Bab 58

Romance Completed 1445138

Nurlisa mengambil tempat di bilik meeting di level 30 itu, dia melihat jam tangannya, menunjukkan tepat 6.30 petang, dia perlu pulang cepat kerana berjanji dengan Ammar Ziyad dan Puan Embun untuk turut serta di majlis reunion pelajar medic.

Dadanya merasakan sesuatu yang tidak normal, dia tidak merasakan meeting untuk berbincang berkenaan kerja, tetapi lebih kepada soal peribadi. Dia berharap Syed Arman tidak apa apa, keadaan Syed Arman tidak kan membuatkan jiwa sakit dia kembali aktif.

“Assalamualaikum Cik Lisa, maaf sebab meeting lewat pulak, kita tunggu Babah saya sekejap ya, dengan Teha sekali,” Syed Adam mengambil tempat duduk bertentangan dengan Nurlisa.

“Waalaikummusalam, tak mengapa Tuan, nothing to worries, saya tak bawak laptop ni, sebab IT tengan configure something kat laptop saya. Kalau Tuan perlukan Danish, saya boleh panggilkan,” Nurlisa bersuara setelah melihat raup wajah Syed Adam penuh kekusutan.

“No need Cik Lisa,” sekali lagi suara Syed Adam terdengar sangat ketat.

Nurlisa menghidu sessuatu yang abnormal, dia mula merasa tidak selesa.

“Hai Lisa, Hai Abang, lets start, adik ada meeting dengan supplier sekejap lagi pasal Hari Raya Promo pulak,” kelihatan Syed Awaludin dan Sharifah Teha berjalan beriringan dan mengambil tempat duduk di hadapan Nurlisa.

Nurlisa merasakan dia seorang pesalah yang duduk di hadapan mereka, yang menjadikan suasana sangat sesak di dadanya.

Dia menundukkan kepalanya tanda menghormati Syed Awaludin.

“Cik Lisa, kami nak bercakap berkenaan Arman. Tidak adil untuk Cik Lisa mendengar daripada orang lain kerana kami tahu siapa Cik Lisa di hati Arman. Saya mulakan terus ya…,” suara Syed Adam sangat serius.

“Arman dah buka mata, dia completely sedar daripada tidur dia yang lama tu. Semalam kami nampak dia ok, tapi today dia minta panadol dari doctor untuk sakit kepala dia. Jadi doctor pesan pada semua untuk jaga emosi dia, dia tidak boleh stress,”

“Semasa kami berbincang dengan Arman secara serius semalam, ada beberapa perkara yang dia akan lakukan, tetapi some of it tidak membuat kami gembira dengan keputusan dia,”

“Kami juga tak sure atas sebab apa dia bertindak membuat keputusan untuk beberapa perkara, tapi kami nak minta kerjasama dengan Cik Lisa untuk membantu kami dalam hal ini,”

Syed Adam berhenti seketika, dia menarik nafas perlahan. Matanya memandang Syed Awaludin, seolah olah meminta kebenaran untuk bercakap ayat yang seterusnya.

Kelihatan Syed Awaludin mengangguk perlahan.

“Kami perlu meminta kerjasama Cik Lisa mengiakan semua permintaan Syed Arman untuk seketika, sampai emosi dia stabil, sampai dia dapat berfikir dengan normal,”

“Maaf kalau kedengaran kami selfish, tapi saya tidak sanggup melihat dia sakit lagi,” akhirnya Syed Awaludin bersuara.

Suaranya sangat sebak, dia seolah olah ingin merayu kepada Nurlisa untuk itu.

Nurlisa masih mendiamkan diri, dia cuba memahami apa yang berlaku.

Berbagai persoalan bermain di fikirannya.

Adakah Syed Arman sudah ingat akan dirinya?

Adakah Syed Arman tahu dia sudah beristeri?

“Lisa, Babah tahu Lisa cintakan anak Babah, Babah minta maaf sebab selama ini Babah memang hired PI untuk ikut Arman. Babah tahu ini pertama kali Arman jatuh cinta, sukakan seseorang, tapi Babah perlu pastikan anak Babah sihat dulu,”

“Mahukan Lisa tolong Babah?,” Nurlisa mendengar suara itu berserta dengan tangisan.

Ini kali kedua dia mendengar Syed Awaludin membahasakan dirinya Babah. Ini juga lelaki yang sangat di cintai oleh Puan Embun.

“Maaf Babah tidak dapat menahan airmata Babah. Babah sedih kerana Babah bersalah dalam semua cerita Arman, daripada ibunya sehinggalah kepada Lisa. Babah gagal dari dulu, sampai sekarang Babah masih gagal,” Syed Awaludin mengendurkan suaranya, apabila melihat Nurlisa tenggelam di dalam emosinya.

“Lisa, are you ok?,” Sharifah Teha mencuit tangan Nurlisa yang kelihatan tidak berada di hadapan mereka.

“Tuan Syed, saya ada cerita untuk saya kongsikan dengan Arman, cerita tentang kami,” Akhirnya suara itu keluar, setelah daripada tadi Nurlisa menyusun ayatnya.

Dan Nurlisa tidak menjawab permintaan Syed Awaludin.

“Call me Babah, Arman begitu menyintai Lisa, jadi Lisa boleh biasakan diri dengan address me Babah,” Syed Arman memandang Nurlisa dengan penuh kesayuan.

“Buat masa ni, semua cerita kita untuk Syed Arman kita tangguhkan dulu. Semua cerita sebab Babah nampak dia tidak boleh terima. Babah takut dia tidak dapat absorb kesemuanya. Kesannya dia akan lambat pulih,”

“Sudah 5 tahun kami tunggu dia pulih, tak salahkan untuk kita tunggu sedikit sahaja lagi,” suara Syed Awaludin kembali tegas.

Nurlisa terdiam, dia tidak punya kekuatan untuk menambah kepada ayat yang pertamanya.

Dia tidak tahu bagaimana kondisi Syed Arman sekarang, tapi dia yakin Syed Arman tidak ingat semuanya, kalau tidak masakan Syed Arman tidak panggil dirinya lebih awal, atau Syed Arman perlu menguruskan sesuatu dahulu?

Jiwa resahnya mula berfikir.

Nurlisa sekali lagi memarahi dirinya, dia selalu berbaik sangka dengan setiap perkara yang berkaitan Syed Arman, dari dulu lagi dia begitu.

“Jadi Lisa, kita semua ni banyak perkara nak bercakap dengan abang, tapi dia bangun dengan message yang sarat di dalam fikiran dia, which is semua tu kami rasa tidak adil untuk orang yang hendak melihat dia bahagia,” Sharifah Teha bersuara.

“Bila abang sedar, abang jumpa Babah dengan Abang Adam first and 2nd jumpa dengan i. Tapi keadaan abang Arman does not like before. Dia terlalu tegas, and tak nak dengar idea atau nasihat orang lain. I don’t know why, tapi abang seperti nak balas dendam, that’s the correct word,” Sharifah Teha berkata sambil memandang Syed Awaludin dan Syed Adam.

“I harap Lisa tolong us to avoid any argument dengan abang, biar abang rilex dulu, let him buat apa yang dia rasa ok, lepas dia sihat, kita cuba bercakap dengan dia. I rasa abang back to 5 years dulu, tegas dan no compromise, unless something related to Umi,” Sharifah Teha dapat merasakan Syed Arman berubah, menjadi dirinya yang keras kepala dan tidak akan mendengar cakap.

“Insyaallah kalau itu yang memberikan dia sihat, I ikutkan sahaja. Ada banyak perkara yang I nak tanya, but kita tunggu after dia sihat,” Nurlisa berkata perlahan, malah rasanya suara hanya dapat di dengar oleh telinganya sahaja.

“One more thing, I rasa abang Arman macam marah kat ibu dia, dia rasa yang ibu dia yang bersalah kerana semua yang berlaku, jadi kita kena betulkan pemikiran abang Arman, mungkin Lisa boleh tolong later, after abang balik from medical leave,” Sharifah Teha bangun dan menapak ke arah Nurlisa. Dia memeluk Nurlisa kemas, dia sangat bersimpati dengan gadis jelita itu.

“Babah, Abang Adam and me memang nak you yang ada bersama Abang Arman, jadi kita doakan Abang Arman akan back to track. Nanti kita sama sama fahamkan abang ya, Lisa kena banyak bersabar, sabar lagi and lagi,” Sharifah Teha melepaskan pelukan dan mencuit hidung Nurlisa mesra.

Syed Awaludin dan Syed Adam tersenyum melihat kemesraan mereka.

Kelihatan Nurlisa mengelap airmatanya, cuba untuk tersenyum dengan jiwa yang sarat dengan persoalan.

Dia terpana dengan ayat daripada Sharifah Teha, siapa yang perlu bersama Syed Arman? Adakah Sharifah Sakinah?

Jadi mereka berjumpa untuk memberitahu secara kiasan yang Syed Arman memilih Sharifah Sakinah untuk dijadikan isterinya yang sah?

Bagaimana dengan aku?

Sekali lagi Nurlisa berdiam, tidak berani untuk bertanya, jiwa menurut dia aktif lagi.

‘Allah pasti menolong aku untuk kali ini, pasti ada jalan untuk aku bersama suami aku’, dia bermonolog dengan dirinya apabila melihat tiada lagi pilihan yang dia ada.

“Babah, boleh Lisa jumpa Syed Arman?,” suara Nurlisa terkeluar untuk bertanya tentangnya.

Syed Awaludin memandang Nurlisa tersenyum, dia juga melihat wajah sebak tergaris di wajah cantik itu.

“Kalau ikutkan Abang, dia nak jumpa Lisa esok, but I boleh arrange dengan hospital, Lisa boleh pergi malam ni, nanti I akan inform nurse yang jaga abang. I tak akan cakap dengan abang, Lisa boleh buat surpise kat dia. Tapi Lisa pergi lewat sikit, sebab ada tetamu rasanya. Maybe after 10pm, boleh ke?,” Sharifah Teha memberi jawapan kepada persoalan Nurlisa.

“Kalau susahkan, tak mengapa, takut nanti Syed Arman tidak selesa. Nevermind, I boleh pergi esok,” Nurlisa takut kalau tetamu itu Sharifah Sakinah, dia tidak mahu bertembung dengan perempuan itu.

Dia serik kerana jiwanya tidak tertahan dengan hinaan perempuan itu.

“I akan notify Nurse yang incharge Abang, akan ada tetamu after 10pm and I akan kasi nama Lisa. Kalau Lisa rasa tak selesa, it’s ok, tapi kalau Lisa rasa nak jumpa, boleh pergi, after 10pm ya, Jangan risau, abang ok, mesti dia nak sangat jumpa Lisa tu,” Sharifah Teha melembutkan suara agarnya Nurlisa merasa selesa.

“Babah doakan Arman akan back to track, Babah akan tetap cari ibu Arman, sampai jumpa, sebab Babah rasa Arman perlukan ibu dia sebab selama ini jiwa dia alone, menumpang kasih Umi yang memang tidak pernah sayangkan dia,” Syed Awaludin memandang ke karpet di bilik meeting itu, suaranya kedengaran sangat sebak.

“Pasti ada jalan keluar, Babah jangan risau,” kata kata Syed Adam itu menikam jiwa Nurlisa.

Dia pasti berbincang dengan Puan Embun untuk munculkan diri, supaya Syed Arman dapat merasai kasih sayang seorang ibu

Nurlisa akan menolong suaminya, pasti suaminya rindukan ibunya.

Tugasnya untuk meletakkan suaminya di sisi ibunya. Dia perlu buat begitu.

Mereka berpisah di situ, entah kenapa Nurlisa merasa sedikit kekuatan apabila melihat keluarga Syed Arman menyokong dirinya. Dia semakin pasti, Syed Arman akan balik ke pangkuannya.

Dia tidak sabar menunggu saat itu.

***********************************

Nurlisa membuka pintu rumahnya, dia sudah memaklumkan kelewatannya kerana perlu menghadiri meeting yang di plan saat akhir.

Dia membawa pulang jiwa yang keresahan, dia perlu berfikir untuk berjumpa dengan Syed Arman, perlu berfikir untuk membawa ibu mertuanya, perlu berfikir hubungannya dengan suaminya, adakah dia masih isteri Syed Arman yang sah?

Bagaimana dengan nota cerai?

Bagaimana dengan 5 tahun berlalu tanpa nafkah?

“Menantu ibu dah balik, kami dah bersiap ni, tunggu Lisa untuk solat maghrib bersama, nanti 8.30pm kita gerak, guna kereta Ammar,” Puan Endon mengesan kerutan di dahi menantunya.

“Menantu ibu ok tak? Anak sulung ibu ok? Any news pasal Arman? Lisa look like not ok, something wrong?,” Puan Hendon bangun dan memeluk menantunya mesra.

“Lisa ok ibu, cuma terfikir 5 tahun tu terlalu lama, entahlah talak dah jatuh kat Lisa. Mana tahu selama dia menghilang, dia dah jatuhkan talak kat Lisa. Selama ini Lisa tunggu for nothing. Ibu ada terfikir begitu tak?,” Nurlisa menyalami ibu mertuanya, mencium pipi ibu mertuanya.

“Lisa jangan fikir yang bukan bukan, selagi Lisa nak request for talak, Insyallah masih sama. Kita kena tunggu apa di dalam hati Arman selepas all back to normal. Selagi dia tidak pernah ceraikan Lisa, the ikatan still there,” Puan Embun tidak mahu menantunya fikir yang bukan bukan.

Nurlisa kembali memeluk Puan Embun, sesungguhnya dia perlukan jawapan positive dari mereka yang tahu permasalahnya.

Dia sayangkan Puan Embun, kerana Allah memberi laluan untuk dia punya ibu, walaupun ibu kandung sudah kembali ke rahmatullah.

Dia bersyukur

“Kak Lisa dah balik, Am ingat kita makan sana lah terus, akak lapar tak? Ibu ada buat lempeng kelapa tu, Am dah makan tadi. Sedap macam always,” Ammar Ziyad muncul daripada biliknya.

Kondo Nurlisa berseri dengan kedatangan mereka.

Cuma Nurlisa belum sempat untuk memberitahu abang dan kakak iparnya. Mereka berada di Jakarta, kerana menguruskan perniagaan mereka. Itu yang Eiman memberitahu dia 2 hari lepas. Bukan main happy Eiman apabila dapat berjalan jalan dengan mereka.

“Ada lempeng ke? Kalau Lisa nak bungkuskan boleh tak? Lisa ingat nak melawat abang Arman lepas dinner ni, Lisa nak cuba pergi, dia tak tahu pun, Lisa nak cuba nasib, Ibu dengan Am kasi tak?,” Nurlisa pasti lempeng itu akan membuatkan jiwa Syed Arman teringatkan kisah manis bersama ibunya.

Pasti dia dapat berfikir dengan normal.

“Abang dah sedar ke? This is latest news ke? Allahuakbar, Am bersyukur,” Ammar Ziyad mengangkat tangan dan meraut mukanya. Dia memandang Puan Embun yang tersenyum dalam tangisan.

“Allah makbulkan doa ibu, nanti ibu bungkus untuk Arman. Lisa jangan beritahu pasal ibu ya, Ibu nak jumpa Babah dia dulu. We need to settle a few things between us. Nanti ibu akan munculkan diri depan Arman,” Puan Embun terus ke dapur, mengambil bekas makanan dan mula menyiapkan hidangan pertama untuk anak sulungnya selepas 23 tahun mereka berpisah.

Airmatanya laju mengalir, dia merasa sebak dengan perjalanan yang Allah aturkan untuk mereka.

“Makan sampai habis ya nak, dulu Eyad suka dengan lempeng ibu. Pernah Eyad merajuk sebab ibu tak buat lempeng, sampaikan Eyad tak nak makan. Rasa lempeng ni masih sama, ibu masukkan banyak kelapa, sebab Eyad suka dengan kelapa banyak. Ibu rindukan Eyad, rindu sangat, tak pernah sehari pun ibu lupakan Eyad. Nanti Eyad dah balik, tolong picitkan tapak kaki ibu ya, Ibu sakit kaki, tapi ibu nak Eyad yang picitkan, sebab dulu Eyad selalu picitkan kalau ibu penat,” suara dia perlahan, dia tidak mahu anak dan menantunya dengar, dia tidak mahu mereka risau.

Dengan perlahan dia mengelap air matanya, bimbang sendunya di sedari anaknya. Dia tidak mahu lagi mereka melihat dia lemah.

Selepas mereka solat bersama, mereka bergerak ke Makan Malam yang dianjurkan oleh kawan kawan Ammar Ziyad. Kelihatan Puan Embun termenung di dalam emosinya. Dia seboleh bolehnya ingin bergembira dengan anak menantunya. Dia mengumpulkan senyumannya, agar semuakan akan terlihat sempurna.

“Ibu, sekiranya ibu nak Lisa membawa ibu kepada Syed Awaludin, ibu cakap ya, anytime for Ibu. Tadi masa meeting dengan Syed Awaludin, mereka akan mencari ibu sampai jumpa, mereka nak ibu bersama abang Arman, kerana pada hemat mereka, abang Arman salah faham tentang ibu, jadi ibu perlu berjumpa dengan abang Arman,” Nurlisa memusingkan badannya untuk bercakap dengan Puan Embun, kerana dia duduk di hadapan bersama Ammar Ziyad.

“Bila Lisa jumpa Syed Awaludin?,” Puan Embun terkejut dengan kenyataan daripada menantunya.

“Tadi Lisa meeting dengan dia, mereka yang beritahu status abang Arman. Mereka nak Lisa mengikut sahaja mood abang Arman buat masa sekarang, kerana kondisi abang belum betul betul sembuh,” Nurlisa mula bercerita, dan dia perlu bercerita supaya Puan Embun tahu bagaimana harus react kepada situasi sekarang.

“Biar dulu Lisa, Ibu sendiri akan berjumpa dengan Syed Awaludin, Ibu nak biar dia mencari ibu sampai jumpa, supaya dia tahu kesan daripada perbuatan dia tu, banyak hati yang terluka. Ibu juga kena minta permission dengan Uncle Lee untuk berjumpa dia, sebab Uncle Lee melarang ibu berjumpa dia, kecuali Arman,” Puan Embun berkata perlahan, tetapi cukup menikam rasa Nurlisa.

Dia tahu bukan senang Puan Embun untuk membuka hatinya yang berduka lara bertahun tahun.

“Am, nanti lepas sejam Kak Lisa teman Ibu, Kak Lisa gerak ke hospital ya, maybe dalam 9.30pm, sebab Kak Lisa boleh visit abang Arman after 10pm. Nanti Kak Lisa pergi dengan grab, Am tak perlu hantar. Am cuma jaga ibu ya, jangan biarkan ibu sorang sorang, Insyallah Kak Lisa cuba balik secepat mungkin,” Nurlisa menahan rasa gementarnya, dia gusar dengan pertemuan sebentar lagi.

“Ibu, izinkan Lisa ya, Lisa akan jaga diri, Lisa akan jaga Abang Arman, Lisa pun tak sedap hati, tapi Lisa kena beranikan diri,” Nurlisa keluar daripada kereta setelah mereka mendapat parking di basement hotel itu.

Mereka berjalan beriringan, dan orang di sekeliling mereka tidak melepaskan mata apabila melihat mereka. Apatah lagi wajah mereka tidak seperti melayu Malaysia.

“Ibu cantik sangat ni, semua terpegun tengok ibu, pastu yang gadis gadis tu tengok Am, handsome sangat tu,” Nurlisa mengusik ibu mertuanya dan adik iparnya.

“Eleh, kak Lisa tu yang cantik, macam model pulak, kata Am pulak,” mereka tidak putus tersenyum, menutup gelodak hati mereka.

Dari kejauhan Nurlisa mendengar namanya di panggil, ketika menunggu process registration untuk masuk ke ballroom.

“Abang Haiqal dengan Kak Dee, Ya Rabbi terjumpa pulak kita kat sini. Event sama ke?,” Nurlisa terkejut melihat Haiqal dan Diana di hadapan pintu masuk majlis tersebut.

“Aah lah, abang dengan kakdee memang datang sini, Lisa datang dengan siapa? Kenapa pulak boleh ada bersama sama medic student ni, apakah?,” gurauan itu mengundang ketawa Nurlisa.

“Am, kenal ke dorang ni?,” Nurlisa mencuit bahu Ammar Ziyad yang tekun menulis sesuatu di meja pendaftaran itu.

“Hai Qal and Dee, rindunya korang, dah register ke?,” Ammar Ziyad memeluk Haiqal dan menyalami Diana. Mereka ketawa mesra apabila lama tak berjumpa.

“Am, you kenal Nurlisa?,” Haiqal bertanya, menyambung soalan Nurlisa yang tidak di jawab oleh Ammar Ziyad.

“Aah, Lisa datang dengan I, Kak Lisa kenal Haiqal?,” giliran Ammar Ziyad pula bertanya

Sebelum Nurlisa menjawab, Haiqal cepat cepat mencelah

“Meh aku jawab, I dengan Lisa sekampung, lepas tu Lisa adalah patient to Dr Malik, Papa Diana, and you? Apa relationship korang?” Soalan Haiqal itu tidak terus dijawab oleh Ammar Ziyad.

“Lisa adalah kakak aku, why dia jadi kakak aku, nanti aku cerita,” jawapan selamat Ammar Ziyad itu sangat melegakan Nurlisa. Dia tahu Ammar Ziyad tidak akan sesenang membuka cerita mereka kepada umum.

Nurlisa tersenyum dan mengangguk perlahan. Dia memandang Haiqal dan Diana yang mengerutkan muka mereka.

“Dr Malik apa khabar Kak Dee? Kerja abang ok ke? Busy jer kan?,” Nurlisa bertanya bagi menutup gelodak hatinya.

Perbualan mereka terhenti apabila pemgumuman untuk masuk ke Ballroom berkumandang dan terdengar jelas daripada luar.

Nurlisa mendapatkan Puan Embun yang sedang menunggu di sofa itu, dan dia masuk bersama sama ke dalam. Terlalu banyak kebetulan dalam hidupnya.

BERSAMBUNG

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-13 08:20:42 

morning dear. tqvm dear. update awal


NovelPlus Premium

The best ads free experience