Rate

bab 3

Horror & Thriller Series 2133

"ayong .. ayong .." aku berpaling ke arah mama. "ayong" panggil mama sambil tersenyum. tetapi senyuman itu sedikit menyeramkan bagiku. mama berjalan menghampiriku. "nah ambil lah" kata mama sambil menyerahkan satu kotak yang berukiran seperti kuda kepang. kotak itu agak berhabuk. aku meneliti details kotak itu. "bukalah" kata mama lalu duduk menghadapku. aku menurut arahan mama. terdapat cincin di dalam kotak itu , dan satu cermin yang dilekatkan di bahagian atas. aku meneliti cincin itu , cincin buluh berukiran tulisan zaman dahulu. agak kasar permukaannya. "cantikkan , mama nak ayong pakai cincin ni supaya ingat mama selalu" kata mama. aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena , angin kuat menerpa di dalam ruang itu , aku baru perasan yang aku dan mama berada di sebuah rumah kampung yang agak usang. berderau darahku apabila melihat sesorang yang tak dikenali duduk bersimpuh di belakang ku , wajah tua itu tersenyum menyeringai. aku berpaling ke arah mama sambil menjongketkan kening meminta penjelasan. mama hanya tersenyum menampakkan gigi tetapi lama kelamaan mata hitamnya naik ke atas , giginya berubah menjadi runcing , darah mengalir dari bebola mata , dan terdapat sisa seperti daging yang tercucuk di giginya. "ayonggggg" panggil makhluk itu sambil menggoyangkan kepalanya ke kiri dan kanan. aku terkedu. perlahan lahan aku melangkah ke belakang tapi tersungkur dek akar pokok yang menjalar di dalam rumah itu. kakiku seakan akan dibelit oleh akar itu. aku takdapat bergerak waimah membuka mulut. aku hanya diam seperti patung dengan mata yang terbukak. benda itu makin lama makin menghampiriku. satu ayat suci pun tidak dapat dibaca walaupun di dalam hati. aku seperti sedang menunggu nyawaku jatuh ke makhluk durjana yang entah siapa ini. perempuan tua yang aku nampak tadi sedang berdiri di belakang makhluk yang merangkak itu. dia hanya tersenyum pilu. air mataku mengalir , seperti pernah ku lihat wajah tua ini. akhirnya makhluk itu berada di atas badanku. dia menjilat jilat leher dan mukaku dengan penuh nikmat. sewaktu jarinya yang tajam dan runcing seperti jarum itu digesel di pipiku. perlahan lahan jari runcing itu beralih ke arah dada dimana jantungku berada. perlahan lahan ditusukkan ke dalam dadaku. belum sempat aku merasai kesakitan ...

"arghhh !" aku terjaga. aku mengurut dada sambil mengucap. bersyukur kerana ianya hanyalah sekadar mimpi. aku melihat sekeliling. sofea di sebelahku sedang nyenyak tidur. aku meninjau ke katil bawah , kelihatan lela sedang bermain phone , chat boyf barangkali. "eh ya allah astaghfirullahalazim" lela mengurut dada semasa melihat kepalaku terjenguk melihat dia. "kau ni buat terkejut aku je !" bentaknya. "lah sorry lah , pukul berapa sekarang ?" tanyaku. "dah pukul 4 dah" jawabnya tanpa melihat ke arahku. aku turun dari katil dan terus ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience