Bab 67

Romance Completed 1445138

Nurlisa berkurung di dalam biliknya semasa makan tengahari, dia bersungguh sungguh menyiapkan presentation untuk Danish sebelum berangkat esok.
Selepas keluar daripada bilik Syed Arman, dia tidak mendengar apa apa dari Ameena atau sesiapa pun, masing masing mendiamkan diri.
Dia tahu dia harus pergi, tiba masanya untuk mencari jati dirinya sendiri.
~Am, petang ni lepas balik kerja, Kak Lisa kesana ya, sebab esok Kak Lisa outstation ke Arau. Ingat nak spend time dengan ibu. Nanti Am tolong cakap dengan ibu, Kak Lisa nak makan lempeng kelapa, dengan air kelapa. Cakap ibu jugak, Kak Lisa rindu~
Nurlisa menghantar whatapap text itu kepada Ammar Ziyad. Dia tidak mahu bertembung dengan sesiapa esok, juga dia tidak mahu pergerakannya di ekori.
Dia merancang untuk bertukar kereta dengan Ammar Ziyad. Dia tidak mahu sesiapa tahu dimana dia berada semasa di Arau. Itu adalah cara untuk dia senang menghilangkan dirinya.
~Ameena, no hotel reservation ya, I akan cari sendiri hotel atau homestay. Don’t ask me why and where. Apa apa meeting nanti, you just hantar invitation, I will join from there~
~Ameena, one more thing, nanti datang my room, you need to log in Instagram from my phone. From my new phone ya, old phone tu I akan tinggal kat kondo~
~Ameena, I nak you plan weekly meeting for project update. I will ask Danish to prepare work in progress and ensure all in place. And take note all pending items and email to all stakeholder for actions~
Nurlisa mencatatkan semua perkara yang perlu di buat. Dia perlu menyusun satu persatu and memastikan semua berada di dalam timeline.
Dia perlu berbuat begitu kerana sekiranya dia perlu berhenti 24 jam, tiada yang akan menyekat daripada setiap project berjalan tanpanya.
~Cik Lisa, I akan text you user and password ig, maaf I tak nak tengok you, sebab mata I berair dari tadi. Sebak, geram dan segala macam perasaan ni. You jangan risau, I akan pastikan semua berjalan lancar. Please go, I tak sanggup tengok you jadi bawang putih lagi, I akan manage HIM from here~
Nurlisa membaca text Ameena sambil tersenyum sebak, dia tahu Ameena mula berjauh hati dengan Syed Arman, buktinya Ameena tidak menjawab apabila Syed Arman memanggilnya.
Dia tahu semua ini adalah sementara, dia perlu bertabah, dia perlu bertahan.
~Meena, satu lagi I nak pesan, you please don’t tell Eusoff apa yang berlaku ya, juga Teha. I tak nak Eusoff buat kecoh sini, lepas tu you ajar I how to order Starbucks coffee ni, sedap sangat coffee yang you order. Please smile Ameena, you tulang belakang I, jadi you tak boleh lemah, we need to face this together. You and me. Love u~

Tepat pukul 2pm, Nurlisa tersiap sedia untuk meeting bersama semua staffnya di bilik meeting di tingkat 23. Dia perlu bilik meeting besar kerana dapat memuatkan semua staffnya.
Nurlisa mencapai laptopnya, jacket hitam juga kerana tingkat 23 antara tingkat yang paling sejuk. Mahu mengigil Nurlisa kalau tidak memakai cover baju kurungnya.
Dia sudah memesan Ameena untuk memesan Starbucks untuk semua staffnya yang seramai 8 orang itu. Dia sudah merangka agenda meeting dan perlu mengupas satu persatu.
Semasa berjalan ke pintu, Nurlisa terkejut kerana pintunya terbuka daripada luar, tersembul Syed Arman di muka pintu itu.
Tanpa di suruh dia masuk ke dalam dan terus mengunci pintu bilik itu.
Nurlisa terkesima dan mengundurkan beberapa Langkah ke belakang daripada pintu itu. Tangannya kembali mengigil melihat mata Syed Arman yang memandangnya tepat kepadanya.
“Boss, I ada meeting at 2.30pm. Anything?,” Nurlisa bertanya lembut apabila melihat Syed Arman tidak bersuara. Syed Arman menyandar badannya dan matanya memandang tepat ke arah Nurlisa.
Nurlisa tidak keruan, dia tahu makna mata Syed Arman.
Nurlisa juga tidak boleh membuka pintu kerana Syed Arman menyandar di pintu itu.
Mereka saling memandang, tiada suaranya yang menjamah sepi itu.
“Sayang, I have something for you. Tapi you kena pejam mata dulu,” akhirnya suara Syed Arman keluar, setelah berlama selama 5 mins.
Nurlisa masih memandang Syed Arman yang kelihatan tidak keruan, dia pelik dengan pandangan Syed Arman yang seperti ingin memakannya, tetapi dalam masa yang sama, suara yang keluar tidak kasar, masih romantic yang terdengar di telinganya.
Dan….
Nurlisa tahu apa sahaja yang bersangkutan dengan Syed Arman membuatnya menjadi separuh gila.
Bukan separuh, tapi sudah gila..
“Sayang, close your eyes, I have something for you,” suara Syed Arman kembali menyentuh gegendang telinga Nurlisa, setelah melihat Nurlisa seperti kebingungan.
“Boss, I have meeting, I need to go,” Nurlisa tidak memejam matanya, dia bersungguh sungguh memberi arahan kepada jiwanya untuk tidak meninggalkannya.
Dia tahu, jiwanya sudah tidak keruan apabila melihat mata Syed Arman, kerana mata itu yang akan membelainya dengan nafsu yang mengila. Sentuhan Syed Arman akan membuatkan dia tidak mampu membuka mata, desahannya pasti akan membuatkan Syed Arman tidak akan berhenti mencantum cinta mereka dengan mereka berdua bersama sama tersadai di lembah kepuasan.
“Sayang, I promise, I tak akan kacau you lagi lepas ni, please sayang,” suara mengoda itu bergema romantic di bilik pejabat Nurlisa.
Tanpa sedar, Nurlisa meletakkan laptopnya dan jacketnya di meja meeting di biliknya dan mula memejamkan matanya. Tiada paksaan di dalam aksinya, tetapi dia sendirinya yang mahu berbuat begitu.
Jiwanya masih bertahan, kerana dia berjaya mengurangkan getaran di hatinya.
Syed Arman mendekati Nurlisa, dia datang dengan jiwa yang penuh sebak, dia tidak faham dengan hatinya, apa sahaja yang berkaitan dengan Nurlisa membuatkan dia tidak keruan.
Mata Syed Arman melihat bibir itu, dia tidak nafikan, setiap kali bibirnya menyentuh bibir seksi Nurlisa, dia dapat merasa mereka sudah biasa melakukan perkara itu, tiada langsung kekokan di dalam perbuatan mereka.
Di dalam setiap fikirannya, dia sangat cemburu dengan suami Nurlisa, pasti lelaki itu seorang yang hebat, masakan Nurlisa menjadi gila apabila tidak bersama lelaki itu.
Nurlisa seperti berkhayal apabila hidungnya menangkap bau perfume Syed Arman yang begitu dekat dekat dengan jiwanya. Bersertakan dengan desahan nafas Syed Arman, dia sudah mabuk dengan dengan situasi sekarang tetapi dia masih bertahan dengan jiwanya.
“Sayang, apa yang I buat ni takkan sakitkan you, but I need to do this. I’m sorry…,” habis ayat itu, Nurlisa dapat merasakan tangan Syed Arman berada di belakang lehernya.
Tangan Syed Arman juga mengubah kedudukannya ke pintu, dan mula mencumbuinya, lembut dengan desahan yang tidak dapat digambarkan.
Bibir Syed Arman melumat bibirnya dengan lembut, mengulum dengan perlahan, sangat romantic dan Nurlisa merelakan perbuatan itu.
Tangan Syed Arman masih di belakang Nurlisa, menahan kepala Nurlisa, agar ciuman mereka bersatu dengan lumat.
Nurlisa mula membuka bibirnya, seolah memberi ruang kepada bibir Syed Arman untuk meneroka hingga ke dalam, dia tahu itu keperluan Syed Arman.
“Sayang, I love you,” ciuman yang lembut tadi menjadi sedikit agresif, tudung Nurlisa sudah sedikit senget.
Nurlisa sangat menikmati ciuman itu, ciuman yang sama seperti 6 tahun dulu. Masih panas, desahan masih sama, bau yang masih sama, sentuhan yang masih sama.
Semuanya sama.
Desahan Nurlisa mengambil tempat, apabila lumatan dan kuluman bibir mereka menjadi lebih agresif. Untuk seketika mereka seolah olah melupakan semua kesakitan yang mereka alami sebentar tadi.
Tangan Syed Arman sudah memeluk badan Nurlisa kemas, dia dapat merasa badan Nurlisa sedikit ringan, seolah olah Nurlisa membuka ruang badannya untuk di takluki.
Dia tahu dia harus hentikan kerana tujuannya hanya untuk memyentuh bibir itu dan menyimpan bekalan untuk tidurnya. Dia perlu mencipta ruang romantic baru kerana Nurlisa akan pergi jauh darinya.
“Sayang, thanks… Abang minta maaf,” Syed Arman melepaskan tautan bibir mereka dan melepaskan pelukan mereka.
Syed Arman membuka pintu dan berlalu pergi, meninggalkan Nurlisa yang kebingungan. Nurlisa terpaku dengan pengakhiran itu.
Syed Arman pergi begitu sahaja, setelah dia dapat apa yang dia mahu.
Dah Syed Arman berjaya menaklukinya sekali lagi, membuktikan dia perempuan murah.
Nurlisa terduduk di lantai, dia memegang bibirnya, bibir yang dilumatkan oleh Syed Arman sebentar tadi.
Kejadian sebentar tadi adalah aksi dirinya sendiri, tiada jiwanya langsung. Tetapi dirinya sendiri juga tewas dengan permainan Syed Arman.
“Ya Allah, aku gagal menahan nafsu aku Ya Allah, ampuni aku Ya Allah, aku berdosa. Kalau dia bukan lagi suamiku, aku berdosa padaMU yang Allah. Kalau dia masih suamiku, kau dekatkan kami Ya Allah, aku sangat menyintainya Ya Allah,” doa itu berakhir dengan tangisan.
Dia tidak boleh menafikan, ciuman Syed Arman memberikan kesan yang sangat besar rasanya. Dia tidak puas menikmati ciuman itu, dia tidak puas berpelukan dengan Syed Arman. Dia juga tidak puas dengan aturan lumatan bibir mereka sebentar tadi.
Arrrhhhhgggg..dia memang perempuan murahan, dia berharap akhiran yang lebih sempurna kepada perlakuan mereka tadi.
Nurlisa bangun dari lantai, dia memarahi dirinya sendiri kerana menjadi bodoh setiap kali berhadapan dengan sikap romantic Syed Arman.
Kerana cintanya, dia hilang arah, hilang harga diri.
Pantas Syed Arman mengelarkan dia perempuan murahan.
*************************************
Tepat pukul 6 petang, Nurlisa sampai di kondonya.
Dia terkejut apabila bila melihat Ammar Ziyad berada di kondonya, walhal dia cuma memberitahu tentang kedatangan dia ke Janda Baik.
“Kak, ibu minta Am ambik kakak, kebetulan Am ada kat KL today. Kak Lisa naik dengan Amm. Ibu kata nanti esok guna kereta ibu ke outstation. Nanti masa akak balik, Ibu kata singgah Janda Baik, hantar kereta, boleh ibu jumpa kakak,” Adik Syed Arman ini mempunyai personality yang lebih kurang sama dengan Syed Arman, cuma dia sedikit sopan dan sangat menjaga katanya.
“Kenapa Am datang tak cakap kakak, makanan takde kat rumah ni, akak ingat nak makan kat resort jer, nak makan dengan ibu,” Nurlisa duduk di sofa di tengah rumah itu.
“Am ada beli kuih masa datang tadi, beli dengan makcik kat tepi jalan, sedap pulak kuih dia. Am jugak dah buat tea panas. Akak makan nanti, Am nak solat Asar, lepas tu Am nak tidur sekejap, lepas maghrib kita gerak lah kak,” Ammar Ziyad melihat wajah Nurlisa yang sedikit tertekan, dia selalu mendoakan kakak iparnya di rahmati kasih sayang yang tiada berkesudahan.
“Am, kakak mungkin lama kat Arau. Ok ke guna kereta ibu lama lama,” Nurlisa teringat tentang kasih sayang Puan Embun kepadanya. Dia beruntung kerana punya mertua yang sangat baik.
“Ibu tu banyak kereta kakak, tak guna pun, ibu suh kakak guna CRV dia, dia dah minta pekerja basuhkan semalam. Siap masak malam tadi untuk bekalkan untuk kakak. Ibu pun beli sambal hitam jugak, dia cakap that day masa kakak makan kat Surau depan itu, kakak kata sedap,”
“Am nak rehat kat bilik kejap la kakak, kita gerak lepas maghrib lah nanti, kakak jangan lupa makan kuih tu,” Ammar Ziyad berlalu ke bilik ke-2 kondo itu, bilik yang Nurlisa khaskan untuk dia.
Nurlisa tersenyum, didalam jiwanya masih teringat lumatan bibir Syed Arman, tapi dia masih berpijak di bumi nyata.
Kalau ikutkan jiwanya, mahu sahaja dia pergi ke bilik Syed Arman dan menyudahkan kisah romantic mereka.

Syed Arman melihat jam di tangannya, jam menunjukkan tepat 9pm, dia merancang untuk bertemu dengan Nurlisa sebelum Nurlisa bertolak ke Arau.
Dia sengaja menunggu sehingga malam, dia mahu semalaman dengan gadis yang selalu di dalam hatinya.
Dia tidak sanggup bayangkan Nurlisa jatuh ke pelukan sesiapa pun, dia tidak akan biarkan.
Dia tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya, dia mahukan Nurlisa, tetapi dalam masa yang sama dia merasakan terlaku banyak halangan yang menyekatnya.
~Nurlisa dah balik boss, dia meeting kat level 23, terus keluar makan dengan team dia, then terus balik, ada apa apa yang boss nak saya sampaikan~
Text daripada Ameena petang tadi dibaca banyak kali. Dia tahu Nurlisa adalah boss yang baik, dia juga tahu semua staff sayangkan Nurlisa.
Tetapi kenapa Nurlisa tidak mengajaknya makan bersama, sedangkan dia juga salah seorang daripada team mereka.
~Thanks Ameena~
Itu sahaja yang dia mampu balas, kerana dia tidak mahu memberi tekanan kepada setiausahanya. Dia tahu Ameena tidak bersetuju dengan semua keputusan yang dia buat kepada Nurlisa.
Syed Arman terburu buru mengemas laptopnya, dia akan singgah di kondo untuk berjumpa Nurlisa, dia mahu meminta keizinan untuk bermalam dirumah itu, dia mahu menghabiskan malam hanya berdua dengan Nurlisa.
Kali ini dia akan menghabiskan kisah lumatan bibir mereka, dia akan menolak Nurlisa untuk berlama dengan ciuman mereka.
Dan apabila ingatkan bibir seksi itu, dia sampai lupa dosa kerana perbuatan mereka.
Tidak sampai 30 minit, dia sampai di kondo itu. Semasa berpusing untuk meletak kereta, dia nampak kereta Nurlisa masih ada di tempat parking itu. Pasti Nurlisa sudah berada di kondonya.
Syed Arman melangkah laju dan sesampai di depan pintu, dia mencuba password yang lama, tetapi seperti agakkannya, password itu salah.
Dia mengetuk pintu perlahan, sambil suaranya memanggil nama Nurlisa perlahan.
“Sayang, bukak pintu, abang nak jumpa sayang,”
“Sayang, please open the door,”
“Sayang, don’t do this to me, open the door,”
Selama 15 minit, tiada yang membuka pintu, apatah membuka pintu, panggilan telepon pun tidak berjawab.
Dia perlu pulang, mungkin Nurlisa masih terkesan dengan perbuatannya siang tadi, meninggalkan Nurlisa semasa bibir mereka masih berlumat mesra.
Dengan langkah yang longlai, Syed Arman berjalan ke keretanya. Esok dia akan datang lagi, seawal 6 pagi dia akan menunggu di tepi kereta Nurlisa, pasti Nurlisa tidak akan terlepas daripadanya.
****************************************************
“Kakak, abang called ni, kakak tak nak jawab ke?” Ammar Ziyad sudah tidak dapat mengira jumpa panggilan yang masuk daripada Syed Arman.
Walaupun Nurlisa simpan number itu sebagai “SAZ”, dia tahu itu adalah abangnya.
“Kakak nak tidurlah Amm, jangan jawab, nanti akak call balik,” dengan mata yang terpejam, dia membalas kata kata Ammar Ziyad.
Dia dapat mengagak mesti Syed Arman mencarinya di rumah, dia juga dapat meneka yang Syed Arman pasti ingat dia berada di rumah, kerana kereta masih parking cantik di kondo itu.
Dia faham Syed Arman, akan memburunya sehingga dia puas.
“Am, jangan cerita kat ibu ya, kakak tak nak ibu risau. Kakak nak ibu ada memory yang baik untuk abang Arman. Jadi kita buat ibu bersangka baik, kita buatkan abang datang minta maaf dengan ibu. Kakak akan pastikan abang Arman datang kat ibu, supaya ibu tetap menganggap abang ada memory yang baik untuk ibu,” Nurlisa membetukkan duduknya, dia mengambil telepon dan melihat missed call dari Syed Arman sebanyak 38 kali.
“Kenapa abang telepon kakak banyak kali?,” Ammar Ziyad bertanya apabila melihat Nurlisa memeriksa teleponnya.
“Ntah la dik, mungkin dia tahu akak cintakan dia sangat, jadi dia tahu apa sahaja dia buat kat akak, akak tetap sujud kat dia. Tapi Am, cinta akak pada dia dia tak pernah pudar, sedikit pun tak pernah pudar, setiap saat, kakak ingat kat dia, sampaikan bila sesuatu yang perlu marah kat dia, marah tu cuma sekejap, lepas tu akak cepat cepat fahami dia, dan dia tak akan salah dalam jiwa kakak,” Nurlis berkata perlahan, tapi cukup sampai ke telinga Ammar.
“Same as ibu kakak, cinta dia pada Babah besar, sampai sekarang dia tak pernah salahkan Babah, dalam cerita dia Babah tidak bersalah, Babah terpaksa berbuat begitu,” Ammar melihat Nurlisa berada di dalam cerita yang sama.
“Kakak banyakkan sabar dia, Am ada jer kalau akak need my bahu, kakak jangan nangis seseorang,” kereta yang dipandu Ammar sudah memasuki jalan masuk ke Janda Baik.
Dia melihat Nurlisa dengan pandangan yang penuh kasih sayang dan hormat. Allah menghadiahkan kakak yang baik untuk dirinya.
Entah kenapa, dia pasti Nurlisa dan Syed Arman akan berakhir dengan happy ending. Dia doakan..
*********************************************
Nurlisa meletakkan kepalanya dia bantal yang gebu itu, dia ingin memeriksa teleponnya sebelum tidur dan bersiap untuk ke Arau pagi besok.
Dia mulakan dengan memeriksa WhatsApp, sedari tadi dia tidak membuka datanya. Dia tidak mahu bersoal jawab dengan Syed Arman.
~ Cik Lisa, here is your ig user and password. Drive safe ya… apa apa call me - Ameena~
~Cik Lisa, Boss Syed Arman asked me to plan meeting, text me once you free ya, we plan after 3 days. Apa apa text me ya – Danish~
~Adik, abang long and kak Melissa always here for you. Kalau adik ada problem, jangan simpan, please jangan pendam sorang sorang. Abang harap adik sihat, jangan lupa kita akan celebrate birthday Eiman next 2 weeks. Abang akan datang KL, bawak Eiman ya..Abang love you – Abang Long ~
~Lisa, lama dah Lisa tak call Uncle, Uncle harap Lisa sihat, Uncle always here for you. Jumpa uncle bukan nak ambik ubat sahaja, but if rindu uncle and mama, also boleh datang sini, call me, we plan for holiday ya, with Haiqal and Diana. Uncle love you – Dr Malik~
~Lisa, later I pukul my abang for you ya, don’t worry, please happy – Sharifah Teha~
Didalam semua text itu, tiada satu pun message daripada Syed Arman, walaupun missed call 38 kali.
Nurlisa mengangkat bahunya, dia tidak tahu apa lagi yang berada di dalam fikiran Syed Arman.
‘Mungkin Syed Arman ingin melihat tindakan daripada perlakuannya. Sebab aku perempuan murah, jadi mungkin dia ingin melihat sejauh mana murahnya’ Nurlisa bercakap sendiri dengan hatinya.
Membaca semua message tadi, Nurlisa menjadi sangat di sayangi.
Dia tidak tahu kenapa semua memberi pujukan kepadanya, semua seperti tahu hatinya sedang bergalang, jiwanya sedang kesusahan. Seperti mereka tahu dia di dalam keresahan jiwa.
Dengan separuh jiwa, Nurlisa cuba untuk log masuk ke Instagramnya, dia perlu memeriksa beberapa message yang disarankan oleh Eusoff. Eusoff melihat usulan dari agensi model yang terkenal itu adalah peluang yang baik untuk Nurlisa. Dia perlu mempertimbangkan usul itu, supaya dia masih ada pendapatan sendiri untuk kehidupannnya.
Apabila dapat log masuk ke instagramnya, dia mula membaca direct message yang diberitahu Eusoff daripada ribuan message yang masuk ke dm itu. Dia mula membalas message tersebut dengan mulakan dengan perbincangan, selepas itu mereka perlu berjumpa untuk perbincangan lanjut.
Selepas selesai memberi respon kepada message penting dia, Nurlisa terus ke explore instgram dan mula melihat lihat apa yang perlu di tatap sebelum matanya mengantuk.
Semasa jarinya scrool explore itu, matanya tertancap ig sesorang yang dia kenal, sangat kenal. Jarinya terus menekan ig itu dan terlihat semua post mereka bersama.
Ya, itu adalah ig Sharifah Sakinah. Nurlisa scroll kebawah dan melihat kesemua tingkah laku mereka bersama.
Semasa Syed Arman meninggalkan mereka 2 bulan yang lepas, terlibat post Sharifah Sakinah bersama Syed Arman dan sejelasnya Sharifah Sakinah ada bersama Syed Arman dan mereka terlihat sangat bahagia.
Terdapat post yang Syed Arman mencium bahu Sharifah Sakinah dan mereka sangat bahagia.
Nurlisa terus ke ig story dan mula memahami apa yang terjadi.
~~~ idea untuk menghalau nyamuk berkesan, mulai esok, nyamuk menjauh dan mungkin akan mati~~
Jadi Nurlisa memahami sesuatu yang jelas, Syed Arman menghantarnya ke Arau kerana Sharifah Sakinah yang memberi idea dan dia tega menghalau Nurlisa hanya kerana tunangnya meminta berbuat begitu.
Nurlisa scroll story yang kedua
~~Jangan mengalah dengan serangga yang datang menyinggah, kerana semua serangga boleh di halau dengan mudah. Serangga pasti akan memusnahkan apa yang kita sayang, jadi menghalau adalah yang terbaik~~
Airmata Nurlisa laju, jiwanya membuak dengan tidak sekata. Dia menarik nafas perlahan, menghembus juga perlahan.
Dia teringat lakonan Syed Arman di siang tadi, sangat berkesan. Dari tadi dia masih percaya Syed Arman pasti masih menyintainya.
Nurlisa berhiba, dia sudah teresak esak dibilik di tingkat atas itu, bilik yang dia pernah berkongsi dengan Syed Arman.
Nurlisa cuba click ke Instagram Syed Arman, tiada satu pun gambar Sharifah Sakinah, jumpa gambar pantai, gambar bunga lily, gambar langit, atau banyak gambarnya semasa menjadi model. Tiada gambar sesiapa selain daripada dirinya dan gambar yang membuat hatinya tenang.
Nurlisa menarik nafas, terlalu banyak dan terlalu banyak yang dia harus kunyah untuk dia memahami apa yang berlaku.
Didalam kekalutan jiwanya menahan rasa dengan semuanya, satu message baru masuk dan dia membaca dengan jiwa yang sangat tertekan.
~Sayang, abang love you. Abang masih ingat nafas sayang tadi, abang rindu bibir sayang, bibir seksi itu buat abang tidak boleh tidur~
Nurlisa menjadi bodoh sekali lagi kerana dia teringat itulah perkataan yang Syed Arman selalu katakana kepadanya 6 tahun dulu.
BERSAMBUNG

Share this novel

aliaakma_
2021-12-13 00:59:17 

move on tu tak mudah, apa2 pun Allah yg pegang hati kita minta apa yg terbaik untuk diri kita pada Allah bkn apa yg kita rasa terbaik

Roz Zana
2021-03-27 03:43:18 

ada juga perempuan yg bodoh macam si lisa ni dlm dunia. menyampah plak i dgn org yg x leh move on nii

anace
2021-02-21 12:36:19 

jangan tergoyah hatimu Lisa oiiii... Biarkan Arman rasa sakitmu jg. geram betul la dengan perangai Arman tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience