Episode 8 Kepingan Ingatan

Romance Completed 2802

Aku mengeluarkan patung beruang kesayangan aku dengan tertulis dalam bahasa paris -Mi Manchi-

"Reborn..". Aku berasa sayu tiba-tiba.. 'kenapa ye..?'.

CEO Hafizi dan PA Sheilla keluar dari kilang untuk mencari Zuraine, tetapi Syed Adam mana reti duduk diam, dengan dia2 sekali keluar mencari Zuraine..

(Seketika itu)

"nanti dia masuk kerja.. Kau failkan dia sebagai PA aku fizi..".

"baik tuan muda..".

Sheilla buka pintu unit A1 dalam keadaan geram dan marah. Big boss dan CEO berpandangan.

"kenapa dengan cik Sheilla..?".

"takde pape Encik Hafizi, tadi ada 1 pompuan ni nak jumpa encik Hafizi dengan saya sekali.. Dia cakap dia akan jadi PA pada big boss Syed Adam.. Saya cakap dengan dia.. Dah berjuta orang cakap macam tu, saya halau dia keluar.. 1 hal lagi dia lambat datang Interview kerja.. Huh.. Lege dapat rehat..".

'jangan meletup tuan muda..'.

"kenapa kau halau dia..?! Dia memang aku dah luluskan untuk menjadi PA aku..!". Syed Adam keluar dari situ dan mencari Zuraine..

'umm big boss dah mengamuk, habes lah.'.

Sheilla yang duduk di kerusi tadi terus terbangun kerana terkejut, belum pernah2 mereka tengok big boss mengamuk macam tu sekali, Sheilla memandang encik Hafizi.. Encik Hafizi mengekori langkah tuan muda Syed Adam dengan diikuti sekali Sheilla PA encik Hafizi.

(luar kawasan kilang)

Big boss Syed Adam, Encik Hafizi, Cik Sheilla menghampiri ke arah seorang perempuan yang menghadap tasik kilang Joys & Friends, mereka bertiga mendengar Zuraine bercakap seorang diri dengan sesuatu di tangannya..

"Hey.. si cinta..".

aku mengangkat patung beruang sederhana kecil tinggi2 dan meletakkan balik ke pangkuan ku..

"hey.. si cinta, hari ni sepatutnya adalah hari bertuah aku, tapi tak sangka pulak jadi macam ni.. Hey.. si cinta.. Tadi aku terjumpa seseorang.. Persis dia sama sangat dengan seseorang yang aku tunggu, tahu siapakah dia si cinta..? Hurm.. Aku tak boleh bagi tau sekarang, aku takut dia bukan orang yang aku cari.. Hehe, aku bohong.. Hidup di lahirkan semula begitu perit, aku tidak pasti.. Apakah aku akan jumpe mereka semua..? Perlukah aku sebut nama mereka..? Aku tertunggu-tunggu supaya mereka ingat balik yang mereka dilahirkan semula.. Aku sedar sekarang, aku lah yang bawak peluang ni sampai ke zaman canggih ni, hey si cinta hatiku.. Aku amat merindui mu.. Hey.. My love do you still remember me..? Your beautiful gift.. I still have it with me..!".

Zuraine mengeluarkan rantai leher berbentuk hati.. Batu berlian tertulis S2S..

"hey.. Si cinta hati ku, aku ada lagu untuk kau, supaya kau ingat hal ini.. Andaikan ianya tidak berkesan, apakah dayanya untuk aku teruskan mencari dirimu.. Wahai cintaku.. Dengarkan lah.. aku adalah Hanna..".

Syed Adam... Hafizi dan Sheilla serentak menyebut nama Zuraine...

"Hanna...?".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience