Episode 2 Villa NV

Romance Completed 2802

Tuan Armand dan puan syaira, mendapat mimpi yang sama pagi tu, diikuti oleh Syed Adam, bukan tu sahaja pembantu peribadi pada Syed Adam.. Iaitu encik hafizi juga terbangun dari tidur dengan serentak diikuti seluruh pekerja2 Villa NV, mendapat mimpi yang sama.

Villa NV menjadi kecoh pagi tu, gara2 mimpi yang mereka dapat adalah sama, cuma kisah pekerja2 Villa NV sedikit berbeza dari tuan dan puan juga tuan muda, dapat mimpi yang berbeza, Syed Adam memandang ke arah Hafizi dan mendekati ke arah Hafizi.

"aku nampak, kau jugak ada di dalam mimpi tu, kenapa kau mendiamkan diri kat sini fizi..?".

Hafizi tersenggih dan tunduk hormat pada Syed Adam.

"maafkan saya tuan muda Syed Adam, saya tak nak menyusahkan tuan muda saje, lagipun 1 villa NV juga dapat mimpi yang sama.".

Syed Adam tersenyum sahaja..

"hmm yela.. Kau bersiap2 segera, pergi tengok kilang pembuatan anak patung, juga pereka yang boleh ubah anak patung, dan juga boleh melariskan jualan kita.." .

"baik tuan muda.. Eh.. Tuan muda macam mana?".

Syed Adam memberi tau pada Hafizi, untuk tidak memberi tau pada tuan armand dan puan syaira, misi apa yang tuan muda rancangkan semalam.

"baik tuan muda, saya minta diri dulu.."

Hafizi berlalu dari situ, Syed Adam melihat mama dan papanya dan mula mendekati mereka..

"you rasa kita perlu buangkan sahaja mimpi yang kita dapat..? I tak suka lah.. Kalau jadi apa2 susah kita nanti.".

"mimpi tu bunga tidur syaira, biasanya mimpi yang boleh dikatakan semuanya dapat serentak, berkemungkinan ada petanda.".

Syed Adam mendengar bicara mama dan papanya.

"petanda apa..? Papa..? Anyway.. Mimpi kita berbeza dari pekerja2 Villa NV. Kecuali Hafizi.. Yang dapat sama mimpi dengan kita.."

Papa dan mama berpandangan..

"macam mana Hafizi boleh Adam mimpi yang sama.. Adam..? Bukan ke Hafizi juga tergolong dalam golongan pekerja2 Villa NV?".

Syed Adam menghelakan nafas, hanya mama saje lah masih berfikiran macam tu.

"mama, Hafizi my personal bodyguard, also everything I need, he will. Serve me only..".

Papa meleraikan sedikit pergaduhan antara syaira dan Adam.

"sudah2.. You pergi bersiap, sekejap lagi kawan you datang kan? Nak pergi spa kecantikan, bukankah begitu..? Dan Adam go now, bersiap.. Pergi masuk ke pejabat segera.. Papa hanya akan melihat dari atas, sehingga Adam boleh buat kerja2 pejabat dengan baik, baru papa berikan syarikat itu pada Adam.. "

"baik papa..!"

Adam dan syaira berlalu pergi bertentangan.
'mungkin bini aku ni masih marah pada Adam kerana melarikan diri dari mamanya cuba mencari calon isteri untuknya, tak pernah pulak aku nak nampak diorang nak gaduh depan aku, Pagi2 macam ni pulak tu'.

Tuan armand juga segera bersiap untuk masuk pejabatnya di HQ Joys & Friends, nama produk kilang dan nama syarikat tu. Sebelum bersiap tuan armand sempat meminta pekerja2 Villa NV, tak lagi menyebut2 berkenaan mimpi yang mereka dapat, malah menyuruh mereka..

"jangan buka gossip ni, pada pemberita atau mana2 orang luar, kalau kamu semua tak mau kehilangan pekerjaan di sini!"

Tuan armand sedikit tegas, memberi tahu pada pekerja2 Villa NV, menyebabkan ketua2 pembersih, pengawal2 di dalam Villa NV meleraikan kekecohan tu, dan bersurai dari situ, Masing2 memulakan pekerjaan yang tertunggak dan mula cuba melupakan mimpi tu, atau mereka akan hilang pekerjaan di Villa NV tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience