Rate

PROLOG

Fantasy Completed 305

'SEGALANYA bergantung kepada kemahuannya untuk teruskan hidup. kalau dia tersedar dalam masa 24 jam, dia akan selamat. kalau tak... ' kata-kata itu terhenti di situ. Mungkin disambung dengan gelengan kepala. Itu kata-kata terakhir yang didengariku di dalam kegelapan itu. Aku tahu jika aku cuba untuk kembali tersedar.. jika aku cuba untuk menggerakkan kelopak mata sekalipun, aku pasti akan kembali ke sana. Tapi entah mengapa aku tidak melakukannya.

Aku membuka mataku dengan berani. Kerana aku tahu aku takkan kembali ke alam itu. Aku masih lagi tergantung di sini. Di alam antara hidup dan mati.

Di hadapanku aku dapat melihat pekatnya kegelapan malam ditambah dengan pepohon tanpa daun seperti hutan yang telah mati. Kedudukannya berserabut bersama akar gergasi mereka yang berselirat sesama sendiri sama seperti mindaku.

Aku melangkah ke hadapan. Entah mengapa tiada rasa takut menjengah ke hatiku ketika itu. Sejujurnya aku tidak merasakan apa-apa langsung di saat ini. Tiada juga rasa ingin tahu yang memaksa aku melangkah. Langkahku diatur hanya kerana kakiku melakukannya. Hatiku benar-benar kosong.

Aku melihat cahaya dari arah yang bertentangan denganku. Bukan seperti cahaya untuk menuju kematian. Ia lebih kepada cahaya yang datang dari sebatang lilin yang menerangi kegelapan. Aku segera melangkah laju mendekati cahaya itu.

Tekaanku tepat. Ia adalah sebatang lilin yang dibawa oleh seorang gadis buta. Aku memandang ke arah belakangnya. Ada beberapa orang sedang mengikuti langkahnya. Si celik yang dipimpin oleh gadis buta? Mungkin tiada apa yang terlalu mengejutkan. Kadangkala seorang yang buta dapat melihat jalan dengan lebih jelas dibandingkan dengan manusia yang bermata.

"Awak tak patut ada di sini. Tersesat?"soal gadis buta itu sambil mengerutkan dahinya. Langkahnya dihentikan tepat dihadapanku.

Aku sekadar diam tanpa bersuara.

Kerutan di dahi gadis itu semakin bertambah menunjukkan betapa dia sedang keliru. Mungkin ini sesuatu yang baru dalam hidupnya. "Saya tak faham. Kenapa?"

Dia meniup lilin itu dan memadamkannya dengan satu tiupan. Tempat itu bercahaya seperti matahari yang pemurah ingin berkongsi cahaya tepat pada masanya. Cahaya yang kemudiannya mendedahkan apa yang terselindung di sebalik kelamnya malam.

Hidup ini aneh. kadangkala orang yang buta itu lebih celik dari orang yang sempurna pancainderanya. -TIADA LAGI AKU

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience