exam

Other Series 983

masa exam baru kau taubat,
gelojoh time tu nak istiqamah konon,
padahal dalam hati niat sebab nak dapat tempat,
tolonglah manusia jangan jadi kuno,
cari tuhan bila susah,
nanti dah senang kau kufur.

masa exam kau gelabah,
kau cakap hati menyesal tak berubah,
habis je exam kau berhuhah,
tiba-tiba ya lupa taubah.

bila exam sampai je kau berubah,
dulu suka mencari masalah,
sekarang mencari sahabat untuk ditambah,
kau lupa yang kalau sifat tak diubah,
sampai bila kau tetap di bawah.

*selamat menduduki peperiksaan untuk semua. dekatlah dengan Allah sentiasa,bukan hanya cari bila kita susah. gagal di permulaan tak bermaksud gagal hingga akhirnya. berjaya dari mula tak bermaksud berjaya selamanya. bila gagal ingatlah bahawa Allah tahu yang terbaik untuk kita. mungkin masa itu baru kita belajar untuk menjadi manusia yang tabah dan sabar. bila berjaya bersyukurlah. sebab itu rezeki yang Allah bagi atas usaha kita. *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience