Bab 1

Fanfiction Series 1677

Aaira adila merenung skrin laptopnya. Sesekali dia menaip dan memadam . Kembali menaip dan memadamnya kembali. Dia mengusutkan rambutnya. 'Ape yang susah sangat nak fikir ni?!' Fikirannya menjerit . Sudah dua bulan dia begini. Keadaan biliknya lagi la sudah serupa kapal karam. Aaira meletakan kepalanya atas meja. Fikirannya kosong tak mampu memberi sebarang idea pada saat ini. Tapi dia perlukan idea itu untuk meneruskan kehidupa.

'Takkan sekali je . Aduh...!!' Hatinya bersuara lagi. Dia kusutkan lagi rambutnya.
Tuk tuk tuk..

Pintu biliknya di ketuk.

"Masuklah" jawab Aaira tiada semangat.

"Ya Allah ira... sampai bila nak jadi macam ni. Dengan bilik tak berkemas. Kertas sana sini. Sudah lah tu , pergi mandi . Idea tu kalau nak datang dia datang. Nak di paksa sampai kesudah macam ni. Makan tidak ,keluar tidak . " Encik Kamal Zaidi membebel pada anak perempuannya. Melihat Aaira serabut. Hidupnya turut menjadi serabut. Sesekali Encik Kamal Zaidi menggelengkan kepalanya melihat suasa bilik yang didiami anak daranya yang satu itu.

"Yela baba , ira cuba tapi tak mudah. Mungkin ira kena ambik angin sikit kat luar sana tu. " Aaira mula menutup laptopnya. Dia bangun dari kerusi dan mula merenggangkan otot otot badannya. Sakit pinggamg duduk berejam rejam . Mata pon dah naik berpinar.

"Haa bagus la tu. Pergilah bercuti. Dari dok terperap je dekat rumah. Mana otak tak tepu. Ira jangan pulak dibawanya laptop tu ikut sekali. Nanti takde jadinya nama BERCUTI " En2cik Kamal Zaidi memberikan cadangan. Mungkin dengan percutian membolehkan Aaira Adila mula bertenang dan menguruskan diri dengan baik. Manalah tahu boleh dapat idea ke kat sana.

Sesungguhnya menjadi penulis tersangatlah mencabar. Lagi lagi setelah buku pertamanya meletop letop di pasaran. Pastinya buku keluaran kedua ditunggu tunggu oleh peminatnya.. Tetapi malangnya. Bab 1 pon dia tak lepas.

"Yela baba . Tapi baba ade cadangan tak nak pergi bercuti kemana ? " Aaira menggaru kepalanya yang memang sudah gatal. Bila kali terakhir dia mandi entahlah .

"Melaka ada , perak , sabah serawak . Ira nak yang macam mana ? " Encik kqmal zaidi menyandarkan badannya pada bingkai pintu bilik Aaira Adila. Matanya merenung anaknya yang kusut masai tu menunggu jawapan.

"Kalau boleh ira nak yang private sikit and macam kawasan kawasan hijau penuh. Ada irama cengkerik gitu. " Aaira memegang dagunya acah berfikir. Dia membayangkan suasana tersebut. Dan akhirnya dia tersenyum sendiri. 'Mesti cun tempat gini!' Hatinya bersorak.

"Baba rasa kat Pahang ada . Kebetulan kawan baba ada buat club percutian disana. Nanti baba tanyakan. Ira tolonglah kemas bilik ni. Pergi mandi , dah tak serupa perempuan dah. " berkerut kerut dahi Encik Kamal Zaidi. Nak di marah dah besar panjang.

"Yela yela. Nanti baba ikut sekali kan. Takkan ira sorang je kot. Kan kan kan " Aaira tersenyum manja mengharapkan perkataan YE dari babanya.

"Eh eh takde maknanya , ira ajak la amy ke isya ke . Ira pon dah lama sangat kan tak jumpa kawan kawan ira. Baba banyak kerja tau nak uruskan kat pejabat tu. " usai berkata Encik Kamal Zaidi terus beredar. Layan si Aaira Adila lama lama lagi banyaklah kerenahnya.

Aaira Adila memuncung. Dia mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air biliknya.

*************
Aaira mengelap peluhnya menggunakan lengan baju kiri. Macam macam dugaan perjalanan ke Kuantan , Pahang ni. Habis minyak kereta la. Suhu kereta naik la. Jem la. Dan akhirnya sampai jugak tiga anak dara itu ke Club Mia Cherating. Halamannya luas. Hotel penginapannya cantik dan memuaskan. Pemandangannya indah .Udaranya nyaman . Irama burung birung berkicau di sana sini menenangkan lagi fikirannya.. 'Memang terbaiklah baba ni!'

Spa ada , pantai ,kolam , restoran 5 bintang . Aktiviti jangan ceritalah. Bertimbun timbun sampai tak tahu nak buat ape dulu. Memandangkan mereka baru je sampai .Jadi mereka memilih hari pertama ni untuk bersantai santai sahaja. Lagi lagi mereka berkunjung pada hari biasa. Tiada orang melainkan staf staf di club tersebut. Amy dan Isya sudah baring kepenatan di katil king. Penat sangat gamaknya. Dia pula berbaring di katil single yang terletak bersebelahan je dengan katil mereka. Dia mengeluarkan phonenya dan mendail nombor babanya

"Assalam baba ... kami dah sampai .........."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience