayat suci disebelah Balqis yang bersandar.

“Qis nak baring atas riba mak boleh?”

“boleh sayang”

“Qis rindu dengan arwah mak dan abah. Qis banyak susah mak dan abangkan? Kesian mak kena jaga Qis. Patutnya Qis yang jaga mak”

“Qis, kenapa cakap macam tu? Mak tak pernah rasa susah jaga Qis. Mak dah anggap Qis macam anak mak sendiri.”

“mak…. Lepas Qis tak ada nanti, mak tolong carikan jodoh untuk abang ye. Kesian dia hidup sorang-sorang nanti. Dua kali hilang isteri mesti dia sedih”

“Qis tak payah fikir semua tu. InsyaAllah nanti Qis makin sembuh”

“jangan tipu diri sendiri mak. Kita kena redha dengan ketentuan Ilahi.

Mak tolong bacakan Yasin sampai Qis terlena ye. Kirim salam dekat abang bila dia balik nanti. Pesan dekat dia, ambil surat yang ada dalam laci tu. Maaf sebab tak tunggu abang balik kerja”

“Qis, kenapa cakap macam ni?”

“Qis sayang mak.”

“mak pun sayang Qis”

“terima kasih mak”

Balqis merebah kepala diriba Puan Fauziah. Menutup mata dengan tenang.

“Along, ada mana?” lembut suara Puan Fauziah menyapa telinga Ridhwan.

“dekat pejabat mak. Kenapa?”

“Along balik ye. Qis….”

“kenapa dengan dia?”

“dia dah tak ada nak” terkedu Ridhwan mendengar jawapan dari ibunya. Rupanya ini sebab Balqis menyuruh dia masuk kerja hari ni sejak berkahwin dua bulan lepas.

‘Qis tak nak abang ada sebelah Qis masa Qis nazak nanti. Nanti abang menangis. Tak macho la orang kacak macam abang menangis. Janji ye, jangan menangis bila tengok jenazah Qis nanti’ perlahan kata-kata Balqis dulu kembali beralun ditelinga. Membuatkan airmata turun tanpa sedar.

“kenapa tak tunggu abang sayang?”

Surat yang berada ditangan ditatap sayu,

Buat abang Ridhwan tersayang,

Janji dengan Qis abang tak menangis bila baca semua ni. Qis tak ada apa nak cakap, sebab Qis tak pandai buat ayat. Cuma nak ucapkan jutaan terima kasih kerana ambil Qis jadi isteri abang. Walaupun Cuma seketika.kasih sayang abang amat bermakna dalam hidup Qis. Bagi peluang pada Qis bergelar isteri abang.

Dalam envelope ni ada insuran, kunci kereta dan gerannya, geran rumah dan buku simpanan Qis. Qis tahu abang sendiri dah banyak harta, tapi ini saja harta Qis. Terpulang pada abang nak buat apa dengan semua ni. Jangan risau, untuk Mak Lang sekeluarga dah Qis serahkan pada Mai. Jadi yang ini semuanya milik abang.

Terima kasih kerana menjaga Qis selam menjadi isteri abang. Kejar kebahagian abang dan senyumlah. Sebab abang nampak kacak sangat dimata Qis bila abang senyum.

Jaga diri abang. Terima kasih untuk segalanya.

Salam sayang,
Balqis Mohd Kamal.

“abang pun sayang Qis. Maafkan abang sebab lambat sedar dengan kehadiran Qis. Moga Qis berada dalam rahmatNya”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience