Chapter 8

Romance Series 7847

Anzalna menangis teresak esak selepas saja pulang dari sekolah.Dia hanya berkurung sahaja di dalam biliknya.Dia masih tak percaya yang Ikhwan menipunya dengan berkawan dengannya kerana cabaran dari kawannya yang lain.

Yang lagi teruk dia boleh pulak tersuka Ikhwan. Dia dimalukan pulak tu kat sekolah.Semua nak mengata dia.

'Weh Anzalna kau ni kene sedar diri tu sikit.Kau tu dahlah gemok ,muka berjerawat,miskin kau fikir Ikhwan tu nak ke dengan kau?hahaha..' dia masih teringat kata kata Sheila tadi.Sinis sungguh.

'Patut pon dia buat macam tu.Biar kau tahu langit tu tinggi ke rendah' Emelda juga sama.

Ye dia terasa sangat.Sekarang dah nak akhir tahun.Tahun depan dia nak pindah sekolah.Biar dia tak jumpa lagi semua orang yang sakitkan hati dia.Biar semua orang puas dia takda.

Datin Amanie masih tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Dari tadi Anzalna mengunci pintu biliknya dan hanya berkurung.

"Ana jomlah makan...penat mama masak."dah kali ke berapa pon tak taulah dia panggil anaknya itu.Apalah agaknya yang dia buat di dalam bilik itu.

"Hmm.."hanya itu sahaja balasan Anzalna.

Dia dah bertekad untuk tidak memberitahu keluarganya tentang hal ini.

????????????????????????????????????????????????

"Web Anzalna betul ke? janganlah tinggalkan aku sorang sorang kat sini.."terkejut Hanani mendengar keputusan sahabatnya itu.

Anzalna nak pindah sekolah...

"Ye betul...Aku dah tak tahan orang dok hina aku.Aku penat..."kata Anzalna juga sebak.

"Aku akan pindah tahun depan." sambungnya lagi..

Anzalna pon sedih nak tinggalkan satu satunya kawan yang dia ada susah senang.Tapi apa boleh buat....Tu je bende paling baik yang dia boleh fikir.

"Kau dah bagitahu mak ayah kau ke?"tanya Hanani.

"Belum tapi aku pasti diorang akan setuju."jawab Anzalna.

"Tapi nanti mesti aku rindu kau.Takde sapa dah nak kawan dengan aku."sayu saja bunyinya.Hanani dah nak menangis dah.

"Takpe aku takkan lupakan kau.Kitakan kawan baik.Kau je yang sudi kawan dengan aku.Nanti kat sekolah lain aku taktaulah ada ke tak orang nak kawan dengan aku."Anzalna turut sebak.

"Kau janganlah cakap macam tu..."Hanani dah menangis.

"Aku rasa aku tak nak ada kawan kat sana.Aku ada kau je.."Balas Anzalna dalam sendu.

Mereka berpelukan melepaskan rasa masing masing...

p/s sedih pulak chapter ni..jahat Ikhwan tu...Hmmm kesian...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience