BAB 3

Drama Completed 32366

Balqis termenung sendirian. Memikir untung nasib diri sendiri. Sejak berumur 10 tahun dia kehilangan ibu disebabkan barah otak. Setahun kemudian abah mengikut jejak ibu disebabkan kemalangan jalan raya. Tinggal dia sendiri, kerana dia anak tunggal.

Sejak itu dia dibawa ke rumah Mak Lang. membesar bersama-sama anak Mak Lang yang ramai.Sungguh Mak Lang tak pernah membezakan kasih sayang antara dia dengan anak-anaknya sendiri. Cuma mulut Mak Lang yang agak lantang. Dia diberi kasih sayang sama seperti yang ibu dan abah beri.

Tapi dia faham Mak Lang bukan orang senang. Rumah kampung yang Cuma ada 4 bilik itu tak mampu menampung bilangan mereka yang ramai.

Kesian Risya terpaksa berasak dengan dia dan Zila didalam bilik sempit itu. Jadi bila dapat peluang menuntut di U dia terus keluar dari istana Mak Lang. dan terus menyewa bila sudah tamat belajar. 

Cuma nasibnya telah ditentukan oleh Allah. Tahun terakhir di universiti dia mengetahui tentang penyakit yang dideritai. Barah ibu rupanya turun padanya. Sejak itu dia melakukan apa saja yang diingini, sampaikan Mak Lang pun marah.

Bertukar kerja macam salin baju, kereta diubah sesuka hati. Duit gaji memang dihabiskan pada anak-anak Mak Lang. hanya disimpan sedikit untuk kecemasan.

Sungguh dia tak pernah bercerita pada sesiapa tentang itu. Tidak mahu mengundang simpati pada dirinya. Hatta Maisara sendiri tidak pernah tahu. Jadi bila Falah meninggalkan dia dulu, memang hati tak pernah terbuka pada mana-mana lelaki lagi. Hingga dia ternampak abang kacak tu. Sungguh hati dia terpaut.

Tiada niat untuk bercinta, cukup jika dia dapat berkawan dan berbual. Mungkin sebab abang kacak tu ada iras wajah abah. Jadi hatinya amat terpaut.

Katalah apa saja, marahlah. Dia tetap akan mencari dan berada disamping abang kacak itu selagi dia terdaya. Mungkin itu kebahagian yang terakhir dia kecapi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience