Rate

DUA

Fantasy Completed 305

ENTAH berapa lama aku duduk berteleku di bawah kegelapan hatiku, aku tidak pasti. Rasanya aku juga telah menjadi seperti mereka. Kehilangan jiwa. Bezanya aku tidak kehilangan apa-apa.

"Kakak!"suara gembira keluargaku yang menyambut kepulanganku setiap hari di pintu bergema di ruang sudut hutan itu. Masih terbayang wajah gembira mereka. Waktu-waktu indah yang aku lalui bersama mereka. Aku tahu aku disayangi.

"Kalau ada masalah, ceritalah kat aku."

"Just tell me what you feel."

"Kau tahu aku ada kan?"

"Tengah malam pun kau wasap jer aku. Aku ada jer."

Setiap kata-kata sahabatku terngiang di telingaku. Aku tahu mereka sentiasa ada untukku. Aku tahu mereka peduli. Aku tahu biarpun mereka tiada di sisi, mereka akan selalu ada untukku.

Mungkin di saat aku memerlukan, ada yang tidak dapat membantu biarpun mereka mahu namun di setiap masalah hidupku pasti ada seseorang untukku. Dan aku berjalan di atas keyakinan itu.

Kegelapan itu telah lama aku tinggalkan di saat mereka datang dengan cahaya di tangan mereka. Namun entah bagaimana kegelapan itu dapat mengejarku kembali. Mereka masih menghulurkan tangan mereka. Ingin menyelamatkan aku dari kegelapan itu. Tapi bagaimana untuk aku menyambutnya bila aku sendiri tidak dapat melihat yang aku sedang karam. Semakin tenggelam dalam kegelapan itu.

"Boleh kau tolong aku?"aku berbicara sendirian.

"Apa yang awak nak?"soal gadis buta yang tiba-tiba saja muncul di hadapanku.

"Hilangkan aku dari dunia nyata. Rampas kewujudan aku dari sana. Aku tak nak ada sesiapa pun ada memori tentang aku."

"Saya tak boleh buat macamtu. Saya hanya boleh biar awak pilih untuk terus berada di sini atau kembali ke dunia nyata saja."

Aku mengeluh berat.

"Awak lebih banyak kenangan gembira dari kenangan sedih. Semua kegelapan tu ada dalam fikiran awak jer. Awak yakin yang awak nak hilang? Semua orang yang awak sayang, sayangkan awak. Mereka tunggu awak kembali. Awak yakin awak nak buang semua tu hanya sebab kegelapan yang awak sendiri boleh lawan?"soalnya.

Aku faham setiap bait katanya adalah benar. Permintaan aku adalah sesuatu kebodohan yang tak sepatutnya aku dedahkan. Aku tiada sebab untuk ingin menghilangkan diri. Hanya kegelapan fikiranku yang selalu ku lawan setiap hari. Tewas di hari ini namun kegelapan itu berjaya ku halau pergi. Tiada sebab untuk aku terus berada disini. Kenangan dan memoriku semua tidak menyetujuinya.

Dunia tanpa aku mungkin kelihatan lebih bercahaya atau mungkin tiada bezanya juga namun wajah-wajah gembira yang terwujud ketika memandangku. Orang yang pernah gembira kerana ada aku. Yang masih bergantung kepada aku sebagai pendengar setia. Yang selalu ketawa ketika aku melayan kasar mereka. Mungkin alasanku untuk terus wujud di dunia tidak seberapa. Tapi aku ingin terus hidup untuk mereka.

"Awak dah buat keputusan? Masa awak dah nak tiba."soalnya.

Aku menganggukkan kepala. Keputusan sudah diambil.

Sebuah pintu tiba-tiba terwujud di hadapanku. Pintu untuk membawaku kembali ke dunia nyata sudah terbuka.

Aku sudah bersedia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience