Rate

bab 1

Horror & Thriller Series 2133

aku melangkah ke arah bangunan yang berdiri teguh di hadapanku meskipun nampak sedikit usang. "kakyong" aku dipanggil. "mama dengan babah hantar sampai sini saja ya, kami gembira kakyong ambil keputusan untuk sambung belajar, banggakan mama dengan babah ya kakyong" kata ayah sambil mengusap kepalaku. "kami sayang kakyong, belajar elok elok ya, jaga diri dan yang penting jaga solat, nanti ada masa call mama tau" kata mama pula sambil memelukku. setelah bersalaman dan berpelukan kami berpisah.

aku berjalan melepasi pintu masuk utama universiti itu. aku akan tinggal di asrama memandangkan jarak universiti dan rumahku agak jauh. buat apa nak pening kepala kan ambil jelah jalan mudah. "ya boleh saya bantu ?" tanya penjaga kaunter pendaftaran itu. "saya nak daftar masuk" balasku. "isi borang ni dulu ya" katanya sambil menghulurkan aku sekeping borang. "asrama ?" penjaga kaunter itu bersuara semula. aku hanya mengangguk. dia menyerahkanku nombor bilik, nampaknya aku ditempatkan di bilik yang sudah dihuni, bilik 288.

"aduh jauhnya lah" keluh ku apabila sampai di hadapan bilik yang bernombor 288 itu. aku mengetuk pintu dan memberi salam. pintu terkuak "ya ?" seorang gadis yang agak gempal membuka pintu. "new roommate ?" tanyanya lagi. aku mengangguk. "wah masuk masuk jangan segan segan" ajaknya. aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. sederhana sahaja. ada dua buah katil double decker, dua meja belajar, empat loker dan sebuah bilik air. "nama aku lela, yang ni aufa dan yang tengah tidur tu sofea" terang wanita berbadan gempal yang bernama lela itu. "ouh nice to meet you guys, nama aku qistina panggil tina je" kataku sambil menghulurkan salam. salam ku disambut dengan baik. "katil kau yang tu tina" aufa menunjuk ke arah katil yang terletak di tepi loker berhadapan dengan tingkap. "kau sekatil dengan aku tapi aku tidur atas hihi" kata lela. "baik kau jaga jaga lela ni dah la 'kurus' sekali roboh katil tu himpap kau taktahulah aku" kata aufa dengan gelak yang mengekek. lela sudah bermasam muka. aku hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience