cahaya

Other Series 983

di saat kau sedang tercari dimana sinar pelangi,
kau terlupa bahawa mentari sedang menyinari.
di saat kau sedang alpa mencari cinta dunia,
kau terlupa bahawa cinta hakiki sedang menanti.

di saat kau rasa sedihnya jiwa,
kau terlalu putus asa,
sehingga kau lupa,
mencari di mana salahnya,
sehingga kau jatuh sebegitu rupa.

di saat hati kau sedang gembira,
kau terlalu leka dan alpa,
teramat gembira kerana hadirnya cinta dunia,
hingga kau lupa cinta dari yang MAHA ESA.

di saat kau rasakan jiwa kau hancur ditipu manusia,
kau terlupa ada yang lebih hancur hatinya,
kerana cinta sementara kau abaikan mereka,
walau di mata kasar kau lihat mereka tersenyum gembira,
kau tak tahu di dalam jiwa mereka terluka,
kerana kealpaanmu pada dunia,

YANG NAMANYA SEMENTARA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience