Chapter 9

Romance Series 7847

Perkara tu dah lama berlalu...Anzalna sudahpun pindah ke sekolah lain.

Hari ini hari pertama Anzalna menjejakkan kaki ke sekolah baru nya itu.Dia rasa sangat gembira apatah lagi dia sudah berada di tingkatan 2.

"Kamu belajar baik baik ye Ana dekat sekolah baru.Cari kawan tau jangan sombong je."itulah pesan Datin Amanie kepadanya sewaktu di rumah.

Papanya Dato Hazri dan abangnya Afiq Harraz yang menghantarnya ke sekolah.

"Ana kau tu buat baik dengan semua orang.Ingat jangan sombong."kata abang Afiq semasa di dalam kereta.

Abang Afiq pon dah dapat tawaran sambung belajar kat luar negara tapi dia tolak.Dia pilih kolej kat malaysia je sebab dekat.

"Ana taulah.Ingat Ana ni sombong ke?"kata Anzalna geram disindir.

"Memang pon kau sombong." saja je abang Afiq nak cari gaduh dengan dia.

"Eleh yang abang Afiq tu peramah lah sangat...."balasku sinis.

"Dahlah kamu berdua ni.Dah sampai sekolah dah pon.Apalah dah besar tapi perangai macam budak budak."haa kan Dato Hazri dah marah.

"Takdelah papa gurau je ceriakan suasana yang indah ni."kata abang Afiq.

Indah apanya dia dah berdebar debar ni.

"Banyak lah kamu punya suasana." kata Dato Hazri.

"Dahlah papa salam."Anzalna menghulurkan tangannya bersalaman dengan papanya.

Dia yang hendak melangkah keluar dari kereta terhenti niatnya.

"Apa abang ni.Ana nak pergi sekolah lah."masa ni lah pulak abang Afiq nak cari gaduh.

"Eh tak salam abang ke?"tanya abang Afiq.

Dia cepat menghulurkan tangan bersalaman dengan abangnya.

Huh takutnya saat nak masuk sekolah baru ni.Anzalna berdiri betul betul di hadapan pagar sekolahnya.Dia dengan perlahan dan berhati hati melangkah masuk dengan senyuman.

Suasana petang itu yang panas menambahkan peluh di dahi Anzalna.

Dia hanya berjalan dengan tenang biarpun banyak mata yang memandangnya.

Tabahlah wahai hati....

"Eh kau budak baru eh?"kata salah seorang pelajar perempuan apabila dia masuk ke dalam kelas.

"Haah."balasnya pendek.Bukan apa dia takut kalau orang nak ejeknya lagi.

"Oh hai nama aku Damia boleh panggil Mia je.Nama kau pulak apa?"soalnya sambil memperkenalkan diri ramah.

"Nama aku Anzalna.Boleh panggil Zana ataupon Ana je."balas Anzalna juga ramah.

Alhamdulillah aku dah dapat sorang kawan baru..tapi aku masih teringat kat Hanani.Apa agaknya dia buat sekarang ye?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience