Bab 2

Fanfiction Series 1677

Aaira bersidai di tepi kolam. Penat berenang renang. Tangan dan jari jemarinya sudah mengecut dah. Dia memerhatikan Isya yang berenang menggunakan pelampung sambil membuat muka. Amy pula mula menyelam. Dia menarik kaki Isya dari dalam air.

"Ira tolong ade buaya ! " Isya terkapai kapai cuba melepaskan kakinya. Mukanya nampak cuak . Dia memang langsung tak reti berenang tetapi dia sangat sukakan kolam. Dan atas sebab tulah dia sanggup mandi walaupun kena pakai pelampung pink yang ada gambar gambar hello kitty.

Amy melompat dari dalam air dan menerkam ke arah Isya. Lalu kedua duanya tenggelam.

"Bongoknyalah korang bedua ni " Aaira memonolog sendiri. Perangai tak serupa umur.

Isya timbul dari dalam air. Dia cuba menyelamat kan diri. Amy ingin mengejarnya kembali.

"Ira tolong aku ira. Buaya nak makan aku " Isya melambai tangan ke arah Aaira .Aaira menyambut dan menarik Isya keluar dari dalam kolam

Tetapi amy sempat menangkap kaki Isya. Isya meraung raung meminta tolong. Amy pulak terkekek kekek ketawa mengenakan kawannya itu.

"Mak tolong isya mak! Amy lepaskan aku. Aku taknak mati lagi. Aku belum kawen la gi tau. " Aaira sebagai orang tengah hanya melihat gelagat pelik mereka. Tiba tiba Aaira mendapat idea jahat. Dia mengenyit mata pada amy. Amy tersenyum jahat tanda memahami.

Aaira memegang pinggang Isya yang sedang berpaut pada bahunya lalu dia menolak Isya ke dalam kolam semula. Selepas itu dia terjun pula ke dalam kolam .

Isya yang terkejut lalu tenggelam. Sesaat je dia timbul balik lalu mencapai pelampung pinknya tersebut.

"Mak buaya ajak geng mak . Dia buli isya. Korang dah la. Tanak la kacau aku. Ira dah la . Amy dah la. " Isya berenang menjauhkan diri dari Amy dan Aaira. Amy dan Aaira hanya ketawa melihat wajah Isya yang hendak menangis dibuli.

***********

Tibalah hari terakhir mereka di Club Mia Cherating ini. Aktiviti terakhir sebelum mereka pulang ialah jungle walks. Ini lah aktiviti yang Aaira tunggu tunggu. Walaupun bukanlah kali pertama dia ke tempat tempat menerokai hutan. Namun terujanya perasaan itu seperti pertama kali ingin melihat kehijauan semulajadi tersebut.

Cuaca baik pada pagi ini. Tepat pukul sembilan pagi. Mereka bertiga sudah terpacak di depan pintu masuk jungle walks tersebut. Seorang lelaki muda berjalan ke arah mereka. Dia merupakan staf yang mengelolakan aktiviti pagi ini untuk mereka.

"Selamat pagi adik adik. Saya Zakharia Mokhtar ditugaskan untuk membimbing kamu bertiga masuk ke dalam hutan ni. Boleh panggil saya abang zack .Peraturan pertama kita tak boleh berpecah. Kedua jangan petik atau ambik apa apa dari dalam hutan. Jangan buat bising. Jangan seronok sangat. Dan dengar arahan. Ade apa apa soalan tak ?"

Dengan pantasnya amy dan Isya mengangkat tangan menandakan ingin bertanya sesuatu.

"Haa kamu yang ade reben besar tu. Tanya la " Zack menunjuk kan jari telunjuknya ke arah Isya

"Umur abang zack berapa ?" Tanya isya tanpa ade rasa bersalah.

"Haah la umur abang ni berapa ek. Nampak macam adik adik jugak la. Kan isya kan ." Amy mengiakan . Zack tersegan tiba tiba.

"Hahahaha umur saya baru 25 tahun .nampak muda ke ? " zack tersenyum manis. Walaupun kulitnya gelap. Tetapi mukanya manis semanis buah kurma. Cewahh!!

"Laa kami 26 . Hahaha kalau gitu kami panggil zack jela . Lagi pon kami tak biasa berabang abang. Selalu bro lu wa aku kau je." Balas amy bersahaja. Isya mengiakan pula. Aaira menggeleng kepala melihat perangai AKAK 26 ni macam budak budak sekolah .

"Sudah la tu berborak. Bila nak masuknya . Karang hujan satu hal lagi " Aaira ingin mengakhiri perbualan itu. Hatinya dah berkobar kobar sangat nak masuk. Kawan kawannya sibuk pulak membuat sesi suai kenal .

"Okey dah ready ke semua " zack bertanya kepada AKAK AKAK ribena tersebut.

"Sudah kapten !" Mereka bertiga sahut serentak. Tangan di tabikkan di dahi seperti anak anak kapal.

Zack memulakan perjalanannya masuk ke dalam. Di ikuti mereka bertiga.

**************

Sesudah jauh ke dalam hutan belantara . Mereka berehat seketika setelah sampai ke air terjun dalam hutan tersebut. Airnya jernih menampakkan ikan berenang renang riang di dalam air.

"Wahhh air terjun la mii. Aku nak terjun . Jom la mii , ira.. aku tak tahan tengok air ni memanggil manggil namaku " Isya dengan muka teruja meletakkan beg sandangnya di atas batu batu besar yang berada di situ. Kasutnya di buka. Dia tidak kira . Dia nak jugak bermain air. Zack hanya mebiarkan. Amy pula mengikut Isya dari belakang.

"Isya tunggu aku we . Aku nak ikut "

Aaira pula hanya duduk di tepi zack. Niat ingin membodek membenarkan dia bersiar siar sendirian di kawasan air terjun ni.

"Zack kalau aku nak jalan jalan jap boleh " Aaira membuat muka comel. Walaupun dia tahu takkan terkesan pada lelaki muda tersebut.

"Boleh je tapi saya ikut sekali la " zack membalas lalu bangun. Aaira ikut bangun.

"Alaa aku nak jalan dekat dekat je. Sorang . Nak cari ilham. Please la. 15 minit je nanti aku datang balik " Aaira cuba memujuk lagi . Zack tahu tujuan mereka bertiga bercuti di sini. Zack sendiri merupakan anak owner club tersebut. Tetapi Aaira tidak mengetahuinya.

"Saya kata nope. Saya ikut awak " zack memberikan arahan .

"Tapi aku tak selesa la. Kalau tak selesa nanti hati tak tenang. Bila hati tak tenang nanti otak krem . Bila otak dah krem. Tepu takde idea. Kalau takde idea. Sia sia je aku datang sini . Please la " Aaira duduk di batu kembali. Dia memuncung.
Zack diam seketika.

"Okeylah tapi 10 minit je .jangan jauh jauh " akhirnya zack terpaksa bersetuju. Walaupun dia agak bimbang kerana Aaira dibawah tanggungjawabnya.

"Okey no prob bro " dengan hati yang gembira Aaira mula meranyau dengan confident yang tinggi melangit. Zack memerhati dati jauh supaya dia dapat mengesan arah Aaira kemana nanti. Isya dan Amy terkekek kekek bermain dengan air paras pinggang sahaja. Tanpa mengetahui keadaan sekeliling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience